"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Hukum makmum mengangkat tangan ketika khatib berdoa khutbah Jumaat.

*
Petikan dari buku koleksi fatwa-fatwa Mufti Kerajaan Negeri Johor jilid 1 oleh al-Allamah Dato' Syed Alwi bin Tahir al-Haddad, halaman 68 - 69, terbitan Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor, cetakan ke-3 (1981)

Perkara: Hukum menadah tangan ketika khutbah dibaca

Soal: Bagaimanakah caranya doa pada hari Jumaat pada khutbah yang kedua wajibkah bagi makmum menadah tangan amin.

Jawab: Tidak wajib dan tidak sunat.

Perkara: Menadah tangan kerana doa khatib

Soal: Waktu khatib di atas mimbar membaca khutbah maka apakala dibaca doa bagi sekelian muslimin bolehkah sekelian makmum itu menadah tangan mengatakan Amin kerana saya ada mendengar setengah daripada guru-guru berkata boleh dan setengah berkata tidak.

Jawab: Tidak sunat mengangkat tangan.

Wallahu a'lam.


*



Link pilihan:

Solat Jumaat

Hukum bercakap semasa imam khutbah Jumaat

Hukum puasa sunat pada hari Jumaat



*

Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China

*

« اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم »

“ Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, kerana sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”.

Nash di atas adalah matan dari hadis dhoif tetapi diriwayatkan melalui banyak sanad, di antaranya Imam Baihaqi dalam kitab syi’bul iman. Ahli hadis menyatakan di antara perawi hadis tersebut adalah Abu ‘Atikah yang dikatakan oleh ulama’ hadis sebagai perawi dhoif, sehingga muncul banyak pendapat dalam menilai hadis ini sebagai hadis dhoif, bathil atau tidak bersanad. Namun demikian, menurut al-hafidh al-Mazi : kerana hadis ini memiliki banyak jalan (sanad), maka dari dhoif naik ke derajat hasan lighoirihi. Oleh kerana itu TIDAK BOLEH bagi kita mengatakan bahwa ia bukan hadits atau hadis palsu.

Wallahu 'alam. 



Sumber: 

http://forsansalaf.wordpress.com/2010/04/04/tuntutlah-ilmu-hingga-negeri-china

http://www.alhamidiyah.com/?v=fatwa&baca=20 

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=14090.0 

http://abuzulfiqar.tripod.com/id84.html

*

Syurga di bawah kaki ibu

*

Seorang sahabat bernama Jahimah pernah datang menemui Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam lalu berkata: Wahai Rasulullah, aku ingin ikut berjihad, dan aku datang kepadamu untuk meminta pendapatmu. Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bertanya, “Adakah engkau masih mempunyai ibu ?” Jahimah menjawab: "Ya, masih ada". Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam berkata, “Hendaklah engkau menjaganya kerana sesungguhnya syurga itu di bawah kakinya.” (HR. an-Nasa`i, sanadnya hasan)

Wallahu a'lam.




Link pilihan:

Cara berbakti kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia

Dosa sesama manusia

Doakan ibu dan bapa

Kelebihan ibu dan bapa 


 

*

Rob bij 'alni muqi mas solaah

*
Rob bij 'alni muqi mas solaa ti wa min zur ri yati, rob bana wa taqab bal doaa.


*

Arah Pandangan Mata Ketika Solat

*

Arah pandangan mata ketika solat di dalam mazhab Syafi`i :


Dinyatakan dalam "Fathul `Allam bi Syarhi Mursyidil Anaam" pada halaman 359 - 360, juzuk ke-2, sebagai berikut:-
"Di antara sunnat haiah dalam solat adalah memandang ke tempat sujud walaupun ketika solat di sisi Ka'bah. Berbeza dengan pendapat yang dipegang oleh Imam al-Mawardi dan orang yang mengikutinya yang berpendapat bahawa orang yang solat di sisi Ka`bah disunnatkan memandang kepada Ka'bah. Perbuatan memandang ke arah tempat sujud ini disunnatkan dalam seluruh solat tersebut daripada awal sehingga akhirnya melainkan ketika mengucapkan "illa Allah" dalam tasyahhud. Maka ketika itu, sunnat memandang kepada jari telunjuk yang diangkat walaupun ianya tertutup (yakni jari telunjuk tersebut terlindung di bawah kain seperti rida` yang digunakan oleh mushalli) berdasarkan kepada hadits yang shahih. Dan berkekalan memandang kepadanya selama ianya diangkat dan ianya (yakni jari telunjuk tadi) diangkat sehinggalah si mushalli berdiri untuk rakaat seterusnya dalam tasyahhud awwal dan sehingga si mushalli mengucapkan salam dalam tasyahhud akhir."

Habib Hasan bin Ahmad al-Kaaf hafizahullah dalam "at-Taqriirat as-Sadiidah" pada halaman 150 yang merupakan nukilan daripada ajaran guru beliau, al-Habib Zain Bin Sumait hafizahullah, menjelaskan bahawa antara sunnat haiah dalam solat adalah memandang ke tempat sujud walaupun ketika bersolat di belakang Ka'bah atau di belakang Junjungan Nabi. Maka pandangan adalah di jatuhkan ke tempat sujud secara mutlak melainkan ketika mengucapkan "illa Allah", di mana pandangan dijatuhkan ke jari telunjuk sehinggalah salam.
  
Oleh itu, ketika solat, apa jua jenis solat, sunnat mata kita memandang ke arah tempat sujud pada setiap masa melainkan ketika menaikkan jari telunjuk tatkala mengucapkan "illa Allah"dalam tasyahhud. Ketika jari telunjuk diangkat maka pandangan mata kita sunnat diarahkan kepadanya sehinggalah ianya diturunkan ketika bangkit untuk ke rakaat ketiga atau ketika salam setelah tasyahhud akhir. Inilah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan ulama kita termasuklah Imam Ibnu Hajar rahimahullah dan Imam Ramli rahimahullah.


Wallahu 'alam.


Sumber: http://bahrusshofa.blogspot.com/2013/04/tempat-jatuh-pandangan-mata.html

*




Link pilihan:

Jari Telunjuk Ketika Tahiyyat


*

Jahanamiyyun (Bekas Penghuni Neraka)

*

Dari Anas bahawa Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Ada satu kaum yang akan keluar dari Neraka setelah dia dijilat oleh apinya, lalu setelah mereka masuk Syurga, para penghuni Syurga memanggil mereka Jahanamiyyun (bekas penghuni Jahanam)”. (HR. Bukhari)

Dari Imran bin Hashin bahawa Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya berkat syafaatku akan keluar dari Neraka satu kaum yang disebut Jahanamiyyun”. (HR. Tirmidzi)

Disebut di dalam hadis dari Jabir, “...Setelah orang-orang yang mendapat syafaat dikeluarkan dari Neraka, Allah Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi berfirman, “Akulah Allah !. Aku mengeluarkan mereka kerana Ilmu dan Rahmat Ku”. Allah kemudiannya mengeluarkan mereka dalam jumlah yang berlipat ganda dan pada leher mereka tertulis, ‘Orang-orang yang dimerdekakan oleh Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung’. Mereka kemudian dimasukkan ke dalam Syurga dan disana mereka diberi nama al-Jahanamiyyun”.

Diriwayatkan oleh Abu Muhammad alias Abdul Wahab atau lebih dikenali dengan panggilan Ibnu Rawahah, dari al- Hafiz as- Salafi, dari al-Hajib alias Abu Hasan Ibnu Allaf, dari Abu Qasim bin Busyran, dari al-Ajiri alias Abu Bakar Muhammad ibnu Husin, dari Abu Ali al-Hasan bin Muhammad bin Syu’bah al-Anshari, dari Ali bin Muslim ath-Thusi, dari Marwan bin Mu’awiyah, dari Amr bin Rifi’ah ar-Rab’i, dari Abu Nadhrah, dari Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya penghuni Neraka dia ada yang kekal penghuni Neraka dimana mereka itu tidak mati dan tidak juga hidup di dalamnya. Juga terdapat penghuninya yang akan dikeluarkan darinya, iaitu ketika mereka jatuh ke dalamnya lalu menjadi rentung. Setelah mendapat Izin (Iradah) Allah, mereka lalu dikeluarkan dan dilemparkan ke dalam sungai kehidupan. Para penghuni Syurga lalu menyiramkan air kepada mereka, sehingga mereka tumbuh (hidup). Setelah mereka masuk Syurga dan mendapat panggilan Jahanamiyyun, mereka memohon kepada Allah Yang Maha Penyayang untuk menghilangkan sebutan itu. Allah kemudian mengkabulkan permintaan mereka, lalu mereka bergabung dengan penduduk Syurga terdahulu. Ada pun sebutan ‘orang-orang yang saling mencintai kerana Allah’ adalah sebutan yang mulia dan luhur. Oleh kerana itu orang-orang yang mendapat sebutan itu tidak memohon kepada Allah untuk menghapuskan serta menghilangkannya”. 

Diriwayatkan oleh Abu Bakar al-Bazzari dalam kitabnya ‘Musnad al-Bazzari’, dari Abu Sa’id al-Khudri bahawa Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Ada pun para penghuni Neraka yang memang menjadi penghuni tetapnya, mereka tidak mati dan juga tidak hidup di dalamnya. Sedangkan orang-orang dikehendaki oleh Allah untuk dikeluarkan, mereka akan dimatikan terlebih dahulu oleh api Neraka, baru kemudian dikeluarkan darinya. Selanjutnya mereka akan dilemparkan ke dalam sungai kehidupan, Allah mengirimkan airnya kepada mereka sehingga mereka muncul seperti munculnya biji dalam endapan yang dibawa oleh aliran. Mereka lalu masuk Syurga dan diberi nama JAHANAMIYYUN atau bekas/mantan penduduk jahanam oleh para penghuni Syurga. Kemudian mereka memohon kepada Allah untuk dihilangkan sebutan itu dari mereka dan Allah pun mengabulkannya”.  



Wallahu 'alam.




Link pilihan:

Orang Islam Tidak Kekal Dalam Neraka 

Syafa'at Nabi Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam 

Nabi Membawa Rahmat

Kelebihan Berselawat


*

Popular Posts