اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم
Allahumma inni 'a'u zubika min fitnatil masi khid dajjal - Ya ALLAH, aku pohon perlindungan MU daripada fitnah Dajjal..

Benarkah ibu bapa Rasulullah Masuk Neraka ?

*

Sila ikuti penerangan di bawah :






*

Link pilihan:

http://bahrusshofa.blogspot.com/2010/05/sapa-kapiaq.html

http://pondokhabib.wordpress.com/2010/05/07/benarkah-ibubapa-rasulullah-musyrik-dan-berada-di-neraka-bab-1/

http://ibnu-alkatibiy.blogspot.com/2012/05/wahhabi-salafi-mendahului-allah-dengan.html

http://ibnu-alkatibiy.blogspot.com/2012/05/wahhabi-salafi-mendahului-allah-dengan_12.html

http://ibnu-alkatibiy.blogspot.com/2012/05/wahhabi-salafi-mendahului-allah-dan.html

http://www.youtube.com/watch?v=A4J9lFP9r4M

*



12 ulasan:

  1. "Dan tiada seorg pun dr kamu, melainkan mendatanginya (neraka itu). Adalah yg demikian itu suatu kemestian yg telah ditetapkan oleh Tuhanmu. Kemudian Kami selamatkan org org bertaqwa dan Kami biarka org org yg zalim padanya dlm keadaan berlutut." 19:71&72.
    Sila rujuk kitab kitab tafsir.
    Tidaklah bersalahan jika dikatakan siapa pun akan berada di Neraka kelak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg bertaqwa pasti diselamatkan, bahkan ditafsirkan walau berada di Neraka tp tidak merasa azabnya. Yg zalim dibiarkan dlm keadaan berlutut. Zalim bila perintah Allah tidak dipatuhi dan dilanggar (2:229, 65:1), tidak pula diikuti dgn taubat mohon pengampunan. Ibu bapa Rasullullah saw wafat sebelum kerasulan Rasullullah saw, mk tergolongkah mrk sbg org org yg zalim.

      Padam
    2. Pandainya kamu Muslim. Seolah olah kamu pernah berjumpa Abdullah dan Aminah bertatap mata dgn mereka secara sedar? Jika kamu hidup di zaman mereka maknanya kamu automatik jadi zalim ke mcm mana?





      Padam
    3. Mungkin ada salah faham pd perkataan "tergolongkah" yg mungkin disangka "tergolonglah".
      Sekali kali bukanlah kedua ibu bapa Nabi saw itu termasuk org org yg zalim.

      Padam
    4. jadi jika kamu juga hidup pada zaman itu (sebelum kerasulan) maknanya kamu automatik bukan seorang yang zalim juga ke mcm mana?

      Padam
    5. Zalim yg dimaksudkan di sini adalah sbgmn yg disebut dlm 2:229 dan 65:1. Adapun penganiayaan sesama makhluk diadili di Mahsyar lg, hinggakan bukan sahaja manusia dan jin, haiwan juga akan diadili dan berlaku tuntut menuntut di hadapan Allah swt hinggakan kambing tidak bertanduk akan menuntut terhdp kambing yg bertanduk, dan bila selesai yg demikian sekelian haiwan akan menjadi tanah, sedang manusia dan jin tidak selesai setakat itu. Ketika itu berkata org org kafir alangkah baik mrk juga menjadi tanah.
      Zalim atau tidak tuan yg bertanya adalah persoalan yg terbuka utk masing masing memikirnya. Tp adalah lbh baik bg saya utk tidak memikirkan persoalan yg tidak berkaitan dgn kita, dan lbh bermanfaat utk kita meneliti siapakah org org yg bertaqwa itu dan kita berusaha bersungguh sungguh agar menjadi seorg drnya seterusnya mendpt jaminan keselamatan dr Allah swt.

      Padam
  2. bukankah Rasulullah bleh membawa syafaat pd ibu dan bapa baginda SAW?

    BalasPadam
  3. Syurga Neraka adalah semata mata hak Allah swt, hanya Dia yg menentukan. Bg yg ngaji, dlm Hadis syafaat yg panjang, ada segolongan yg dikeluarkan dr Neraka tanpa sebesar zarrah pun kebaikan pdnya, semata mata dgn rahmat dr Allah swt. Hanya sahaja Allah swt tidak sekali kali menyalahi janjiNya dan tidak juga mengubah Kalimah Kalimahnya.
    Mungkin ramai tak berkesempatan membuka kitab tafsir. Ayat Surah Maryam 71 dan 72. Perkataan "wariduha" diterjemah sbg mendatanginya, tp ditafsirkan dgn pelbagai maksud, memasukinya, melaluinya, dihadapkan kpdnya. Setiap manusia, siapa pun dia akan pasti "wariduha" (mendtgi, memasuki, dihadapkan kpd Neraka itu) walau pun dia seorg yg sgt taqwa. Semua org pasti akan ke Neraka itu. Cuma ditafsirkan bg org org yg bertaqwa walaupun berada di Neraka tp tidak merasa azabnya sptlah Nabi Ibrahim a.s, yg berasa nyaman walaupun berada dlm api yg menjulang. Kemudian diselamatkan drpdnya org org yg bertaqwa, dan ditinggalkan org org yg zalim pd nya dlm keadaan berlutut.
    Org bertaqwa pasti diselamatkan. Org yg zalim ditinggalkan di Neraka itu. Bgmn kedudukan org yg tidak bertaqwa tp tidak juga termasuk dlm golongan org org yg zalim. Org org yg zalim adalah org org yg tidak patuh dan melanggar perintah dan hukum Allah swt kemudian tidak bertaubat dan tidak mohon keampunan dr Allah swt di atas dosa dosanya. Kedua ibu bapa Nabi saw telah diwafatkan sebelum kerasulan Nabi saw lagi jadi belum berlaku perintah dan larangan ketika itu, jadi tidaklah keduanya itu melanggar apa apa perintah dan larangan Tuhan, dan tidaklah mrk termasuk org org yg zalim. Org org yg tidak taqwa tp bukan juga org yg zalim, tiada janji diselamatkan dan tiada juga janji akan ditinggalkan di Neraka itu, mk ianya semata mata terpulang kpd Allah swt apa yg akan dilakukan kpd mrk. Bg kedua ibubapa Nabi saw boleh sahaja Allah swt dgn rahmatNya menyelamatkan mrk yg kemudian dimasukkan ke Syurga. Jadi bg pndgn saya tidak salah bila Rasullullah saw berkata bapanya di Neraka, dan tidak salah juga para ulama' yg mengatakan kedua ibu bapa Baginda saw dirahmati Allah swt utk ke Syurga. WaAllahu'alam ! Moga dpt pencerahan.

    BalasPadam
  4. Minta maaf pd tuan admin, pnjg pula ulasan saya.
    Syurga Neraka semata mata hak Allah swt, seseorg masuk ke Syurga semata mata kerana rahmat drNya, bukan kerana amalannya, walau pun dia bertahajjud sepnjg mlm, berpuasa setiap hari dan bersedekah seluruh hartanya, ke Syurga semata mata rahmat Allah swt. Bnyk mana pun amalan seseorg tidak pun memada utk melunasi nikmat sebelah mata yg Allah swt kurniakan kpdnya. Namun begitu Keadilan Allah swt, setiap amalan pasti tidak disia siakan sedikitpun, dan Allah swt punya bnyk kesempatan utk membalasnya, dr sejak di dunia, di Barzakh, di Mahsyar atau di mana pun.
    Seseorg itu di masukkan ke Neraka pula dikeranakan Murka Allah swt. Namun begitu Keadilan Allah swt, setiap amalan buruk pasti juga dibalasi, walau pun dia tidak dimasukkan ke Neraka, dan Allah swt punya bnyk kesempatan utk membalasnya, dan penganiayaan sesama makhluk juga akan dituntut.
    Namun begitu bukanlah sekali kali amalan tidak penting, bahkan sgt penting. Mrk yg berpendpt tak perlu beramal bnyk kerana masuk Syurga bukan dgn amalan, bak kata pak Hamka, adalah org yg tertipu dgn ilmunya, atau kata saya pulak, ngaji tak habis. Dipendekkan ulasan, dgn apa mendpt rahmat Allah swt ? Adalah dgn amalan amalan ketaatan dan taqwa (3:132, 48:10). Dgn apa pula mendpt murka Allah swt ? Dgn amalan amalan kederhakaan dan kekufuran. Yg pasti taqwa pasti keSyurga, yg kufur pasti ke Neraka kerana Allah swt tidak menyalahi janjiNya, dan tidak juga Dia mengubah ngubah KalimahNya, itu yg dijanjikan dlm Al Quran.
    Yg mati di zaman fitrah, dan yg tidak sampai seruan Rasul kpd mrk, sebaik baik penjelasan adalah bahawa mrk nanti akan diuji di Mahsyar. Mrk disuruh memasuki Neraka, mk jika mrk taat, akan mrk dapati Neraka itu sejuk bgnya. WaAllahu'alam !

    BalasPadam
  5. apakah bernilai lagi syurga dan neraka jika seseorang itu sudah bersama Tuhannya di mana sahaja dia berada dan mendapati semuanya dari Tuhannya...? syurga dan neraka, pasangan yang menguji...

    BalasPadam
  6. Setinggi tinggi derjat manusia di sisi Allah swt, selepas para nabi dan rasul, adalah golongan para sahabat r,anhum. dr kalangan Muhajirin yg beriman, berhijrah dan berjihad dgn harta dan jiwanya (9:20), diikuti golongan Ansar dan diikuti mrk yg mengikuti mrk itu dgn sebaik baiknya (9:100). Mudah mudahan dapatlah kita berserta isteri dan anak anak kita dikumpulkan dalam jama'ah Baginda Rasullullah saw junjungan kita, bersama para sahabatnya r.anhum. di Mahsyar dan di Syurga Allah swt nanti dgn rahmat drNya insyaAllah ! Aamiiin !

    BalasPadam
    Balasan
    1. setinggi tinggi darajat manusia di sisi Nya hanya Allah Yang Tahu. tidaklah kita, ulama kita dan kebanyakan kita berkata melainkan bersangka sangka sahaja. sedangkan tidaklah orang yang berkata itu pernah bertemu Tuhan nya dalam jaga dan dalam sedar mahupun dalam keadaan tidur dan mimpi. jadi tiada siapa pun boleh pastikan yang benar benar bagaimana.

      al Quran itu luas. jika kamu mahu faham seperti mana yang kamu tulis, ia tidak hanya terhad seperti kefahaman kamu itu sahaja. bahkan terdapat kefahaman yang banyak tidak terkira bagi setiap ayat al Quran.

      katanya, "jika seorang yang dijanjikan di akhir zaman itu bukan bernama sama seperti nama Muhammad bin Abdullah nescaya lupakan sekalian manusia pada Muhammad bin Abdullah selepas pengzahirannya". sepertimana lupanya manusia pada Isa setelah zahirnya Muhammad.

      maka semoga Allah berikan yang terbaik bagi kita kerana Dia lah Satu Satunya yang Lebiih Mengetahui dan Lebih Faham keadaan kita.

      Padam

Popular Posts