*
« اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم »
“ Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, kerana sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”.
Nash di atas adalah matan dari hadis dhoif tetapi diriwayatkan melalui banyak sanad, di antaranya Imam Baihaqi dalam kitab syi’bul iman.
Ahli hadis menyatakan di antara perawi hadis tersebut adalah Abu
‘Atikah yang dikatakan oleh ulama’ hadis sebagai perawi dhoif, sehingga
muncul banyak pendapat dalam menilai hadis ini sebagai hadis dhoif,
bathil atau tidak bersanad. Namun demikian, menurut al-hafidh al-Mazi : kerana hadis ini memiliki banyak jalan (sanad), maka dari dhoif naik ke derajat hasan lighoirihi. Oleh kerana itu TIDAK BOLEH bagi kita mengatakan bahwa ia bukan hadits atau hadis palsu.
Wallahu 'alam.
Sumber:
http://forsansalaf.wordpress.com/2010/04/04/tuntutlah-ilmu-hingga-negeri-china
http://www.alhamidiyah.com/?v=fatwa&baca=20
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=14090.0
http://abuzulfiqar.tripod.com/id84.html
*