Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

Jangan lebih 40 hari

"Nabi saw telah menasihati kami agar merapi misai kami, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan, dan jangan dibiarkannya lebih dari 40 hari." (HR Muslim)

1. Potong: Memotong atau memendekkan atau trim misai adalah lebih afdal dari mencukur atau mencabutnya kerana lebih menepati sunnah.

2. Cabut: Mencabut bulu ketiak lebih afdal dari mencukur atau memotongnya kerana lebih menepati sunnah.

3. Cukur: Mencukur bulu ari-ari lebih afdal dari memotong atau mencabutnya kerana lebih menepati sunnah.

*

Uban

Sabda Nabi saw, “Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)
*

Keras hati


Daripada Ibnu Umar Radhiyallahu 'anhuma berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Janganlah banyak bercakap selain untuk berzikir kepada Allah SWT, sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah SWT itu ialah mereka yang berhati keras. (Hadith Riwayat Tirmizi)

Dari Abu Hurairah, sesungguhnya ada seorang seseorg datang kpd Nabi s.a.w sambil mengadukan hatinya yang keras (kekerasan hatinya). Nabi s.a.w bersabda : "Usaplah kepala anak yatim dan berilah makan orang miskin." (HR. Imam Ahmad)

*

Sebab utama masuk syurga dan neraka


Rasulullah saw pernah ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk syurga, Nabi menjawab, takwa kepada Allah dan akhlak mulia. Nabi juga ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk neraka, maka Nabi menjawab, mulut dan kemaluan. (HR. Tirmidzi)

*

Golongan yang dinaungi Allah.


Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah:

1. Pemimpin yang adil,

2. Orang muda yang sentiasa beribadat kepada Allah,

3. Orang yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid,

4. Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah,

5. Seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”,

6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya,

7. Seorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”

(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

*

Sabar

Rasulullah SAW bersabda, "Kesabaran merupakan "dhiya' " (cahaya yang amat terang). (HR Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda, "Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur". (HR Al-Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda,"Sungguh beruntung orang yang beriman, karena segala perkara adalah kebajikan. Jika dia mendapatkan kenikmatan, dia bersyukur (dia mendapat pahala kebajikan) dan jika dia ditimpa musibah, dia sabar (dia mendapat pahala kebajikan juga)." (HR. Muslim)

Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku tatkala aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang Muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)

Dari Sa'id bin Abi Waqqash Radhiyallahu anhu, dia berkata. 'Aku pernah bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling keras cobaannya ? Beliau menjawab: Para nabi, kemudian orang pilihan dan orang pilihan lagi. Maka seseorang akan diuji menurut agamanya. Apabila agamanya merupakan (agama) yang kuat, maka cobaannya juga berat. Dan, apabila di dalam agamanya ada kelemahan, maka dia akan diuji menurut agamanya. Tidaklah cobaan menyusahkan seorang hamba sehingga ia meninggalkannya berjalan di atas bumi dan tidak ada satu kesalahan pun pada dirinya". (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW bersabda, "Cubaan tetap akan menimpa atas diri orang mukmin dan mukminah, anak dan juga hartanya, sehingga dia bersua Allah dan pada dirinya tidak ada lagi satu kesalahan pun". (HR Al-Hakim)

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit karena suatu penyakit dan juga lainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut”. (Riwayat al-Hakim)

Dari Anas bin Malik, dia berkata. "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata. "Artinya :
Sesungguhnya Allah berfirman. 'Apabila Aku menguji hamba-Ku (dengan kebutaan) pada kedua matanya lalu dia bersabar, maka Aku akan mengganti kedua matanya itu dengan syurga". (HR Bukhari)

Allah berfirman, "Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar." (Al Anfaal : 46 )

Allah SWT berfirman : "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." ( Ali Imran : 146)

Rasulullah SAW pernah menggambarkan: "Sesiapa yang mensabar-sabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya orang yang sabar". (HR. Bukhari)

*

Perancis haramkan pemakaian purdah


Perancis mengharamkan pemakaian purdah - Klik Sini

A rich Muslim man in France -Rachid Nekkaz- has put aside 1 million Euros and has vowed publically to use it to pay the fines for all those Muslim women in France who choose to hold on their burkas and niqaabs!

Seorang jutawan muslim di Perancis yang bernama Rachid Nekkaz telah memperuntukan wang sebanyak 1 juta Euro untuk membayarkan saman kepada sesiapa wanita Islam di Perancis yang memilih untuk terus memakai purdah atau niqob.

Allahu Akbar !!

*

Mohon keampunan Allah (Istighfar)

“Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun, lagi amat Mengasihi” (Surah an-Nisaa: 106)

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (secara terus menerus) kepada kamu.” (Surah Hud: 3)

“Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan Allah dan syurga yang mengalir di dalamnya sungai dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” (Surah Ali Imran: 135-136).

Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.” (HR Tirmidzi)

Nabi saw. bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (meminta ampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari, lebih dari tujuh puluh kali.” (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, sesiapa yang berkata أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ “Astaghfirullahal-‘azim allazi la ilaha illa huwal hayyul qayyum waatubu ilaih”, nescaya diampunkan baginya sekalipun dosanya sebesar lari dari medan perang. (HR At Tirmizi, hadis no: 3577)

Nabi saw. bersabda,"Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya". (HR Abu Daud)

*

Krisis di Ivory Coast

Kaum Muslimin Hadapi Serangan Yang Meningkat Dalam Krisis Ivory Coast
Selasa, 05 April 2011 14:13

ABIDJAN, Ivory Coast: Souleyman Sissouma menjadi korban ketiga imam yang dibunuh dalam bulan Mac dalam satu pembunuhan yang kejam. Keluarga mangsa menyembunyikan diri dan takut untuk keluar walaupun hanya untuk menghadiri upacara pengkebumiannya.

Ketika ramai penduduk sedang berkabung dan berkumpul di perkarangan masjid, tiba-tiba sebuah kereta dibakar, diterbalikan dan diletakkan di hadapan masjid. Ini merupakan antara tanda bahawa sedang berlakunya peningkatan kempen keganasan terhadap umat Islam yang menyokong Alassane Outtara, di mana kemenangannya diiktiraf secara antarabangsa dalam pilihanraya presiden November baru-baru ini.
Outtara, seorang Muslim, kini terperangkap dalam pertempuran terhadap kedegilan Presiden Laurent Gbagbo yang mahu terus berkuasa dan konflik ini berlarutan sehingga bertukar menjadi keganasan antara agama.
Sekurang-kurangnya 10 masjid di seluruh Abidjan telah dibakar dan sebuah lagi terpaksa ditinggalkan selepas diserang dengan bom tangan melalui tingkap ketika waktu solat.

“Kami penduduk Muslim tidak selamat. Kami menjadi objek bagi setiap jenis keganasan. Kami berasa takut. Kami tidak tahu bilakah perkara ini akan berakhir,” kata Imam Idriss Koudouss, Presiden Majlis Islam Kebangsaan. “Dan malah kami langsung tidak terlibat dalam politik.” Penyokong Outtara juga telah dipukul sehingga mati dengan batu bata dan ada juga yang dibakar hidup-hidup. Rakaman video melalui telefon bimbit terhadap kengerian ini telah dijual beli dan disebarkan di jalanan dan di media massa televisyen dalam negeri bersama-sama dengan seruan untuk membalas dengan mengangkat senjata.

“Ini adalah manipulasi politik terhadap kumpulan etnik”, kata Corinne Dufka, pengkaji senior dalam Human Right Watch.

“Akar kepada konflik ini adalah perebutan kuasa politik dan kesilapan berlaku apabila isu agama, etnik dan nasional diheret masuk.”

Piliharaya Presiden pada bulan November lalu sepatutnya menyatukan semula negara yang telah terpecah dalam perang saudara yang berlaku pada 2002-2003 yang mengakibatkan ia berpecah kepada dua iaitu kawasan yang dikawal pemberontak di sebelah utara dan penyokong setia kerajaan berada di bahagian selatan. Tetapi apabila Gbagbo enggan untuk mengiktiraf keputusan piliharaya yang dikeluarkan oleh PBB yang menunjukkan bahawa dia telah kalah, Ivory Coast telah diheret semula ke kancah keganasan.

“Kami sedang ketakutan. Semua orang sedang melarikan diri”, kata Abdias Goita, ayah kepada dua anak yang menanti di luar kedutaan Mali untuk pelarian Jumaat lalu. “Pintu rumah abang saya telah dipecah oleh askar militia pro-Gbagbo. Dia memberikan semua duit yang ada sebanyak 200000 francs ($430), tetapi mereka menyembelih lehernya juga”. Ketika kempen piliharaya presiden, gambaran awal kemenangan dapat dilihat bahawa Outtara bakal menjadi presiden Muslim yang pertama di Ivory Coast, dan ini menarik lebih banyak sokongan dari utara. Dalam pada itu, polis dan askar yang pro-Gbagbo telah dituduh menjadikan kaum Muslimin sebagai sasaran kerana mereka menganggap semuanya menyokong Outtara.
Minggu sebelum itu, polis perusuh muncul di masjid di mana imam Sissouma berada dan menahannya termasuk anak lelaki dan mengambil kotak yang mempunyai barang untuk ibadat. Sahabat kepada imam tersebut segera menghubungi Menteri Dalam Negeri untuk merayu supaya dilepaskan. Dia beranggapan bahawa semuanya sudah kembali tenang setelah isteri Sissouma memberitahu bahawa suami dan anaknya telah pulang ke rumah dan selamat.

Tetapi isteri Sissouma telah menghubunginya semula setengah jam kemudian untuk memaklumkan bahawa polis perusuh telah datang membunuh suami dan anaknya bersama-sama 5 orang yang lain termasuk ibunya yang telah tua.

Menteri Dalam Negeri, Emile Guirieoulou mengetahui menerima panggilan tersebut tetapi dia enggan untuk mengesahkan penahanan atau pembunuhan yang berlaku, kerana memberi alasan bahawa siasatan sedang dijalankan.

“Di Ivory Coast, tidak pernah timbul masalah antara agama. Kristian dan Muslim hidup berjiran antara satu sama lain. Kejadian tragis yang berlaku ini adalah akibat daripada krisis politik”, kata Imam Moussa Drame, yang mana masjidnya diserang pada bulan Disember lalu.

Sebanyak 38.6 peratus rakyat Ivory adalah Muslim manakala 32.8 peratus adalah Kristian berpandukan Buku Fakta Dunia CIA. Sebuah Majlis Antara Agama yang ditubuhkan oleh ketua Kristian dan Muslim di sini adalah salah satu institusi yang paling dihormati di negara ini.

Xenofobia ataupun perasaan takut terhadap warga asing atau keadaan politik telah lama menjadi masalah di dalam negara ini, dan keadaan ini telah memikat jutaan pekerja imigran dari negara jiran seperti Mali dan Burkina Faso. Mereka datang untuk bekerja di sektor peladangan, khususnya ladang koko yang menghasilkan bahan mentah utama produk coklat di dunia.
Untuk menyelesaikan masalah siapakah yang layak untuk mengundi presiden mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Sekarang golongan muda bersenjata yang pro Gbagbo sentiasa membuat sekatan jalanraya dengan memberhentikan orang ramai dan mengancam mereka yang merentasi Abidjan. Mereka yang berasal dari sebelah utara atau yang mempunyai nama Muslim akan dituduh sebagai pemberontak yang pro-Outtara, akan dipukul atau dibunuh, menurut para aktivis.

Human Rights Watch melaporkan bahawa pembunuhan yang berunsurkan etnik dan agama yang berlaku pada awal bulan lalu sering dibawa oleh polis atau golongan muda yang pro-Gbagbo dengan kebenaran polis. Penyokong Outtara telah dipukul sehingga mati dengan batu bata, belantan dan kayu, atau dituangkan dengan minyak sebelum dibakar hidup-hidup”. Rakaman video melalui telefon bimbit yang merakam insiden-insiden ini telah dimuatnaik di dalam laman web Youtube dan Facebook dengan diselitkan bersama komen-komen yang menghina dan anti-Muslim.

Menyemarakkan api adalah satu kempen yang akan berterusan dan PBB menganggap stesen televisyen negara yang dikawal oleh Gbagbo sebagai “penipuan” dan “propaganda”. Sesetengah wartawan asing menganggap Radio-Televisyen Ivorienne sebagai TV Mille Collines, di mana ia merujuk kepada stesen radio yang menggalakkan pembasmian kaum di Rwanda pada 1994.

Di dalam satu laporan berita yang ditayangkan bulan lalu, seorang tekong dengan penuh senyuman menerangkan bahawa berpuluh-puluh orang yang dikatakan sebagai pemberontak telah dibunuh oleh askar pro-Gbagbo di tengah Abidjan, dan digambarkannya seperti membunuh burung-burung kecil. Gambar menunjukkan jasad-jasad penuh darah bergelimpangan di sana sini dengan diiringi oleh sorak gembira dan oleh para askar.

“Masa depan yang Gbagbo cadangkan untuk negaranya adalah perang, anarki dan keganasan, dalam dimensi etnik, agama dan xenofobia,” tulis Louise Arbour, Presiden International Crisis Group dalam surat terbukanya bulan lalu.

Sumber : Khilafah.com

*

Jangan Aniaya Orang


Firman Allah SWT maksudnya: "Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminah tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata". (al Ahzab 58)

Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: "Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, sama ada berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) dari orang itu, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika dia punya amal saleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya itu untuk ditanggungkan kepadanya." (H.R. Bukhari-Muslim)

*

Maruah

Nabi saw. bersabda, "Wahai orang-orang yang beriman dengan lisan, akan tetapi iman belum menyerap ke dalam hati, janganlah kalian menyakiti orang lain. Jangan mengintai-intai cacat cela mereka, sesungguhnya sesiapa yang cacat celanya diintai oleh Allah nescaya Allah akan bukakan pekungnya walaupun di tengah rumahnya sendiri". " (HR Abu Daud)

Nabi saw. bersabda, "Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Sesiapa yang membantu keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan sesiapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat". (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang menutupi kesalahan seorang muslim maka Allah menutupi kesalahannya di dunia dan di akhirat. (HR Ibn Majah)

Nabi saw. bersabda, "Wahai orang-orang yang beriman dengan lisan, akan tetapi iman belum menyerap ke dalam hati, janganlah kalian menyakiti orang lain. Jangan mengintai-intai cacat cela mereka, sesungguhnya sesiapa yang cacat celanya diintai oleh Allah nescaya Allah akan bukakan pekungnya walaupun di tengah rumahnya sendiri". " (HR Abu Daud)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa dari kalangan orang Islam yang tidak membela orang Islam lain apabila kehormatannya dicerobohi dan nama baiknya dicacati maka niscaya Allah membiarkan nasibnya ketika dia sangat memerlukan pertolongan Allah Subhanahu Wata'ala. Dan mana-mana orang Islam yang menolong orang Islam lain ketika nama baiknya dan kehormatannya diceroboh niscaya Allah akan menolongnya ketika dia sangat-sangat memerlukan pertolonganNya. " (HR Abu Daud)

Moga ada manfaat.



Link pilihan:

Berbaik-baik Sesama Islam



*

Rahmat Allah


Dari jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka. ” (Riwayat Muslim)

"..bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat". (Al-Hujuraat: 10)

“Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang muhsinin (orang yang memperbaiki amalannya).” (Surah al-A’raf: 5)

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya." (A-li 'Imraan: 8)

Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!" (Al-Mu'minun: 118)

*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...