"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Mohon keampunan Allah (Istighfar)

*


Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.” (HR Tirmidzi)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (meminta ampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari, lebih dari tujuh puluh kali.” (HR Bukhari)

Dari Tsauban, "Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selesai solat, baginda beristighfar tiga kali." (HR Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmidz, Nasa’i). Al-Walid radhiallahu’anh berkata, aku bertanya kepada al-Auza’i: Bagaimana lafaz istighfar baginda ? Dia menjawab: اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُاللهَ. "Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah." (HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Daud)

"Sesiapa yang berkata :
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ Astaghfirullahal-‘azim allazi la ilaha illa huwal hayyul qayyum waatubu ilaih”, nescaya diampunkan baginya sekalipun dosanya sebesar lari dari medan perang." (HR At Tirmizi)

"Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya". (HR Abu Daud)

*

Popular Posts