"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Kelebihan Solat Berjamaah

*


"Jika ada tiga orang lelaki dalam sesebuah kampung atau sesebuah desa tetapi tidak mengerjakan solat berjamaah di masjid, melainkan mereka (mudah) dikuasai oleh syaitan, oleh itu hendaklah engkau sentiasa menyatukan diri dengan jama'ah (kerana dengan itulah sahaja engkau akan selamat dari angkara syaitan)". (HR Ahmad).

“Mana-mana (kumpulan yang jumlahnya) tiga orang, sama ada di kampung atau di pedalaman yang tidak mendirikan solat (berjamaah), nescaya mereka akan dikuasai oleh syaitan. Kamu hendaklah berjamaah, kerana sesungguhnya serigala itu memakan (ternakan) yang jauh (terpencil daripada kumpulan)”. (HR Abu Daud)

Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesiapa yang solat Isya' secara berjamaah maka seolah-olah dia telah qiamullail separuh malam. Dan sesiapa yang solat subuh secara berjamaah maka seolah-olah dia telah qiamullail seluruh malam." (HR Muslim)

"Sesiapa yang solat Subuh berjamaah, maka dia akan berada dalam peliharaan Allah Ta'ala" (HR Ibn Majah)

"Sesiapa mendirikan solat selama 40 hari dengan berjamaah dan bertakbiratul ihram bersama imam maka dia akan mendapat dua jaminan, kebebasan dari neraka dan kebebasan dari nifaq (munafiq)" (HR. Tirmidzi).

Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda," Apabila imam membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ kamu hendaklah membaca اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ kerana sesungguhnya sesiapa yang membaca doa menyamai sebagaimana yang dibaca oleh para Malaikat nescaya Allah s.w.t mengampunkan dosanya yang telah lalu". (HR Muslim)

Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda,"Apabila imam mengucapkan amin, kamu hendaklah mengucapkan amin kerana sesungguhnya sesiapa yang mengucapkannya sebagaimana yang diucapkan oleh para Malaikat nescaya akan diampunkan oleh Allah segala dosanya yang telah lalu". (HR Muslim)

Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Solat berjamaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat". (HR Bukhari dan Muslim)


Wallahu a'lam.





Link pilihan:

Kelebihan Solat di Masjid

Hukum Solat Berjama'ah






*

Popular Posts