Diriwayatkan pada satu hari beberapa penduduk Mekah datang berjumpa Nabi saw. untuk bertanyakan mengenai roh, kisah ashabul kahfi. Nabi saw. lalu menjawab, "Datanglah esok pagi untuk aku menjawabnya".Keesokan harinya wahyu tidak turun kepada Nabi saw. dan gagal menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan.
Maka turun wahyu ayat 23 dan 24 dari Surah Al-Kahfi.
"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu, "Sesungguhnya aku akan mengerjakan yang demikian itu pada hari esok", kecuali (dengan menyebut) "Insha' Allah" . Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini". (Al Kahfi 23-24)
Sebutan "insha' Allah" bererti "jika Allah mengkehendaki" atau "dengan izin Allah".
Kita dikehendaki untuk menyertakan ungkapan "insha' Allah" dalam setiap perkara yang ingin kita lakukan.
Allah hendak kita sedar bahawa kita tiada kuasa untuk memastikan kejayaan sesuatu yang ingin kita lakukan.
Allah hendak kita sedar dan ingat kepada kekuasaanNya.
Allah hendak kita sentiasa ingatkanNya. Jangan lupa. Tak boleh lupa.
Insha' Allah.
*







1 comments:
Assalamualaikum
Insyaallah
Wassalam
Post a Comment