اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم
Allahumma inni 'a'u zubika min fitnatil masi khid dajjal - Ya ALLAH, aku pohon perlindungan MU daripada fitnah Dajjal..

Asal usul Hari Ibu

*
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biar pun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/

Wallahu a'lam.




Link pilihan:

Cara berbakti kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia

Dosa sesama manusia

Doakan ibu dan bapa

Kelebihan ibu dan bapa 


 

*

34 ulasan:

  1. Thanks for the useful information

    ;)

    BalasPadam
  2. bertambah satu ilmu hari ni..t.kasih

    BalasPadam
  3. hmmm bagaimana dengan kita pula...? kita ikut mereka jugak kan....? .. Tapikalau tak silap saya waktu di syria dulu... dorang ada hari ibu untuk sendiri rasanya.. tak ikut kalendar atau tarikh seperti di atas.... dan mungkin ada sejarahnya sendiri

    BalasPadam
  4. jadi... boleh ke x nak rai hari ibu skang? mmg x pernah la meraikan iye2, tp wish kat mak ade la jugak...

    BalasPadam
  5. wow, what an eye opener. Tq

    BalasPadam
  6. salam nk tnye..so kte kat malaysia celebrate according to the same date or not??but what if diff??cn v still celebrate it on the same day as in calender??

    BalasPadam
  7. erm...bergantung pada individu yg meraikannya... alangkah baiknya sekiranya disambut mengikut syariat islam @ meningkatkan lg keimanan & ketaan anak kepada ibunya seperti yg telah disyariatkan dalam islam....

    http://mdsafkyo.blogspot.com/2011/02/tentang-ibu.html

    BalasPadam
  8. hari hari ibu~itu yg patut d rai^_^

    BalasPadam
  9. Saya rasa hari ibu disambut pada tarikh-tarikh yang berbeza di negara yang berlainan bergantung kepada sejarah asal usulnya dan tujuan ia diadakan..

    Begitu juga dengan hari bapa dan hari guru..

    Wallahua'lam..

    http://fuadansari.blogspot.com/2011/04/terima-kasih-ibu.html

    BalasPadam
  10. sebaiknya kita sambut ikut cara Islam spt mendoakan untuk kesejahteraan ibu bapa kita sebagaimana selalu kita doakan dalam doa-doa selepas solat..

    BalasPadam
  11. Sekadar pengkongsian bersama..

    http://darikacamatatokwan.blogspot.com/2011/05/hukum-menyambut-hari-ibu.html

    BalasPadam
  12. sepatutnya hari ibu disambut setiap hari. tak perlu adanya hari khas utk meraikan ibu kita.

    BalasPadam
  13. thnks for information..

    BalasPadam
  14. terima kasih info amat berguna..
    xperlu ada hari tertentu untuk kita menghargai seseorang...
    hari2 adalah hari kita menghargai orang2 yg kita sayang...tambahan pula ayah&ibu kita..
    =)

    BalasPadam
  15. terima kasih info yang baik .
    btw , sy berminat sgt dgn entry awak ni . jd , sy jadikan entry sy . credit kat awak :)

    BalasPadam
  16. takpa, sebenarnya apa yg kita lakukan berdasarkan niat... teda tentangan dari islam untuk menuruti sesuatu yg baik, seperti menghargai ibu kita pada hari tersebut, tapi, tak perlu la ikut smpi nyanyi lagu tradisi skali, yg rasa2 tak betul tu jgn la wat... klu stakat give present, rasanya tak salah..

    BalasPadam
  17. salam.
    info yg sgt bgus..trime kasih.izin share ye..

    BalasPadam
  18. errr..... google byk lgi info klaw nk taw....

    BalasPadam
  19. kita ucap selamat kt ibu bapa kita kan 5 kali sehari..doa sewaktu lepas solat...itu wajib kite mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita..

    BalasPadam
  20. gud information... tp x slh kalu kita smbut mngikut agama masing2. Dlm agama apa pun seorg ibu di anggap mulia. Bgus juga Malaysia menyambut hari ibu @ hari bapa krn ank2 mda skrg semakin melupai jasa seorg ibu. Yg mne dh mnjadi ibu tp buang ank merata2 mdah2an smbutan begini lebih menyedarkn mereka..

    BalasPadam
  21. Sejarah adalah Cermin untuk melangkah dimasa depan,..semoga Yang Muda mengerti Hujjah,yang tua akan lebih bijaksana,Anda pembawa cahaya dalam satu Rombongan dikala gelap gulita,..semoga Allah Subhanahuu wata'ala memberi Manfaat dan Rahkmat,Amiin Yaa Robbal alamiin,-

    BalasPadam
  22. Korang sambut hari ibu, tp korang taat tak kat ibu korang?? Lelaki yg dah kawin selalu lupa ibu mereka, terlalu manjakan isteri smpaikan ibu pon lupa....ni pulak konon nak smbut hari ibu. Jgn terlalu bnyk hujah tentang pendapat itu dan ini mengenai hari ibu, kunci utamanya Allah Azzawajalla dah brfirman dlm Surah al-Isra: "...kpd keduanya kamu hendaklah taat dan jgn sesekali kamu berkata "Ah!" kpd mereka.."

    Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

    “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
    Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
    Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
    Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
    Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
    Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
    Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
    Baginda menjawab: “Ayah kamu."

    Wallahua'alam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mohon share ye.. tq~

      Padam
  23. konsep trinity dalam kristian..
    tuhan bapa, anak tuhan dan roh kudus..jadi anak tuhan dilahirkan ibunya...maryam..
    jadi menyambut hari ibu adalah haram..sebab kita mengikut hari mother of god(dalam agama kristian)..maryam ibu nabi isa
    cukuplah kita berbakti dengan setiap hari dan doakan kebaikan diorang...
    termasuk juga hari bapa..tuhan bapa..
    mereka cuba menyesatkan kita..cukuplah dengan hari-hari Islam..
    maulidur rasul..maal hijrah..ramadhan..hari raya aidilfitri..hari raya kurban...nisfu syaban..

    BalasPadam
  24. apakah hukum menyambut hari ibu?

    BalasPadam
  25. salam
    thnkz 4 dat info...
    bgantung pd niat kita..just nk mghargai ibu kita nmpk lbih special shari tu dlm stahun kita mghargainya rasa okay jer..tp makesure yg kita mmg hari-hari mghargai ibu kita mngikut syariat yg dh ditetapkan...buat baek kpdnya n doaknnya slalu itu yg terbaik...satu hari dlm sthun kita raikan ibu dgn hadiah, wish or something buat dia happy i think no prob kot...klau nk bg hadiah hari2, wish mothers day hari2 hmm...rsa xnmpk specialnya dlm kenangan ibu kita tersayang..^^

    BalasPadam
  26. Terima kasih atas informasinya kak.
    Sya menjadi tercerahkan, sehingga berhati-hati dengan tanggal 22 Desember

    BalasPadam

Popular Posts