"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Kelebihan 10 Muharram (Hari 'Asyura')

*

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi shollallahu 'alaihi wasallam tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari Asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari Asyura. (HR Bukhari)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari Asyura dan Nabi shollallahu 'alaihi wasallam pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a., dia menceritakan bahawa Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pengumuman ini sampai malam". (HR Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, "Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (HR Muslim)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari Asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.

Imam al-Baihaqi meriwayatkan dalam "Syu`abul Iman" daripada hadits Sayyidina Abu Hurairah RA yang menyatakan: "Sesiapa yang melapangkan/menyenangkan atas keluarganya dan ahli rumahnya pada hari `Asyura, Allah akan melapangkan atasnya sepanjang tahun."

Diriwayatkan oleh Ibnu `Abdil Bar dengan sanad yang jayyid (elok) daripada Sayyidina Jaabir bin Abdullah yang berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: " Sesiapa yang meluaskan (yakni melapangkan atau menyenangkan) atas dirinya dan ahli keluarganya pada hari `Asyura, Allah akan meluaskan (rezekinya) sepanjang tahun." Sayyidina Jabir RA berkata: "Kami telah mencubanya dan memperolehi yang sedemikian tadi (yakni apa yang dinyatakan tadi)." ("Tuhfatul Muhibbin wa Minhatul Mustarsyidin" pada halaman 71-72)

Yang dimaksudkan dengan ‘melapangkan’ atau ‘menyenangkan’ di dalam hadis di atas adalah berbelanja pada makanan dan minuman lebih banyak atau lebih istimewa daripada hari biasa, serta menggembirakan anak-anak contohnya dengan menghulur belanja lebih dan yang seumpamanya. Selain daripada ahli keluarga, maksud menyenangkan di dalam hadis di atas termasuk juga kepada kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin dengan syarat apa yang dilakukannya itu tidak membebankan dirinya.


Wallahu 'alam.



Link pilihan :

Kelebihan Bulan Muharram



*

Rezeki Tertahan Kerana Dosa

*


”Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa-dosa yang dilakukannya.” (HR. Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah).


*

Syaitan Kencing Dalam Telinga

*

Dari Abdullah bin Mas’ud berkata bahwa ada seorang yang diceritakan kepada Rasulullah yang terus tidur hingga pagi hari dan tidak bangun untuk mengerjakan solat. Maka Nabi Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya syaitan telah kencing pada telinganya !”. (Sahih Bukhari: 245)


*

Malam Mustajab Doa

*

Disebut dalam "Lathaaiful Ma`aarif" karangan Imam al-Hafiz Zainuddin bin Rajab @ Ibnu Rajab al-Hanbali, halaman 196 sebagai berikut:-

Dan telah berkata Imam asy-Syafi`i r.a.: Telah sampai kepada kami bahawasanya doa dimustajabkan pada 5 malam: malam Jumaat, malam hari raya 'aidil fitri, malam hari raya 'aidil adha, malam pertama bulan Rejab dan malam Nisfu Sya'baan.

*

Aku Redha

*

Rodhiitu billaahi robbaa, wa bil-islaami diinaa, wa bi-muhammadin shallallaahu ‘alaihi wa sallama nabiyya.

"Tidaklah seseorang Muslim yang berkata pada waktu pagi dan petang 3 kali: "
Rodhiitu billaahi robbaa, wa bil-islaami diinaa, wa bi-muhammadin shallallaahu ‘alaihi wa sallama nabiyya.", melainkan menjadi hak bagi Allah meredhai dia pada hari kiamat". (HR. Imam at-Tirmidzi)


*

Astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih

*


"Sesiapa mengucapkan astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih, akan diampuni dosa-dosanya, walaupun dia pernah lari dari medan peperangan". (HR Al Hakim)

"Sesiapa yang mengucapkan pada masa dia mahu tidur : astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih, maka di ampun dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan daun di pokok, walaupun sebanyak pasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia." (HR at-Tirmizi, Hasan Gharib, al-Jami', no. 3397)


*

Allah ada dimana ?

*




Jika ditanya Allah ada dimana ? Jawablah: Allah ADA TANPA bertempat, tiada bagi Allah Aina (di mana). (Sumber: Al-Fiqh Al-Absat M/S 56-57 oleh Imam Salaf Abu Hanifah Rahimahullah (80H-150H).

Al-Imam as-Sajjad Zain al-‘Abidin ‘Ali ibn al-Husain ibn ‘Ali ibn Abi Thalib (w 94 H) berkata:

"أنْتَ اللهُ الّذِيْ لاَ يَحْوِيْكَ مَكَانٌ" (رواه الحافظ الزبيدي)

"Engkaulah ya Allah yang tidak diliputi oleh tempat". (Diriwayatkan oleh al-Hafizh az-Zabidi dalam Ithaf as-Sadah al-Muttaqin Bi Syarh Ihya’ ‘Ulumiddin dengan rangkaian sanad muttashil mutasalsil yang kesemua perawinya adalah Ahl al-Bayt; keturunan Rasulullah).

Al-Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari (w 324 H) -Semoga Allah meridhainya- berkata:

"إنَّ اللهَ لاَ مَكَانَ لَهُ " (رواه البيهقي في الأسماء والصفات)

"Sesungguhnya Allah ada tanpa tempat" (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam kitab al-Asma Wa ash-Shifat).

Rasulullah shallallahu ‘alayhi wasallam bersabda: “Allah ada pada azal (keberadaan tanpa permulaan) dan belum ada sesuatu pun selain-Nya”. (H.R. al Bukhari).

Makna hadits di atas, bahwa Allah ada pada azal (keberadaan tanpa permulaan), tidak ada sesuatu (selain-Nya) bersama-Nya. Pada azal belum ada angin, cahaya, kegelapan, ‘Arsy, langit, manusia, jin, malaikat, waktu, tempat dan arah. Maka bererti Allah ada sebelum terciptanya tempat dan arah, maka Allah tidak memerlukan kepada keduanya dan Allah tidak berubah dari azal, yakni tetap ada tanpa tempat dan arah, kerana berubah adalah ciri dari sesuatu yang baru (makhluk).

Abi Razin radhiyallahu ‘anhu berkata: “Aku berkata, wahai Rasulullah, di manakah Tuhan kita sebelum menciptakan makhluk-Nya?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Allah ada tanpa sesuatu apa pun yang menyertainya. Di atasnya tidak ada sesuatu dan di bawahnya tidak ada sesuatu. Lalu Allah menciptakan Arasy di atas air.” (Sunan al-Tirmidzi, [3109]).

Sayyidina Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu mengatakan yang maknanya: “Allah subhanahu wa ta’ala ada sebelum adanya tempat. Dan keberadaan Allah sekarang, sama seperti sebelum adanya tempat.” (diriwayatkan oleh Abu Manshur al Baghdadi dalam kitab al Farq bayna al Firaq, hal. 256)

Al Imam Abu Hanifah dalam kitabnya al Fiqh al Absath berkata:
“Allah ta’ala ada pada azal (keberadaan tanpa permulaan) dan belum ada tempat, Allah ada sebelum menciptakan makhluk, Allah ada sebelum ada tempat, makhluk dan sesuatu dan Allah pencipta segala sesuatu”.
 
Al Imam Fakhruddin ibn ‘Asakir (W. 620 H) dalam risalah aqidahnya mengatakan : “Allah ada sebelum ciptaan, tidak ada bagi-Nya sebelum dan sesudah, atas dan bawah, kanan dan kiri, depan dan belakang, keseluruhan dan bagian-bagian, tidak boleh dikatakan “Bila ada-Nya ?”, “Di mana Dia ?” atau “Bagaimana Dia ?”, Dia ada tanpa tempat”.


Imam asy-Syafi’i Muhammad ibn Idris (w 204 H), seorang ulama Salaf terkemuka perintis madzhab Syafi’i, berkata: “Sesungguhnya Allah ada tanpa permulaan dan tanpa tempat. Kemudian Dia menciptakan tempat, dan Dia tetap dengan sifat-sifat-Nya yang Azali sebelum Dia menciptakan tempat tanpa tempat. Tidak boleh bagi-Nya berubah, baik pada Dzat maupun pada sifat-sifat-Nya” (az-Zabidi, Ithâf as-Sâdah al-Muttaqîn…, j. 2, h. 24).

Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari r.a. (324 H) berkata: Allah s.w.t. wujud tanpa bertempat. Dia menciptakan Arasy dan Kursi tanpa memerlukan kepada tempat. (tabyiin kazbul muftari: 150)

Wallahu a'lam.


*



*



*




Link Pilihan :

Dilarang berkata Allah ada dimana-mana atau duduk di atas arasy   

Tidak boleh mengatakan : Allah bersemayam/duduk atas Arasy di langit

Imam Abu Hanifah tolak akidah: Allah bersemayam/duduk/bertempat atas Arasy 

Di mana Allah ? 

Akidah Imam Syafi'e

Akidah Imam Malik

Akidah Imam Abu Hanifah 

Akidah Salafus Soleh  

Video - Allah ada tanpa tempat

Debat ahlussunnah vs salafy wahabi, apakah Allah berada di langit

Hadis Jariah

Pembohongan atas nama Imam Abu Hanifah
 


*

Marah itu dari syaitan

*

"Sesungguhnya marah adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk.” (HR Ahmad & Abu Daud)

Imam al-Ghazali berkata: Ahli ilmu berpendapat bahawa berlakunya sifat marah itu kerana urat saraf manusia ditarik oleh syaitan. Ini bermakna orang yang suka marah bererti telah mengikat persahabatan dengan syaitan.

Cuba lihat muka orang yang sedang marah, cantik atau hodoh ?  
Menakutkan tak ?  Macam muka ....

Orang yang selalu marah tidak menyedari bahawa syaitan telah menguasai dirinya.

Wallahu a'lam.





Link pilihan:

Cara Menahan Marah




*
 

Lihat Pun Ibadah

*

"Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (HR.  Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". - (HR. Abu Daud)




Wallahu a'lam.




Link pilihan:

Cara berbakti kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia

Dosa sesama manusia

Doakan ibu dan bapa

Kelebihan ibu dan bapa 


 

*

Baca Yasin Malam Jumaat



Imam as-Sayuthi dalam kitabnya "Khushushiyyaat Yawmil Jumu'ah" menulis:- Imam al-Baihaqi dalam kitab "asy-Syu`ab" telah mentakhrijkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya:- Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda:- "MAN QARA-A LAILATAL JUMU`ATI HAAMIIM AD-DUKHAAN WA YAASIIN ASHBAHA MAGHFURAN LAHU" (Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat surah ad-Dukhan dan surah Yasin, maka pada waktu pagi dia dalam keadaan terampun).

Al-Ashbihani pula meriwayatkan dengan lafaz:- "MAN QARA-A YAASIIN FI LAILATIL JUMU`ATI GHUFIRA LAHU" ( Sesiapa yang membaca surah Yasin pada malam Jumaat, nescaya diampunkan baginya).

*
Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa yang membaca surat Yasin pada malam hari, maka pagi harinya dia diampuni oleh Allah. Sesiapa yang membaca surat ad-Dukhan, maka dia diampuni oleh Allah." (HR Abu Ya'la). Menurut al-Hafidz Ibn Katsir, hadits ini sanadnya jayyid (shahih). Komentar Ibn Katsir ini juga dikutip dan diakui oleh al-Imam asy-Syaukani dalam tafsimya Fath al-Qadir, bahwa sanad hadits tersebut jayyid, alias shahih.

Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa yang membaca surat Yasin pada malam hari kerana mencari redha Allah, maka Allah akan mengampuninya." (HR. Ibn Hibban dalam Shahihnya). Hadits ini dishahihkan oleh al-Imam Ibn Hibban dan diakui oleh al-Hafidz Ibn Katsir dalam Tafsirnya, al- Hafidz Jalahiddin as-Suyuthi dalam Tadrib ar-Rawi, dan al-Imam asy-Syaukani dalam tafsir Fath al-Qadir dan al-Fawaid al-Majmu’ah.

Asy-Syaukani berkata dalam al-Fawaid al- Majmu’ah sebagai berikut: "Hadits, "Sesiapa membaca surat Yasin kerana mencari redha Allah, maka Allah akan mengampuninya, diriwayatkan oleh al-Baihaqi dari Abu Humairah secara marfu’ dan sanadnya sesuai dengan kriteria hadits shahih. Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dan al-Khathib. Sehingga tidak ada alasan merryebut hadits tersebut dalam kitab-kitab al-Maudhu’at (tidak benar menganggapnya sebagai hadits maudhu’)." (Asy-Syaukani, al-Fawaid al-Majmu’ah fi al-Ahadits al-Maudhu’ah halaman 302-303).

Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin AbdiLLah, RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti: "Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy'. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha Allah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia." (Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam'an, (jilid V, h 397).

Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma'qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma' al Zawaid, "Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)

Daripada Anas RadiyaLlahu 'anhu: Sabda Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam:  "Sesungguhnya bagi tiap-tiap sesuatu itu ada jantung (hati), dan jantung (hati) al Quran ialah surah Yasin. Dan sesiapa yang membaca surah Yasin, akan dituliskan Allah baginya dengan membacanya pahala seumpama membaca al Quran sepuluh kali." (HR. at-Tirmizi dan ad-Darimi)

Menurut Imam at Tirmizi darjat hadith ini adalah hasan gharib. Ia telah diriwayatkan oleh lima orang sahabat radiyaLlahu anhum iaitu Abu Bakar as Siddiq, Anas r.a, Abu Hurairah r.a, Ubay bin Kaab r.a dan Ibn Abbas radiyallahu anhuma. Maka dari segi istilah ia bilangan yang cukup menjadi hadith mahsyur. (Rujuk Majalah Q & A Bil 3, m/s 76-77. Dijelaskan oleh Ustaz Mohd Khafidz Bin Soroni (Jabatan Hadith KUIS))


Berkaitan dengan membaca al-Qur'an atau zikir secara berjamaah atau beramai-ramai, al-Imam asy-Syaukani telah menegaskan dalam kitabnya, al-Fath ar-Rabbai fi Fatawa al-Imam asy-Syaukani sebagai berikut: “Ini adalah himpunan ayat-ayat al-Qur'an ketika melihat pertanyaan ini. Dalam ayat-ayat tersebut tidak ada pembatasan zikir dengan cara mengeraskan atau memperlahankan, meninggikan atau merendahkan suara, bersama-sama atau sendirian. Jadi ayat-ayat tersebut memberi pengertian anjuran zikir dengan semua cara tersebut.” (Syaikh asy-Syaukani, Risalah al-Ijtima’ ‘ala adz-Dzikir wa al-Jahr bihi, dalam kitab beliau al-Fath ar-Rabbani min Fatawa al-Imam asy-Syaukani halaman no. 5945).

Pernyataan asy-Syaukani di atas, adalah pernyataan seorang ulama yang mengerti al-Qur'an, hadits dan metode pengambilan hukum dari al-Qur'an dan hadits. Berdasarkan pernyataan asy-Syaukani di atas, membaca al-Qur'an bersama-sama tidak ada masalah, bahkan dianjurkan sesuai dengan ayat-ayat al-Qur’an yang menganjurkan kita memperbanyak zikir kepada Allah.

Wallahu 'alam.

 



*


*




Artikel pilihan :

Kelebihan Surah Yasin

Hukum Membaca Yasin dan tahlil secara berjamaah

Adakah Bid'ah Hasanah ?



*

Sakit Jadi Ringan

*


Imam al-Muzani rahimahullah menceritakan bahawa pernah pada suatu ketika Sulthanul A-immah Muhammad bin Idris asy-Syafie RA sakit. Maka salah seorang daripada pembesar Mesir telah datang untuk ziarah beliau. Ketika bertemu dengan Imam asy-Syafie RA, pembesar berkata: "Wahai Abu Abdillah, sakit akan terasa ringan apabila ramai orang datang melawat." Lalu dijawab Imam as-Syafie RA dengan berkata: "Wahai saudaraku, sakit akan terasa ringan jika kita ingat akan ganjaran pahalanya daripada Allah dan kita menyakini bahawa ianya adalah satu kaffarah bagi dosa - dosa kita."

Sumber: http://bahrusshofa.blogspot.com/2013/04/sakit-jadi-ringan.html

*

Seburuk-buruk Sifat

*


"Seburuk-buruk sifat yang ada kepada seseorang adalah bakhil dan penakut." (HR Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud, hadis no: 2150)

*

Kelebihan Tanah Haram Makkah

*
"Sesiapa yang menunaikan haji dari Makkah sambil berjalan kaki (yakni menuju ke Mina, Muzdalifah dan `Arafah) sehingga dia kembali ke Makkah, maka Allah SWT menulis baginya untuk setiap langkahnya 700 kebajikan dan setiap kebajikan itu adalah seumpama kebajikan-kebajikan yang dilakukan dalam Tanah Haram. Lalu baginda ditanya oleh sahabat, " Apakah kebajikan Tanah Haram itu (yakni apakah keistimewaan kebajikan Tanah Haram) ?" Baginda menjawabnya dengan bersabda: "Bagi setiap kebajikan itu diganda dengan 100,000 kebajikan." (HR. al-Hakim, al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

Wallahu a'lam.



Link pilihan:

Tanah Haram Makkah Dan Batasan-Batasannya

Keistimewaan Tanah Haram Makkah


Apa itu Tanah Haram dan Tanah Suci ?


Sebutan HIM dan HEM

*

Mari semak sebutan kita.

HIM (sebutan nipis).
HEM (sebutan tebal).

Encik Ibrahim - kebanyakkan masyarakat Malaysia akan menyebut Encik IbraHEM.

Encik Rahim - kebanyakkan masyarakat Malaysia akan menyebut Encik RaHEM.

Bismillahir rahma nir rahim - kebanyakkan masyarakat Malaysia akan menyebut Bismillahir rahma nir raHIM.

Di dalam surah al-Fatihah:

shiro tol lazi na 'an am ta 'alai HEM - SILAP.
shiro tol lazi na 'an am ta 'alai HIM - BETUL.

ghairil magh dhu bi 'alai HEM - SILAP.
ghairil magh dhu bi 'alai HIM - BETUL.

Di dalam tasyahhud / tahiyyat :

kamaa sollai ta'ala ibraHEM - SILAP.
kamaa sollai ta'ala ibraHIM - BETUL.

Mari betulkan sebutan kita.




*


Jari Telunjuk Masa Tahiyyat

*

Sejak dahulu lagi, para ulama telah berbeza pendapat mengenai ketika/waktu mengangkat jari telunjuk dan samada digoyang-goyangkan atau digerak-gerakkan jari telunjuk ketika bacaan tasyahhud/tahiyyat semasa solat.

Pendapat-pendapat yang masyhur ialah:
1. Mengangkat jari telunjuk dari awal bacaan tasyahhud tanpa digerak-gerakkan.
2. Mengangkat jari telunjuk dari awal bacaan tasyahhud serta digerak-gerakkan.
3. Mengangkat jari telunjuk ketika membaca kalimah syahadah, di tengah bacaan tasyahhud tanpa digerak-gerakkan.

Majoriti umat Islam di Malaysia yang bermazhab Syafi'i akan mengangkat jari telunjuk ketika membaca kalimah syahadah semasa bacaan tasyahhud dan tidak digoyang-goyangkan atau digerak-gerakkan jari telunjuk tersebut.

Imam an-Nawawi, seoarang ulama mazhab Syafi’iyah, mengatakan : “Dan mengangkat telunjuknya pada saat mengucapkan إلاالله (“illallah”) dan tidak menggerakkannya”. ( An-Nawawi, Minhaj al-“al-Thalibin, dicetak pada hamisy Qalyubi wa Umairah, Dar Ihya al-Kutub al-Arabiyah, Indonesia. Juz.I, Hal. 164)

Imam an-Nawawi menyatakan bahawa beliau berlapang dada dalam soal perbezaan pendapat bagi hal ini. Dan sama sekali tidak mencaci atau mentohmah di antara satu sama lain.

Wallahu 'alam.




Link pilihan:

Arah Pandangan Mata Ketika Solat


*













Lebih Baik Dari Kerajaan Nabi Sulaiman

*

Satu kisah yang diceritakan oleh Imam al-Qalyubi rahimahullah dalam karya beliau "an-Nawaadir" pada kisah yang ke-194 di halaman 174, bahawa satu ketika Nabi Sulaiman bin Daud `alaihimas salam lalu dengan tunggangannya di hadapan seorang penggembala kambing. Maka terluncurlah daripada mulut si penggembala akan kata-kata: "Raja Sulaiman telah dianugerahkan dengan kerajaan yang besar." Kata-kata si penggembala tadi dibawa angin ke telinga Nabi Sulaiman, maka turunlah baginda daripada tunggangannya lalu baginda datang kepada si penggembala itu. Baginda bersabda kepada si penggembala: "Wahai penggembala, sesungguhnya satu ucapan tasbih dalam lembaran amal seseorang hamba itu lebih afdhal di sisi Allah daripada kerajaan Sulaiman, kerana kerajaan itu bakal binasa sedangkan ucapan tasbih tersebut akan kekal bagi si pembacanya dan akan bermanfaat baginya pada hari kiamat nanti."


Sumber: http://bahrusshofa.blogspot.sg/2012/02/lebih-baik-dari-kerajaan.html

*

Orang Yang Kaya

*

4 perkara jika kamu pelihara sebaiknya maka kamu adalah orang yang kaya walaupun banyak kemegahan dunia tidak kamu miliki iaitu:
1. memelihara amanah,
2. berkata jujur,
3. baik akhlak,
4. dapat mengawal diri daripada makan terlalu lahap.
(HR Ahmad dan Tabrani)

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kaya itu bukanlah lantaran banyak harta, tetapi kaya adalah kaya jiwa (hati)." (HR Muslim)



Wallahu a'lam.




Link pilihan:

Orang Yang Berjaya





*

Selamat Hari Raya

*

Tazkirah Hari Raya.

Mendoakan agar amalan kita di bulan Ramadhan diterima Allah.
Al-Imam Al-Hafidz Ibnu Hajar Al-Asqalani رحمه الله berkata: ” Saya meriwayatkan hadis ini dengan sanad yang hasan dari Jubair bin Nafir, dia berkata:
كَانَ أَصْحَابُ رَسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم إِذَا الْتَقُوْا يَوْمَ الْعِيْدِ يَقُوْلُ بَعْضَهُمْ لِبَعْضٍ:تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ
“Para  sahabat Rasulullah صلي الله عليه وسلم  apabila bertemu pada hari raya, mereka mengatakan kepada yang lain: TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKA (Moga ALLAH terima amalan kami dan amalan kamu)". (Fathul Bari, 2: 446)

Menghidupkan Malam Hari Raya
“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya hatinya tidak mati pada hari hati-hati lain mati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)
Hadis ini menurut Imam Nawawi dalam al-Majmu’; sanadnya adalah dhaif. Namun menurut ulamak, hadis dhaif harus diamalkan dalam fadhilat amalan. (Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 426).

Perempuan juga digalakan menghadiri perhimpunan solat hari raya. Jika tidak boleh solat, dapat dengar khutbah.
Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah ra. ia berkata : Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam memerintahkan kami keluar pada 'idil fitri dan 'idil adha, semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Ada pun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari tempat solat, mereka menyaksikan kebaikan dan mendengarkan khutbah. Saya berkata : Ya Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda : Pinjamlah daripada saudara mara kamu. ( H.R : Jama'ah)

Makan dahulu sebelum pergi solat 'idil Fitri.
Diriwayatkan dari Buraidah ra. ia berkata : Adalah Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam keluar untuk solat 'idil fitri selepas makan terlebih dahulu dan tidak makan pada 'ldil adha sehingga beliau kembali dari solat hari raya. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)

Tidak melalui jalan yang sama waktu pergi dan balik solat hari raya.
Diriwayatkan dari Jaabir ra. ia berkata : Adalah Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam apabila keluar untuk solat hari raya ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan ( yakni waktu pergi melalui satu jalan dan waktu balik melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhari )

Bertakbir
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertakbir pada 'idil fitri bermula dari keluar dari rumah sehingga sampai di tempat solat hari raya. (HR Baihaqi)


Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Walillah hilham.

Taqab balallahu minna wa minkum.


Salam 'idil Fitri dari Lenggang Kangkung sekeluarga.

 
Maaf Zahir dan batin.

*

Khuatir Amalan Tidak Diterima

*

Para ulama salaf terdahulu sangat bersemangat untuk menyempurnakan amalan mereka, kemudian mereka berharap agar amalan tersebut diterima oleh Allah dan sangat khuatir jika tertolak.

Ibnu Diinar mengatakan, “Tidak diterimanya amalan, lebih ku khuatirkan daripada banyak beramal.”

Abdul Aziz bin Abi Rawwad berkata, “Saya menemukan para salaf begitu semangat untuk melakukan amalan solih. Apabila telah melakukannya, mereka merasa khuatir apakah amalan mereka diterima atau tidak.”

‘Umar bin ‘Abdul Aziz berkata semasa beliau berkhutbah pada hari raya Idul Fitri, “Wahai sekalian manusia, kalian telah berpuasa selama 30 hari. Kalian pun telah melaksanakan solat tarawih setiap malamnya. Kalian pun keluar dan memohon pada Allah agar amalan kalian diterima. Namun sebagian salaf malah bersedih ketika hari raya Idul Fitri. Dikatakan kepada mereka, “Sesungguhnya hari ini adalah hari penuh kebahagiaan.” Mereka malah mengatakan, “Kalian benar. Akan tetapi aku adalah seorang hamba. Aku telah diperintahkan oleh Rabbku untuk beramal, namun aku tidak mengetahui apakah amalan tersebut diterima atau pun tidak.” (Lathaif Al Ma’arif, 368-369).

 Ada yang mengatakan para salaf biasa memohon kepada Allah selama enam bulan agar dapat berjumpa dengan bulan Ramadhan. Baki lagi enam bulan, mereka memohon kepada Allah agar amalan mereka diterima.

Wallahu a'lam.

Taqobbalallahu minna wa minkum. (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kalian)




Link pilihan:

Khauf dan Raja' (Harap-harap cemas)



*



Popular Posts