*
Berkata Ali radhiyallahu'anhu: Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam melarang aku memakai cincin pada jari ini dan ini. Beliau berkata: Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam menunjuk pada jari tengah dan jari sebelahnya (telunjuk)." [HR. Muslim]
Larangan memakai cincin pada jari tengah dan telunjuk adalah untuk LELAKI sahaja.
Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata :"Kaum muslimin telah berijmak akan
sunnahnya lelaki memakai cincin di jari kelingking, ada pun wanita maka
boleh memakai cincin-cincin di mana-mana jari-jari mereka. Dan
dimakruhkan bagi seorang lelaki untuk memakai cincin di jari tengah dan
juga jari yang setelahnya (jari telunjuk), dan hukumnya adalah makruh
tanzih." (Al-Minhaaj Syarh
Shahih Muslim 14/71)
*
Sabda Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam: Mahukah aku beritahu (sifat-sifat) ahli neraka? Para sahabat menjawab, Ya. Baginda bersabda, 'utul (suka bertengkar/kasar bahasanya/tidak mahu mengalah), jawwaz (berlagak/ego/keras hati) dan mustakbir (sombong/bongkak/angkuh). (HR. Bukhari dan Muslim)
*
*