"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Tasbih Fatimah

*

Ali bin Abi Talib ra. menceritakan bahawa Fatimah ra. (isterinya, juga puteri Rasulullah) sering merasa sakit tangan dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya. Fatimah datang menemui Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berhasil menemui Rasulullah dan hanya bertemu dengan Aisyah. Kemudian Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Aisyah pun memberitahu baginda tentang permintaan Fatimah. Ali ra. berkata, Rasulullah telah datang ke rumah kami ketika kami tengah berbaring hendak tidur. Maka kami segera bangun tetapi baginda mencegahnya seraya berkata: “Tetaplah di tempat kalian!” Kemudian Rasulullah duduk di antara kami hingga saya merasakan dinginnya telapak kaki beliau yang menyentuh dada saya. Setelah itu, Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Inginkah kalian berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian minta? Apabila kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) tiga puluh empat kali, tasbih (Subhanallah) tiga puluh tiga kali dan tahmid (Alhamdulillah) tiga puluh tiga kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)

*

Popular Posts