"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Lemah Lembut Sifat Mulia

*

Garang, bengis, kasar, bahasa kesat dan suara yang tinggi, sudah semakin lumrah.

Ar-Rifq adalah sifat lemah lembut di dalam berkata dan bertindak serta memilih untuk melakukan cara yang paling mudah. (Fathul Bari syarh Shahih Al Bukhari)


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Hendaklah kamu bersifat lemah lembut dan jangan sekali-kali bersikap kasar dan jahat." (HR. Al-Bukhari di dalam Al-Adab Al-Mufrad) 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Orang yang dijauhkan dari sifat lemah lembut, maka dia dijauhkan dari kebaikan.” (HR.Muslim)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya sifat lemah lembut itu tidak berada pada sesuatu melainkan dia akan menghiasinya (dengan kebaikan). Sebaliknya, tidaklah sifat itu dicabut dari sesuatu, melainkan dia akan membuatnya menjadi buruk.” (HR. Muslim)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut, nescaya dia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal.” (HR. Muslim)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah adalah Zat Yang Maha Lembut yang mencintai kelembutan dalam seluruh perkara.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Rasulullah memuji sahabatnya Asyaj Abdul Qais dengan sabdanya, “Sesungguhnya pada dirimu ada dua perangai yang dicintai Allah iaitu sifat lemah lembut dan tenang”. (HR. Muslim)

“Mahukah aku khabarkan kepada kalian tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), lemah lembut serta mudah dibawa berunding.” (HR. Tirmidzi)

“Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar-kamar atau gedung-gedung yang bahagian luarnya dapat dilihat dari bahagian dalam, dan bahagian dalam dapat dilihat dari bahagian luarnya, Allah SWT menyediakannya untuk orang yang suka memberi makan orang miskin, orang yang lembut dalam berbicara, orang yang suka berpuasa dan orang yang mengerjakan solat di malam hari waktu manusia lain sedang tidur”. (HR. Tirmidzi)

Iyadh Bin Himar al-Mujasyi menceritakan, suatu hari Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam berkata dalam khutbahnya, "Penghuni syurga itu ada tiga jenis; pertama, orang yang memiliki kekuasaan, berbuat adil dan diberi taufik untuk bertindak mengikut hukum. Keduanya, orang yang pengasih dan lembut hatinya terhadap setiap ahli keluarga dan orang Muslim. Ketiganya, orang yang menjaga kehormatan diri, menghindari perkara keji, tidak mengeluh kerana kekurangan dan tidak meminta- minta". (HR. Muslim)

Wallahu a'lam.


*

Popular Posts