Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Hukum Solat Berjamaah

*

Hukum solat fardu secara berjamaah:

Mazhab Syafi’i : Wajib Fardu Kifayah bagi lelaki yang mukallaf, bermukim, merdeka dan tidak uzur solat secara berjamaah di masjid.
Ulama mazhab Syafi’i berselisih pendapat dalam masalah mendirikan solat berjamaah di selain masjid, apakah menggugurkan fardu kifayahnya atau tidak? Mereka berbeda pendapat ke dalam dua pendapat:
Pertama, tidak cukup mendirikannya di selain masjid untuk menegakkan perbuatan yang fardu.
Kedua, cukup jika tempatnya ramai, seperti solat berjamaah di pasar misalnya.

Mazhab Hambali: Wajib Fardu Ain bagi lelaki yang tidak uzur berjamaah di masjid.

Mazhab Hanafi dan Maliki:  Sunat mu'akkad bagi lelaki yang tidak uzur berjamaah di masjid.



Wallahu 'alam.





Link pilihan:

Kelebihan Solat Berjamaah

Kelebihan Solat di Masjid


*




6 comments:

  1. ramai masyarakat sekarng yang memenuhi masjid pada hari raya saja, sedangkan yang fardhu punya sikit saja yang pergi...masa hari Jumaat saje, nampak kekuatan Islam, ramai pergi masjid

    entri yang pendek tetapi padat, semoga kita semua mendapat hidayah daripada Allah.

    p/s: komen untuk diri sendiri yg banyak kesilapan jugak

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah di Selangor dan KL ramai dah semakin sedar akan kepentingan solat berjemaah terutamanya solat Subuh. Walaupun di Masjid besar tak ramai sangat, cukuplah kalau dapat 4-5 saf. Itu tak termasuk surau-surau kecil di taman perumahan yang semakin hari semakin menampakkan peningkatan. Kalau semua berjemaah di masjid macam solat jumaat, saya pasti jumlahnya ramai.

    ReplyDelete
  3. sekarang ni, ramai sangat yg suka skip solat jumaat.

    ReplyDelete
  4. I'm not sure exactly why but this blog is loading incredibly slow for me. Is anyone else having this problem or is it a problem on my end? I'll check back later on and see if the problem
    still exists.

    my webpage muscle building supplements for seniors

    ReplyDelete
  5. assalam ..pandangan pertama adalah tidak berdosa ..manakala pandangan kedua adelah dosa....bgaimana pula apabila kita menonton televesyen yang mejoritinya melihat pelakon2 tidak menutup aurat..sila beri jawapan

    ReplyDelete
  6. Mazhab Syafi’i : Wajib Fardu Kifayah bagi lelaki yang mukallaf, bermukim, merdeka dan tidak uzur solat secara berjamaah di masjid.

    maknanya ramai lelaki sdg sakit tenat dan uzur jika berdasarkan nisbah yg sehat dtg ke masjid.

    satu lagi itu baru hadis tapi belum syarah pada hadis tu lagi. skrg ramai org petik hadis dan syarah sendiri. bab syarah nie kena berguru dan bersanad kalu tak kita tau zahir hadis saje

    ReplyDelete

Popular Posts