*
Daripada Aisyah R.A (Isteri Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam) bahawa Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam selalu beriktikaf pada sepuluh akhir daripada bulan Ramadhan hingga diwafatkannya oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepasnya oleh para isterinya. (Muttafaq 'Alaih).
Daripada Abi Hurairah R.A, ia berkata : Adalah Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam selalu beriktikaf pada tiap-tiap Ramadhan sepuluh hari terakhir. Manakala pada tahun baginda diwafatkan, baginda beriktikaf dua puluh hari. (Sahih Bukhari)
Dengan itu, nyatalah bahawa iktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan adalah sunnah yang diamalkan secara berkekalan oleh Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam dan para isterinya, juga oleh para sahabatnya.
Telah bersepakat di antara imam-imam mazhab yang empat bahawa hukum iktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan adalah sunat Muakkadah, kerana mengikut sunnah Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam dan menuntuti Lailatul Qadar. (Syarah Sohih Muslim li An-Nawawi 8/67, Fathul Bari li Ibni Hajar As-Asqolani 4/272).
Manakala hukum iktikaf pada lain daripada sepuluh akhir Ramadhan adalah sunat (istihbab).
"Dan sesiapa yang iktikaf satu hari kerana mencari keredhaan Allah, nescaya Allah jadikan di antaranya dan di antara api neraka, tiga buah parit, di mana jarak di antara tiap-tiap satu parit lebih jauh daripada jarak antara dua mata angin". (HR. At-Tabrani dan Al-Hakim)
Wallahu a'lam.
Link pilihan:
Panduan Iktikaf
Pedoman Iktikaf
Kelebihan Malam Lailatul-Qadar
Kelebihan Pergi Masjid
*
Popular Posts
-
* Dari Abu Darda r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ay...
-
* "Sesiapa mengucapkan astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih, akan diampuni dosa...
-
1. Allahumma laka sumtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin Maksudnya, "Ya Allah bagi Engkau ...
-
* Solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh dikenali sebagai Solat Fajar atau Solat Qabliyah Subuh atau Solat Sunat Subuh ....
-
* Jika ditanya Allah ada dimana ? Jawablah: Allah ADA TANPA bertempat, tiada bagi Allah Aina (di mana). (Sumber: ...
-
* Penjelasan Status Hadis Doa Bulan Rejab Hadis Rejab Bulan Allah - Hadis Palsu ? Kelebihan Bulan Rejab *
-
* "Wahai orang-orang yang beriman, telah ditentukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah ditentukan ke atas umat-umat sebelum kam...
-
* Diterbitkan dan diedar secara percuma oleh: DARUL QURAN WAS-SUNNAH Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2 Kubang Keria...
-
* Waktu Solat Dhuha Secara umumnya waktu melakukan solat sunat Dhuha mengikut syarak bermula dari selepas terbit matahari iaitu angga...
-
* Penjelasan Tentang Bid'ah. Dalam pengertian syari’at, bid’ah adalah: اَلْمُحْدَثُ الَّذِيْ لَمْ يَنُصَّ عَلَيْهِ الْقُرْءَانُ ...