*
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Allah akan menghimpunkan sekalian manusia pada hari qiamat, maka dengan sebab dahsyatnya keadaan di situ, mereka merasa berat dan resah gelisah lalu mereka diilhamkan jalan untuk melepaskan diri dari yang demikian. Mereka pun berkata sesama sendiri: "Bukankah elok kalau kita mencari orang yang dapat mengemukakan syafaat kepada Tuhan kita supaya Tuhan melepaskan kita dari penderitaan tempat ini?" Nabi bersabda: "Setelah itu, mereka pun pergi menemui Nabi Adam, serta berkata: Engkau ialah bapa sekalian manusia, Allah telah menciptakanmu dengan kekuasaanNya dan meniupkan padamu dan roh-Nya, serta ia memerintahkan Malaikat sujud kepadamu; tolonglah kemukakan syafaat kepada Tuhamu untuk kami supaya ia melepaskan kami dari penderitaan tempat ini". Mendengarkan yang demikian, Nabi Adam berkata: "Aku bukanlah orang yang berpangkat boleh menunaikan maksud kamu", (dan pada satu riwayat, Nabi Adam berkata: "Aku bukanlah orang yang layak untuk itu), serta ia menyebut salah silapnya yang pernah dilakukan, dengan sebab itu ia merasa malu kepada Tuhannya; tetapi, kata Nabi Adam: "Pergilah kamu menemui Nabi Noh, Rasul yang pertama yang telah diutus oleh Allah Taala'."Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Setelah itu mereka pun pergi menemui Nabi Noh, maka Nabi Noh menjawab dengan katanya: "Aku bukanlah orang yang berpangkat boleh menunaikan maksud kamu itu", (pada satu riwayat, Nabi Noh berkata: "Aku bukanlah orang yang layak untuk itu"), serta ia menyebut salah-silapnya yang pernah dilakukan, dengan sebab itu ia merasa malu kepada Tuhannya: Tetapi, kata Nabi Noh, "Pergilah kamu menemui Nabi Ibrahim yang Allah telah jadikan dia orang yang berdamping di sisi-Nya." Nabi bersabda: "Setelah itu pergi menemui Nabi Ibrahim a.s., maka Nabi Ibrahim menjawab dengan katanya: "Aku bukanlah orang yang berpangkat boleh menunaikan maksud kamu itu, (dan pada satu riwayat: Nabi Ibrahim berkata: "Aku bukanlah orang yang layak untuk itu"), serta ia menyebut salah silapnya yang pernah dilakukan, dengan sebab itu ia merasa malu kepada Tuhannya; Tetapi, kata Nabi Ibrahim: "Pergilah kamu menemui Nabi Musa a.s., yang Allah berkata-kata dengannya serta memberikannya kitab Taurat. " Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Setelah itu mereka pun pergi menemui Nabi Musa a.s., maka Nabi Musa menjawab dengan katanya: "Aku bukanlah orang yang berpangkat boleh menunaikan maksud kamu itu, (dan pada satu riwayat: Nabi Musa berkata: Aku bukanlah orang yang layak untuk itu), serta ia menyebut salah silapnya yang pernah dilakukan, dengan sebab itu ia merasa malu kepada Tuhannya, Tetapi, kata Nabi Musa: "Pergilah kamu menemui Nabi Isa a.s., Roh Allah dan kalimah-Nya." Nabi bersabda: "Setelah itu mereka pun pergi menemui Nabi Isa Roh Allah dan kalimah-Nya, maka Nabi Isa menjawab dengan katanya: "Aku bukanlah orang yang berpangkat boleh menunaikan maksud kamu itu", (dan pada satu riwayat: Nabi Isa berkata: "Aku bukanlah orang yang layak untuk itu"), Tetapi kata Nabi Isa, "Pergilah kamu menemui Nabi Muhammad shollallahu 'alaihi wasallam, seorang hamba Allah yang telah diampunkan salah silapnya yang terdahulu dan yang terkemudian." Kata rawi: Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Setelah itu mereka pun datang menemuiku, aku pun memohon izin mengadap Tuhanku, lalu diizinkan"; (dan pada satu riwayat: Baginda bersabda: "Setelah itu mereka datang menemuiku, aku pun berkata: "Akulah orang yang layak untuk itu, akulah orang yang layak untuk itu" maka aku pun pergi serta memohon izin mengadap Tuhanku, lalu diizinkan), maka apabila aku mengadap-Nya, aku merebahkan diri sujud, lalu dibiarkan-Nya aku sujud seberapa lama yang Allah kehendaki, kemudian diserukan daku: Wahai Muhammad! angkatlah kepalamu, dan berkatalah apa sahaja hajatmu supaya diperkenankan, mintalah supaya diberikan, dan kemukakan syafaat supaya dikabulkan syafaatmu; maka aku pun mengangkat kepalaku serta memuji Tuhanku dengan Puji-pujian yang diajarkan kepada aku oleh Tuhanku `Azza wa Jalla; kemudian aku kemukakan syafaatku;" (dan pada satu riwayat: Baginda bersabda: "Lalu diizinkan daku mengadapnya, maka aku pun berdiri mengadapnya serta memujinya dengan puji-pujian yang aku tidak dapat menyebutnya sekarang, yang Allah mengilhamkannya kepadaku, kemudian aku menumuskan muka sujud kepadanya hingga aku diseru: "Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu dan berkatalah apa sahaja nescaya diperkenankan, mintalah supaya diberikan dan kemukakanlah syafaat supaya dikabulkan syafaatmu; Maka aku pun merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Kasihanilah umatku! Kasihanilah umatku!), (dan pada satu riwayat lagi: Baginda bersabda: "Maka aku pun mengangkat kepalaku serta memohon dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Segerakanlah apalah kiranya, perbicaraan hitungan amal khalayak yang ramai ini. (Al-Jama'ah)
Syafaat yang tersebut dalam hadis yang panjang di atas ialah yang dinamakan "al-Syafaah al-Uzma" (Syafaat yang terbesar) yang dikhaskan untuk Nabi Muhammad shollallahu 'alaihi wasallam sahaja mengemukakannya ke hadhrat Allah 'Azza wa Jalla. Syafaat ini juga dikatakan syafaat umum, untuk seluruh makhluk yang berada di Padang Mahsyar, samada mereka itu mukmin atau pun kafir. Syafaat untuk memohon kepada Allah untuk dipercepatkan hisab (perbicaraan hitungan amal).
Para Ulama berbeza pendapat berkenaan berapa peringkat atau berapa jenis syafaat Nabi Muhammad shollallahu 'alaihi wasallam.
Menurut an-Nuqqasy, ada tiga peringkat syafaat yang diberi kepada Rasulullah:
Pertama ialah syafaat umum, memohon kepada Allah untuk dipercepatkan hisab (perbicaraan hitungan amal).
Kedua, ialah syafaat mempercepatkan orang-orang Islam masuk ke dalam Syurga.
Ketiga ialah syafaat bagi menyelamatkan orang-orang Islam yang melakukan dosa-dosa besar.
Menurut Ibnu Athiyah di dalam tafsirnya, syafaat baginda ada dua peringkat sahaja. Pendapat ini paling terkenal dan diperakui oleh banyak ulama-ulama tafsir. Iaitu syafaat umum tadi dan syafaat mengeluarkan orang-orang yang berdosa dari dalam Neraka.
Manakala menurut al-Qadhi Iyadh, "Syafaat Nabi Muhammad shollallahu 'alaihi wasallam pada hari kiamat kelak ada lima peringkat (jenis) :
Pertama, syafaat yang bersifat umum.
Kedua, syafaat memasukkan sesuatu kaum ke dalam Syurga tanpa hisab.
Ketiga, syafaat baginda untuk melepaskan sesuatu kaum dari umatnya yang seharusnya dimasukkan kedalam Neraka kerana dosa-dosanya, kemudian dilepaskan dan dimasukkan pula kedalam Syurga.
Keempat, syafaat baginda kepada orang-orang berdosa yang telah dimasukkan ke dalam Neraka dan kemudiannya dikeluarkan dan dimasukkan kedalam Syurga. Syafaat ini juga dimiliki oleh Nabi-nabi lain, para Malaikat dan sesetengah manusia pilihan.
Kelima,syafaat baginda untuk menaikkan dan meninggikan martabat dan darjat kepada penghuni-penghuni Syurga (yang terpilih).
Kemudian menurut Imam al-Qurthubi, terdapat satu lagi syafaat iaitu yang keenam. Ia adalah syafaat untuk bapa saudaranya Abu Talib supaya seksaannya diringankan.
*
Dari Imran bin Hashin bahawa Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya berkat syafaatku akan keluar dari Neraka satu kaum yang disebut Jahanamiyyun”. (HR. Tirmidzi)
Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak berselawat pada aku, yakni lebih diutamakan untuk memperoleh syafaat dan dapat kedudukan yang terdekat denganku". (HR. Termidzi)
Sabda Nabi shollallahu 'alaihi wasallam, "Setiap nabi-nabi ada doa yang dimakbulkan Tuhan. Maka semua nabi-nabi itu bersegera mengajukan permohonannya. Tetapi saya menyimpan doa saya itu untuk memberi syafaat kepada umatku di hari kiamat nanti. Dan ia akan dicapai insya-Allah oleh orang yang mati tanpa mempersekutukan Allah." (HR. Imam Muslim)
Dari Abu Hurairah bahawa dia telah bertanya kepada baginda Rasulullah, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling bahagia dengan syafaatmu pada hari kiamat nanti ?". Baginda bersabda, "Telah aku duga sebelum ini wahai Abu Hurairah, kamulah orang pertama yang akan bertanya soalan ini kepadaku kerana ingatan kamu yang sangat besar kepada hadiss.a-hadisku. Orang yang paling bahagia dengan syafaatku dihari kiamat kelak ialah orang yang membaca Laa ilaa ha il lallah dengan ikhlas dari batinnya ". (HR. Bukhari)
Dari Zaid bin Arqam bahawa Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesiapa membaca 'Laa ilaa ha il lallah' dengan ikhlas, maka dia akan masuk syurga". Seorang sahabat bertanya, "Apa yang membuktikan keikhlasan ?". Baginda menjawab, "Jika apa yang diucapkan itu boleh mencegahnya dari semua perkara yang diharamkan Allah". (Diriwayatkan oleh Tirmidzi al-Hakim di dalam kitabnya Nawadir al-Usul)
Wallahu 'alam.
Sumber: http://kubranewszamany.blogspot.com
Link pilihan:
Jahanamiyyun
Nabi Pembawa Rahmat
Kelebihan Berselawat
*
Isu Kalimah ALLAH
*
Sila lihat gambar dibawah, bible terjemahan Melayu yang dinamakan al-kitab.
Ia ada mengatakan: Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal. Allah mengutuskan anak-Nya ke dunia ini bukan untuk menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkannya.
Apabila di dalam Bible terjemahan Melayu itu mengatakan ALLAH mempunyai anak, maka ini SANGAT BERSALAHAN dengan fahaman Islam.
Fahaman Islam mengatakan Allah tidak mempunyai anak dan tidak diperanakkan.
Apabila perkataan God di dalam bible diterjemahkan kepada perkataan ALLAH maka ia telah memberi maksud yang sangat bertentangan dan menyelewang dari fahaman Islam.
Saya MEMBANTAH penggunaan kalimah ALLAH yang sebegini.
Bible berbahasa English ditulis perkataan God, bukan perkataan Allah.
Terjemahan God ke bahasa Melayu ialah Tuhan.
Kenapa di Malaysia mereka tidak terjemah perkataan God kepada Tuhan ?
Kenapa di Malaysia mereka tukar perkataan God kepada kalimah ALLAH ?
Klik -> Bukti niat jahat mereka !

Azab Terelak
*
Anas ra. berkata, Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, Allah berfirman, "Sesungguhnya Aku merencanakan azab dan seksa bagi penghuni bumi namun bila Aku melihat kepada mereka yang memakmurkan masjid dan mereka yang beristighfar di waktu fajar, Aku elakkan azab yang Ku rencanakan itu." (HR Baihaqi)
*
*
Kelebihan Surah Yasin
*
Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa yang membaca surat Yasin pada malam hari, maka pagi harinya dia diampuni oleh Allah. Sesiapa yang membaca surat ad-Dukhan, maka dia diampuni oleh Allah." (HR Abu Ya'la). Menurut al-Hafidz Ibn Katsir, hadits ini sanadnya jayyid (shahih). Komentar Ibn Katsir ini juga dikutip dan diakui oleh al-Imam asy-Syaukani dalam tafsimya Fath al-Qadir, bahwa sanad hadits tersebut jayyid, alias shahih.Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa yang membaca surat Yasin pada malam hari kerana mencari redha Allah, maka Allah akan mengampuninya." (HR. Ibn Hibban dalam Shahihnya). Hadits ini dishahihkan oleh al-Imam Ibn Hibban dan diakui oleh al-Hafidz Ibn Katsir dalam Tafsirnya, al- Hafidz Jalahiddin as-Suyuthi dalam Tadrib ar-Rawi, dan al-Imam asy-Syaukani dalam tafsir Fath al-Qadir dan al-Fawaid al-Majmu’ah.
Asy-Syaukani berkata dalam al-Fawaid al- Majmu’ah sebagai berikut: "Hadits, "Sesiapa membaca surat Yasin kerana mencari redha Allah, maka Allah akan mengampuninya, diriwayatkan oleh al-Baihaqi dari Abu Humairah secara marfu’ dan sanadnya sesuai dengan kriteria hadits shahih. Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dan al-Khathib. Sehingga tidak ada alasan merryebut hadits tersebut dalam kitab-kitab al-Maudhu’at (tidak benar menganggapnya sebagai hadits maudhu’)." (Asy-Syaukani, al-Fawaid al-Majmu’ah fi al-Ahadits al-Maudhu’ah halaman 302-303).
Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin AbdiLLah, RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti: "Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy'. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha Allah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia." (Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam'an, (jilid V, h 397).
Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma'qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma' al Zawaid, "Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)
Daripada Anas RadiyaLlahu 'anhu: Sabda Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam: "Sesungguhnya bagi tiap-tiap sesuatu itu ada jantung (hati), dan jantung (hati) al Quran ialah surah Yasin. Dan sesiapa yang membaca surah Yasin, akan dituliskan Allah baginya dengan membacanya pahala seumpama membaca al Quran sepuluh kali." (HR. at-Tirmizi dan ad-Darimi)
Menurut Imam at Tirmizi darjat hadith ini adalah hasan gharib. Ia telah diriwayatkan oleh lima orang sahabat radiyaLlahu anhum iaitu Abu Bakar as Siddiq, Anas r.a, Abu Hurairah r.a, Ubay bin Kaab r.a dan Ibn Abbas radiyallahu anhuma. Maka dari segi istilah ia bilangan yang cukup menjadi hadith mahsyur. (Rujuk Majalah Q & A Bil 3, m/s 76-77. Dijelaskan oleh Ustaz Mohd Khafidz Bin Soroni (Jabatan Hadith KUIS))
Imam as-Sayuthi dalam kitabnya "Khushushiyyaat Yawmil Jumu`ah" menulis:- Imam al-Baihaqi dalam kitab "asy-Syu`ab" telah mentakhrijkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya:- Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda:- "MAN QARA-A LAILATAL JUMU`ATI HAAMIIM AD-DUKHAAN WA YAASIIN ASHBAHA MAGHFURAN LAHU (Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat surah ad-Dukhan dan surah Yasin, maka berpagi-pagilah dia dalam keadaan terampun)".
Al-Ashbihani meriwayatkan dengan lafaz:- "MAN QARA-A YAASIIN FI LAILATIL JUMU`ATI GHUFIRA LAHU ( Sesiapa yang membaca surah Yasin pada malam Jumaat, nescaya diampunkan baginya).
Berkaitan dengan membaca al-Qur'an atau zikir secara berjamaah atau beramai-ramai, al-Imam asy-Syaukani telah menegaskan dalam kitabnya, al-Fath ar-Rabbai fi Fatawa al-Imam asy-Syaukani sebagai berikut: “Ini adalah himpunan ayat-ayat al-Qur'an ketika melihat pertanyaan ini. Dalam ayat-ayat tersebut tidak ada pembatasan zikir dengan cara mengeraskan atau memperlahankan, meninggikan atau merendahkan suara, bersama-sama atau sendirian. Jadi ayat-ayat tersebut memberi pengertian anjuran zikir dengan semua cara tersebut.” (Syaikh asy-Syaukani, Risalah al-Ijtima’ ‘ala adz-Dzikir wa al-Jahr bihi, dalam kitab beliau al-Fath ar-Rabbani min Fatawa al-Imam asy-Syaukani halaman no. 5945).
Pernyataan asy-Syaukani di atas, adalah pernyataan seorang ulama yang mengerti al-Qur'an, hadits dan metode pengambilan hukum dari al-Qur'an dan hadits. Berdasarkan pernyataan asy-Syaukani di atas, membaca al-Qur'an bersama-sama tidak ada masalah, bahkan dianjurkan sesuai dengan ayat-ayat al-Qur’an yang menganjurkan kita memperbanyak zikir kepada Allah.
Wallahu 'alam.
Sumber:
https://www.facebook.com/IslamicMotivationIndonesia/posts/659391567447300
http://jomfaham.blogspot.sg/2012/03/buku-40-hadith-popular-palsu-yang-palsu.html
https://www.facebook.com/notes/kami-tidak-mahu-fahaman-wahhabi-di-malaysia/soal-jawab-hadith-surah-yasin-sebagai-jantung-hati-al-quran/225335527531596
http://bahrusshofa.blogspot.com/2006/08/membaca-yaasiin-malam-jumaat.html
Hukum Membaca Yasin dan tahlil secara berjamaah
*
Hukum Sebut Sayyidina
*
Fuqaha' Syafi'iyah berpendapat sunat menyebut sayyidina ketika berselawat atas alasan penghormatan dan adab.
Imam Asnawi di dalam kitab Al-Muhimmaat mengemukakan ucapan Syeikh Izzud-din bin Abdus-salam, dia berkata : “Pada prinsipnya pembacaan selawat di dalam tasyahhud itu hendaklah ditambah dengan lafaz “sayyidina”, demi mengikuti adab dan menjalankan perintah. Atas yang pertama hukumnya mustahab (sunat).
Dengan demikian di dalam membaca shalawat boleh bagi kita mengucapkan “Allahumma Shalli ‘Ala Sayyidina Muhammad”, meskipun tidak ada pada lafazh-lafazh shalawat yang diajarkan oleh Nabi (ash-Shalawat al Ma'tsurah) dengan penambahan kata “Sayyid”. Karena menyusun dzikir tertentu yang tidak ma'tsur boleh selama tidak bertentangan dengan yang ma'tsur.
Sahabat ‘Umar ibn al-Khaththab dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim menambah lafazh talbiyah dari yang sudah diajarkan oleh Rasulullah. Lafazh talbiyah yang diajarkan oleh Nabi adalah:
لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَNamun kemudian sabahat Umar ibn al-Khaththab menambahkannya. Dalam bacaan beliau:
لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ ، وَالْخَيْرُ فِيْ يَدَيْكَ، وَالرَّغْبَاءُ إِلَيْكَ وَالْعَمَلُDalil lainnya adalah dari sahabat ‘Abdullah ibn ‘Umar bahwa beliau membuat kalimat tambahan pada Tasyahhud di dalamnya shalatnya. Kalimat Tasyahhud dalam shalat yang diajarkan Rasulullah adalah “Asyhadu An La Ilaha Illah, Wa Asyhadu Anna Muhammad Rasulullah”. Namun kemudian ‘Abdullah ibn ‘Umar menambahkan Tasyahhud pertamanya menjadi:
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُTambahan kalimat “Wahdahu La Syarika Lah” sengaja diucapkan oleh beliau. Bahkan tentang ini ‘Abdullah ibn ‘Umar berkata: “Wa Ana Zidtuha...”. Artinya: “Saya sendiri yang menambahkan kalimat “Wahdahu La Syarika Lah”. (HR Abu Dawud)
Dalam sebuah hadits shahih, Imam al-Bukhari meriwayatkan dari sahabat Rifa'ah ibn Rafi', bahwa ia (Rifa'ah ibn Rafi’) berkata: “Suatu hari kami shalat berjama'ah di belakang Rasulullah. Ketika beliau mengangkat kepala setelah ruku' beliau membaca: “Sami’allahu Liman Hamidah”, tiba-tiba salah seorang makmum berkata:
رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ حَمْدًا كَثِيْرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيْهِ
Setelah selesai shalat Rasulullah bertanya: “Siapakah tadi yang mengatakan kalimat-kalimat itu?". Orang yang yang dimaksud menjawab: “Saya Wahai Rasulullah...”. Lalu Rasulullah berkata:
رَأَيْتُ بِضْعَةً وَثَلاَثِيْنَ مَلَكًا يَبْتَدِرُوْنَهَا أَيُّهُمْ يَكْتُبُهَا أَوَّلَ “Aku melihat lebih dari tiga puluh Malaikat berlomba untuk menjadi yang pertama mencatatnya”.
al-Imam al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam kitab Fath al-Bari, dalam menjelaskan hadits sahabat Rifa’ah ibn Rafi ini menuliskan sebagai berikut: “Hadits ini adalah dalil yang menunjukkan kepada beberapa perkara. Pertama; Menunjukan kebolehan menyusun dzikir yang tidak ma'tsur di dalam shalat selama tidak menyalahi yang ma'tsur. Dua; Boleh mengeraskan suara dzikir selama tidak mengganggu orang lain di dekatnya. Tiga; Bahwa orang yang bersin di dalam shalat diperbolehkan baginya mengucapkan “al-Hamdulillah” tanpa adanya hukum makruh” (Fath al-Bari, j. 2, h. 287).
Dengan demikian boleh hukumnya dan tidak ada masalah sama sekali di dalam bacaan shalawat menambahkan kata “Sayyidina”, baik dibaca di luar shalat maupun di dalam shalat. Karena tambahan kata “Sayyidina” ini adalah tambahan yang sesuai dengan dasar syari’at, dan sama sekali tidak bertentangan dengannya.
Asy-Syaikh al’Allamah Ibn Hajar al-Haitami dalam kitab al-Minhaj al-Qawim, halaman 160, menuliskan sebagai berikut:
وَلاَ بَأْسَ بِزِيَادَةِ سَيِّدِنَا قَبْلَ مُحَمَّدٍ، وَخَبَرُ"لاَ تُسَيِّدُوْنِي فِيْ الصَّلاَةِ" ضَعِيْفٌ بَلْ لاَ أَصْلَ لَهُ “Dan tidak mengapa menambahkan kata “Sayyidina” sebelum Muhammad. Sedangkan hadits yang berbunyi “La Tusyyiduni Fi ash-Shalat” adalah hadits dha'if bahkan tidak memiliki dasar (hadits maudlu/palsu)”.
Di antara hal yang menunjukan bahwa hadits “La Tusayyiduni Fi ash-Shalat” sebagai hadits palsu (Maudlu’) adalah karena di dalam hadits ini terdapat kaedah kebahasaan yang salah (al-Lahn). Artinya, terdapat kalimat yang ditinjau dari gramatika bahasa Arab adalah sesuatu yang aneh dan asing. Yaitu pada kata “Tusayyiduni”. Di dalam bahasa Arab, dasar kata “Sayyid” adalah berasal dari kata “Saada, Yasuudu”, bukan “Saada, Yasiidu”. Dengan demikian bentuk fi’il Muta'addi (kata kerja yang membutuhkan kepada objek) dari “Saada, Yasuudu” ini adalah “Sawwada, Yusawwidu”, dan bukan “Sayyada, Yusayyidu”. Dengan demikian, -seandainya hadits di atas benar adanya-, maka bukan dengan kata “La Tasayyiduni”, tapi harus dengan kata “La Tusawwiduni”. Inilah yang dimaksud dengan al-Lahn. Sudah barang tentu Rasulullah tidak akan pernah mengucapkan al-Lahn semacam ini, karena beliau adalah seorang Arab yang sangat fasih (Afshah al-‘Arab).
Bahkan dalam pendapat sebagian ulama, mengucapkan kata “Sayyidina” di depan nama Rasulullah, baik di dalam shalat maupun di luar shalat lebih utama dari pada tidak memakainya. Karena tambahan kata tersebut termasuk penghormatan dan adab terhadap Rasulullah. Dan pendapat ini dinilai sebagai pendapat mu’tamad.
Asy-Syaikh al-‘Allamah al-Bajuri dalam kitab Hasyiah al-Bajuri, menuliskan sebagai berikut:
الأوْلَى ذِكْرُ السِّيَادَةِ لأَنّ الأفْضَلَ سُلُوْكُ الأدَبِ، خِلاَفًا لِمَنْ قَالَ الأوْلَى تَرْكُ السّيَادَةِ إقْتِصَارًا عَلَى الوَارِدِ، وَالمُعْتَمَدُ الأوَّلُ، وَحَدِيْثُ لاَ تُسَوِّدُوْنِي فِي صَلاتِكُمْ بِالوَاوِ لاَ بِاليَاءِ بَاطِلٌ“Yang lebih utama adalah mengucapkan kata “Sayyid”, karena yang lebih afdlal adalah menjalankan adab. Hal ini berbeda dengan pendapat orang yang mengatakan bahwa lebih utama meninggalkan kata “Sayyid” dengan alasan mencukupkan di atas yang warid saja. Dan pendapat mu’tamad adalah pendapat yang pertama. Adapun hadits “La Tusawwiduni Fi Shalatikum”, yang seharusnya dengan “waw” (Tusawwiduni) bukan dengan “ya” (Tusayyiduni) adalah hadits yang batil” (Hasyiah al-Bajuri, j. 1, h. 156).
Allah humma Solli Wa sollim 'ala Sayyidina Muhammad, Wa 'ala ali Sayyidina Muhammad.

Imam Mekah sebut Sayyidina -> https://www.facebook.com/mohd.hanif.779/videos/10205245774497972/

Hukum Sambutan Maulidur Rasul
*
Imam Abu Syamah berkata: Suatu hal yang baik ialah apa yang dibuat pada tiap-tiap tahun bersetuju dengan hari maulid Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam memberi sedekah, membuat kebajikan, maka hal itu selain berbuat baik bagi fakir miskin, juga mengingatkan kita untuk mengasihi junjungan kita Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam membesarkan beliau, dan syukur kepada Tuhan atas kurniaanNya, yang telah mengirim seorang Rasul yang dirasulkan untuk kebahagiaan seluruh makhluk. (I’anatut Tholibin, juzu’ III, halaman 364) – Imam Abu Syamah adalah seorang ulamak besar Mazhab Syafie dan merupakan guru kepada Imam An Nawawi.
Imam Jalaluddin al Suyuthi dalam bukunya ‘Husnul Maqshid fi Amalil Maulid’ memberikan penjelasan tentang sambutan Maulid Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: Menurutku, bahawa hukum dasar kegiatan maulid yang berupa berkumpulnya orang-orang yang banyak, membaca beberapa ayat-ayat al Quran, menyampaikan khabar-khabar yang diriwayatkan tentang awal perjalanan hidup Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam dan tanda-tanda kebesaran yang terjadi pada waktu kelahiran Baginda, kemudian dihidangkan makanan untuk mereka dan mereka pun makan bersama, lalu mereka pun berangkat pulang, tanpa ada tambahan kegiatan lain. Adalah termasuk bid’ah hasanah dan diberikan pahala bagi orang yang melakukannya. Imam para hafizh Abu Fadhl Ibnu Hajar telah menjelaskan dasar hukumnya sunnah.
Wallahu 'alam.
Sumber:
http://jomfaham.blogspot.com/2010/02/mengapa-menyambut-maulidur-rasul.html
https://www.facebook.com/syaroni.assamfury/posts/678019522248960

Sadaqallahul 'azim
*
Al-Imam Al-Qurthubi menuliskan dalam kitab tafsir, Al-Jami’ li Ahkamil Quran bahwa Al-Imam At-Tirmizy mengatakan tentang adab membaca Al-Quran. Salah satunya adalah pada saat selesai membaca Al-Quran, dianjurkan untuk mengucapkan lafaz shadaqallahul a’dzhim atau lafadz lainnya yang semakna.
Syaikh Athiyah Saqr, Mufti Mesir, ketika ditanya apa hukum membaca Shadaqallahul ‘Azhim. Beliau berkata: “Kalimat Shadaqallahu Al ‘Azhim yang diucapkan oleh pembaca Al Quran atau oleh pendengar setelah selesai membaca atau mendengar ayat-ayat Al Quran, bukanlah bid’ah tercela, bahkan memiliki landasan yang cukup kuat. Iaitu:
1. Tidak ada satu pun dalil yang melarangnya.
2. Kalimat itu merupakan zikir.
3. Para ulama menjadikannya sebagai salah satu adab ketika selesai membaca Al Quran. Bahkan menurut mereka jika ia diucapkan dalam solat, tidak membatalkan solat. Demikianlah pendapat kalangan mazhab Hanafi dan Syafi’e.
4. Lafal atau ucapan tersebut demikian dekat dengan apa yang diperintahkan dalam Alquran serta merupakan ucapan orang mukmin di saat akan perang.
Wallahu 'alam.
Sumber:
http://www.fimadani.com/membaca-shadaqallahul-azhim-setelah-tilawah-al-quran/
https://islamicc.wordpress.com/tag/hukum-membaca-shadaqallahul-adzim/
*
Maha Benar Allah, yang Maha Agung

Hadith Dhaif
*
Al-Hafiz Ibnu Solah telah mentakrifkan hadith dhaif (lemah), dengan katanya bahawa: “setiap hadith yang tidak mencukupi syarat-syarat hadith sahih dan tidak juga mencukupi syarat-syarat hadith hasan, maka itulah hadith dhaif”. (139تدريب الراوي :ص )
HUKUM BERAMAL DAN BERHUJAH DENGAN HADITH DHAIF
Boleh beramal dengan hadith dhaif pada fadhail amalan dan kelebihan seseorang atau sesuatu tetapi dengan beberapa syarat. Ini adalah pendapat jumhur ulama’. Di antaranya Amirul Mukminin Fil Hadith Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Hafiz Imam Nawawi, Imam Al-Suyuti, Al-Hafiz Al-Iraqi, Al-Khatib Al-Baghdadi dan lain-lain. Pendapat ini adalah yang muktamad di sisi Imam Muhaddithin kerana ianya disokong oleh Syeikhul Islam Ibnu Hajar Al-Asqalani. Syeikh Jamaluddin Al-Qasimi pernah menyatakan dalam kitab beliau ‘Qawaid Al-Tahdis’ m/s 113: “”هذا هو المعتمد عند الأئمة Ertinya: “Ini adalah pendapat yang muktamad di sisi imam-imam hadith”. (255-257: (الحديث الضعيف أسبابه وأحكامه)
Ada pun syarat-syarat beramal dengan hadith dhaif sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Hafiz Al-Sakhawi dalam kitabnya, Al-Qaul Al-Badi’: “Aku telah mendengar daripada guru kami Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani r.h.m memberitahu berulang kali bahawa syarat-syarat beramal dengan hadith dhaif itu ada tiga:
1) Bahawa kedhaifan hadith itu tidak bersangatan. Hadith yang bersangatan dhaif ialah perawinya pendusta atau yang dituduh dengan dusta. Syarat ini disepakati oleh ulama.
2) Bahawa sesuatu hadith dhaif itu termasuk di dalam asal (Quran, Hadith, Ijma’ dan Qias) yang umum.
3) Bahawa tidak mengiktikadkan datang daripada nabi shollallahu 'alaihi wasallam ketika beramal dengannya supaya tidak disandarkan kepada baginda shollallahu 'alaihi wasallam dengan apa yang tidak dikatakan.
Al-Hafiz Ibn Hajar al-Haithami ada menyebut mengapa dibenarkan beramal dengan hadith dhaif dalam fadha'il al-'amal : "Telah sepakat para ulama' boleh beramal dengan hadis dhaif dalam fadhail al-'amal; kerana jika ia adalah sahih (sebenarnya), maka ia akan diberikan haknya kerana mengamalkannya. Dan jika (ia tak sahih), maka ia tidak ada kesan ke atas hukum hakam (halal / haram) dan ia juga tidak mengurangi hak yang lain." (Dinaqalkan dari kitab Manhaj al-Naqd fi 'Ulum al-Hadith oleh Nuruddin al-'Itr, ms. 293)
Hadits Dha’if berbeza dengan Hadits Maudhu’. Hadits Maudhu’ (hadis palsu) ialah sesuatu yang didakwa sebagai hadith tetapi telah diTOLAK atau disahkan sebenarnya ia bukan hadith.
Link Pilihan :
Hukum Beramal dengan Hadis Daif
Memahami Hadis Dhaif
Tidak boleh mengatakan “Rasulullah bersabda” pada hadits daif
Dinilai dhaif tak semestinya dhaif ketika sampai kepada Imam-imam mazhab.
Memahami Hadis Maudhu'
https://www.facebook.com/sawanih/posts/605109959656314

Solat Sunat Qabliyah Juma’at
*
Di dalam mazhab Syafie, SUNNAT mengerjakan solat sunat Qabliyah Jum'at (solat sunat sebelum solat Jum’at). Waktunya ialah selepas masuk waktu zuhur dan sebelum solat Jum'at bermula.
Sumber:
http://salafytobat.wordpress.com/2009/04/27/shalat-qabliyah-jum’at-dalilnya-sahih
http://infomajelis.blogspot.com/2009/05/qobliyah-jumat.html
http://berandamadina.wordpress.com/2010/01/19/
http://www.idrusramli.com/2013/adakah-shalat-sunnah-qabliyah-jumat/

صحيح ابن حبان بترتيب ابن بلبان
ذكر البيان بأن المصطفى صلى الله عليه وسلم كان يصلى الركعات التى وصفناها فى بيت لا المسجد
أخبرنا أبو خليفة , قال : أخبرنا مسدد بن مُسَرْهَد , قال حدثنا اسماعيل قال أيوب , عن نافع قال
كان ابن عمر يطيل الصلاة قبل الجمعة ويصلى بعدها ركعتين فى بيته , ويحدِّثُ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يفعل ذالك.
Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata:

Dari Ibnu Umar Ra. Bahwasanya dia sentiasa memanjangkan shalat qabliyah jum’at. Dan dia juga melakukan shalat ba’diyyah jum'at dua raka’at. Dia menceritakan bahwasanya Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam sentiasa melakukan hal demikian”. (Sahih Ibnu Hibban)
Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata:
( فَائِدَةٌ ) : لَمْ يَذْكُرْ الرَّافِعِيُّ فِي سُنَّةِ الْجُمُعَةِ الَّتِي قَبْلَهَا حَدِيثًا ، وَأَصَحُّ مَا فِيهِ مَا رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ … عَنْ أَبِي صَالِحٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، وَعَنْ أَبِي سُفْيَانَ ، عَنْ جَابِرِ قَالَ : جَاءَ سُلَيْكٌ الْغَطَفَانِيُّ وَرَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ فَقَالَ لَهُ : أَصْلَيْتَ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ تَجِيءَ ؟ قَالَ : لَا ، قَالَ : فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ وَتَجَوَّزْ فِيهِمَا . قَالَ الْمَجْدُ ابْنُ تَيْمِيَّةَ فِي الْمُنْتَقَى : قَوْلُهُ : قَبْلَ أَنْ تَجِيءَ دَلِيلٌ عَلَى أَنَّهُمَا سُنَّةُ الْجُمُعَةِ الَّتِي قَبْلَهَا ، لَا تَحِيَّةَ الْمَسْجِدِ .
“Keterangan penting. Al-Imam al-Rafi’i tidak menyebutkan dasar hadits tentang shalat sunnah Qabliyah Jum’at. Dasar yang paling shahih mengenai hal tersebut adalah hadits riwayat Ibnu Majah … dari Abu Shalih, dari Abu Hurairah, dan dari Abi Sufyan dari Jabir, yang berkata: “Sulaik al-Ghathafani datang ketika Rasulullah Shallahu’alaihi wasallam sedang khutbah. Lalu Rasulullah Shallahu’alaihi wasallam berkata kepadanya: “Apakah kamu sudah menunaikan shalat sebelum datang kemari?” Sulaik menjawab: “Tidak.” Rasulullah Shallahu’alaihi wasallam bersabda: “Shalatlah dua raka’at dan percepatlah.” Al-Imam Majduddin Ibnu Taimiyah berkata dalam kitab al-Muntaqa: “Sabda Nabi Shallahu’alaihi wasallam: “Sebelum datang kemari”, menjadi dalil bahwa kedua raka’at tersebut adalah shalat sunnah Qabliyah Jum’at, bukan shalat Tahiyyatal Masjid.” (Al-Hafizh Ibnu Hajar, dalam al-Talkhish al-Habir, juz II, hal. 74).
http://salafytobat.wordpress.com/2009/04/27/shalat-qabliyah-jum’at-dalilnya-sahih
http://infomajelis.blogspot.com/2009/05/qobliyah-jumat.html
http://berandamadina.wordpress.com/2010/01/19/
http://www.idrusramli.com/2013/adakah-shalat-sunnah-qabliyah-jumat/
*
Sapu Muka Lepas Doa
*
Menurut ulama dalam mazhab Shafie, perbuatan menyapu muka selepas berdoa adalah SUNAT.
Di dalam kitab al-Azkar karangan Imam Nawawi رحمه الله تعالى pada bab adab-adab ketika berdoa, beliau berkata: “Dan telah berkata Abu Hamid al-Ghazali didalam ihya, adab berdoa itu ada sepuluh. …….. Yang ketiga: menghadap qiblat, dan mengangkat kedua belah tangan dan menyapu keduanya ke muka pada akhir doa (setelah habis berdoa) …”
Di dalam kitab Fathul Muin, karangan Syaikh Zainuddin Ibni Abdil ‘Aziz al-Malibari asy-Syafi’iy, dituliskan: “Dan disunatkan waktu berdoa itu, mengangkatkan kedua tangan yang suci keduanya sampai sejajar dengan dua bahu, dan disunatkan menyapu muka dengan kedua tangan itu selepas berdoa …”
Di dalam kitab Hasyiah al-Baijuri, karangan Syeikh Ibrahim bin Muhammad bin Ahmad As Syafie Al Bajuri, dituliskan: “Dan tidaklah disunatkan menyapu muka setelah selesai berdoa di dalam solat [contohnya doa qunut], bahkan terlebih baik meninggalkannya. Bersalahan dengan ketika di luar solat, maka disunatkan menyapu muka ……”
Hadith Sayyidina Umar yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi: "Sesungguhnya nabi sallallahu `alaihi wa sallam sekiranya mengangkat tangannya (untuk berdoa), baginda tidak akan meletakkan tangannya ke bawah kembali melainkan selepas disapu mukanya".
Ibn Hajar di dalam kitab Bulugh al-Maram dan juga Imam al-Son’ani di dalam Subul al-Salam menyatakan yang hadith ini diterima sebagai hadith hasan kerana banyak hadith-hadith saksi penguat yang lain, seperti hadith riwayat Ibn Abbas di dalam Sunan Abu Daud dan juga beberapa kitab hadith yang lain.
Wallahu 'alam.
Link pilihan:
Hukum sapu muka selepas solat

Sapu Muka Lepas Solat
*
Menurut ulama mazhab Syafie seperti dinyatakan dalam kitab I’anah al-Talibin walaupun hadis-hadis ini dai'f (lemah), ia masih digalakkan kerana termasuk dalam kategori fadhail al-‘amal iaitu kelebihan amalan.
Wallahu 'alam.
Link pilihan:
https://jomfaham.blogspot.sg/2017/03/sunnah-mengusap-wajah-selepas-solat.html
http://bahrusshofa.blogspot.com/2006/10/sapu-muka.html
http://kongsakongsi.blogspot.com/2013/11/hukum-sapu-muka-selepas-solat.html
*
Menurut ulama dalam mazhab Shafie, perbuatan menyapu dahi selepas solat adalah digalakkan.
Ada pandangan dalam mazhab Shafie turut menyatakan SUNAT menyapu di dahi dengan menggunakan tangan kanan selepas solat.

“Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam apabila selesai daripada solatnya, maka Nabi menyapu dahinya dengan tangan kanannya sambil berdoa, ‘Ashadua an la ilaha illallah ar Rahmanar Rahiim. Allahumma azhib ‘annil hammi wal aza’ (Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Ya Allah jauhkan daripadaku kesakitan dan kedukacitaan),” (Riwayat al-Tabarani).
Daripada Qatadah: “Sesungguhnya Baginda menyapu dahinya apabila tamat daripada solat sebelum memberi salam.” (Musannaf Abd Razzaq).

Berkata Imam Nawawi di dalam Kitab al-Azkar: Dan aku meriwayatkan di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas RA berkata: Adanya Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam ketika selesai solatnya, beliau mengusap dahinya dengan tangannya yang kanan lalu berdoa: "Aku bersaksi bahawasanya tidak ada tuhan kecuali Dia Zat Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, YA Allah, hilangkanlah dariku kesusahan dan kesedihan" (al-Azkar, 69).
Menurut ulama mazhab Syafie seperti dinyatakan dalam kitab I’anah al-Talibin walaupun hadis-hadis ini dai'f (lemah), ia masih digalakkan kerana termasuk dalam kategori fadhail al-‘amal iaitu kelebihan amalan.
Wallahu 'alam.
Link pilihan:
https://jomfaham.blogspot.sg/2017/03/sunnah-mengusap-wajah-selepas-solat.html
http://bahrusshofa.blogspot.com/2006/10/sapu-muka.html
http://kongsakongsi.blogspot.com/2013/11/hukum-sapu-muka-selepas-solat.html
*
Tabarruk
*
Tabarruk ialah mengharapkan keberkatan daripada Allah dengan sesuatu yang mulia.
Ulama Mazhab Syafie mengatakan hukum tabarruk adalah HARUS (DIBENARKAN).
Disebut dalam Musnad Imam Ahmad, mafhumnya : "Daripada Abdullah, maula Asma bin Abu Bakar berkata : Asma mengeluarkan kepadaku sehelai pakaian ada dua lubang yang berjahit. Lalu Asma berkata : Ini adalah pakaian Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam. Ia dahulu pernah disimpan oleh Aisyah, ketika Aisyah wafat, aku menyimpannya. Kami akan mencelupkannya ke dalam air untuk menjadi ubat kepada orang yang sakit di kalangan kami."
Imam Khatib al-Baghdadi, dalam karya beliau yang masyhur "Tarikh Baghdad" pada jilid 1 halaman 123, menulis kisah Imam asy-Syafi`i RA berkata: " Sesungguhnya aku bertabarruk dengan Abu Hanifah dan aku menziarahi kubur beliau setiap hari. Apabila aku mempunyai suatu hajat keperluan, aku solat dua rakaat, kemudian pergi ke kubur Abu Hanifah dan berdoa kepada Allah di sisinya, maka dalam masa yang singkat sahaja hajat tersebut ditunaikan. "
Sumber:
http://nyantrionlen.blogspot.com/2013/05/imam-syafii-tabaruk-dengan-imam-ahmad.html
http://bahrusshofa.blogspot.com/2011/11/tawassul-imam-asy-syafii-khatib-al.html
http://anakbukitgantang.blogspot.com/2013/07/tabarruq-bila-wardina-safiyyah-berfatwa.html
http://jomfaham.blogspot.com/2013/07/isu-air-minum-yang-dicelup-rambut.html
Hukum Tawassul

Tawassul
*
Apa itu tawassul ? Tawassul bukan meminta doa KEPADA SI MATI. Tawassul adalah berdoa kepada Allah, meminta kepada Allah, dengan menyebut nama orang yang memiliki kemuliaan di sisi Allah dengan harapan bila menyebut nama orang tersebut dapat memudahkan terkabulnya doa. Inilah maksud tawassul.
Tidak ada pula yang membezakan antara tawassul pada yang hidup dan yang telah meninggal dunia kerana tawassul adalah berperantara pada KEMULIAAN manusia tersebut.
Imam Syaukani mengatakan bahwa keharusan bertawassul kepada Nabi Muhammad SAW atau pun kepada yang lain (orang soleh), baik pada masa hidupnya atau setelah meninggal dunia adalah merupakan ijma’ para sahabat.
Hukum bertawassul adalah HARUS (DIBENARKAN) di dalam mazhab Syafie.
*
Para fuqaha’ telah IJMAK bahawa bertawasul dengan para nabi dan para aulia adalah dibolehkan dan dianjurkan sama ada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia. [Syawahid al-Haqq oleh Syeikh Yusuf al-Nabhani, 158].
Dalam hal yang sama, mantan Mufti Mesir, al-Allamah Sheikh Ali Jum’ah turut mengungkapkan, ”Mazhab feqah yang besar sepakat atas bolehnya bertawasul dengan Nabi S.A.W, malah menegaskan anjuran terhadap perkara ini dan tidak membezakan apakah tawasul itu semasa Baginda S.A.W masih hidup atau pun setelah Baginda S.A.W wafat. Tidak ada yang menyanggahinya melainkan Ibn Taymiyyah, iaitu beliau membezakan dengan Nabi S.A.W semasa hidup Rasulullah dan selepas kewafatannya. Tidak diambil pendapat shaz (ganjil) itu. Kami menyeru kepada umat agar berpegang kepada apa yang telah disepakati oleh para Aimmah yang terkemuka.” [Al-Bayan limaYasyghal al-Azhan, hal 177]
*
Nabi bertawassul :
Hadis yang dikeluarkan oleh Abu Nu'aim, Thabrani dan Ibn Hibban dalam shahihnya, bahwa ketika wafatnya Fathimah binti Asad (Bonda Sayyidina Ali bin Abi Thalib kw), dalam hadis itu disebutkan Rasullullah shallaAllahu `alaihi wa sallam berdoa: "Allah Yang Menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Hidup tak akan mati, ampunilah dosa Fathimah binti Asad, dan bimbinglah hujjahnya, dan luaskanlah atasnya kuburnya, Demi Nabi Mu dan Demi para Nabi sebelum ku, Sungguh Engkau Maha Pengasih dari semua pemilik sifat kasih sayang".
*
Atsar sahabat Nabi SAW:
عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ إِنَّ عُمَرَ بْنِ الخَطَّابِ كَانَ إِذَا قَحَطُوْا اسْتَسْقَى بِالعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ المُطَلِّبِ فَقَالَ اللَّهُمَّ إِنَّا كُنَّا نَتَوَسَّلُ إَلَيْكَ بِنَبِيِّنَا فَتُسْقِيْنَا وَإِنَّا نَنَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِعَمِّ نَبِيِّنَا فَاسْقِنَافَيَسْقُوْنَ.
أخرجه الإمام البخارى فى صحيحه ج: 1 ص:137
“Dari Anas bin malik bahwa Umar bin Khattab ketika menghadapi kemarau panjang, mereka meminta hujan melalui Abbas bin Abdul Muttalib, lalu Umar berkata: "Ya Allah, kami telah bertawassul dengan Nabi kami SAW dan Engkau beri kami hujan, maka kini kami bertawassul dengan bapa saudara Nabi kita SAW, maka turunkanlah hujan.” Maka hujan pun turun.” (HR. Bukhari)
*
Bertawassul selepas kewafatan Nabi SAW memang ada sandarannya. Antaranya, telah meriwayatkan Ibnu Abi al Dunya di dalam kitab Mujabi al Du'a', katanya: "Telah menyampaikan kepada kami Abu Hasyim, aku mendengar Kathir ibnu Muhammad ibnu Kathir ibnu Rifa'ah berkata 'telah datang seorang lelaki kepada Abdul Malik ibnu Sa'id ibnu Abjar, lalu dia memerhatikan perutnya dan berkata, "Kamu mengidap satu penyakit kronik yang sukar untuk sembuh." Katanya: "Penyakit apakah yang aku hidapi?" Jawabnya: "Al Dubailah, iaitu kanser dan bisul besar yang tumbuh dalam perut. Biasanya, ia boleh meragut nyawa orang yang menghidapnya." Beliau berkata: "Maka lelaki itu berpaling dan berdoa: "Allah, Allah, Allah adalah Tuhanku, aku tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Ya Allah! Sesungguhnya aku bertawajjuh kepada-Mu dengan Nabi-Mu; Muhammad; Nabi pembawa rahmat SAW, wahai Muhammad! Sesungguhnya aku bertawajjuh denganmu kepada Tuhanmu dan Tuhanku agar Dia merahmatiku (dengan menyembuhkan) penyakit yang menimpaku."
*
Diriwayatkan dari Utsman bin Hunaif (perawi hadis yang menyaksikan orang buta bertawassul kepada Rasulullah) bahwa ada seorang laki-laki datang kepada Khalifah Osman bin Affan untuk memenuhi hajatnya, namun Sayyidina Osman tidak menoleh ke arahnya dan tidak memperhatikannya. Kemudian dia bertemu dengan Utsman bin Hunaif (perawi) dan mengadu kepadanya. Utsman bin Hunaif berkata: Ambillah wudu' kemudian masuklah ke masjid, solatlah dua rakaat dan bacalah: “Ya Allah sesungguhnya aku meminta-Mu dan menghadap kepada-Mu melalui nabi-Mu yang penuh kasih sayang, wahai Muhammad sesungguhnya aku menghadap kepada mu dan minta Tuhan mu melalui mu agar hajat ku dikabulkan. Sebutlah apa hajatmu”. Lalu lelaki tadi melakukan apa yang dikatakan oleh Utsman bin Hunaif dan dia memasuki pintu Khalifah Osman bin Affan. Maka penjaga pintu memegang tangannya dan dibawa masuk berjumpa Utsman bin Affan. Utsman bin Affan berkata: Apa hajatmu? Lelaki tersebut menyampaikan hajatnya, dan Utsman bin Affan memutuskan permasalahannya”. (HR. Al-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah).
*
Nabi mengajar doa tawassul :
Dalam hadist riwayat Imam Tirmidzi.
ﺃﻥ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﻋﻠﻢ ﺷﺨﺼﺎ ﺃﻥ ﻳﻘﻮﻝ : ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺇﻧﻰ ﺃﺳﺄﻟﻚ ﻭﺃﺗﻮﺳﻞ ﺇﻟﻴﻚ ﺑﻨﺒﻴﻚ ﻣﺤﻤﺪ ﻧﺒﻲ ﺍﻟﺮﺣﻤﺔ ﻳﺎ ﻣﺤﻤﺪ ﺇﻧﻰ ﺃﺗﻮﺟﻪ ﺑﻚ ﺇﻟﻰ ﺭﺑﻚ ﻓﻴﺠﻠﻰ ﺣﺎﺟﺘﻰ ﻟﻴﻘﻀﻴﻬﺎ ﻓﺸﻔﻌﻪ ﻓﻲّ .
ﺃﺧﺮﺟﻪ ﺍﻟﺘﺮﻣﻴﺬﻯ ﻭﺻﺤﺤﻪ
Ertinya : Rasulullah s.a.w. mengajari seseorang berdoa, "Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepadaMu dan bertawassul kepadamu melalui nabi-Mu Muhammad yang penuh kasih, wahai Muhammad sesungguhnya aku bertawassul denganmu kepada Allah agar dimudahkan keperluanku maka berilah aku syafa'at". (HR. Tirmidzi)
*
Imam Ahmad bin Hanbal menganjurkan tawassul dengan Nabi kepada muridnya :
وسل حاجتك متوسلا اليه بنبيه صلى الله عليه وسلم تقض من الله عز وجل
“Dan mintalah hajatmu dengan bertawassul kepada Allah dengan Nabi-Nya shalallahu ‘alaihi wa sallam, niscaya hajatmu akan dikabulkan Allah Ta’ala “.[Majmu’ al-Fatawa : 1/140]
*
Contoh tawassul :
Di dalam perwartaan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan dalam Warta Kerajaan Kelantan pada 22 Julai 2010, diakhiri dengan permohonan rahmat daripada Allah SWT berwasilahkan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam sebagai berikut:-
"Mudah-mudahan ALLAH yang Maha Kuasa melalui junjungan KITA NABI MUHAMMAD (Sallallahu 'alaihi wassalam) melimpahkan rahmatNya kepada Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) (Pindaan) 2010 ini selama-lamanya."
Terjemahannya dalam Bahasa Inggeris : "May Allah, Lord of the Universe, through the Greatness of OUR PROPHET MUHAMMAD (Sallallahu 'alaihi wassalam) grant His Blessing to this Law of the Constitution of Kelantan (Second Part) (Amendment) 2010 for ever and ever."
Wallahu A'lam.
Sumber:
Pengertian Al Madad
Hakikat Tawassul
Memahami amalan tawassul

Doa Selepas Azan
*
Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa setelah azan, mengatakan, ‘Allahumma rabbahaa zihid da’ wa tit tammah, wos solatil qo imah, Aati Muhammadanil wasilatawal fadhilah, wab ’as hu maqoo mam mahmu danil lazi wa ’ad tah', maka dia berhak untuk mendapatkan syafaatku pada hari kiamat” (HR Bukhari no 614, dari Saad bin Abi Waqash ra.)

Hukum berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung
*
Di dalam Mazhab Syafi'e, hukum berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika wuduk dan mandi wajib adalah sunat muakkadah (sunat yang dituntut).
Dan lebih saya menyukai, bahawa orang yang berwuduk itu memulai, sesudah membasuh telapak tangannya, dengan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung tiga kali. Hukum berkumur dan memasukkan air ke hidung ketika wuduk adalah sunat muakkadah (sunat yang dituntut). Dan lebih saya sukai bahawa tidak ditinggalkan yang dua itu. Dan kalau ditinggalkannya, berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung, nescaya tidak mengapa (wuduknya tetap sah).
Saya tidak menyukai seseorang itu, meninggalkan berkumur-kumur dan memasukan air ke dalam hidung ketika mandi janabah (mandi hadas besar / mandi wajib). Tetapi kalau tidak dibuat kedua-duanya, mandi janabahnya tetap sah. (Disalin/sunting dari kitab Al Umm karangan Imam Syafi'e)

Istiqomah dan khusyuk
*
Imam al-Haddad rahimahUllah, shohibur ratib, menyatakan :
Segala zikir dan wirid tidak bermanfaat melainkan jika diamalkan secara dawam (berkekalan)
dan tidak zahir kesannya melainkan jika diamalkan dengan hadir hati dan khusyu`.

Kurma Ajwah
*
Rasullullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa yang makan pada waktu pagi 7 biji kurma 'Ajwah, tidak akan memberi mudarat kepadanya racun dan sihir pada hari tersebut." (HR. Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud dan Imam Ahmad)

Hukum Baca Usolli
*
Hukum menyebut usolli atau membaca lafaz niat sebelum solat adalah SUNAT di dalam Mazhab Syafie.
Imam an-Nawawi di dalam kitab karangannya "Minhajuth - Tholibin" mukasurat 9, Bab Sifat ash-Solah, menyatakan: Niat itu dengan hati dan DIMANDUBKAN (disunatkan) bertutur (i.e. berlafaz) sebelum takbiratul ihram.
Di dalam kitab al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah (1/205), Syeikh Abd ar-Rahman al-Juzairi, menyebutkan : “Disunatkan melafazkan dengan lidah akan niat seperti dia mengucapkan lidahnya, “Sahaja aku solat fardhu Zohor empat raka’at” kerana pada yang sedemikian itu peringatan bagi hati… Dan hukum ini disepakati di sisi Mazhab Syafi’iyah dan al-Hanabilah. Bagi Mazhab Malikiyah dan Hanafiyyah, melafazkan niat tidak disyariatkan pada solat, melainkan apabila orang yang solat itu was-was”. Pendapat mazhab Hanafi dalam perkara ini boleh dirujuk dalam kitab Dur al-Mukhtar dan Syarhnya, Mazhab Maliki dalam Syarh ad-Dardir ‘ala Matn al-Khalil dan al-Mawaqi dan Mazhab Hambali dalam Kasyf al-Qina’ ‘ala Matn al-Iqna’.
Sunat bererti jika buat diberi pahala, jika ditinggal rugi.
Hadits sahih riwayat imam Muslim no : 2168 berikut :
ان انس رضى الله فال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول " لبيك عمرة و حجا "
Dari Anas Ra berkata, aku mendengar Rasulullah Saw mengucapkan “ Labbaik umrotan wa hajjan “.
Hadits ini berkaitan LAFAZ niat haji yang NABI lafazkan dengan lisan, maka membaca lafaz niat adalah sunnah. Ulama memgambil hadis ini sebagai QIAS untuk membaca lafaz niat untuk ibadah selain haji.
Wallahu 'alam.
Link pilihan :
http://ahlussunah-wal-jamaah.blogspot.com/2011/08/membaca-usholli-sebelum-takbiratul.html
http://jomfaham.blogspot.com/2008/12/hukum-berlafaz-niat-sebelum-solat.html
http://kullubidatin.blogspot.com/2011/12/dalil-membaca-ushalli.html
http://bahrusshofa.blogspot.com/2006/03/talaffuz-bin-niyyah.html
http://bahrusshofa.blogspot.com/2006/03/talaffuz-bin-niyyah-ketetapan.html
http://bahrusshofa.blogspot.com/2006/05/imam-nawawi-tidak-usolli.html
http://addriadis.blogspot.com/2011/06/hukum-membaca-usholli-dalam-sholat.html

Kelebihan 10 Muharram (Hari 'Asyura')
*
Link pilihan :
Kelebihan Bulan Muharram
*
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi shollallahu 'alaihi wasallam tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari Asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari Asyura. (HR Bukhari)
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari Asyura dan Nabi shollallahu 'alaihi wasallam pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim)
Dari Salamah bin Akwa r.a., dia menceritakan bahawa Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pengumuman ini sampai malam". (HR Muslim)
Dari Ibnu Abbas r.a katanya, "Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (HR Muslim)
Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari Asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)
Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.
Imam al-Baihaqi meriwayatkan dalam "Syu`abul Iman" daripada hadits Sayyidina Abu Hurairah RA yang menyatakan: "Sesiapa yang melapangkan/menyenangkan atas keluarganya dan ahli rumahnya pada hari `Asyura, Allah akan melapangkan atasnya sepanjang tahun."
Diriwayatkan oleh Ibnu `Abdil Bar dengan sanad yang jayyid (elok) daripada Sayyidina Jaabir bin Abdullah yang berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: " Sesiapa yang meluaskan (yakni melapangkan atau menyenangkan) atas dirinya dan ahli keluarganya pada hari `Asyura, Allah akan meluaskan (rezekinya) sepanjang tahun." Sayyidina Jabir RA berkata: "Kami telah mencubanya dan memperolehi yang sedemikian tadi (yakni apa yang dinyatakan tadi)." ("Tuhfatul Muhibbin wa Minhatul Mustarsyidin" pada halaman 71-72)
Yang dimaksudkan dengan ‘melapangkan’ atau ‘menyenangkan’ di dalam hadis di atas adalah berbelanja pada makanan dan minuman lebih banyak atau lebih istimewa daripada hari biasa, serta menggembirakan anak-anak contohnya dengan menghulur belanja lebih dan yang seumpamanya. Selain daripada ahli keluarga, maksud menyenangkan di dalam hadis di atas termasuk juga kepada kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin dengan syarat apa yang dilakukannya itu tidak membebankan dirinya.
Wallahu 'alam.
Link pilihan :
Kelebihan Bulan Muharram
*
Langgan:
Catatan (Atom)
Popular Posts
-
* Dari Abu Darda r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ay...
-
* "Sesiapa mengucapkan astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih, akan diampuni dosa...
-
1. Allahumma laka sumtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin Maksudnya, "Ya Allah bagi Engkau ...
-
* Solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh dikenali sebagai Solat Fajar atau Solat Qabliyah Subuh atau Solat Sunat Subuh ....
-
* Jika ditanya Allah ada dimana ? Jawablah: Allah ADA TANPA bertempat, tiada bagi Allah Aina (di mana). (Sumber: ...
-
* Penjelasan Status Hadis Doa Bulan Rejab Hadis Rejab Bulan Allah - Hadis Palsu ? Kelebihan Bulan Rejab *
-
* "Wahai orang-orang yang beriman, telah ditentukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah ditentukan ke atas umat-umat sebelum kam...
-
* Diterbitkan dan diedar secara percuma oleh: DARUL QURAN WAS-SUNNAH Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2 Kubang Keria...
-
* Waktu Solat Dhuha Secara umumnya waktu melakukan solat sunat Dhuha mengikut syarak bermula dari selepas terbit matahari iaitu angga...
-
* Penjelasan Tentang Bid'ah. Dalam pengertian syari’at, bid’ah adalah: اَلْمُحْدَثُ الَّذِيْ لَمْ يَنُصَّ عَلَيْهِ الْقُرْءَانُ ...