"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Sapu Muka Lepas Solat

*
Menurut ulama dalam mazhab Shafie, perbuatan menyapu dahi selepas solat adalah digalakkan.

Ada pandangan dalam mazhab Shafie turut menyatakan SUNAT menyapu di dahi dengan menggunakan tangan kanan selepas solat.

“Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam apabila selesai daripada solatnya, maka Nabi menyapu dahinya dengan tangan kanannya sambil berdoa, ‘Ashadua an la ilaha illallah ar Rahmanar Rahiim. Allahumma azhib ‘annil hammi wal aza’ (Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Ya Allah jauhkan daripadaku kesakitan dan kedukacitaan),” (Riwayat al-Tabarani).

Daripada Qatadah: “Sesungguhnya Baginda menyapu dahinya apabila tamat daripada solat sebelum memberi salam.” (Musannaf Abd Razzaq).
 
Berkata Imam Nawawi di dalam Kitab al-Azkar:  Dan aku meriwayatkan di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas RA berkata: Adanya Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam ketika selesai solatnya, beliau mengusap dahinya dengan tangannya yang kanan lalu berdoa: "Aku bersaksi bahawasanya tidak ada tuhan kecuali Dia Zat Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, YA Allah, hilangkanlah dariku kesusahan dan kesedihan" (al-Azkar, 69).

Menurut ulama mazhab Syafie seperti dinyatakan dalam kitab I’anah al-Talibin walaupun hadis-hadis ini dai'f (lemah), ia masih digalakkan kerana termasuk dalam kategori fadhail al-‘amal iaitu kelebihan amalan.  





Wallahu 'alam.



Link pilihan:

https://jomfaham.blogspot.sg/2017/03/sunnah-mengusap-wajah-selepas-solat.html 

http://bahrusshofa.blogspot.com/2006/10/sapu-muka.html

http://kongsakongsi.blogspot.com/2013/11/hukum-sapu-muka-selepas-solat.html



*

Popular Posts