"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Hukum berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung

*

Di dalam Mazhab Syafi'e, hukum berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika wuduk dan mandi wajib adalah sunat muakkadah (sunat yang dituntut).

Dan lebih saya menyukai, bahawa orang yang berwuduk itu memulai, sesudah membasuh telapak tangannya, dengan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung tiga kali. Hukum berkumur dan memasukkan air ke hidung ketika wuduk adalah sunat muakkadah (sunat yang dituntut). Dan lebih saya sukai bahawa tidak ditinggalkan yang dua itu. Dan kalau ditinggalkannya, berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung, nescaya tidak mengapa (wuduknya tetap sah).

Saya tidak menyukai seseorang itu, meninggalkan berkumur-kumur dan memasukan air ke dalam hidung ketika mandi janabah (mandi hadas besar / mandi wajib). Tetapi kalau tidak dibuat kedua-duanya, mandi janabahnya tetap sah. (Disalin/sunting dari kitab Al Umm karangan Imam Syafi'e)


*

Popular Posts