"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Kelebihan Solat Tarawih

*

Hukum mengerjakan solat tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.

Jumhur Fuqaha' iaitu majoriti ulama feqah daripada Mazhab Hanafi, Syafii, Hambali dan sebahagian Maliki mengatakan tarawih 20 rakaat.

Al-Imam Jalaluddin al-Mahalli telah berkata di dalam kitab “al-Mahalli”, juzuk 1, halaman 217: Maksudnya: "Dan diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan selainnya dengan sanad yang sahih seperti yang dikatakan dalam Syarah al-Muhazzab, bahawasanya sahabat-sahabat Nabi sembahyang [tarawih] pada zaman `Umar bin al-Khattab radiyallahu`anhu sebanyak 20 rakaat".

Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malam bulan Ramadan dengan mengerjakan solat sunat.

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (Sahih Muslim) 

Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi sallallahu `alaihi wa sallam: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan berqiam Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab, dia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”. (HR al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Baihaqi)


Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang qiyam (solat sunat waktu malam di bulan Ramadan) bersama imam sehingga imam  beredar (selesai), ditulis baginya pahala qiyam satu malam penuh.” (HR At-Tirmizi)


Wallahu A'lam.



Artikel pilihan:

Solat Tarawih paling minima 2 rakaat

Kelebihan Solat Witir

Bolehkah solat witir 3 rakaat dengan 1 salam ?

Bolehkah solat tahajjud setelah witir ? 

Fadilat Tarawih Palsu

Kelebihan Lailatu Qadar


*

Sedekah di bulan Ramadan

*
"Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit". (HR al-Tirmizi)

Diceritakan oleh Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma, "Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam adalah manusia yang paling dermawan dan kemuncak sifat dermawan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan." (HR Bukhari)


Wallahu a'lam.




Link pilihan:

Kelebihan Bulan Ramadan


*

Doa lailatul qadar

*
Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya bertanya, "Ya Rasulullah, jika saya tahu bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu ?" Nabi shollallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Berdoalah, "Allahumma innaka ‘afu wun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR Tirmidzi)

*

Dapat lapar dan dahaga sahaja

*

Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap bohong dan berkelakuan buruk ketika berpuasa, baginya tidak ada pahala di sisi Allah, baginya hanya lapar dan dahaga sahaja.” (HR Bukhari)

*

Beriman walaupun tidak pernah lihat

*


"Berbahagialah orang yang melihat ku dan beriman kepada ku,"  Nabi sallallahu `alaihi wa sallam ucapkan kalimat ini satu kali. "Berbahagialah orang yang beriman  kepada ku pada hal dia tidak pernah melihat ku." Nabi ucapkan kalimat terakhir  ini tujuh kali. (HR. Ahmad, Ibnu Hibban dan Hakim).

*

Mardhatillah

*


Mardhatillah bererti keredhaan Allah. 
Redha Allah yang diharap. 

*

Mencari Ketenangan

*

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Apabila berkumpul suatu kaum dalam masjid untuk membaca Al-Quran dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada di dekatNya (para malaikat)". (HR. Muslim)


*

Link pilihan:

Bersikap Tenang, Jangan Tergesa-gesa

Gopoh Amalan Syaitan




*

Pesanan Nabi Ibrahim kepada umat Nabi Muhammad sallallahu `alaihi wa sallam

*
“Saya bertemu dengan Nabi Ibrahim ketika malam saya diisra’kan dan Nabi Ibrahim as. berkata, Wahai Muhammad, sampaikanlah salam daripadaku kepada umatmu, dan beritahukanlah kepada mereka, bahawasanya syurga itu subur tanahnya, manis airnya, terhampar luas dan tanamannya adalah ucapan zikir, سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ (Subhanallahi walhamdulillahi walaa ilaaha illallahu wallahu akbar). 
(HR Tirmidzi)

*

Doa mohon petunjuk dan kejayaan

*

                Robbana atina mil ladunka rahmatau wa hai yik lana min amrina rashada

*


Popular Posts