"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Ibadah Haji

*

Dari Abu Hurairah ra, dia berkata, Rasulullah berkhutbah kepada kami dan beliau bersabda, 'Wahai manusia, Allah telah mewajibkan ibadah haji ke atas kamu, maka berhajilah.' Seorang berkata, 'Wahai Rasulullah, apakah setiap tahun ?' Maka beliau diam sampai orang itu mengajukan pertanyaannya tiga kali. Maka Rasulullah bersabda, 'Jika saya mengatakan 'ya' bererti menjadi wajib, dan kalian tidak akan sanggup melakukannya.' Kemudian baginda bersabda, 'Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan kepada kamu. Sesungguhnya binasanya orang-orang sebelum kamu ialah kerana mereka banyak bertanya kepada nabinya. Apabila aku menyuruh kamu melakukan sesuatu, maka kerjakanlah semampu kamu dan jika aku melarang kamu melakukan sesuatu, maka tinggalkanlah ia'" (HR Muslim)

Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa ingin melaksanakan haji, hendaklah segera dilakukan, kerana terkadang seorang itu akan sakit, binatang kendaraannya hilang dan ada suatu perkara yang menghalang.” (HR. Ibnu Majah dalam Shahih Ibnu Majah, no. 2331)

"Bersegeralah melakukan haji (iaitu haji yang fardhu) kerana kamu tidak tahu apa yang akan menimpa diri kamu pada masa akan datang." (HR Ahmad)




لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَلَكَ

Labbai kallahumma labbaik,
Labbaikala sharikala kalabbaik,
Innalhamda wanni'mata laka walmulk,
La sharikalak


Hambamu datang menyambut panggilan-Mu,
Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu
Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu
yang tiada sekutu bagi-Mu




*


Link pilihan :

Makna Haji Mabrur

Haji Akbar

Kelebihan Tanah Haram Mekkah

Kelebihan Hari Arafah

Panduan Haji

Risalah Haji 
 


*

Haji Mabrur

*

Dari Abu Hurairah Ra. ia berkata: Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam ditanya: Amal ibadah apakah yang paling utama ? Nabi bersabda: “Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.” Kemudian apa ? Nabi bersabda: “Jihad di jalan Allah.” Kemudian apa ? Nabi bersabda: “Haji yang mabrur.” ( HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Dari A’isyah Ummil Mukminin Radiallahuanha dia berkata : Ya Rasulullah! Kami berpendapat bahawa jihad adalah perbuatan baik yang paling utama, bolehkah kami wanita turut berjihad? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tidak begitu, jihad yang paling utama bagi wanita adalah haji mabrur.” (HR. Bukhari)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan ibadah haji dan dia tidak melakukan jima’ dan tidak pula melakukan perbuatan dosa, dia akan bersih dari dosa-dosanya seperti pada hari ketika dia dilahirkan oleh ibunya.” (HR. Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Haji mabrur itu tiada balasan baginya melainkan Syurga.” (HR Bukhari)

Imam An-Nawawi berkata: “Makna yang paling benar dan paling masyhur bagi haji mabrur ialah ibadah haji yang tidak dicemari oleh perbuatan dosa.”

Wallahu a'lam.



Link pilihan :


Haji Akbar

Kelebihan Tanah Haram


Wukuf Di Arafah

Risalah Haji


Panduan Haji






*

Kelebihan Ibadah Korban

*

"Tiada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam: "Ya Rasulullah, apakah Ud-hiyyah (korban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim". Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh dari Ud-hiyyah itu?". Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan". (HR. Ahmad dan Ibn Majah)


“Sesiapa yang mempunyai kemampuan rezeki untuk menyembelih haiwan korban, tetapi dia tidak mahu lakukan sembelihan korban, maka jangan sekali-kali dia mendekati tempat solat kami”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Majah, Darqutni, Hakim)

Majoriti ulama berpendapat hukum sembelih korban adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta.

Manakala Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi yang berkemampuan.


Link pilihan :

Larangan memotong rambut dan kuku pada yang berhasrat untuk berkorban

Hukum Menyembelih Korban

Bergabung korban dan akikah pada seekor lembu

Aqiqah
 

Panduan korban



*

Hukum menyembelih korban

*


“Sesiapa yang mempunyai kemampuan rezeki untuk menyembelih haiwan korban, tetapi dia tidak mahu lakukan sembelihan korban, maka jangan sekali-kali dia mendekati tempat solat kami”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Majah, Darqutni, Hakim)

Majoriti ulama berpendapat hukum sembelih korban adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta.

Manakala Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi yang berkemampuan.


"Tiada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)


Para sahabat bertanya kepada Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam: "Ya Rasulullah, apakah Ud-hiyyah (korban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim". Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh dari Ud-hiyyah itu?". Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan". (HR. Ahmad dan Ibn Majah)

Wallahu A'lam.



Link pilihan :

Kelebihan Ibadah Korban

Larangan memotong rambut dan kuku pada yang berhasrat untuk berkorban

Penghayatan Ibadah Korban

Panduan korban

Bergabung korban dan akikah pada seekor lembu

Aqiqah
 



*

Keluarga diutamakan

*
Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Satu dinar yang kamu nafkahkan pada jalan Allah, satu dinar yang kamu nafkahkan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang kamu berikan kepada orang miskin dan satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu maka yang paling besar pahalanya ialah dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu". (HR Muslim)

*

Pemimpin yang tidak jujur

*
”Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kaum muslimin, lalu dia tidak mempedulikan tentang keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka, nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti.”  (HR Abu Daud dan Tirmidzi)

Dari Abu Hurairah r.a,  Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ”Sesungguhnya Imam (pemimpin, pembesar atau penguasa) itu adalah bagaikan perisai, di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya. Jika Imam memerintahkan supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya dan jika dia memerintahkan selain itu maka dia mendapat siksa.” (HR Muslim)

“Sesungguhnya selepasku ini akan ada para pemimpin yang melakukan kezaliman dan penipuan. Sesiapa pergi kepada mereka lalu membenarkan penipuan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telagaku. Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telagaku”. (HR Ahmad, Nasai dan Tirmidzi)

"Tiada seorang pemimpin yang memimpin sepuluh orang (dan ke atas) melainkan dibawa datang pada hari kiamat dalam keadaan diikat. Tidak akan melepaskannya melainkan keadilan, atau dia akan dibinasakan oleh kezaliman.” (HR Ahmad, Abu Ya’la dan al-Baihaqi).

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Sesiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian dia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Bukhari)

Wallahu a'lam.




Link pilihan:

Kelebihan orang yang jujur



*

Qanaah

*

Sifat Qana'ah ialah MERASA CUKUP dengan apa yang ada sebagaimana yang di kurniakan oleh Allah.

Jiwa berasa lapang dengan rezeki yang diberikan Allah SWT dan tiada rasa tamak terhadap yang tidak tercapai. - Muhammad bin Tirmizi

Berasa cukup dengan apa yang sudah dimilikinya, yang telah memenuhi keperluannya, sama ada berupa makanan, pakaian atau sebagainya. – Abu Zakaria Ansari

Puas dengan apa yang dimiliki tetapi tetap berusaha gigih, serta mempunyai sifat luhur dan 'afaf iaitu enggan meminta-minta, berlaku sederhana dalam kehidupan dan berbelanja, mencela (mengelak) meminta-minta tanpa keadaan darurat (keperluan mendesak) - Imam an-Nawawi.

Dari Abu Muhammad iaitu Fadhalah bin Ubaid al-Anshari r.a. bahawasanya dia mendengar Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Untung besarlah kehidupan seseorang yang telah dikurnia petunjuk untuk memasuki Agama Islam, sedang hidupnya itu adalah dalam keadaan cukup dan pula ia bersifat qana'ah." (HR Tirmidzi)

Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Sungguh berjaya orang yang beragama Islam dan rezekinya cukup dan berasa cukup dengan segala yang diberikan oleh Allah kepadanya”. (HR Muslim)

Ya Allah, jadikanlah aku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu aku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah aku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku.



*

Kelebihan Ziarah Orang Sakit

*


Abu Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah ke perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari & Muslim]

Sabda Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam: “Sesiapa yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]

“Tiada seorang pun yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat endoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [HR At-Tirmizi]

*

Ucap Alhamdulillah selepas makan dan minum

*

 Dari Anas b. Malik r.a. katanya, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; "Allah sangat suka kepada hambaNya yang mengucapkan tahmid (Alhamdulillah) sesudah makan dan minum." (HR. Muslim)



Link Pilihan :




*

Memaafkan

*
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya". (HR. Muslim)

"Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR. Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,  "Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia." [HR. Muslim]

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda: "Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan manusia pada setiap hari khamis dan Isnin, lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, diampunkan setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali sesiapa yang sedang bermusuhan, iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai , tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai." (HR Muslim)


*

Kelebihan Ziarah

*

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar malaikat untuk mengintip perjalanannya. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya; Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata: Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya; Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu perolehi darinya? Lelaki itu menjawab: Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala. Lalu malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya” (HR Muslim)

"Apabila seseorang telah menziarahi saudara seislamnya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. Jika di di waktu pagi maka 70, 000 malaikat berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu petang. Jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu pagi ". (HR Ibnu Majah, Abu Daud)

*

Kelebihan Puasa Enam Hari di bulan Syawal

*

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa enam hari dalam bulan Syawal maka itu seperti dia berpuasa sepanjang tahun." (HR Muslim)




Link pilihan:

Kenapa isteri perlu izin suami untuk berpuasa sunat ?

 

*

Selamat Hari Raya 'idil Fitri

*

Tazkirah Hari Raya.

Mendoakan agar amalan kita di bulan Ramadhan diterima Allah.
Al-Imam Al-Hafidz Ibnu Hajar Al-Asqalani رحمه الله berkata: ” Saya meriwayatkan hadis ini dengan sanad yang hasan dari Jubair bin Nafir, dia berkata:
كَانَ أَصْحَابُ رَسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم إِذَا الْتَقُوْا يَوْمَ الْعِيْدِ يَقُوْلُ بَعْضَهُمْ لِبَعْضٍ:تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ
“Para  sahabat Rasulullah صلي الله عليه وسلم  apabila bertemu pada hari raya, mereka mengatakan kepada yang lain: TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKA (Moga ALLAH terima amalan kami dan amalan kamu)". (Fathul Bari, 2: 446)

Menghidupkan Malam Hari Raya
“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya hatinya tidak mati pada hari hati-hati lain mati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)
Hadis ini menurut Imam Nawawi dalam al-Majmu’; sanadnya adalah dhaif. Namun menurut ulamak, hadis dhaif harus diamalkan dalam fadhilat amalan. (Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 426).

Perempuan juga digalakan menghadiri perhimpunan solat hari raya. Jika tidak boleh solat, dapat dengar khutbah.
Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah ra. ia berkata : Rasulullah memerintahkan kami keluar pada 'idil fitri dan 'idil adha, semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Ada pun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari tempat solat, mereka menyaksikan kebaikan dan mendengarkan khutbah. Saya berkata : Ya Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda : Pinjamlah daripada saudara mara kamu. ( H.R : Jama'ah)

Makan dahulu sebelum pergi solat 'idil Fitri.
Diriwayatkan dari Buraidah ra. ia berkata : Adalah Nabi shollallahu 'alaihi wasallam keluar untuk solat 'idil fitri selepas makan terlebih dahulu dan tidak makan pada 'ldil adha sehingga beliau kembali dari solat hari raya. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)

Tidak melalui jalan yang sama waktu pergi dan balik solat hari raya.
Diriwayatkan dari Jaabir ra. ia berkata : Adalah Nabi shollallahu 'alaihi wasallam apabila keluar untuk solat hari raya ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan ( yakni waktu pergi melalui satu jalan dan waktu balik melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhari )

Bertakbir
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertakbir pada 'idil fitri bermula dari keluar dari rumah sehingga sampai di tempat solat hari raya. (HR Baihaqi)


Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Walillah hilham.

Taqab balallahu minna wa minkum.

Salam 'idil Fitri dari Lenggang Kangkung sekeluarga.
 
Maaf Zahir dan batin.

*

Popular Posts