Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

Kelebihan ziarah orang sakit


Abu Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah ke perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari & Muslim]

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]

Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada seorang pun yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat endoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [HR At-Tirmizi]

*

6 comments:

Anonymous said...

Assalam,

Terima kasih atas pengonsian ini.

AJ

ainhany said...

salam ustaz,

insyaALLAH mnjadi amalam .
mohn izin share...
terimakasih

School Of Tots said...

Jom ziarah org sakit. Kita juga akan sakit. Org pun akn ziarah kita juga. InsyaAllah.

Anonymous said...

kepada sesiapa yang berminat ingin menjadi sukarelawan program ziarah pesakit di hospital kuala lumpur dan hospital ampang, boleh menghubungi Islamic Outreach ABIM untuk menjadi ahli sukarelawan. No tel, 03-4256 9822.

Anonymous said...

Terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat.Islamic Outreach ABIM telah menjalankan Program Ziarah Pesakit Di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Ampang.Kami membantu pesakit yang terlantar di hospital.Bersama Membantu, Hulurkan Tangan, Ringankan Beban.

Anonymous said...

www.abim.org.my

Post a Comment

Popular Posts