"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Hukum puasa sunat pada hari Jumaat

*
Di dalam mahzab Syafie, hukum berpuasa sunat pada hari Jumaat tanpa disertakan puasa sunat pada hari Khamis atau tidak disertakan puasa sunat pada hari Sabtu adalah makruh.

Dari Muhammad bin Abbad bin Ja’far, “Aku pernah bertanya kepada Jabir: Adakah Nabi melarang berpuasa sunat pada hari Jumaat ? Jabir menjawab: Ya." (HR Muslim).

Dari Juwairiah, “Bahawa Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam masuk kepada saya pada hari Jumaat sedang saya berpuasa. Maka sabdanya: “Adakah engkau sudah berpuasa kelmarin? Saya menjawab: Tidak. Sabdanya: Adakah engkau akan berpuasa esok? Saya menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Hendaklah engkau berbuka.” (HR Bukhari)

Hari Jumaat itu adalah hari Eid (hari raya), maka janganlah jadikan Eid kamu itu sebagai hari kamu berpuasa, kecuali kamu berpuasa sebelumnya atau sesudahnya.” (HR Ahmad)

Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Janganlah kamu berpuasa pada Jumaat, kecuali bersama satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya". (HR Muslim).




Link pilihan:

Kelebihan Hari Jumaat



*

Perkahwinan

*

Dari Anas ra : “Beberapa sahabat pernah mendatangi rumah isteri-isetri Nabi shollallahu 'alaihi wasallam untuk menanyakan tentang ibadah baginda. Ketika mereka diberitahu, mereka dapati bahawa ibadah mereka itu sedikit. Mereka bertanya, ‘Dimana kedudukan kami di sisi Nabi, beliau telah diampun dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang?’ Salah seorang di antara mereka berkata, ‘Saya akan melaksanakan solat malam dan tidak akan tidur.’ Yang lain berkata, ‘Saya akan berpuasa terus dan tidak akan berbuka.’ Dan yang lainnya berkata, ‘Saya akan menjauhi kaum wanita dan tidak akan berkawin selamanya.’ Kemudian datanglah Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam dan bersabda, ‘Kaliankah yang mengatakan begini dan begitu itu? Demi Allah, sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah daripada kalian, dan paling bertakwa kepada Allah daripada kalian. Tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku melakukan solat malam dan aku tidur, dan aku berkahwin. Oleh itu, sesiapa yang tidak suka kepada sunnahku, maka ia bukan termasuk golonganku." (HR Muslim)


Klik -> Mawaddah Wa Rahmah

*

Wasiat Nabi kepada Mu’az bin Jabal

*


Mu’az bin Jabal ra menceritakan bahawa suatu hari Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam memegang tangannya seraya mengucapkan, “Hai Mu’az, demi Allah sesungguhnya aku benar-benar mencintaimu. Demi Allah, aku benar-benar mencintaimu.” Lalu beliau bersabda, “Aku wasiatkan kepadamu hai Mu’az, jangan kamu tinggalkan bacaan setiap kali di akhir solat hendaknya kamu berdoa, ‘Allahumma a’in ni ‘ala zikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatik’ (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingatMu, bersyukur kepadaMu, dan beribadah dengan baik kepadaMu).” (HR Abu Daud)



*

Kelebihan Bulan Rejab

*

Bulan-bulan Haram dalam Islam ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. 

Menurut Imam al-Razi RH: Maksud al-haram (samada bulan haram atau tempat haram) ialah maksiat padanya dibalas dengan balasan yang lebih berat, dan ketaatan dibalas dengan pahala yang lebih besar. (al-Razi, jil.16, ms. 53).

Diriwayatkan dari Mujibah al-Bahiliyah, Rasulullah bersabda, "Puasalah pada bulan-bulan haram." (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Imam Al-Nawawi menyatakan “Memang benar tidak ditemukan hadis sahih mengenai puasa Rejab, namun telah jelas dan sahih riwayat bahwa Rasulullah menyukai berpuasa dan memperbanyak ibadah di bulan haram, dan Rejab adalah salah satu dari bulan haram, maka selama tak ada larangan khusus puasa dan ibadah di bulan Rejab, maka tak ada satu kekuatan untuk melarang berpuasa dan ibadah lainnya di bulan Rejab.” (Syarh Nawawi ‘ala Shahih Muslim).

Berkata Imam Syafii rahimahullah : “Doa mustajab adalah pada 5 malam iaitu malam jumaat, malam idul Adha, malam Idul Fitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban”. (Sunan Al Kubra Imam Baihaqi juz 3 hal 319).  

Wallahu a'lam.



Link Pilihan:

Penjelasan Status Hadis Doa Rejab

Hadis Rejab Bulan Allah - Hadis Palsu ?



*

Puasa di bulan Rejab

*


Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.

Diriwayatkan dari Mujibah al-Bahiliyah, Rasulullah bersabda, "Puasalah pada bulan-bulan haram." (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Imam Al-Nawawi menyatakan “Memang benar tidak ditemukan hadis sahih mengenai puasa Rejab, namun telah jelas dan sahih riwayat bahwa Rasulullah menyukai berpuasa dan memperbanyak ibadah di bulan haram, dan Rejab adalah salah satu dari bulan haram, maka selama tak ada larangan khusus puasa dan ibadah di bulan Rejab, maka tak ada satu kekuatan untuk melarang berpuasa dan ibadah lainnya di bulan Rejab.” (Syarh Nawawi ‘ala Shahih Muslim).

Wallahu a'lam.


Link pilihan :

Kelebihan Bulan Rejab



*

Rejab Bulan Allah - Hadis Palsu ?

*


"Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan pula adalah bulan umatku". 

Para muhadditsin tidak sekata dan tidak sepakat menghukumkannya sebagai maudhu`(Palsu).  
Jika ada yang menyatakannya sebagai maudhu`, maka ada pula yang akan menyatakan bahawa ianya bukan maudhu` tetapi dho`if dan sebagainya. 

Imam as-Sayuthi rahimahUllah telah memasukkan hadits ini sebagai hadits yang ke 4411 dalam karya beliau "al-Jaami`ush Shoghir fi Ahaaditsil Basyiirin Nadziir". Jika sahaja hadits tersebut disepakati atas maudhu`nya, maka sudah pasti Imam as-Sayuthi yang terkenal dengan ilmu dan waraknya tidak akan bermudah-mudah meletakkannya dalam karya himpunan haditsnya tersebut. Sudah pasti Imam as-Sayuthi mengetahui akan hukum meriwayatkan hadits maudhu tanpa memperjelaskan kepalsuannya. Sebaliknya, Imam as-Sayuthi menjelaskan bahawa hadits tersebut ada mempunyai sanad yang mursal kepada seorang tabi`in yang agung iaitu Imam Hasan al-Bashri rahimahUllah sebagaimana diriwayatkan oleh Abul Fath bin Abil Fawaaris dalam kitabnya "'Amaali" dan darjatnya adalah DHO`IF (baca: dho`if bukan maudhu`).

Wallahu a'lam.




Sumber: http://bahrusshofa.blogspot.com/2009/06/rajab-bulan-allah.html




Link pilihan:

Kelebihan Bulan Rejab

Memahami Hadis Dhaif




*

Tafakur

*


Tafakkur berasal dari kata TAFAKKARO yang bererti merenungkan atau memikirkan dengan bersungguh-sungguh.

Tafakkur membawa makna “kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77)


Abu Darda’, seorang sahabat yang terkenal pernah ditanya tentang amalan yang paling utama, dia menjawab, “Tafakkur.”



Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma,
تفكر ساعة خير من قيام ليلة
Berfikir sesaat lebih baik dari pada qiyamullail. (al-Adzamah, 1/297).


*

Hasad dan Ghibtah

*

“Hati-hati kalian dari sifat hasad kerana hasad itu memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu bakar.” (HR. Abu Dawud. Hadis ini DA'IF dalam Silsilah Al-Ahadits Adl-Dha’ifah no. 1902)

“Wahai Anakku! Bila engkau mampu hingga pagi dan petang tanpa memendam sifat hasad dengki kepada seseorang, maka lakukanlah.” (HR. Tirmidzi)

Nabi bersabda, “Kalian tidak akan beriman sehingga menginginkan untuk saudaranya hal-hal yang dia inginkan untuk dirinya sendiri.” (HR Bukhari dan Muslim).

Nabi bersabda,"Tidak boleh hasad kecuali pada dua perkara, iaitu: terhadap seseorang yang Allah anugerahkan harta, lalu dia gunakan harta tersebut pada jalan kebenaran, dan terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu dia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada manusia lain". (H.R Bukhari dan Muslim).


Jika seseorang mendapat nikmat, kita yang melihat keadaan itu, akan berada di antara dua keadaan:

1. Jika kita rasa benci atau tidak suka dengan nikmat yang diperolehinya. Inilah yang dikatakan hasad.

2. Jika kita tidak benci terhadap nikmat yang diperolehi oleh orang itu dan kita menginginkan agar kita juga memiliki nikmat seumpama itu. Inilah yang disebut dengan ghibtah (hasad yang dibenarkan). Iaitu rasa bangga dengan orang itu dan bercita-cita untuk mendapatkan kelebihan seperti mana yang didapati oleh orang itu. Sifat ini amatlah terpuji dan dikehendaki ada pada tiap-tiap orang, kerana dengannya boleh mendatangkan kebaikan dan kemajuan hidup.

Bezanya pada perasaan, BENCI atau SUKA.

Jika orang lain mendapat nikmat atau kelebihan, kita hendaklah merasa suka dan berharap agar dapat mencontohinya. (Ghibtah).

Jika orang lain mendapat nikmat atau kelebihan, jika kita ada perasaan benci atau tidak suka, itu bererti hati kita ada sifat hasad.


Wallahu a'lam.


*

Tahan marah

*
Allah berfirman, ”Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan.” (Ali Imran : 133-134)

Ibnu Kathir dalam tafsirnya antara lain menafsirkan: “Mereka tidak melepaskan kemarahannya kepada orang lain, tetapi sebaliknya, mereka menahannya dengan mengharap pahala di sisi Allah SWT."

”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam mengulangi ucapannya 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring”. (HR Ahmad & Abu Daud)

Imam al-Ghazali berkata: Ahli ilmu berpendapat bahawa berlakunya sifat marah itu kerana urat saraf manusia ditarik oleh syaitan. Ini bermakna orang yang suka marah bererti telah mengikat persahabatan dengan syaitan.

"Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk.” (HR Ahmad & Abu Daud)

Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda : ”Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh orang yang marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu A'uzubillahi minasy syaitonir rajiim” (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." (HR Bukhari & Muslim)

"Sesiapa menahan kemarahan pada hal dia mampu melauhkannya, maka Allah kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya." (HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)

“Seorang hamba yang menahan marah kerana Allah Ta’ala melainkan Allah akan memenuhinya dengan keamanan dan keimanan”. (HR Abu Daud)

“Wahai Rasulullah, ajarkanlah kepada saya ilmu yang dapat mendekatkan saya ke syurga dan dijauhkan dari neraka”. Nabi menjawab, “Jangan luahkan kemarahanmu." (HR. Thobrani)

Ada seorang lelaki berkata kepada Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, “Berilah saya nasihat”. Nabi bersabda, “Tahan marah”. Lelaki itu ulangi permintaannya dan Nabi tetap menjawab, “Tahan marah”. (HR. Bukhari).



Wallahu a'lam.



Link pilihan:

Indahnya Sabar dan Syukur




*

Popular Posts