Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Keistimewaan Hari Arafah

*
 
Hari Arafah adalah pada 9 Zulhijjah, hari umat Islam yang mengerjakan haji melakukan wukuf di Arafah.

- Hari Arafah hari istimewa.
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada satu hari dimana Allah Taala paling ramai membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah." (Sahih Muslim)

- Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hambaKu yang datang kepadaKu.“.(HR Ahmad)

- Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji.
Rasulullah saw. ditanya mengenai puasa pada hari Arafah. Rasulullah saw.mengatakan, Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (HR Muslim)








Link pilihan :

Keajaiban di Padang Arafah

Kelebihan Bulan Zulhijjah

Hari Raya 'idil Adha




*

Software Belajar Tajwid Percuma

*



Sila DOWNLOAD -> DI SINI


Kepada pemilik software ini, Lenggang Kangkung ucapkan jazaa kAllahu khaer (moga Allah membalasmu dengan kebaikan).

*

Kelebihan Bulan Zulhijjah

*

Bulan Zulhijjah adalah bulan umat Islam menunaikan ibadah haji dan menyembelih korban. Bulan Zulhijjah juga salah satu daripada bulan haram.

Sabda Nabi s.a.w, "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan kebaikan selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah jihad fisabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pada sepuluh hari tersebut ?” Nabi bersabda, "Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”. (Hr Bukhari)

Dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak ada suatu hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak pula ada amalan-amalan yang lebih dicintai ALLAH selain amal yang dikerjakan pada sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, maka perbanyakanlah padanya tahlil (La ilaha illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)". (HR Imam Ahmad)

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah). Maka jawab Rasulullah s.a.w. "Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang". (HR Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (HR Muslim)

Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulanglah dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (HR Muslim)






Link pilihan :

Kelebihan Bulan-bulan Haram

Kelebihan Hari Arafah

Kelebihan Ibadah Korban




*

Larangan memotong rambut dan kuku pada yang berhasrat untuk berkorban.

Nabi bersabda, “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya”. (HR Muslim)

Nabi bersabda, “Sesiapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali-kali dia memotong rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban”. (HR Muslim)

Menurut Imam Nawawi rahimahullah: “Maksudnya (dari larangan tersebut) ialah: Dilarang memotong kuku dengan gunting dan sebagainya. Dilarang menggunting (memotong) rambut sama ada membotakkan (mencukur), memendekkannya, mencabutnya, membakarnya atau selainnya. Termasuk dalam hal ini (dilarang) memotong bulu ketiak, misai, bulu kemaluan dan bulu yang ada di seluruh badan”. (Syarah Muslim 13/138)

Majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Sesiapa yang tidak megerjakan haji tapi berhasrat untuk melakukan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban.

*

Sebab perempuan lebih ramai masuk neraka

*

Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)

Wallahu 'lam.






Link pilihan:

Panduan menjadi isteri solehah




*

Neraka

*


Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesungguhnya siksaan penghuni neraka yang paling ringan ialah seorang yang akan diletakkan di bawah telapak kakinya dua bara api neraka yang panasnya akan mendidihkan otak di kepalanya. ( HR Bukhari & Muslim )

Dari Abdullah bin Khaliq bin Jundub Al Jabili dia berkata, Nabi Shallallahu’alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya di Neraka ada enam ular bagaikan leher-leher unta yang menyengat seorang di antara penghuni Neraka tersebut maka dia mendapatkan panasnya selama tujuh puluh tahun. Dan di dalam Neraka ada kala jengking yang besarnya bagaikan kaldai dan salah satu di antaranya kala jengkng tersebut menyengat seorang dari penghuni Neraka maka dia mendapatkan pedihnya sengatan tersebut selama empat puluh tahun.” (HR Imam Ahmad, Ibnu Hibban, Al Hakim, dan Al Baihaqi)

Firman Allah, "Mereka di neraka tidak memperolehi makanan selain dari pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar." (Al Ghasiyah: 6-7)

Firman Allah, " (Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum, (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam Neraka). (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut; [46] Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya." (Ad Dukhan: 43-46)

Firman Allah, "Maka tiada seorang teman pun baginya pada hari ini di sini. Dan tiada makanan sedikit pun kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa." (Al Haqqah: 35-37)

Firman Allah, "Di belakangnya disediakan Neraka Jahanam dan dia akan diberi minum daripada air danur (yang keluar dari tubuh ahli Neraka). Dia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana busuknya) dan dia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang dia tidak pula mati dan selain dari itu ada lagi azab seksa yang lebih berat" (Ibrahim: 16-17)

Firman Allah, "Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat Neraka, maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya. (Al Kahfi: 53)

Firman Allah, "Dan jika mereka meminta minum, mereka akan diberi minum dengan air seperti tembaga yang mendidih yang menghanguskan muka mereka.Itulah minuman yang paling buruk dan tempat rehat yang paling hina)." (Al Kahfi: 29)

Firman Allah, “Maka takutlah kamu kepada neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu.” (Al-Baqarah: 24)

Firman Allah, "Maka aku peringatkan kalian dengan api neraka yang menyala-nyala.” (Al-Lail: 14)

Firman Allah, “Sekali-kali tidak, sesungguhnya neraka itu adalah api yang bergejolak, yang mengupas kulit kepala.” (Al-Ma’arij: 15-16)

Nabi saw. bersabda, “Api yang kamu nyalakan di dunia ini hanya sepertujuh puluh dari panas api neraka. Kalau sebahagian kecil sahaja api neraka jatuh ke dunia, nescaya mendidih air laut kerana panasnya.” (HR. Muslim)



Wallahu 'alam




Link pilihan:

Kejayaan sebenar ialah terselamat dari masuk neraka

Syurga




*

Orang mukmin tidak kekal di neraka

*



Rasulullah SAW bersabda, "Akan keluar dari Neraka sesiapa yang berkata La Ilaha illallah sedangkan dalam hatinya ada kebaikan sebesar biji kacang." (HR Bukhari)

Dari Abu Said Al-Khudri r.a. bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Setelah penduduk syurga masuk ke syurga dan penduduk neraka masuk ke neraka, maka Allah Ta'ala pun berfirman, 'Keluarkanlah dari neraka orang-orang yang dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar biji sawi.' Mereka pun dikeluarkan dari neraka. Hanya saja tubuh mereka telah hitam legam bagaikan arang. Oleh kerana itu, mereka dilemparkan ke sungai Haya' atau hayat (terdapat keraguan dari Imam Malik). Kemudian tubuh mereka berubah bagaikan benih yang tumbuh setelah banjir. Tidakkah engkau melihat benih tersebut tumbuh berwarna kuning dan berlipat-lipat." (Sahih Bukhari)

Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: Sungguh aku mengetahui orang-orang yang terakhir keluar dari neraka dan terakhir masuk syurga ialah seorang yang keluar dari neraka sambil merangkak-rangkak, lalu diperintah oleh Allah: Masuklah ke syurga, maka dia segera pergi ke syurga tetapi terbayang padanya syurga telah penuh, maka dia kembali dan berkata: Ya Tuhan, aku dapati syurga sudah penuh. Lalu diperintah lagi: Pergilah masuk syurga. Kemudian dia kembali berkata: Ya Tuhan, aku dapati syurga sudah penuh, kemudian diperintah: Pergilah masuk syurga, maka di sana untukmu seluas dunia sepuluh kali atau untukmu seluas dunia sepuluh kali ganda, maka dia berkata: Engkau mengejek dan mentertawakan aku sedang Engkau Raja yang berkuasa. Sungguh aku telah melihat Rasulullah s.a.w tertawa ketika menerangkan hadis ini sehingga terlihat gigi gerahamnya. Dan itu serendah-rendah tingkat ahli syurga. (H.R. Bukhari dan Muslim)






Sumber: http://muchlisin.blogspot.com/2011/03/hadits-22-iman-kunci-masuk-surga.html

Penjelasan tambahan: http://www.hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah-3/Tajuk%207.htm

Cara Hindari Neraka 



 

*

Ibadah Haji

Dari Abu Hurairah ra, dia berkata, Rasulullah berkhutbah kepada kami dan beliau bersabda, 'Wahai manusia, Allah telah mewajibkan ibadah haji ke atas kamu, maka berhajilah.' Seorang berkata, 'Wahai Rasulullah, apakah setiap tahun ?' Maka beliau diam sampai orang itu mengajukan pertanyaannya tiga kali. Maka Rasulullah saw. bersabda, 'Jika saya mengatakan 'ya' bererti menjadi wajib, dan kalian tidak akan sanggup melakukannya.' Kemudian baginda bersabda, 'Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan kepada kamu. Sesungguhnya binasanya orang-orang sebelum kamu ialah kerana mereka banyak bertanya kepada nabinya. Apabila aku menyuruh kamu melakukan sesuatu, maka kerjakanlah semampu kamu dan jika aku melarang kamu melakukan sesuatu, maka tinggalkanlah ia'" (HR Muslim)

Rasulullah saw. bersabda, “Sesiapa ingin melaksanakan haji, hendaklah segera dilakukan, kerana terkadang seorang itu akan sakit, binatang kendaraannya hilang dan ada suatu perkara yang menghalang.” (HR. Ibnu Majah dalam Shahih Ibnu Majah, no. 2331)

Dari Ibnu Abbas, dia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Bersegeralah melakukan haji (iaitu haji yang fardhu) kerana kamu tidak tahu apa yang akan menimpa diri kamu pada masa akan datang." (HR Ahmad)

“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang (ke Baitullah) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai-bagai jalan dan cerok rantau yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana kurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak untuk dijadikan korban, dengan yang demikian makanlah kamu dari daging binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.” (Al Hajj : 27 - 28)

Allah berfirman: “…Ibadah haji itu adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Sesiapa mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, tidak memerlukan sesuatu dari seluruh alam.” (Ali-Imran: 97)

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَلَكَ

Labbai kallahumma labbaik,
Labbaikala sharikala kalabbaik,
Innalhamda wanni'mata laka walmulk,
La sharikalak


Hambamu datang menyambut panggilan-Mu,
Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu
Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu
yang tiada sekutu bagi-Mu




*
Link pilihan :

Haji Mabrur

Pengertian Haji Mabrur

Tanda Haji Mabrur

Video - Mencari haji mabrur

Panduan Haji

Risalah Haji


*

Haji Mabrur

Dari Abu Hurairah Ra. ia berkata: Rasulullah SAW ditanya: Amal ibadah apakah yang paling utama ? Nabi bersabda: “Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.” Kemudian apa ? Nabi bersabda: “Jihad di jalan Allah.” Kemudian apa ? Nabi bersabda: “Haji yang mabrur.” ( HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Dari A’isyah Ummil Mukminin Radiallahuanha dia berkata : Ya Rasulullah! Kami berpendapat bahawa jihad adalah perbuatan baik yang paling utama, bolehkah kami wanita turut berjihad? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tidak begitu, jihad yang paling utama bagi wanita adalah haji mabrur.” (HR. Bukhari)

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan ibadah haji dan dia tidak melakukan jima’ dan tidak pula melakukan perbuatan dosa, dia akan bersih dari dosa-dosanya seperti pada hari ketika dia dilahirkan oleh ibunya.” (HR. Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Nabi saw. bersabda, “Haji mabrur itu tiada balasan baginya melainkan Syurga.” (HR Bukhari)

Imam An-Nawawi berkata: “Makna yang paling benar dan paling masyhur bagi haji mabrur ialah ibadah haji yang tidak dicemari oleh perbuatan dosa.”


*
Link pilihan :

Haji Mabrur

Pengertian Haji Mabrur

Tanda Haji Mabrur

Video - Mencari haji mabrur

Panduan Haji

Risalah Haji


*

Kelebihan Ibadah Korban

*


Firman Allah yang bermaksud: "Dan binatang-binatang korban itu Kami jadikan buat kamu sebagai sebahagian dari upacara-upacara (agama) Allah. Padanya ada kebaikan bagi kamu. Oleh kerana itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berbaris-baris. Maka apabila gugur (sembelihan-sembelihan itu), makanlah daripadanya dan berilah makan fakir yang menjaga kehormatan dan fakir yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan (binatang-binatang) itu untuk kamu agar kamu bersyukur. Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan ". (al-Hajj : 36-37)

Rasulullah saw bersabda: "Tiada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: "Ya Rasulullah, apakah Ud-hiyyah (korban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim". Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh dari Ud-hiyyah itu?". Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan". (HR. Ahmad dan Ibn Majah)


*
Link pilihan :

Bergabung korban dan akikah pada seekor lembu

Aqiqah

Sejarah korban

Falsafah korban - Cinta Allah Mengatasi Cinta Makhluk

Penghayatan Ibadah Korban

Menghayati Semangat Pergorbanan

Hikmah dan Hukum Ibadah Korban

Ibadah korban mengikut Sunnah

Panduan korban

Tata cara penyembelihan korban


*

Hukum menyembelih korban

*

Nabi bersabda, “Sesiapa yang mempunyai kemampuan rezeki untuk menyembelih haiwan korban, tetapi dia tidak mahu lakukan sembelihan korban, maka jangan sekali-kali dia mendekati tempat solat kami”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Majah, Darqutni, Hakim)

Majoriti ulama berpendapat hukum sembelih korban adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta.

Manakala Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi yang berkemampuan.




*

Perniagaan yang tidak pernah rugi


Allah berfirman, "Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami (Allah) anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi." (Al-Fathir :29)

*

Keluarga diutamakan

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Satu dinar yang kamu nafkahkan pada jalan Allah, satu dinar yang kamu nafkahkan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang kamu berikan kepada orang miskin dan satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu maka yang paling besar pahalanya ialah dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu". (HR Muslim)

*

Popular Posts