Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

Sebab perempuan lebih ramai masuk neraka


Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)

*

12 comments:

azwa amani said...

thanks sharing dan mmberikan peringatan

+.~ said...

mohon copy masuk blog ana..
*nnt ana letak link.thanks.

Ros said...

Semoga kita mendapat rahmat dan perlindungan Allah SWT di dunia jua di akhirat.

Mahyuddin said...

Mohon share.syukran~

Anonymous said...

Mohon copy..sangat berguna. syukran.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Adapun matan dlm bahasa Arab yang saya perolehi dari Imam Bukhari diriwayatkan oleh Ibnu Abbas dlm Ahkamul Sultaniah m/s 106 ketika berlakunya Isra` mi`raj ...“ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “ Dengan sebab apa mereka demikian wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap pergaulan dan kufur terhadap kebaikan-kebaikan suami-suami mereka. Kalaulah engkau (suami- ahsanata) berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka (isteri2 -ahadihunna) selama waktu yang panjang kemudian dia (isteri) melihat sesuatu pada dirimu (suami) kemudian dia (isteri) akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu (suami).’ ”
Cuma disini yang menjadi persoalan adalah perbezaan dibahagian akhir bahawa yang bercakap celupar adalah salah seorang isteri2 (perempuan) walaupun suaminya telah melakukan kebaikan terhadap isteri2nya. Hatta ketika Saidatina Fatimah r.anha mengadu kesusahan dirinya membuat segala kerja2 rumah kepada Rasulullah saw, maka ditegur oleh baginda saw. Dan adalah mustahil zaman sekarang ini jika sisuami dapat memberi keadilan pada kesemua isteri2nya. Menyinggung hati suami yang beriman sedikit sudah cukup menempah tempat ke neraka. Kefahaman disini juga dalam keadaan sistem sekarang, isteri kena banyak redha dan bersabar kerana hidup diluar lengkungan daulah islam adalah lebih buruk. Wallahualam

Unknown said...

assalamualaikum ya ukhti
mohon share...syukran..=)

MUJAHIDAH NUR said...

assalamualaikum,,,mnta copy,,jazzakallah fil khoir,,

cik.ed said...

mohon share, jazakillah :)

lynn kamarul said...

mohon share ;)

ABAQADRIE said...

سبحن الله

Anonymous said...

mohon share.. tq..

Post a Comment

Popular Posts