Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

Bekam


Sabda Nabi Muhammad S.A.W, "Semasa aku berjalan pada malam isra' bersama para malaikat, mereka selalu berkata, "Hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam." (HR Sunan Abu Daud, Ibnu Majah, Sahih Jami')

Sabda Nabi Muhammad S.A.W,"Sesungguhnya cara berubat yang paling baik ialah hijamah (berbekam)." (Sahih Bukhari)

Sabda Nabi Muhammad S.A.W, "Bahawa kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, iaitu minum madu, bekam dan bakaran api (al-Khayy), Sesungguhnya aku melarang umatku melakukan al-Khayy (pembakaran dengan api)." (Sahih Bukhari)

Sabda Nabi Muhammad S.A.W,"Hendaklah kamu semua melakukan bekam di bahagian tengkuk kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit." (HR At Thabrani)

*

6 comments:

fuad ansari said...

tak pernah berbekam.. :(

usin said...

dah pernah berbekam. lepas berbekam, badan rasa ringan & kurang rasa sakit kepala. cubalah, tp pastikan tukang bekam mengamalkan kebersihan. cara berbekam yg kotor (peralatan / tempat)akan mengundang penyakit lain pulak.

GAP KEMBALI said...

AH DAH LAMA TAK BEKAM DARAH NI..

TKASI PERINGATKAN BRO. KONPEM BUAT LEPAS BERSHIT

penaMuslim said...

'Ala Ra'sun-atas kepala(pembetulan)

jah said...

saya pernah berbekam di bahagian belakang kepala, memang benar mendapat kesembuhan, Alhamdulillah.

Anonymous said...

x sakit ka ?

Post a Comment

Popular Posts