
1. Mereka yang melambatkan qada' puasanya hingga melangkah ke tahun yang berikutnya dikenakan denda membayar fidyah dan wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan.
2. Uzur menunaikan puasa wajib. Golongan ini terdiri daripada mereka yang sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Kadar fidyahnya ialah sehari secupak makanan kepada fakir miskin.
3. Perempuan yang hamil dengan syarat dibimbangi keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan fidyah dan juga wajib mengqadakan puasa yang ditinggalkan.
4. Ibu yang menyusukan anak dengan syarat dia berasa bimbang puasa akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya. Maka wajib baginya mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu serta membayar fidyah.
5. Orang yang telah meninggal dunia. Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
Membayar fidyah ertinya memberi orang miskin makanan sebanyak satu mud untuk satu hari tidak berpuasa pada bulan Ramadhan. Jika tidak berpuasa sehari, fidyahnya satu mud. Jika dua hari, fidyahnya dua mud, dan seterusnya.
Mud adalah ukuran isipadu (bukan berat) yang setara dengan isipadu 544 gram gandum (al-qamhu). [Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 62].
Menurut jumhur ulama, fidyah dibayar dalam bentuk makanan asasi pada suatu negeri (ghaalibu quut a-balad). Jadi di Malaysia, fidyah dibayar dalam bentuk beras, yang isipadunya satu mud.
Apakah fidyah boleh dibayarkan dalam bentuk wang?
Menurut ulama Hanafiyah, boleh dibayarkan dengan nilainya (qiimatuhu), iaitu dalam bentuk wang yang setara nilainya dengan makanan.
Manakala menurut ulama jumhur (Malikiyah, Syafi’iyah, Hanabilah), tidak boleh dibayar dengan nilainya. Fidyah mesti diberi dalam bentuk makanan (beras).
Biasanya pusat pungutan zakat menerima bayaran dalam bentuk wang tetapi menyampaikannya kepada fakir miskin dalam bentuk beras.
.
Jika Tidak Mampu Membayar Fidyah. Jika pada Ramadan tahun lalu dia di dalam keadaan tidak mampu (miskin atau fakir), maka dia tidak wajib membayar fidyah. Inilah pendapat Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu’ Syarah Muhadzdzab, iaitu gugurnya kewajiban fidyah bagi orang yang tidak mampu. Pendapat ini disepakati juga oleh Ibnu Hajar.
*
Atrikel berkaitan fidyah :
Ustaz Nor Amin - Pengiraan bayaran fidyah puasa
Halaqah.net - Forum mengenai fidyah
*







8 comments:
Saya ada satu soalan, bagaimana golongan yang wajib membayar fidyah ketikamana dia berada di luar negara,dimana komuniti islam yg kecil dan terdiri daripada pelajar2. Adakah boleh fidyah itu diberikan kepada pelajar2 universiti(islam) sebagai ganti kepada golongan fakir?mohon penjelasan!
assalamualaikum. sy masih berusia 18 tahun dan saya tidak mampu membayar fidyah sendiri kerana masih belajar jadi saya akan meminta pada ayah. tapi, bila sy kira fidyah sy terlalu byk sehingga mencecah 6k, sy sgt takut utk beritahu ayah,adakah cara lain utk mengurangkan fidyah dan adakah sy layak utk meminta dikurangkan fidyah?
Assalamualaikum....saya pelajar di sebuah kolej tempatan, ingin bertanya sedikit kemusyhkilan mengenai puasa, adakah boleh sekiranya saya hanya menggantikan puasa yang tahun pertama yang belum habis saya gantikan pada tahun lalu tanpa membayar fidyah??
Assalamualaikum.
Satu soalan, bagaimana hendak saya uruskan bayaran fidyah sekiranya saya telah lupa berapa hari hutang puasa tahun2 yg lepas? - wanita 21
assalamualaikum,,,
saye ade satu kemusykilan,,,
benarkah fidyah itu perlu digandakan bayarannya sekiranya kita tidak melakukannya pada tahun yg sepatutnya..???
Assalamualaikum,,, sy ad sdikit ptanyaan tentang seseorang yg pernah jd gila sementra kira2 20 tahun dan kembali pulih sperti sdia kala,, adakah dye perlu mbayar fidyah sepenuhnyer
???
assalamualaikum..
sy ingin btnya..boleh ke jika fidyah diberi kpd anak2 yatim atau mana2 pusat anak2 yatim?
Baitul Barokah Wal Mahabbah, menaungi anak2 yatim, fakir miskin dan asnaf zakat menerima sumbangan, zakat dan fidyah. Sila hubungi Nurul Hidayah (013-2429731 / 018-2233054)
Alamat :
Baitul Barokah Wal Mahabbah
Lot 979, Jalan Burhan, Kg Giching Hilir,
43900 Sepang, Selangor.
Post a Comment