"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Kelebihan Hari Arafah (9 Zulhijjah)

*


Salah satu rukun ibadah haji ialah wukuf. Wukuf bererti berada di Padang Arafah pada tarikh 9 Zulhijjah. Jika gagal untuk berada di Arafah pada 9 Zulhijjah maka ibadah haji tidak sah. Wukuf di Arafah hanya boleh dilakukan pada tarikh 9 Zulhijjah sahaja. Oleh itu tarikh 9 Zulhijjah dikenali sebagai  Hari Arafah.

- Hari Arafah hari istimewa.
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (HR. Muslim)

- Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.
“Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.“.(HR. Ahmad)

- Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji.
Dari Abu Qatadah Al-Anshari -radhiallahu anhu- dia berkata:
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka Rasulullah 
shallaAllahu `alaihi wa sallam menjawab : Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (HR. Muslim no. 1162)

- Digalakan berdoa dan berzikir pada Hari Arafah.


Dari Amr bin Syuaib bahwa Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Doa terbaik adalah doa di hari Arafah. Dan ucapan terbaik yang saya dan para nabi sebelum ku ucapkan pada hari itu adalah Laa ilaha il lallah hu wah dahu laa syari kalah, lahul mul ku wa lahul hamdu, wa huwa ‘ala kulli syay`in qadir. (Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa,Tiada sekutu bagi-Nya, Bagi-Nya kerajaan dan pujian, Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu). (HR. At-Tirmizi)

Allahu Akbar.







Link pilihan :


Keajaiban di Padang Arafah


Kelebihan Bulan Zulhijjah


Hari Raya 'idil Adha





*

Jangan tiup air minuman

*


Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Apabila kamu minum, janganlah bernafas di dalam bejana (bekas minuman) atau meniupnya". (HR Bukhari)



Link Pilihan :




*

Doa keluar dari rumah

*

Terjemahanya: "Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan kehendak Allah".

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Jika seseorang keluar dari rumahnya lalu membaca: Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, walaa haula wala quwwata illa billah, maka malaikat akan berkata kepadanya: “kamu telah diberi petunjuk oleh Allah Ta’ala, dicukupkan dalam segala keperluanmu dan dijaga dari semua keburukan”, sehingga syaitan pun tidak boleh mendekatinya, dan syaitan yang lain berkata kepada temannya: Bagaimana mungkin kamu dapat memperdaya seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga oleh Allah Ta’ala ?” (HR. Abu Dawud (no. 5095), at-Tirmidzi (no. 3426) dan Ibnu Hibban (no. 822))

*

Cara memakai kasut

*

Dari Aisyah r.a., katanya Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda; "Kalau memakai kasut, pasang yang kanan terlebih dahulu tetapi kalau membukanya yang kiri terlebih dahulu. Jadi yang kanan adalah yang mula dipasang dan yang terakhir dibuka." (Sahih Bukhari)

*

Kelebihan Wuduk

*


"Apabila seseorang muslim berwuduk maka akan gugur dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila dia duduk menanti solat, dia duduk dalam keampunan". (HR Ahmad)

Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Apabila seorang hamba muslim atau mukmin ber wuduk, lalu dia membasuh mukanya, maka keluar dari wajahnya semua dosa yang terlihat oleh pandangan matanya bersama titisan air itu. Apabila dia membasuh kedua tangannya maka keluar dari kedua tangannya semua dosa yang dikerjakan oleh kedua tangannya bersama titisan air itu hingga bersih dari dosa-dosanya. Dan apabila dia membasuh kedua kakinya maka keluarlah semua dosa yang dikerjakan oleh kedua kakinya bersama siraman air itu hingga bersih dari dosa-dosa" (HR muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Mahukah saya tunjukkan kepada kamu perkara-perkara yang mana dengannya Allah menghapuskan dosa-dosa serta mengangkat darjat kamu ?. Para sahabat menjawab: Mahu, ya Rasulullah. Baginda lalu bersabda: Sempurnakan wuduk sekalipun di dalam kesukaran, langkah-lankah kaki kamu untuk ke masjid dan menantikan solat sesudah melakukan solat. Itulah yang disebut ribath, iaitu perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyakkan ketaatan pada Tuhan. (HR Muslim)

Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "syaitan mengikat di atas kepala orang yang tidur dengan tiga simpulan, lalu berkata: “Bagi kamu malam yang panjang, tidurlah!”. Apabila orang itu bangun dan mengingati Allah, terbukalah satu simpulan. Apabila orang itu berwuduk, terbukalah satu lagi simpulan.Apabila orang itu bersolat, terbukalah kesemua simpulan. Maka pada hari itu orang tersebut akan bersemangat dan ceria. Jika tidak (iaitu ada simpulan yang masih terikat) maka pada hari itu orang tersebut akan merasa malas dan tidak ceria". (HR. Bukhari)

Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari kiamat dengan cahaya di wajah, di tangan dan di kaki kerana bekas wuduk mereka". (HR Bukhari)

Wallahu a'lam.



Link pilihan:

Doa selepas wuduk

Mengambil Wuduk Ketika Hadas Besar


*

Doa selepas wuduk

*


"Sesiapa yang mengambil wuduk dengan sempurna kemudian dia berdoa, asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna muhammadan 'abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin, akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana yang dia suka." (HR Tirmizi)



Link pilihan:

Kelebihan berwuduk


*

Bersugi

*

Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.

Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti berus gigi, kayu araak(siwak), rotan manggar kelapa dan lain-lain.

“Sesungguhnya Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda, bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “. (HR Baihaqi)

Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Jika tidak menyusahkan ke atas umatku, aku ingin menyuruh mereka bersugi (menggosok gigi) setiap kali mereka hendak melakukan solat.” (HR Muslim)

Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Dua rakaat solat dengan bersugi itu lebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat solat dengan tidak bersugi “.(HR Muslim)

*

Kita bersaudara

*


Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda:"Tidak sempurna iman kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu seperti kamu mencintai dirimu sendiri” (HR Bukhari).

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda; "Tidak seorang Muslim mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya, mudah-mudahan engkau beroleh kebaikkan pula." - Sahih Muslim

Nabi Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda : "Tolonglah saudaramu, baik dia orang yang menganiaya ataupun yang dianiaya. Bertanya seorang sahabat: "Ya Rasulullah, kami mengerti tentang menolong orang yang teraniaya tetapi bagaimana kami menolong orang yang menganiaya ?". Nabi  menjawab: "Kau cegah dia". (Bukhari)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda: "Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya." [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Ayub al-Ansari r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda: "Haram bagi seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga malam, apabila keduanya bertemu saling memalingkan mukanya. Sementara itu, yang terbaik di antara keduanya adalah mereka yang mula mengucapkan salam." [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda: "Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara." [Bukhari & Muslim]

Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Perumpamaan kaum mukmin dalam kasih sayang dan belas kasihan serta cinta adalah seperti satu tubuh badan. Jika satu anggota tubuh sakit maka akan merasa sakit seluruh tubuh dengan tidak boleh tidur dan merasa demam.” (HR. Bukhari dan Muslim)




*

Bahaya Dosa

*


Seorang hamba Allah, dikira berdosa, apabila dia tidak melakukan kerja atau tindakan taat kepada Allah Taala.

Sesorang hamba Allah itu dikatakan tidak melakukan kerja taat kepada Allah apabila tidak mengerjakan suruhan Allah atau melakukan kerja haram (perbuatam maksiat, kemungkaran atau sebarang larangan dalam agama Islam).

Setiap hamba Allah yang berdosa akan ditimpakan pembalasan seksaan (azab) daripada Allah s.w.t sama ada di akhirat, maupun di dunia.

Hamba Allah yang perbuatan dosanya tidak / belum mendapat keampunan Allah Taala atau dalam proses keampunan, sedang dalam pengkifaratan dosa misalnya, akan menerima pembalasan awal (terdekat) di dunia yang merupakan seksaan atau kecelakaan.Pembalasan dosa akan membinasakan diri, seterusnya menjejaskan iman dan melupuskan takwa.

Berkata Imam al-Ghazali, maksudnya : Perbuatan maksiat itu adalah sebagai makanan yang memudharatkan badan manusia. Dosa-dosa yang terkumpul dalam diri manusia akhirnya meracuni jiwa keimanannya. Perbuatan dosa akan mengakibatkan kegelapan dalam hati kerana dosa itu menjadi kotoran atau karat di hati.

Karat dosa ini, jika tidak dikikis dengan taubat, lama-kelamaan akan bertambah tebal lalu menutup pintu hati dan sukar atau tidak mungkin dihapuskan lagi. Orang yang demikian hatinya, jika tidak mendapat rahmat Allah, akan hidup dan mati dalam kesesatan. Na'uzu billahi min zalik.

Demikianlah dosa itu akan menjadi hijab yang mendindingi perhubungan seseorang dengan Allah Taala, terjauh daripada rahmat Allah, tidak mendapat taufik dan hidayah-Nya untuk berbuat amal kebajikan. Orang yang banyak dosa dan berterusan dengan perlakuan dosa itu sehingga berkarat tebal adalah sukar untuk kembali ke jalan yang benar, malah sukar juga untuk memulakan taubat. Sebaliknya, dosa itu akan mendorong kepada perbuatan dosa yang lain, sama ada dilakukan dengan anggota badan (dosa zahir) atau dengan hati (dosa batin). Dosa yang baru ini mungkin lebih besarkecelakaannya. Secara lambat atau segera, hamba Allah yang berdosa itu akan menerima pembalasan di dunia :(a) ditimpa penyakit,(b) ditahan rezeki,(c) merasakan diri terlepas daripada sebarang pembalasan kerana masih berterusan mendapat kemewahan dan keni'matan hidup, walaupun berterusan melakukan dosa, akan tetapi semuanya ini merupakan tindakan istidraj (pembalasan secara perlahan, sedikit demi sedikit) daripada Allah Taala yang tidak disedari oleh hamba Allah yang berkenaan.

Demikianlah kecelakaan akibat dosa yang perlu diketahui. Berkata Imam al-Ghazali, "Apabila kita dapat memahami semuanya ini, nescaya akan timbul di dalam hati rasa takut. Jika perasaan takut telah bertakhta di hati, akan mudahlah kita menanggung kesabaran dengan berkatnya. Pertolongan Allah Taala dan taufik-Nya akan menyusul sesudah itu".

Wallahu a'lam.

Penulis: Muhammad Isa al-Jambuli
muhd_isa@tm.net.my

*

Syarat Taubat

*

“Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)

“Sesungguhnya Allah akan menerima taubat seorang hambaNya selama belum tercabut nyawanya.” (HR. At-Tirmidzi).

ALLAH maha pemurah, maha pengampun dan menerima taubat jika kita benar-benar bertaubat. Taubat mempunyai syarat-syarat yang mesti dilengkapi sepenuhnya.

Syarat untuk diterima taubat:

1. Ikhlas.

2. Berhenti melakukan maksiat tersebut.

3. Menyesali dosa yang telah dilakukan.

4. Berazam untuk tidak mengulangi lagi.

5. Istighfar. (Mohon ampun kepada Allah)

6. Memenuhi hak bagi orang-orang yang berhak atau mereka melepaskan hak tersebut. Khusus untuk perbuatan dosa sesama manusia, jika berupa hutang yang belum dilunaskan, harus segera dilunaskan. Jika mengambil harta orang, wajib dikembalikan kepadanya. Jika berupa tuduhan atau mengumpat (ghibah), wajib minta maaf atau minta dihalalkan.

7. Taubat dilakukan pada masa diterimanya taubat. Masa diterimanya taubat:
- Sebelum saat sakarotul maut.
- Sebelum Matahari terbit dari barat (tanda hari kiamat).


Wallahu a'lam


*

Popular Posts