Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

Rugi Ramadan berlalu tanpa amal

Rugi dibiarkan Ramadan berlalu tanpa amal.
Rugi dibiarkan masa berlalu tanpa amal.


Kalau malas solat sunat 20 rakaat, boleh solat sunat 8 rakaat.

Kalau malas solat sunat, boleh buka dan baca alQuran.

Kalau malas buka alQuran, boleh baca ayat alQuran yang telah dihafal.

Kalau malas baca alQuran, boleh istighfar (minta ampun) ucapkan astagfirullah, astagfirullah, astagfirullah ..

Kalau malas istighfar, boleh zikir baca sebut.. la ila ha il lallah.. la ila ha il lallah.. la ila ha il lallah..

Kalau malas zikir sebut, tak payah sebut, baca dalam hati.. la ila ha il lallah.. la ila ha il lallah.. la ila ha il lallah..

Kalau malas zikir panjang dalam hati.. la ila ha il lallah.. pendekkan sedikit, zikir dalam hati.. ALLAH, ALLAH, ALLAH ..

Rugi dibiarkan masa berlalu tanpa amal.
Rugi dibiarkan Ramadan berlalu tanpa amal.


*

5 comments:

Ros said...

Allahuakbar!

cemomoi said...

malas betul tu....

fuad ansari said...

macam ni punya kelonggaran, kalau malas lagi tak tau la nak cakap apa kan..

nurani said...

sume malas..rjin kan diri wat ibadah..hihihih

"AkuE" said...

sekiranya tidak mampu buat amalan yang berat2 tu...buatlah yg ringan...namun di bulan ramadhan ini kita latih diri kita untuk melakukan amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah supaya dpat diamalkan selepas ramadhan meninggalkan kita...

Post a Comment

Popular Posts