"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Solat Tahajjud

*


Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (tahajud).” (HR Muslim)

“Allah swt. sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (HR Abu Daud)

“Sesungguhnya di syurga itu ada bilik yang luar boleh dilihat dari dalam, dan dalamnya boleh dilihat dari luar. Disediakan untuk mereka yang memberi makan orang-orang yang memerlukannya, mereka yang menyebarkan salam, serta mereka yang mendirikan solat tahajud pada saat manusia lain sedang tidur". (HR. At Thabrani dan Al Hakim).

“Wahai manusia sebarkanlah salam, bagilah makan dan solat malam ketika manusia tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat.” (HR at-Tirmizi)

“Hendaklah kamu melazimkan (qiamulail) solat malam. Sebab ia adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia mendekatkan kamu kepada tuhan, menghapuskan dosa, mencegah diri dari maksiat dan menyembuhkankan penyakit.” ( HR At-Tabrani )

Wallahu a'lam.




Artikel pilihan:

Kelebihan Solat Witir

Bolehkah solat tahajjud setelah witir ? 





*

Popular Posts