"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Samiallahu liman hamidah atau Rabbana lakal hamdu

*

Imam Syafi'i menyatakan bahwa seorang yang mengerjakan solat, baik sebagai imam atau makmum atau solat bersendirian, ketika bangkit dari rukuk disunnahkan untuk mengucapkan "sami'allahu liman hamidah" dan setelah berdiri sempurna (i'tidal) disunnahkan untuk membaca "rabbana lakal hamdu".(Jalaluddin 'Abdurrahman Bin Abu Bakar As-Suyuthi, Al-Hawi Lil Fatawi, Darul Fikr, 1994, Juz.I, hal.41.).

Sumber: http://kyaijawab.com/index.php/post/53/Mengucapkan+samiallahu+liman+hamidah+atau+langsung+rabbana+lakal+hamdu

http://konsultasikitabkuning.blogspot.sg/2015/04/histori-samia-allahu-liman-hamidah-pada.html

https://haydaynet.blogspot.sg/2015/12/asal-usul-samiallahu-liman-hamidah.html

*

Doa Makan

*
*
Dari Ali bin Abi Thalib diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad bin Hanbal dalam Musnad imam Ahmad, dia berkata telah diceritakan pada aku oleh Abbas bin al-Walid, dia berkata telah diceritakan pada ku oleh Abdul Wahid bin Ziyad, dia berkata telah diceritakan padaku oleh Sa’id al-Jurairi dari Abi al-Ward dari Ibnu A’bud, dia berkata : “ Telah berkata pada ku Ali bin Abi Thalib :

يا ابن أعبد هل تدري ما حق الطعام ؟ قال : قلت : وما حقه يا ابن أبي طالب ؟ قال : تقول : باسم الله اللهم بارك لنا فيما رزقتنا ، قال : وتدري ما شكره إذا فرغت ؟ قال : قلت : وما شكره ؟ قال : تقول : الحمد لله الذي أطعمنا وسقانا

“ Wahai Ibna A’bud, apakah kamu tahu haknya makanan? Ia berkata, aku berkata : “ Apa hak makanan itu wahai putra Abu Thalib ? beliau menjawab : “ Hendaknya kamu ucapkan : Bismillah, Allahumma Baarik lanaa fiimaa rozaqtanaa dst…”. (Musnad Ahmad : No. 1312)

Imam at-Tirmidzi menilainya hadits Hasan.
Takhrij hadits Ali bin Abi Thalib di atas sebagai berikut :

Sa’id al-Jurairi adalah Sa’id bin Iyas dinilai tsiqah, ia adalah ahli hadits dari Bashrah. Abu al-Ward adalah Ibnu Tsumamah bin Hazn al-Qusyairi, Ibnu Sa’ad mengatakan : “ Dia ma’ruf “. Dalam taqrib dikatakan : “ Dia maqbul (Dapat diterima) “. Ibnu A’bud, oleh Ali bin al-Madini dikatakan : “ Tidak ma’ruf, dan aku tidak mengenalnya selainnya “, akan tetapi imam Bukhari mengenalnya dan mengatakan dalam Tarikh al-Kabir : 4/430 : “ Ibnu A’bud meriwayatkan dari Ali “.

Melihat takhrij di atas, maka hadits di atas sanadnya bernilai Hasan sebagaimana dikatakan oleh syaikh Ahmad Syakir.

*

SALAWAT

*

Firman Allah Taala yang berbunyi;
إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad sallallahualaihi wasallam); wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah al-Ahzab ayat 56)

Disebutkan dalam kitab Imam al-Qurtubi di dalam Tafsirnya;إن معنى ذلك: أن الله يرحم النبي، وتدعو له ملائكته ويستغفرون،
“Sesunggunya makna (salawat Allah dan Malaikat kepada Nabi), bahawasanya ALLAH TAALA RAHMATI Nabi dan Malaikat mendoakan keampunan untuk Nabi...”

*

Wahabi Bukan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

*
Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan telah menjalankan amanah untuk mengkaji dan memutuskan bahawa fahaman Syiah dan Wahabi bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
 



Rasulullah SAW bersumpah: "Demi zat yang menguasai jiwa Muhammad, sungguh umatku bakal terpecah menjadi 73 golongan. Maka yang satu golongan masuk syurga, sedangkan yang 72 golongan masuk neraka. Sahabat bertanya: Siapakah golongan (yang masuk Syurga) itu ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ahlus sunnah Wal jamaah” (HR. al-Tabrani)


https://m.youtube.com/watch?v=xpeqyKNUkgE

*

Tasawuf

*

Nasihat Imam Syafie:

فقيها و صوفيا فكن ليس واحدا * فإني و حـــق الله إيـــاك أنــــصح
فذالك قاس لم يـــذق قـلــبه تقى * وهذا جهول كيف ذوالجهل يصلح

Jadilah ahli feqah dan ahli tasawuf sekaligus, janganlah hanya salah satunya.

Sesungguhnya demi Allah saya ingin memberikan nasihat pada kamu.

Orang yang mempelajari ilmu feqah tapi tidak mahu pelajari tasawuf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan takwa.

Orang yang pelajari tasawuf tapi tidak mempelajari ilmu feqah, maka dia akan jahil, bagaimana boleh dia menjadi baik ?  

[Diwan Al-Imam Asy-Syafie, hal. 47] terbitan Dar al-Jil Diwan (Beirut 1974) m/s:34



[Diwan Al-Imam Asy-Syafie, hal. 47] Dar al-Kutub al-`Ilmiyya (Beirut 1986) m/s:48



*

Link pilihan :

Khianat Atas Imam Syafie hal tasawuf 


*

Bukan Semua Bid'ah Adalah Sesat

*

Rasulullah melalui sabdaan baginda:
وكُلُّ بِدْعَةٍ ضلالَةٌ
Tafsiranya: “Kebanyakan (BUKAN SEMUA) perkara bid'ah itu adalah sesat”.

al-Hafiz al-'Iraqi berkata dalam kitabnya al-Alfiyyah menyebutkan:
وَخَيْرُ مَا فَسَّرْتَهُ بِالْوَارِدِ
Maknanya: “Sebaik-baik yang mentafsirkannya adalah yang warid juga”.

Ertinya sebaik-baik mentafsirkan perkara yang warid adalah yang warid jua.

Ulama mengatakan:
إِنَّ أَحْسَنَ تَفْسيرٍ مَا وَافَقَ السِّيَاقَ
Mafhumnya: “Sesungguhnya sebaik-baik pentafsiran adalah apa yang bertepatan dengan susunan ayat”.

Susunan ayat hadith Rasulullah memulakan dengan sabdanya:
فَإِنَّ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهِ
Mafhumnya: “Sesungguhnya sebaik-baik kalam adalah al-Quran”.

Ertinya sebaik-baik kalam adalah kalam Allah.

وَأَحْسَنَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ
Mafhumnya: “Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad”.

Maknanya sebaik-baik perjalanan sirah atau perjalanan hidup adalah sirah atau perjalanan hidup Rasulullah.

Kemudian sabda baginda:
وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا
Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang baharu... hingga ke akhir hadith.”

Makna hadith tersebut :
إِنَّ شَرَّ الأُمُورِ الْمُحْدَثَاتُ الَّتي خَالَفَتْ أَحْسَنَ الْحَديثِ وَأَحْسَنَ الْهَدْيِ وَهِيَ بِدْعَةُ الضَّلالَة
“Sesungguhnya seburuk-buruk perkara baharu yang bercanggah dengan sebaik-baik ucapan dan sebaik-baik petunjuk adalah bid'ah yang sesat atau bid'ah dolalah”

Celaan yang dimaksudkan dalam hadith tersebut tidak termasuk bid'ah hasanah.

Al-Hafiz al-Nawawi seorang tokoh hadith yang terkenal dalam Syarh Sahih Muslim (j. 6, hlm. 154) menegaskan:
وْلُهُ صلى الله عليه وسلم ((وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٌ)) هَذا عامٌّ مَخْصُوصٌ (أي لَفْظُهُ عامٌّ وَمَعناهُ مَخْصوصٌ)، والْمُرادُ بِهِ غالِبُ البِدَعِ
Maknanya: “Sabda Nabi (وكل بدعة ضلالة) ini adalah keumuman (كل) yang dikhususkan (lafaznya umum tetapi maknanya dikhususkan). Yang dimaksudkannya adalah kebanyakan (BUKAN SEMUA) perkara bid'ah itu sesat”.

Al-Hafiz al-Nawawi (j.6, hlm.155) menambah:

لا يَمْنَعُ مِنْ كَوْنِ الْحَديثِ عامًّا مَخْصُوصًا قَوْلُهُ ((كُلُّ بِدْعَة))ٍ مُؤَكَّدًا بِكُلُّ، بَلْ يَدْخُلُهُ التَّخْصيصُ مَعَ ذَلِكَ كَقَوْلِهِ تعالى ((تُدَمِّرُ كُلَّ شَىْء)) [سورة الأحقاف، 25].اهـ.
"Tidak ada larangan untuk menghukumkan kedudukan hadith ini am/umum yang dikhususkan bahawa
Nabi bersabda (كُلُّ بِدْعَةٍ) disokong dengan lafaz “كُلُّ” pada permulaannya itu bahkan hadith tersebut tetap boleh dimasuki takhsis atau pengkhususan sama seperti firman Allah ta'ala dalam surah al-Ahqaf, ayat 25 berhubung kaum 'Ad:
تُدَمِّرُ كُلَّ شَيْءٍ بِأَمْرِ رَبِّهَا
Mafhumnya: “Yang menghancurkan kebanyakan sesuatu dengan perintah Tuhannya".

Ayat ini lafaznya umum, namun maknanya adalah khusus kerana angin yang datang hanya ia membinasakan semua sesuatu yang diperintahkan oleh Allah ke atas golongan kuffar dalam kalangan kaum 'Ād lalu angin tersebut membinasakan mereka tetapi ia tidak menghancurkan atau membinasakan segala sesuatu yang ada di atas muka bumi kerana Allah ta'ala telah mengkhabarkan kepada kita bahawa Dia telah menyelamatkan Nabi Nuh alaihis-salam dan umat mukminin yang bersamanya.

Allah ta'ala berfirman dalam surah Hud, ayat 58:
وَلَمَّا جَآءَ أَمْرُنَا نَجَّيْنَا هُودًا وَالَّذِينَ ءَامَنُوا مَعَهُ بِرَحْمَةٍ مِنَّا وَنَجَّيْنَاهُمْ مِنْ عَذَابٍ غَلِيظٍ
Mafhumnya: “Dan tatkala datang azab Kami, Kami selamatkan Hud dan orang-orang yang beriman bersama dia dengan rahmat daripada Kami; dan Kami selamatkan (pula) mereka (pada Hari Akhirat) dari azab yang berat” .

Antara contoh penggunaan “العامِّ الْمَخْصوصِ” iaitu dalil umum yang dikhususkan adalah sabda Rasulullah ﷺ:
كُلُّ عَيْنٍ زانيةٌ
Mafhumnya: “Kebanyakan mata itu berzina” .

Sudah diketahui secara maklum pada syarak bahawa hadith ini tidak termasuk mata para nabi alaihimus-solatu-wassalam kerana Allah ta'ala telah memelihara mereka daripada perkara tersebut berdasarkan firman Allah ta'ala dalam surah al-An'ām, ayat 86:
وَكُلاًّ فَضَّلْنَا عَلى الْعَالَمين
“Setiap mereka (nabi-nabi) Kami lebihkan ke atas sekalian alam”

Telah warid dalam sebuah hadith yang sahih, diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam kitabnya Sunan Abī Dāwūd, bab pada menyebut sangkala-sangkala dan Hari Kebangkitan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
كُلُّ ابْنِ ءادَمَ تأكُلُهُ الأَرْضُ إلا عَجْبَ الذَّنَبِ مِنْهُ خُلِقَ وَفِيهِ يُرَكَّبُ
Semua anak Adam (jasad manusia) akan dimakan oleh tanah, kecuali tulang punggungnya (عَجْبَ الذَّنَبِ). Daripadanya ia diciptakan, dan daripadanya pula ia akan dihimpun kembali”

Ini menguatkan hujah bahawa kalimah “كُلّ” tidak sentiasa datang dengan makna keseluruhannya atau semua (الشُّمُولِ الْكُلِّيِّ) berdasarkan dalil bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
إِنَّ اللهَ حَرَّمَ عَلَى الأَرْضِ أَنْ تَأكُلَ أَجْسَادَ الأَنْبِيَاء
Sesungguhnya Allah ta'ala mengharamkan ke atas bumi untuk memakan atau memamah jasad-jasad para nabi”.

Maka makna “كُلُّ” di dalam hadith: “كُلُّ ابْنِ ءادَمَ تأكُلُهُ الأَرْضُ” adalah kebanyakan (الأغْلَبَ) kerana Rasulullah mengecualikan dalam hadith yang lain para nabi dalam perkara ini.


والله أعلم وأحكم

Disediakan oleh: Kajian Ilmiah Ahlis-Sunnah (KIAS)

*

Bukan Semua Bid'ah Adalah Tertolak

*
Rasulullah ﷺ dengan sabdaan baginda:

*مَنْ أَحْدَثَ في أَمْرِنَا هَذَا ما لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌ*

Mafhumnya: “Sesiapa yang melakukan perkara yang baharu dalam perkara agama kita ini, yang bukan daripadanya (perkara yang bercanggah dengan al-Quran dan al-Hadith serta ijmak), maka ia adalah tertolak”. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

Hal tersebut kerana Rasulullah ﷺ memberi kefahaman kepada kita melalui sabda baginda: “ما لَيْسَ مِنْهُ” (apa yang bukan darinya), bahawa perkara yang baharu itu hanya ditolak apabila ia bercanggah dengan syariat manakala perkara baharu yang tidak bercanggah dengan syariat maka tidak sesekali ditolak bahkan diterima.

Rasulullah ﷺ tidak pernah pula bersabda:

*مَنْ أَحْدَثَ في أمْرِنا هَذا فَهُوَ رَدٌّ*

Maksudnya: “Sesiapa yang melakukan perkara yang baharu dalam perkara agama kita ini maka ia tertolak”.

Bahkan baginda Rasulullah mengikat perkara baharu tersebut dengan syarat iaitu “ما لَيْسَ مِنْهُ” (perkara yang bertentangan dengan syariat), bagi menjelaskan kepada kita bahawa perkara baharu jika ia bertepatan dengan syarak maka ia adalah perkara yang diterima atau dibenarkan. Jika ia bukan daripadanya (tidak bertepatan dengan syarak) maka ia dilarang dan ditolak.

والله أعلم وأحكم

✒ Disediakan oleh:
*Kajian Ilmiah Ahlis-Sunnah (KIAS)*

Hukum Sambutan Maulidur Rasul

*

Fatwa Beberapa Ulama’ Ahlus Sunnah Wal Jama`ah:

1. Fatwa al-Syaikh al-Islam Khatimah al-Huffazh Amir al-Mu’minin Fi al-Hadith al-Imam Ahmad Ibn Hajar al-`Asqalani. Beliau menyatakan seperti berikut:
“أَصْلُ عَمَلِ الْمَوْلِدِ بِدْعَةٌ لَمْ تُنْقَلْ عَنِ السَّلَفِ الصَّالِحِ مِنَ الْقُرُوْنِ الثَّلاَثَةِ، وَلكِنَّهَا مَعَ ذلِكَ قَدْ اشْتَمَلَتْ عَلَى مَحَاسِنَ وَضِدِّهَا، فَمَنْ تَحَرَّى فِيْ عَمَلِهَا الْمَحَاسِنَ وَتَجَنَّبَ ضِدَّهَا كَانَتْ بِدْعَةً حَسَنَةً”. وَقَالَ: “وَقَدْ ظَهَرَ لِيْ تَخْرِيْجُهَا عَلَى أَصْلٍ ثَابِتٍ”.

Ertinya:“Asal peringatan maulid adalah bid`ah yang belum pernah dinukikanl daripada (ulama’) al-Salaf al-Saleh yang hidup pada tiga abad pertama, tetapi demikian peringatan maulid mengandungi kebaikan dan lawannya (keburukan), jadi barangsiapa dalam peringatan maulid berusaha melakukan hal-hal yang baik sahaja dan menjauhi lawannya (hal-hal yang buruk), maka itu adalah bid`ah hasanah”. Al-Hafizh Ibn Hajar juga mengatakan: “Dan telah nyata bagiku dasar pengambilan peringatan Maulid di atas dalil yang thabit (Sahih)”.

2. Fatwa al-Imam al-Hafizh al-Suyuthi. Beliau mengatakan di dalam risalahnya “Husn al-Maqshid Fi ‘Amal al-Maulid”. Beliau menyatakan seperti berikut:
“عِنْدِيْ أَنَّ أَصْلَ عَمَلِ الْمَوِلِدِ الَّذِيْ هُوَ اجْتِمَاعُ النَّاسِ وَقِرَاءَةُ مَا تَيَسَّرَ مِنَ القُرْءَانِ وَرِوَايَةُ الأَخْبَارِ الْوَارِدَةِ فِيْ مَبْدَإِ أَمْرِ النَّبِيِّ وَمَا وَقَعَ فِيْ مَوْلِدِهِ مِنَ الآيَاتِ، ثُمَّ يُمَدُّ لَهُمْ سِمَاطٌ يَأْكُلُوْنَهُ وَيَنْصَرِفُوْنَ مِنْ غَيْرِ زِيَادَةٍ عَلَى ذلِكَ هُوَ مِنَ الْبِدَعِ الْحَسَنَةِ الَّتِيْ يُثَابُ عَلَيْهَا صَاحِبُهَا لِمَا فِيْهِ مِنْ تَعْظِيْمِ قَدْرِ النَّبِيِّ وَإِظْهَارِ الْفَرَحِ وَالاسْتِبْشَارِ بِمَوْلِدِهِ الشَّرِيْفِ. وَأَوَّلُ مَنْ أَحْدَثَ ذلِكَ صَاحِبُ إِرْبِل الْمَلِكُ الْمُظَفَّرُ أَبُوْ سَعِيْدٍ كَوْكَبْرِيْ بْنُ زَيْنِ الدِّيْنِ ابْنِ بُكْتُكِيْن أَحَدُ الْمُلُوْكِ الأَمْجَادِ وَالْكُبَرَاءِ وَالأَجْوَادِ، وَكَانَ لَهُ آثاَرٌ حَسَنَةٌ وَهُوَ الَّذِيْ عَمَّرَ الْجَامِعَ الْمُظَفَّرِيَّ بِسَفْحِ قَاسِيُوْنَ”.

Ertinya: “Menurutku: pada dasarnya peringatan maulid, merupakan kumpulan orang-orang beserta bacaan beberapa ayat al-Qur’an, meriwayatkan hadith-hadith tentang permulaan sejarah Rasulullah dan tanda-tanda yang mengiringi kelahirannya, kemudian disajikan hidangan lalu dimakan oleh orang-orang tersebut dan kemudian mereka bubar setelahnya tanpa ada tambahan-tambahan lain, adalah termasuk bid`ah hasanah (bid`ah yang baik) yang melakukannya akan memperolehi pahala. Kerana perkara seperti itu merupakan perbuatan mengagungkan tentang kedudukan Rasulullah dan merupakan penampakkan (menzahirkan) akan rasa gembira dan suka cita dengan kelahirannya (rasulullah) yang mulia. Orang yang pertama kali melakukan peringatan maulid ini adalah pemerintah Irbil, Sultan al-Muzhaffar Abu Sa`id Kaukabri Ibn Zainuddin Ibn Buktukin, salah seorang raja yang mulia, agung dan dermawan. Beliau memiliki peninggalan dan jasa-jasa yang baik, dan dialah yang membangun al-Jami` al-Muzhaffari di lereng gunung Qasiyun”.

3. Fatwa al-Imam al-Hafizh al-Sakhawi seperti disebutkan di dalam “al-Ajwibah al-Mardliyyah”, seperti berikut:
“لَمْ يُنْقَلْ عَنْ أَحَدٍ مِنَ السَّلَفِ الصَّالِحِ فِيْ الْقُرُوْنِ الثَّلاَثَةِ الْفَاضِلَةِ، وَإِنَّمَا حَدَثَ “بَعْدُ، ثُمَّ مَا زَالَ أَهْـلُ الإِسْلاَمِ فِيْ سَائِرِ الأَقْطَارِ وَالْمُـدُنِ الْعِظَامِ يَحْتَفِلُوْنَ فِيْ شَهْرِ مَوْلِدِهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّفَ وَكَرَّمَ- يَعْمَلُوْنَ الْوَلاَئِمَ الْبَدِيْعَةَ الْمُشْتَمِلَةَ عَلَى الأُمُوْرِ البَهِجَةِ الرَّفِيْعَةِ، وَيَتَصَدَّقُوْنَ فِيْ لَيَالِيْهِ بِأَنْوَاعِ الصَّدَقَاتِ، وَيُظْهِرُوْنَ السُّرُوْرَ، وَيَزِيْدُوْنَ فِيْ الْمَبَرَّاتِ، بَلْ يَعْتَنُوْنَ بِقِرَاءَةِ مَوْلِدِهِ الْكَرِيْمِ، وَتَظْهَرُ عَلَيْهِمْ مِنْ بَرَكَاتِهِ كُلُّ فَضْلٍ عَمِيْمٍ بِحَيْثُ كَانَ مِمَّا جُرِّبَ”. ثُمَّ قَالَ: “قُلْتُ: كَانَ مَوْلِدُهُ الشَّرِيْفُ عَلَى الأَصَحِّ لَيْلَةَ الإِثْنَيْنِ الثَّانِيَ عَشَرَ مِنْ شَهْرِ رَبِيْع الأَوَّلِ، وَقِيْلَ: لِلَيْلَتَيْنِ خَلَتَا مِنْهُ، وَقِيْلَ: لِثَمَانٍ، وَقِيْلَ: لِعَشْرٍ وَقِيْلَ غَيْرُ ذَلِكَ، وَحِيْنَئِذٍ فَلاَ بَأْسَ بِفِعْلِ الْخَيْرِ فِيْ هذِهِ الأَيَّامِ وَاللَّيَالِيْ عَلَى حَسَبِ الاسْتِطَاعَةِ بَلْ يَحْسُنُ فِيْ أَيَّامِ الشَّهْرِ كُلِّهَا وَلَيَالِيْهِ”.

Ertinya: “Peringatan Maulid Nabi belum pernah dilakukan oleh seorang pun daripada kaum al-Salaf al-Saleh yang hidup pada tiga abad pertama yang mulia, melainkan baru ada setelah itu di kemudian. Dan ummat Islam di semua daerah dan kota-kota besar sentiasa mengadakan peringatan Maulid Nabi pada bulan kelahiran Rasulullah. Mereka mengadakan jamuan-jamuan makan yang luar biasa dan diisi dengan hal-hal yang menggembirakan dan baik. Pada malam harinya, mereka mengeluarkan berbagai-bagai sedekah, mereka menampakkan kegembiraan dan suka cita. Mereka melakukan kebaikan-kebaikan lebih daripada kebiasaannya. Bahkan mereka berkumpul dengan membaca buku-buku maulid. Dan nampaklah keberkahan Nabi dan Maulid secara menyeluruh. Dan ini semua telah teruji”. Kemudian al-Sakhawi berkata: “Aku Katakan: “Tanggal kelahiran Nabi menurut pendapat yang paling sahih adalah malam Isnin, tanggal 12 bulan Rabi’ul Awwal. Menurut pendapat lain malam tanggal 2, 8, 10 dan masih ada pendapat-pendapat lain. Oleh kerananya tidak mengapa melakukan kebaikan bila pun pada siang hari dan waktu malam ini sesuai dengan kesiapan yang ada, bahkan baik jika dilakukan pada siang hari dan waktu malam bulan Rabi’ul Awwal seluruhnya” .

*
SEJARAH PERINGATAN MAULID NABI

Peringatan Maulid Nabi pertama kali dilakukan oleh Raja Irbil (wilayah Iraq sekarang), bernama Muzhaffaruddin al-Kaukabri, pada awal abad ke 7 hijriyah. Ibn Katsir dalam kitab Tarikh berkata:
“Sultan Muzhaffar mengadakan peringatan maulid Nabi pada bulan Rabi’ul Awwal. Beliau merayakannya secara besar-besaran. Beliau adalah seorang yang berani, pahlawan,` alim dan seorang yang adil -semoga Allah merahmatinya-”.

Dijelaskan oleh Sibth (cucu) Ibn al-Jauzi bahawa dalam peringatan tersebut Sultan al-Muzhaffar mengundang seluruh rakyatnya dan seluruh para ulama’ dari berbagai disiplin ilmu, baik ulama’ dalam bidang ilmu fiqh, ulama’ hadits, ulama’ dalam bidang ilmu kalam, ulama’ usul, para ahli tasawwuf dan lainnya. Sejak tiga hari, sebelum hari pelaksanaan mawlid Nabi beliau telah melakukan berbagai persiapan. Ribuan kambing dan unta disembelih untuk hidangan para hadirin yang akan hadir dalam perayaan Maulid Nabi tersebut. Segenap para ulama’ saat itu membenarkan dan menyetujui apa yang dilakukan oleh Sultan al-Muzhaffar tersebut. Mereka semua berpandang dan menganggap baik perayaan maulid Nabi yang dibuat untuk pertama kalinya itu.

Ibn Khallikan dalam kitab Wafayat al-A`yan menceritakan bahawa al-Imam al-Hafizh Ibn Dihyah datang dari Moroco menuju Syam dan seterusnya ke menuju Iraq, ketika melintasi daerah Irbil pada tahun 604 Hijrah, beliau mendapati Sultan al-Muzhaffar, raja Irbil tersebut sangat besar perhatiannya terhadap perayaan Maulid Nabi. Oleh kerana itu, al-Hafzih Ibn Dihyah kemudian menulis sebuah buku tentang Maulid Nabi yang diberi judul “al-Tanwir Fi Maulid al-Basyir an-Nadzir”. Karya ini kemudian beliau hadiahkan kepada Sultan al-Muzhaffar.

Para ulama’, semenjak zaman Sultan al-Muzhaffar dan zaman selepasnya hingga sampai sekarang ini menganggap bahawa perayaan maulid Nabi adalah sesuatu yang baik. Para ulama terkemuka dan Huffazh al-Hadits telah menyatakan demikian. Di antara mereka seperti al-Hafizh Ibn Dihyah (abad 7 H), al-Hafizh al-’Iraqi (W. 806 H), Al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani (W. 852 H), al-Hafizh as-Suyuthi (W. 911 H), al-Hafizh aL-Sakhawi (W. 902 H), SyeIkh Ibn Hajar al-Haitami (W. 974 H), al-Imam al-Nawawi (W. 676 H), al-Imam al-`Izz ibn `Abd al-Salam (W. 660 H), mantan mufti Mesir iaitu Syeikh Muhammad Bakhit al-Muthi’i (W. 1354 H), Mantan Mufti Beirut Lubnan iaitu Syeikh Mushthafa Naja (W. 1351 H) dan terdapat banyak lagi para ulama’ besar yang lainnya. Bahkan al-Imam al-Suyuthi menulis karya khusus tentang maulid yang berjudul “Husn al-Maqsid Fi ‘Amal al-Maulid”. Karena itu perayaan maulid Nabi, yang biasa dirayakan di bulan Rabi’ul Awwal menjadi tradisi ummat Islam di seluruh dunia, dari masa ke masa dan dalam setiap generasi ke generasi.


Sumber: https://temonsoejadi.com/2012/05/25/kenapa-masih-saja-membidahkan-sesat-maulid/

*

Khawarij

*

Al-Imam an-Nawawi rahimahullah berkata, “Dinamakan Khawarij kerana keluarnya mereka dari jamaah kaum muslimin. Dikatakan pula kerana keluarnya mereka dari jalan(manhaj) jamaah kaum muslimin, dan dikatakan pula kerana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
….يَخْرُجُ مِنْ ضِئْضِئِ هَذَا
“Akan keluar dari diri orang ini…” (al-Minhaj Syarhu Shahih Muslim bin al-Hajjaj, 7/145)

Al-Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah berkata, “Dinamakan dengan Khawarij kerana keluarnya mereka dari deen(agama) dan keluarnya mereka dari ketaatan terhadap orang-orang terbaik dari kaum muslimin.” (Fathul Bari Bisyarhi Shahihil Bukhari, 12/296)

Asy-Syaikh Dr. Shalih bin Fauzan al-Fauzan hafizhahullah berkata bahwa mazhab mereka adalah tidak berpegang dengan As-Sunnah wal Jamaah, tidak mentaati pemimpin, berkeyakinan bahwa memberontak terhadap pemerintah dan memisahkan diri dari jamaah kaum muslimin merupakan sebahagian dari agama. Hal ini menyelisihi apa yang diwasiatkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam agar sentiasa mentaati pemerintah (dalam hal yang ma’ruf/yang tidak bertentangan dengan syariat) dan menyelisihi apa yang telah diperintahkan oleh Allah ‘azza wa jalla dalam firman-Nya:
أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ
“Taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, serta Ulil Amri (pemimpin) di antara kalian.” (an-Nisa’: 59)

Allah ‘azza wa jalla dan Nabi-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam menjadikan ketaatan kepada pemimpin sebagai sebahagian dari agama… Mereka (Khawarij) menyatakan bahwa pelaku dosa besar telah kafir, tidak diampuni dosa-dosanya, kekal di neraka, dan ini bertentangan dengan apa yang terdapat di dalam Kitabullah (Al-Qur’an). (Lamhatun ‘Anil Firaqidh Dhallah, hlm. 31—33)

Al-Hafizh rahimahullah juga berkata, “Kemudian mereka berpendapat bahwa siapa saja yang tidak berkeyakinan dengan akidah mereka, maka dia kafir, halal darah, harta, dan keluarganya.” (Fathul Bari, 12/297)


Wallahu A'lam.



Link pilihan:
 
http://www.sarkub.com/wahabi-termasuk-golongan-khawarij-1/ 

https://www.facebook.com/1697348283882863/photos/a.1697356353882056.1073741827.1697348283882863/1796716593946031

 
*

Hukum Pakai Serban Kopiah

*

Seorang yang tidak memakai penutup kepala tanpa uzur, maka makruh hukumnya. Terlebih lagi ketika melakukan solat fardhu, dan teristimewa lagi ketika mengerjakan solat secara berjamaah. [Lihat As-Sunan wal Mubtadaat (hal. 69) karya Asy-Syuqoiriy].

Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani berkata, "Menurut hematku, sesungguhnya solat dengan tidak memakai tutup kepala hukumnya adalah makruh. (Tamamul Minnah fit Ta’liq ‘ala Fiqhis Sunnah (hal. 164-165)).

Yang perlu disebutkan di sini adalah bahwa solat tanpa mengenakan tutup kepala hukumnya adalah makruh saja, dan solat tidak batal sebagaimana yang disebutkan oleh Al-Baghawi dan majoriti ulama lain. [Lihat Al-Majmu’ (2/51).

Ulama mengatakan, tidak menutup kepala ketika solat hukumnya MAKRUH. Makruh bermakna kalau solat dengan tidak menutup kepala, tidak berdosa tetapi jika tutup kepala akan dapat pahala. Orang yang solat dengan menutup kepala akan mendapat PAHALA menutup kepala, orang yang tidak menutup kepala tidak dapat pahala menutup kepala.

*
Ibnu Umar r.a. meriwayatkan, “Apabila Rasulullah s.a.w. memakai amamah (serban), baginda akan biarkan shamlah (hujung atau ekornya) diantara bahunya (iaitu di belakang).” Nafi’ berkata, “Aku telah lihat Abdullah Ibn Umar r.a. meniru cara yang sama.” Ubaidullah, seorang murid Nafi’ berkata, “aku lihat Qasim bin Muhammad (cucu Abu Bakar r.a.) dan Salim bin Abdullah (cucu Umar r.a.) juga mengikut cara yang sama. (Sunan Tirmidzi, Bab Pakaian, Hadith 1736)

Ibnu ‘Asakir meriwayatkan Tarikhnya, Imam Malik berkata :
لا ينبغي أن تترك العمائم ولقد اعتممت وما في وجهي شعرة
Tidak sepatutnya ditinggalkan amalan memakai serban. Sesungguhnya saya memakai serban sejak belum tumbuh rambut di wajah saya (belum bermisai dan berjanggut)”.

Imam al-Baihaqi dalam kitabnya Manaqib asy-Syafi’ie menyebutkan antara lainnya; Rabi’ bin Sulaiman pernah ditanya orang tentang cara berpakaian dan jenis pakaian Imam Syafi’ie. Rabi’ menerangkan; “Pakaiannya adalah sederhana, tidak memakai jenis pakaian yang mahal, dia hanya memakai kain yang diperbuat dari kapas dan tenunan Baghdad, kadang-kadang dia memakai kopiah dan tidak berlebih-lebihan dan dia lebih sering memakai serban….”.

*

Baca Al Quran Ketika Ziarah Kubur

*

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ إِذَا مَاتَ أَحَدُكُمْ فَلاَ تَحْبِسُوْهُ وَأَسْرِعُوْا بِهِ إِلَى قَبْرِهِ وَلْيُقْرَأْ عِنْدَ رَأْسِهِ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَعِنْدَ رِجْلَيْهِ بِخَاتِمَةِ سُوْرَةِ الْبَقَرَةِ فِي قَبْرِهِ (رواه الطبراني في الكبير رقم 13613 والبيهقي في الشعب رقم 9294 وتاريخ يحي بن معين 4 / 449)
"Diriwayatkan dari Ibnu Umar, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Saw bersabda: Jika di antara kalian ada yang meninggal dunia, maka janganlah ditangguhkan, segeralah dikebumikan. Dan hendaklah di dekat kepalanya dibacakan pembukaan al-Quran (Surat al-Fatihah) dan dekat kakinya dengan penutup surat al-Baqarah di kuburnya" (HR al-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Kabir No 13613, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman No 9294, dan Tarikh Yahya bin Maid 4/449). Al-Hafidz Ibnu Hajar memberi penilaian pada hadis tersebut:
فَلاَ تَحْبِسُوْهُ وَأَسْرِعُوْا بِهِ إِلَى قَبْرِهِ أَخْرَجَهُ الطَّبْرَانِي بِإِسْنَادٍ حَسَنٍ (فتح الباري لابن حجر 3 / 184)
"HR al-Thabrani dengan sanad yang hasan" (Fath al-Bari III/184)

Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin AbdiLLah, RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti : "Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy'. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha ALlah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia."
(Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam'an, (jilid V, h 397). Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma'qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma' al Zawaid, "Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)

Riwayat Imam Baihaqi dengan sanad hasan bahwa Ibnu Umar menyukai agar dibaca di atas kubur sesudah pemakaman awal surat Al-Baqarah dan akhir surahnya. ( Al-Adzkar Imam Nawawi hal. 206 )

*
Imam al-Baihaqi meriwayatkan: “Menceritakan kepada kami Abu Abdullah al-Hafiz dari Abu al-Abbas bin Ya’qub dari al-Abbas bin Muhammad, katanya: “Aku bertanya Yahya bin Ma’in tetang membaca al-Qur’an di atas kubur ? Lalu beliau menjawab berdasarkan kepada riwayat Abd Rahman bin al-‘Ala bin al-Lajlaj daripada ayahnya daripada Ibn Umar yang menggalakkan amalan sedemikian.” Imam Ibn Hajr al-Asqalani di dalam Amali al-Azkar mengesahkan bahawa hadist ini bertaraf mauquf dan hasan.

Dari Sahabat Ali ra Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa masuk kawasan perkuburan lalu membaca Surah Al-Ikhlas sebelas kali dan menghadiahkan pahalanya kepada ahli kubur maka dia akan diberi pahala sebanyak orang yang mati disitu.” ( HR Imam Daruqutni, Abu Muhammad Al-Samarqandi dan Imam Rafi’I, lihat Haula Khashaish Al-Qur’an hal 45 )

Pernyataan dari al-Imam al-’Alim al-’Amil Syaikhul Islam Qudwatul Anam Majmu’ul Fadlail Muwaffaquddin Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah al-Maqdisi, atau lebih dikenal dengan Imam Ibnu Qudamah rahimahullah [w. 620 H]. Di dalam kitabnya al-Mughni [2/422], beliau menuturkan :
فصل: قال: ولا بأس بالقراءة عند القبر، وقد روي عن أحمد أنه قال: إذا دخلتم المقابر اقرءوا آية الكرسي
وثلاث مرات قل هو الله أحد، ثم قل: اللهم إن فضله لأهل المقابر
Tidak dilarang membaca al-Qur’an di sisi kubur, dan sungguh telah diriwayatkan dari Imam Ahmad bahwa dia berkata: apabila kalian masuk kawasan perkuburan maka bacalah oleh kalian ayat Kursi dan 3 kali Qul huwallahu Ahad (surah al-Ikhlas) kemudian ucapkanlah : ya Allah sesungguhnya fadlilahnya untuk penghuni kubur”.

وروي عنه أنه قال: القراءة عند القبر بدعة، وروي ذلك عن هشيم، قال أبو بكر: نقل ذلك عن أحمد جماعة، ثم رجع رجوعا أبان به عن نفسه، فروى جماعة أن أحمد نهى ضريرا أن يقرأ عند القبر، وقال له: إن القراءة عند القبر بدعة. فقال له محمد بن قدامة الجوهري: يا أبا عبد الله: ما تقول في مبشر الحلبي؟ قال: ثقة. قال: فأخبرني مبشر، عن أبيه، أنه أوصى إذا دفن يقرأ عنده بفاتحة البقرة وخاتمتها، وقال: سمعت ابن عمر يوصي بذلك. قال أحمد بن حنبل: فارجع فقل للرجل يقرأ
“diriwayatkan bahwa beliau juga berkata : “pembacaan al-Qur’an disisi kubur adalah bid’ah”, diriwayatkan juga dari Husyaim. Abu Bakar kemudian berkata : jama’ah (hanbali) telah menaqal itu dari Imam Ahmad kemudian kembali ruju’ dari dirinya sendiri, maka jama’ah ulama meriwayatkan bahwa Ahmad melarang seorang buta untuk membaca al-Qur’an disisi kubur, kemudian dia berkata kepadanya : sesungguhnya membaca al-Qur’an disisi kubur adalah bid’ah, kemudian Muhammad bin Qudamah al-Jauhariy berkata kepada Imam Ahmad : wahai Abu Abdillah (Ahmad), apa yang akan engkau katakan tentang Mubasyyir al-Halabi ? Ahmad berkata : tsiqah (boleh dipercayai). Ibnu Qudamah al-Jauhari berkata : telah mengkhabarkan kepadaku Mubasysyir, dari ayahnya, sesungguhnya dia berwasiat apabila dimakamkan agar dibacakan disisi quburnya pembukaan surah al-Baqarah dan mengkhatamkannya, dan ia berkata : aku mendengar Ibnu ‘Umar berwasiat tentang hal itu. Imam Ahmad bin Hanbal berkata : kembalilah maka katakanlah pada laki-laki itu agar membacanya.

قال الشافعى : وأحب لو قرئ عند القبر ودعى للميت
Imam Asy syafi'i berkata aku menyukai seandainya dibacakan al Quran disamping kubur dan dibacakan doa untuk mayat. (Ma'rifatus Sunani wal Atsar [7743] lil Imam al Muhaddits al Baihaqi)

Disebutkan oleh imam al Mawardi, al Imam an Nawawi , al Imam ibnu 'Allan dan yang lainnya dalam kitab masing-masing sebagai berikut:
قال الشافعى :قَالَ الشَّافِعِيُّ رَحِمه اللَّه: ويُسْتَحَبُّ أنْ يُقرَ أَ عِ ندَه شيء مِنَ القُرآنِ، وَإن خَتَمُوا القُرآن عِنْده كانَ حَسناً
"Imam Asy syafi'i rahimahullah berkata : disunnahkan agar membaca sesuatu dari al Quran disisi kubur dan apabila mereka mengkhatamkan al Quran disisi kubur maka itu adalah bagus." (Lihat : Riyadhus Shalihin [1/295] lil Imam an Nawawi ; Dalilul Falihin [6/426] li Imam Ibnu 'Allan ; al Hawi al Kabir Fiy Fiqh Madzhab Asy syafi'i (Syarah Mukhtashar Muzanni) [3/26] lil Imam al Mawardi dan lainnya)

Diriwayatkan ketika Imam Syafi’I berpindah ke Mesir sekitar tahun 200 H “Sudah diketahui ramai orang ( berita yang mutawattir ) bahwa Imam Syafi’I pernah berziarah ke makam Laits bin Sa’ad. Beliau memujinya dan membaca Al-Qur’an di kuburannya dengan sekali khatam. Lalu beliau berkata, Saya berharap semoga hal ini terus berlanjut dan maka pada begitulah pembacaan itu dilakukan..” ( Adz-Dzakhiratu Ats-Tsaminah, 47 )

*
Tafsir Adhwa'u Al-Bayan fi Idhahu Al-Quran bil Quran, j.7, ms.419:
Pada mentafsirkan surah An-Najm ayat 39, penulis telah berkata:
"وقد اجمع العلماء على انتفاع الميت بالصلاة عليه والدعاء له والحج عنه ونحوى ذلك مما ثبت الانتفاع بعمل الغير فيه"
"Dan telah Ijmak ulama dalam masalah si mati memperoleh manfaat dengan selawat ke atasnya, doa kepadanya, haji baginya dan seumpamanya daripada apa yang telah tetap bermanfaat amalan orang lain padanya"

Berkata Imam Nawawi dalam Fatawanya, ms145: "Sampai pahala doa dan pahala sedekah dengan Ijmak. Dan berlaku khilaf pada pahala bacaan Al-Quran. Maka berijtihad Imam Ahmad dan sebahagian ulama Syafiyyah: Sampai pahala bacaan yang disedekah kepada si mati."

أجمع العلماء على أن الدعاء للأموات ينفعهم ويَصلُهم ( في ” ج ” : ” ويصل ثوابُه ” ) . واحتجّوا بقول اللّه تعالى : { وَالَّذِينَ جاؤوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنا اغْفِرْ لَنا ولإِخْوَانِنا الَّذين سَبَقُونا بالإِيمَانِ } [ الحشر : 10 ] وغير ذلك من الآيات المشهورة بمعناها وفي الأحاديث المشهورة كقوله صلى اللّه عليه وسلم : ” اللَّهُمَّ اغْفِرْ لأهْلِ بَقِيعِ الغَرْقَدِ ” (رواه مسلم) وكقوله صلى اللّه عليه وسلم : ” اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنا وَمَيِّتِنَا ” ( أبو داود وغير ذلك). واختلف العلماء في وصول ثواب قراءة القرآن فالمشهور من مذهب الشافعي وجماعة أنه لا يَصل . وذهب أحمدُ بن حنبل وجماعةٌ من العلماء وجماعة من أصحاب الشافعي إلى أنه يَصل والاختيار أن يقولَ القارىءُ بعد فراغه : ” اللهمّ أوصلْ ثوابَ ما قرأته إلى فلان واللّه أعلم . ويُستحبّ الثناء على الميت وذكر محاسنه.
"Telah ijma' (sepakat) ulama bahwa doa untuk orang yang telah meninggal bermanfaat bagi mereka dan pahalanya sampai kepada mereka, ia berdasarkan firman Allah SWT didalam Surat al Hasyr ayat 10 : "dan orang-orang yang datang setelah mereka (Muhajirin dan Anshar) berdoa : "Ya tuhan kami, ampunilah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami..." juga ada diriwayatkan daripada hadits yang masyhur, bahwa Rasulullah SAW berdoa : " Ya Allah, ampunilah bagi ahli Baqi' al Gharqad." Hadits shahih riwayat Muslim . Doa Rasulullah SAW yang lain : " Ya Allah, ampunilah bagi yang hidup juga yang telah meninggal dunia daripada kami..." Hadits riwayat Abu Daud dan lainnya. 

Imam an Nawawi melanjutkan : tentang bacaan al Quran, terdapat perbedaan pandangan, apa yang masyhur daripada mazhab Asy syafi'i bahwa pahala bacaan tersebut tidak sampai kepada si mati, akan tetapi sekumpulan ulama lainnya yang mengatakan bahwa bacaan tersebut bermanfaat serta akan sampai pahalanya kepada si mati, dan sebaiknya orang yang membaca al Quran setelah selesai membacanya hendaklah berdoa : "Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada fulan..." dan juga disunatkan memuji dan menyebutkan kebaikannya.

*
Dari nash dan bukti di atas, maka membaca Al-Qur’an ketika ziarah kubur bukan sesuatu yang bid’ah sesat kerana terdapat ulama salaf yang melakukan dan membenarkannya.

Wallahu a'lam.


*
Link pilihan:

Dilarang pakai kasut/selipar ketika ziarah kubur

Dilarang duduk di atas kubur

Jirus Air Atas Kubur

Baca AlQuran Ketika Ziarah Kubur

Hadiah Pahala Bacaan AlQuran

Bina Binaan Atas Kubur


Kenduri Arwah

Ziarah Makam Nabi

Ziarah Makam Aulia




*
http://www.hujjahnu.com/2013/02/dalilmembaca-al-quran-di-kuburan-13613.html
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=236997929700372&id=142545949145571
http://mindakini.com/dalil-dalil-yang-membolehkan-membaca-al-quran-di-kubur/
https://salafytobat.wordpress.com/2008/11/02/bab-5-dalil-ziarah-kubur-tahlil-talqin-hadiah-amalan-kuburan/
http://laskar-sunnah.blogspot.sg/2013/07/hukum-membaca-al-quran-di-kuburan.html

*

Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam tidak MELARANG dan mengatakan sesat masuk neraka kepada sahabat yang melakukan bid'ah hasanah

*

Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam tidak MELARANG dan mengatakan sesat masuk neraka kepada sahabat yang melakukan bid'ah hasanah.

وَعَنْ سَيِّدِنَا رِفَاعَةَ بْنِ رَافِعٍ رضي الله عنه قَالَ : كُنَّا نُصَلِّيْ وَرَاءَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَلَمَّا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرَّكْعَةِ قَالَ (سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ) قَالَ رَجُلٌ وَرَاءَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ حَمْدًا كَثِيْرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيْهِ فَلَمَّا انْصَرَفَ قاَلَ (مَنِ الْمُتَكَلِّمُ؟) قَالَ : أَنَا قاَلَ: «رَأَيْتُ بِضْعَةً وَثَلاَثِيْنَ مَلَكًا يَبْتَدِرُوْنَهَا أَيُّهُمْ يَكْتُبُهَا»
رواه البخاري

“Rifa’ah bin Rafi’ radhiyallahu anhu berkata: “Suatu ketika kami solat bersama Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam. Ketika beliau bangun dari ruku’, beliau berkata: “sami’allahu liman hamidah”. Lalu seorang laki-laki di belakangnya berkata: “rabbana walakalhamdu hamdan katsiran thayyiban mubarakan fiih”. Setelah selesai solat, baginda Nabi bertanya: “Siapa yang membaca kalimat tadi?” Laki-laki itu menjawab: “Saya”. Baginda bersabda: “Aku telah melihat lebih 30 malaikat berebut menulis pahalanya”. (HR. al-Bukhari [799])

*

Kami Ahli Bid'ah Hasanah

*

Nabi tidak pernah solat malam melebihi 11 rakaat. Khalifah Umar pun solat malam (tarawih) tidak melebihi 11 rakaat. Tiba-tiba ada sahabat pada zaman Khalifah Umar buat solat Tarawih berjamaah 20 rakaat di masjid. Sahabat tersebut jelas telah melakukan perkara BID'AH. Mustahil Khalifah Umar tak faham tentang bid'ah. Kenapa beliau TIDAK MELARANG dan mengatakan mereka sesat ? Kenapa ?

Khalifah Umar bin Al Khottob radhiyallahu ‘anhu ketika menganjurkan solat tarawih secara berjama’ah di masjid , beliau berkata,
الْبِدْعَةُ هَذِهِ
“Sebaik-baik bid’ah adalah ini”. [HR. Bukhari no. 2010]


Perbuatan sahabat tersebut jelas adalah bid'ah kerana mereka buat apa yang Nabi dan Khalifah tidak buat, tetapi ia bid'ah hasanah(terpuji & tidak sesat), Khalifah Umar tidak melarang sahabat tersebut dan tidak mengatakan mereka sesat kerana ia bid'ah hasanah.

Sebenarnya yang tidak mengikuti Khulafaur Rasyidin itu orang yang MENOLAK bid’ah hasanah. Khulafaur Rasyidin sendiri melakukan dan tidak melarang bid’ah hasanah. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam memerintahkan kita mengikuti Khulafaur Rasyidin. Sementara Khulafaur Rasyidin melakukan bid’ah hasanah. Bererti Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam memerintahkan kita melakukan bid’ah hasanah. Dengan demikian kami yang berpendapat dengan adanya bid’ah hasanah itu sebenarnya mengikuti Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dan Khulafaur Rasyidin. Oleh kerana itu, mari kita ikuti Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dan Khulafaur Rasyidin dengan melakukan bid’ah hasanah sebanyak-banyaknya.

Dalil Bid'ah Hasanah -> https://jundumuhammad.com/2011/03/13/bid%E2%80%99ah-hasanah-dan-dalilnya/

Sumber : https://www.facebook.com/kluang.girl/posts/983443768466328

*

Taqwa Dahulu

*

(Dikisahkan dan dipetik dari syarahan yang disampaikan oleh Sayyidil Habib Umar bin Hafidz, Mudir Darul Mustafa Hadhramaut Yaman)

Dikisahkan pada suatu hari ada seorang lelaki yang bekerja di sebuah hotel yang biasa menyajikan arak dan menjual barang-barang syubhat bertemu dengan Syaikh Mutawali asy-Sya’rawi rahimahullah.
Kemudian Syaikh asy-Sya’rawi menyuruh lelaki tadi untuk berhenti bekerja di hotel tersebut. Akan tetapi lelaki ini beralasan bahwa dia terpaksa bekerja di hotel itu kerna ingin menyara ahli keluarganya dan untuk membayar hutangnya.

Syaikh asy-Sya’rawi kemudian berkata, “Wahai anakku, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَمَن يَتَّقِ اللّٰهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا – الطلاق:٢

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka Allah akan menunjukan kepadanya jalan keluar dari kesusahan (Qur’an Surah Ath-Thalaq:2)”. Lalu Syaikh bertanya kepada lelaki itu, “Adakah Allah menyebut taqwa dahulu atau jalan keluar dahulu?”. “Allah menyebut taqwa dahulu,” jawab si lelaki itu.

Syaikh pun berkata, “Jadi kenapa kamu mahu mencari jalan keluar dahulu sebelum taqwa? Kenapa duduk di tempat mungkar ini untuk mencari jalan keluar dahulu, kemudian baru bertaqwa? Kamu semestinya bertaqwa dahulu dan kemudian pasti Allah akan menunjukan kamu jalan keluar”. Setelah mendengarkan nasihat Syaikh asy-Sya’rawi maka lelaki ini pun setuju. Dia meninggalkan pekerjaannya dengan gajinya yang tinggi di hotel tersebut.

Tak lama kemudian, ada seseorang datang bertemu dengan lelaki ini dan menawarkannya sebuah pekerjaan sebagai pengurus di hotel yang berada di Madinah Al Munawwarah berdekatan dengan makam Nabi Muhammad Rasulullah ﷺ. Pekerjaan barunya ini ternyata lebih baik dan hutang-hutangnya pun selesai dilunaskan disebabkan dia mahu mendengarkan nasihat Syaikh asy-Sya’rawi dulu, . “Yang mana lebih dahulu, taqwa atau jalan keluar?”. Utamakan taqwa dahulu dan Allah akan memberi jalan keluar. Apakah kamu hendak mencari jalan keluar sedang kamu dalam keadaan ingkar kepada Allah? Kegilaan apa ini? “Siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukan jalan keluar”.

Wallahu A'lam.




Link pilihan:

Makna Taqwa

Ayat Seribu Dinar

*

Allah Wujud Tanpa Bertempat

*

Ijma’ ialah persetujuan kesepakatan pendapat dari para mujtahid (para ulama yang mempunyai kemampuan dalam mengistinbath hukum dari dalil-dalil syara’) atas suatu hukum syara’. Ijtihad adalah keputusan seorang ulama mujtahid (sendirian). Jika semua mujtahid yang ramai mempunyai ijtihad yang sama, jadilah ijma’.

Allah wujud tanpa bertempat - Ijma' Ulama -> http://notaaswaja.blogspot.sg/2013/05/ijma-ulama-allah-wujud-tanpa-bertempat.html

Bukti Allah wujud tanpa bertempat adalah Ijma' Ulama -> https://www.facebook.com/drkhalif/photos/a.860279580658646.1073741829.838686629484608/1269688629717737

Dalil daripada Al-Quran, Hadis, Ijma` dan Akal -> https://www.facebook.com/notes/117441068452033

MAHA SUCI ALLAH DARI TEMPAT, ARAH, BENTUK DAN UKURAN -> http://abuibrahim.blogspot.com/2010/12/allah-maha-suci-dari-tempat-arah-bentuk.html

Akidah Imam Nawawi dan Ibnu Hajar al-`Asqalani - https://www.facebook.com/notes/ahmad-fikri/aqidah-imam-nawawi-ibnu-hajar-al-asqalani-allah-wujud-tanpa-bertempat/120362868159853

Aqidah Imam Ibnu Hajar al-'Asqolaniy -> https://www.facebook.com/asyapower/media_set?set=a.1296836106993941.1073741834.100000026937251

Aqidah Imam Baihaqi -> https://www.facebook.com/asyapower/media_set?set=a.1296736917003860.1073741832.100000026937251

Aqidah Imam Ibnu Hibban -> https://www.facebook.com/asyapower/media_set?set=a.1296764003667818.1073741833.100000026937251

Akidah Imam Bukhari -> https://generasisalaf.wordpress.com/2013/07/05/aqidah-imam-bukhori-allah-ada-tanpa-tempat/


Jika ditanya Allah ada di mana ? Jawablah: Allah ADA TANPA bertempat, tiada bagi Allah Aina (di mana). (Sumber: Al-Fiqh Al-Absat M/S 56-57 oleh Imam Salaf Abu Hanifah Rahimahullah (80H-150H)

Wallahu a'lam.




Link Pilihan :

Allah Ada Di Mana ?   

Video - Allah ada tanpa tempat


Video - Bagaimana melihat Allah di Syurga ?

Tempat dan Masa adalah makhluk

Fahaman Allah di atas langit



*




*

Redha Allah

*

NASIHAT AL-HABIB UMAR BIN HAFIDZ

لا تحمل هم الدنيا فإنها لله ، ولاتحمل همَّ الرزق فإنه من الله ، ولاتحمل هم المستقبل فإنه بيد الله .. فقط احمل همًا واحدًا : كيف ترضي الله

"Janganlah kamu menanggung risau tentang dunia kerana itu urusan Allah, janganlah kamu menanggung risau tentang rezeki kerana itu dari Allah, janganlah kamu menanggung risau tentang masa depan kerana itu kekuasaan Allah. Yang harus kamu tanggung adalah satu kerisauan, iaitu bagaimana Allah SWT redha kepadamu...."

والله اعلم

*

TAJSIM dan TASYBIH

*

TAJSIM ialah menjisimkan atau berjisim.
TASYBIH ialah menyerupakan dengan makhluk.

Fahaman "Allah di atas langit" ada TAJSIM dan TASYBIH.

ATAS adalah ARAH.. Adanya ARAH kerana adanya JISIM. Kerana salah satu daripada sifat JISIM ialah mempunyai ARAH. Bila menetapkan ARAH bagi Allah, maka telah menetapkan Allah berJISIM. Ini namanya TAJSIM.

Allah cipta TEMPAT hanya untuk MAKHLUK. MAKHLUK mesti berTEMPAT. LANGIT adalah TEMPAT. Bila menetapkan Allah di atas LANGIT maka telah menetapkan Allah berTEMPAT. Ini telah menyerupakan ALLAH dengan makhluk. Ini namanya TASYBIH.




Wallahu A'lam.


Link pilihan:

Allah Ada Di Mana ?

IMAM Syafi`e Menghukum KAFIR Orang Yang Mengatakan Allah duduk Atas Arasy

Manhaj SALAF Yang Sebenar

Panduan Mencari Kebenaran

Pembohongan atas nama IJMAK Ulama



*

Ibnu Taimiyyah

*

Antara ulama besar ASWJ yang mengkritik keras Ibnu Taimiyyah (agar umat Islam berhati-hati dengan fatwanya) ialah Imam Ibnu Hajar al-Haithami sebagaimana yang terkandung dalam karyanya al-Fatawa al-Hadithsiyyah:

واياك ان تصغي الى ما في كتب ابن تيمية وتلميذه ابن القيم الجوزية وغيرهما ممن اتخذ الهه هواه واضله الله على علم و ختم على سمعه وقلبه وجعل على بصره غشاوة فمن يهديه من بعدالله. و كيف تجاوز هؤلاء الملحدون الحدود و تعدواالرسوم وخرقوا سياج الشربعة والحقيقة فظنوا بذالك انهم على هدى من ربهم وليسوا كذالك

Terjemahan bebas:
“Maka berhati-hatilah kamu, jangan kamu mendengar apa yang ditulis oleh Ibnu Taimiyyah dan muridnya Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah dan selain keduanya dari orang-orang yang telah menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah telah menyesatkannya dari ilmu serta menutup telinga dan hatinya dan menjadikan penghalang atas pandangannya. Maka siapakah yang mampu memberi petunjuk ke atas orang yang telah Allah jauhkan? Bagaimana orang-orang sesat itu telah melampaui batasan-batasan syariat dan aturan, dan mereka juga telah merobek pakaian syariat dan hakikat, mereka masih menyangka bahawa mereka di atas petunjuk dari tuhan mereka, padahal sungguh tidaklah demikian.”



Pandangan Baba Ghazali Ahmad tentang Ibnu Taimiyyah -> https://youtu.be/EYA12weepY8

Pandangan Syeikh Nuruddin tentang Ibnu Taimiyyah -> https://www.youtube.com/watch?v=FuaJbsXHER0

Kisah Taubat Ibnu Taimiyah 1 -> http://www.sarkub.com/2011/ibnu-taimiyah-akhirnya-taubat

Kisah Taubat Ibnu Taimiyah 2 -> http://ibnu-alkatibiy.blogspot.com/2011/12/kisah-taubatnya-ibnu-taimiyah-di-tangan.html

Tiada niat untuk mengaibkan ulama besar. Sekadar berkongsi maklumat untuk pertimbangan bersama.

Wallahu A'lam.



Link pilihan:  

https://www.facebook.com/ARG.johor/posts/1252338601463714   

http://abaizzat.wordpress.com/2008/01/21/pendapat-para-ulama-terhadap-ibn-taimiyah   

http://wahabinews.wordpress.com/2012/04/21/benarkah-para-ulama-memerangi-faham-sesat-ibnu-taimiyah 


http://abulehyah.blogspot.com/2008/08/qubur-siapakah-ini.html  


http://kiraitomy.wordpress.com/2011/03/28/para-ulama-ahlussunnah-memerangi-ibnu-taimiyah-mengenal-tiang-utama-ajaran-sesat-wahabi 

https://www.facebook.com/notes/von-edison-alouisci/syaikh-ibnu-taimiyah-al-harrani-dihukum-sesat-akidah/696084250408289



*

Pengiraan Waktu Solat Dhuha

*

Waktu Solat Dhuha

Secara umumnya waktu melakukan solat sunat Dhuha mengikut syarak
bermula dari selepas terbit matahari iaitu anggaran naik matahari setinggi satu galah sehingga condongnya matahari ke arah barat.

Pengiraan Waktu Dhuha secara astronomi/falak adalah berdasarkan formula waktu Syuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan waktu Syuruk dan waktu Subuh atau secara purata waktu Dhuha bermula 28 minit selepas waktu Syuruk.


Pengiraan Waktu Dhuha Berdasarkan Formula Falak






Waktu Syuruk = 07:10 pagi
Waktu Subuh = 05:48 pagi.

Waktu Dhuha ialah :
Waktu Syuruk ( 07:10 pagi) + 1/3 (Waktu Syuruk – Waktu Subuh) (07:10 pagi – 05:48 pagi = 1 jam 22 Minit @ 82 minit)
= 07:10 pagi + 1/3 (82 Minit)
= 07:10 pagi + 27 minit
= 07:39 pagi.
Waktu Dhuha Bermula dari pukul 07:39 pagi.


Waktu Afdal Solat Dhuha

Waktu afdal Solat Sunat Dhuha pula adalah 2/3 masa antara bermulanya Solat Sunat Dhuha sehingga masuk waktu Zuhur.


Tamat Waktu Solat Dhuha

Waktu tamat atau waktu berakhir Solat Sunat Dhuha adalah ketika matahari tegak di atas kepala iaitu lebih kurang 9 minit sebelum masuknya waktu Zuhur.

Sumber: https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/12/12/pengiraan-waktu-dhuha-berdasarkan-formula-falak/


*



*

Popular Posts