"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Kasih Bapa

*

Suatu ketika Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu dan beberapa orang sahabat melihat seorang perempuan mendukung seorang lelaki tua. Lalu beliau bertanya kepada perempuan itu, “apakah perihalnya kamu ini?” Perempuan itu menjawab, “yang aku dukung ini adalah ayahku. Dia sudah tua (nyanyuk) dan mahu bermain denganku” Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu teruja dengan kejadian itu lalu berkata, “wahai sahabat, lihatlah perempuan ini. Beliau telah menunaikan hak bapanya ke atas dirinya” Perempuan itu membalas, “tidak ya Amir al-Mu’minin. Aku belum menunaikan hak bapaku ke atas diriku. Semasa dia menjaga ku ketika aku kecil, dia mendoakan panjang umurku. Tetapi semasa aku menjaganya ketika dia tua. Aku tertanya-tanya bilakah orang tua ini akan mati!” 

Sesungguhnya kamu jika berbakti kepada kedua ibu bapamu tidak akan dapat menandingi kehebatan kasih sayang mereka pada kamu. Kasih sayang yang mereka limpahan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Sedangkan kamu berbakti kepada mereka dan mengharapkan balasan, samada ganjaran di dunia atau akhirat dan tidak kurang juga yang menanti-nanti kematian mereka.



“Siapa yang suka untuk dipanjangkan umur dan ditambahkan rezeki, maka berbaktilah kepada ibu bapa dan sambunglah tali silaturrahim dengan kerabat.” (HR Imam Ahmad)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Kehinaan bagi sesiapa yang memiliki kedua ibu-bapanya yang tua salah seorang atau kedua-duanya, dan tidak dapat memasuki syurga.” (HR Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam, maksudnya: “Janganlah kamu membenci bapa-bapa kamu. Sesiapa yang membenci bapanya bererti dia kafir.” (HR Muslim)


Wallahu a'lam.




Link pilihan:

Cara berbakti kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia

Dosa sesama manusia

Doakan ibu dan bapa

Kelebihan ibu dan bapa 


 

*

Hukum bercakap semasa khutbah Jumaat

*
Dari Abu Hurairah ra., Nabi berkata, "Jika kamu berkata kepada sahabat kamu "Diam", semasa Imam sedang berkhutbah pada hari Jumaat, maka kamu telah berkata yang lagha (berkata perkara yang sia-sia)" [HR al-Bukhari #892, Muslim 851].

"Jika kamu berkata kepada kawanmu, diam pada hari Jumaat dan khatib sedang membaca khutbah, maka tiada pahala Jumaat baginya." (Nailul Authar, dari Abu Hurairah).

Menurut mazhab imam l-Syafi’I, hukumnya MAKRUH berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah.

Manakala tiga imam yang lain (Hanafi, Maliki dan Hanbali) mengatakan HARAM berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah.

Berkata-kata ketika imam sedang berkhutbah menyebabkan TIDAK MENDAPAT PAHALA tetapi solat Jumaat tetap sah.

Dibenarkan berkata-kata dalam beberapa keadaan iaitu kerana mahu memberi amaran kepada si buta daripada terjatuh ke dalam telaga, mengerjakan solat tahiyatul masjid, mengucap `yarhamukallah’ kepada orang yang bersin apabia dia memuji Allah, menjawab salam dan membaca selawat apabila mendengar selawat.

Meng"amin"kan do'a imam ketika khutbah Jumaat tidaklah tergolong kepada perkataan yang sia-sia, ia dibenarkan, cuma dengan kadar suara yang perlahan.



Link pilihan:

Solat Jumaat

Kelebihan Hari Jumaat

Hukum puasa sunat pada hari Jumaat



*

Solat tahiyatul masjid

*

Solat Tahiyatul Masjid adalah solat sunat 2 rakaat seperti solat sunat yang lain, hanya niatnya tahiyatul masjid.

Dilakukan apabila mula masuk ke dalam masjid, sebaiknya sebelum duduk.

Solat ini amat digalakkan walaupun seorang itu sampai ketika khutbah Jumaat sedang dibacakan.

Niat Solat Tahiyatul Masjid: “Sahaja aku solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat kerana Allah Taala".

Nabi bersabda, "Jika salah seorang di antara kamu memasuki masjid, hendaklah dia tidak duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat. (HR Bukhari)


Wallahu a'lam,



Link pilihan:

Kelebihan Datang Masjid Awal Pada Hari Jumaat

Hukum berkaitan Solat Tahiyatul Masjid


*

Siksa neraka yang paling ringan

*

Daripada Nu'man Bin Basyir r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, Sesungguhnya siksaan penghuni neraka yang paling ringan ialah seorang yang akan diletakkan di bawah telapak kakinya dua bara api neraka yang panasnya akan mendidihkan otak di kepalanya. (HR Bukhari & Muslim)

Takutnya ..



Kejayaan sebenar ialah terselamat dari masuk neraka.


*

Mata yang tidak disentuh neraka

*

“Ada dua mata yang tidak akan tersentuh api neraka; mata yang menangis kerana merasa takut kepada Allah, dan mata yang berjaga di malam hari kerana menjaga pertahanan kaum muslimin dalam jihad di jalan Allah.” (HR. Tirmidzi)

*

Popular Posts