"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Kelebihan Surah Al-Ikhlas

*
 
“Sesiapa membaca surah al Ikhlas hingga selesai 10 kali, maka Allah membangunkan baginya sebuah rumah di syurga.” (HR. Ahmad)

Dari Abu Darda’, Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ”Apakah seorang di antara kalian tidak mampu untuk membaca sepertiga Al Qur’an dalam semalam?” Mereka mengatakan, ”Bagaimana kami boleh membaca sebegitu?” Lalu Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ”Qul huwallahu ahad itu sebanding dengan sepertiga Al Qur’an.” (HR. Muslim no. 1922)

Dari Abu Sa’id Al Khudri bahwa dia mendengar seorang membaca dengan berulang-ulang ’Qul huwallahu ahad’. Tatkala pagi hari, orang yang mendengar tadi mendatangi Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam dan menceritakan kejadian tersebut. Kemudian Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ”Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya surah ini sebanding dengan sepertiga Al Qur’an”. (HR. Bukhari)

An Nawawi mengatakan, dalam riwayat yang lainnya dikatakan : ”Sesungguhnya Allah membagi Al Qur’an menjadi tiga bahagian. Lalu Allah menjadikan surat Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash) menjadi satu bahagian dari 3 bahagian tadi.” Lalu Al Qodhi mengatakan bahwa Al Maziri berkata, ”Dikatakan bahwa maknanya adalah Al Qur’an itu ada tiga bahagian iaitu membicarakan (1) kisah-kisah, (2) hukum, dan (3) sifat-sifat Allah. Sedangkan surat Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash) ini berisi pembahasan mengenai sifat-sifat Allah. Oleh kerana itu, surat ini disebut sepertiga Al Qur’an dari bahagian yang ada. (Syarh Shahih Muslim, 6/94)

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir,  dia berkata, “Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan pada aku untuk membaca mu’awwidzaat selepas solat.” (HR. An Nasai no. 1336 dan Abu Daud no. 1523). Yang dimaksud mu’awwidzaat adalah surat Al Ikhlas, Al Falaq dan An Naas (Fathul Bari, 9/62) 

Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Bacalah surat QUL HUWALLAHU AHAD, QUL A'UDZU BIRABBINNAAS DAN QUL A'UDZU BIRABBIL FALAQ ketika petang dan pagi sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan." (HR. Abu Daud no. 5082 dan An Nasai no. 5428)

Dari 'Aisyah radhiyallohu 'anha, dia berkata, "Apabila Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam hendak tidur, beliau akan meniupkan ke telapak tangannya sambil membaca QUL HUWALLAHU AHAD (surat Al Ikhlas) dan Mu'awidzatain (Surat An Naas dan Al Falaq), kemudian beliau mengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya. Aisyah berkata, “Ketika baginda sakit, baginda menyuruhku melakukan seperti itu" (HR. Bukhari no. 5748)

Dari Jabir bin Samroh, beliau mengatakan, “Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam biasa ketika solat maghrib pada malam Jum’at membaca Qul yaa ayyuhal kafirun (surat Al Kafirun) dan qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlas)".

Dari’ Aisyah rodhiyallohu ‘anha, Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Sebaik-baik surah yang dibaca ketika solat dua qobliyah subuh adalah Qul yaa ayyuhal kafirun (surat Al Kafirun) dan qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlas).” (HR. Ibnu Khuzaimah 4/273)

Abdullah bin Mas’ud rodhiyallohu ‘anhu mengatakan,  “Aku tidak dapat menghitung kerana sangat sering aku mendengar Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam membaca surah pada solat ba’diyah maghrib dan pada solat qobliyah subuh iaitu Qul yaa ayyuhal kafirun (surat Al Kafirun) dan qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlas).” (HR. Tirmidzi no. 431)

Wallahu a'lam.






Link pilihan:

Kelebihan Surah Yasin

Kelebihan Surah Al Mulk

Ayat Seribu Dinar

Kelebihan Surah Al Kahfi

*






Sebutan AMIN Yang Betul

*

Sebutan “AMIN” yang betul ketika mengaminkan doa atau selepas al-fatihah :

AA-MIIIIIIN - (A: panjang 2 harakat (mad badal), MIN: panjang 4–6 harakat (mad ‘aridh lis sukun) ertinya YA ALLAH, KABULKANLAH DOA KAMI.


Sebutan “AMIN” yang kurang tepat ketika mengaminkan doa atau selepas al-fatihah:

1. AMIN -  (A dan MIN sama-sama pendek) ertinya aman, tenteram.

2. AAAMIN - (A panjang dan MIN pendek) ertinya meminta perlindungan keamanan.

3. AMIIIIN - (A pendek dan MIN panjang) ertinya jujur, terpecaya.

4. AAAAAM-MIIIIIIN - (A: panjang 5 harakat, mim:bertasydid, dan MIN: panjang), ertinya ‘orang yang bermaksud menuju suatu tempat’.


“Bila Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam selesai membaca Al-Fatihah (dalam solat), baginda mengucapkan AMIN dengan suara keras dan panjang.” (HR. Bukhari dan Abu Dawud)

Abu Hurairah meriwayatkan sebagai berikut: "Bersabda Nabi : "Apabila imam membaca amin hendaklah kamu membaca AMIN, kerana sesungguhnya para malaikat juga membaca AMIN bersama dengan imam. Sesiapa yang bersamaan ucapan AMINnya dengan ucapan AMIN para malaikat, akan diampuni dosa-dosanya yang lalu". (HR. Muslim)


Hukum menyebut AMIN selepas bacaan Fatihah adalah SUNAT, samada di dalam solat atau di luar solat. (Al-Tibyan, Imam Nawawi m/s 133)

Meninggalkan sebutan AMIN tidak membatalkan solat kerana ia bukan sebahagian dari Fatihah, dan bukan juga termasuk dalam rukun solat. Ia adalah doa yang digalakkan dibaca selepas Fatihah.



Wallahu a'lam.




Link pilihan:

Sebutan Takbir Yang Salah

Kesilapan ketika solat – Tiada toma’ninah


*

Anggota Sujud Dalam Solat

*

Di dalam Mazhab Syafie, anggota sujud dalam solat ada tujuh iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki. Hidung tidak termasuk dalam anggota sujud. Sah solat jika sujud seseorang meletakkan dahinya sahaja di atas lantai tanpa meletakkan hidungnya. Walaubagaimana pun, hukum meletakkan hidung bersama-sama dengan dahi ketika sujud adalah sunat. (Kitab al-Fiqh al-Manhaji, Imam Syafie)

Wallahu a'lam.





Link pilihan:


Cara Sujud Yang Ditegah


Kesilapan ketika solat – Sebutan takbir yang salah


Kesilapan ketika solat – Tiada toma’ninah





*

Hukum Menghitamkan Uban

*

Di dalam Mahzab Syafie, hukum menghitamkan uban adalah HARAM, kecuali untuk pergi berperang.

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, ”Pada hari penaklukan Makkah, Abu Quhafah (ayah Abu Bakar) datang dalam keadaan rambut dan janggutnya yang putih beruban. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ubahlah uban ini dengan sesuatu, tetapi hindarilah warna hitam.” (HR. Muslim). 

Ulama besar Syafi’iyah, An Nawawi membawakan hadits di atas, di dalam Bab “Dianjurkannya menwarna uban dengan shofroh (warna kuning), hamroh (warna merah) dan diharamkan menggunakan warna hitam”. Ketika menjelaskan hadits di atas An Nawawi rahimahullah mengatakan, “Menurut madzhab kami (Syafi’iyah), mewarna uban berlaku bagi lelaki mau pun perempuan iaitu dengan shofroh (warna kuning) atau hamroh (warna merah) dan diharamkan mewarna uban dengan warna hitam menurut pendapat yang terkuat. Ada pula yang mengatakan bahwa hukumnya hanyalah makruh (makruh tanzih). Namun pendapat yang menyatakan haram lebih tepat berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: “hindarilah warna hitam”. Inilah pendapat dalam madzhab kami.”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Kelak pada akhir zaman akan ada kaum yang mewarna (rambutnya) dengan hitam seperti tembolok burung merpati, mereka tidak akan mencium bau Syurga.” ( HR. Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Hibban dan Al Hakim)

Wallahu a’lam.



Link pilihan:

Jangan Cabut Uban

Hukum Mewarna Rambut



*

Jirus Air Atas Kubur

*

Amalan menjirus air ke kubur hukumnya SUNNAT di dalam mazhab Syafi`e.

Tetapi yang disunnatkan hanya dengan air semata-mata dan bukannya air mawar sebagaimana kelaziman sesetengah masyarakat kita.

Menjirus air dengan air mawar dihukumkan MAKRUH kerana ianya dikira satu pembaziran.

Imam asy-Syafi`i meriwayatkan daripada Ibraahiim bin Muhammad daripada Ja'far bin Muhammad daripada ayahandanya bahawasanya Junjungan Nabi Muhammad shollallahu 'alaihi wasallam telah menyiram air atas kubur anakanda baginda Ibrahim dan meletakkan atasnya batu-batu kerikil. (Riwayat ini terkandung dalam "Musnad al-Imam al-Mu`adzhdzham wal Mujtahid al-Muqaddam Abi 'Abdillah Muhammad bin Idris asy-Syafi`i r.a.", juzuk 1, halaman 215)

Diriwayatkan oleh Amir bin Rabi'ah bahwa Rasulullah memerintahkan agar dipercikkan air di atas makam Utsman bin Madhum, hal ini tertulis dalam kitab Subulussalam karya Syaikh Muhammad bin Idris Asy-Syafii. 

Makam Rasulullah juga disiram dengan air setelah pemakaman selesai sebagaimana tertulis dalam kitab Sunanul Kubra karya Imam Baihaqi bahwa Sayyididina Jabir bin Abdullah berkata:
رش على قبر النبي الماءرشا،قال:وكان الذي رش الماء على قبره بلال بن رباح بقربة،بدأ من قبل رأسه من شقه الأيمن حتى نتهى إلى رجليه
"Makam Nabi disiram dengan air. Yang bertugas menyiram air adalah Bilal bin Rabah dengan qirbah, dimulai dari bahagian kepala, dari sisi tubuh bahagian kanan, hingga sampai bahagian kedua kaki baginda."

*
Dalam hadits sahih diriwayatkan oleh Imam Bukhori dan Muslim, Sayyidina Abdullah Ibnu Abbas menyebutkan bahwa suatu hari Rasulullah bersama sejumlah sahabat melewati 2 makam. Pada saat itu Rasulullah bersabda:
إنهما ليعذبان وما يعذبان في كبير،أما أحدهما فكان لايستتر من البول،وأما الآخر فكان يمشي بالنميمة
"Kedua penghuni makam ini sesungguhnya sedang disiksa dan keduanya disiksa bukan kerana dosa besar. Penghuni makam yang satu semasa hidupnya ketika buang air kecil tidak menutupi dirinya sedangkan yang lainnya suka mengadu domba." Kemudian Rasulullah mengambil sepotong pelepah daun kurma yg masih basah dan membaginya menjadi 2. Setelah itu baginda menyocoknya pada setiap makam. Para sahabat lantas bertanya kepada baginda, "Wahai Rasulullah mengapa melakukan hal ini ?"  Rasulullah pun menjawab:
لعله يخفف عنهما مالم ييبسنا
"Semoga Allah meringankan siksa keduanya selama kedua pelepah kurma ini belum kering." (HR. Bukhori, Muslim,Tirmidzi,Nasai,Abu Dawud,Ibnu Majah dan Ahmad).

Perbuatan Rasulullah ini dicontoh sahabat Buraidah Al-Aslami. Sayyidina Buraidah sebagaimana disebutkan dalam shahih Bukhori bahkan berwasiat agar diletakkan dua pelepah kurma di kuburnya kelak. Imam Bukhori menuliskan:
وأوصى بريدة الأسلام أن يجعل في قبره جريدتان
"Buraidah berwasiat agar dikuburnya diletakkan dua pelepah kurma."

Menyimak sabda Nabi dan wasiat Buraidah diatas, maka sejumlah Ulama yang dapat dipercaya fatwanya mengizinkan dan menganjurkan tabur bunga diatas kubur. Khatib Asy-Syirbini,salah satu ulama madzhab Syafii dalam kitabnya, Mughnil Muntaj bahkan berkata:

ويسن أيضا وضع الجريد الأخضر على القبر،وكذا الريحان ونحوه من الشيء الرطب،ولا يحوز للغير أخذه من على القبر قبل يبسه لأن صاحبه لم يعرض عنه إلا عند يبسه،لزوال نفعه الذي كان فيه وقت رطوبته وهو الإستغفار
"Dan disunnahkan untuk meletakkan pelapah kurma yang masih hijau diatas pusara, begitu juga wangian dan sejenisnya yang berasal dari tumbuhan yang masih segar. Dan seseorang tidak boleh mengambil apa yg diletakkan diatas kubur tersebut sebelum ia kering sebab pemiliknya tidak berpaling darinya kecuali setelah kering. Kerana setelah ia kering, ia sudah tidak bermanfaat lagi, sementara ketika ia masih segar ia memohonkan keampunan".

Imam Qurthubi dalam kitabnya Al-Jamiu Li Ahkamil Quran berkata:
"Sabda Rasulullah yang berbunyi,"Selama keduanya belum kering", merupakan suatu petunjuk bahwa selama masih basah, ia bertasbih kepada Allah dan jika telah kering ia tiada lagi bertasbih.

Wallahu 'alam.

Sumber: http://bahrusshofa.blogspot.com/2006/10/jirus-kubur.html



Link pilihan:

Hukum Letak Bunga Atas Kubur

Kelebihan Ziarah Kubur

Doa lindung siksa / azab kubur 

Hukum Bina Binaan Atas Kubur


*

Popular Posts