Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

Masya Allah

Masya Allah (ما شاء الله) adalah frasa yang diungkapkan oleh seorang Muslim untuk menunjukkan kekaguman terhadap seseorang atau kejadian. Dalam hal ini, digunakan sebagai ekspresi penghargaan, sementara dalam waktu yang sama juga sebagai pengingat bahawa semua pencapaian boleh terjadi kerana kehendaknya. Terjemahannya kurang lebih adalah "Allah telah berkehendak akan hal itu".

Diucapkan ketika melihat apa-apa yang baik dan indah .

Diucapkan juga ketika melihat perkara-perkara yang luar biasa dan hebat.

Tidak sesuai menyebut Masya Allah tatkala melihat sesuatu yang tidak elok atau dilarang, contohnya ketika terlihat wanita yang berpakaian seksi sebab kalimah itu bermakna “ Apa-apa yang Allah kehendaki “ , sedangkan Allah Ta’ala tidak pernah sama-sekali menyuruh wanita berpakaian seksi di hadapan bukan suaminya .


Aktikel berkaitan Click sini

*

6 comments:

shameel Iskandar said...

Syukran atas info yg bermanfaat. Amat kita kesali kerana ramai juga generasi melayu islam arini lebih selesa mengantikan kalimah Masya Allah dgn OMG

nordalily said...

syukran :)

CikTomyam said...

sy setuju...^^

KAMIHIDUP said...

terima kasih, moga ilmu di panjangkan. :)

Mohamadazhan hjDesa said...

syukran ya ukhti :)

Telekung Muslimah Closet said...

Terima kasih kongsi peringatan ni.
kadang2 tak sedar kita silap.

Post a Comment

Popular Posts