
Ad-Dawudi pula menyebut: yang menjadi pegangan para ulamak mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar.(rujukan Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)
Dilarang umat Islam dari keluar bersenjata memerangi para pemimpin Islam yang fasik atau zalim sekiranya soal fasik atau zalim itu hanya terbatas kepada persoalan peribadi pemimpin sahaja tanpa melibatkan persoalan dasar kepada ajaran islam. Sebab kepada larangan keluar memerangi pemerintah kerana kesannya yang amat merugikan. Jika peperangan berlaku sesama Islam maka banyak darah muslimin yang akan tumpah, kekuatan umat menjadi lemah dan golongan kafir berkesempatan daripada peperangan saudara yang sedemikian. Negara akan hancur, rakyat akan menderita, hasil negara diambil oleh golongan kafir.
*