"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Mengumpat / Ghibah

*


Ghibah atau mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (HR Muslim).

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (HR Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.

"Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (HR Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.

Inilah orang yang muflis di akhirat nanti.

Wallahu a'lam.



Link pilihan:

Sebab Utama Masuk Neraka

Orang Yang Muflis



*

Kelebihan Solat Subuh Berjema'ah

*


Di dalam Sunan Ibn Majah, riwayat daripada Samrah R.A bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

من صلى الصبح في جماعة فهو في ذمة الله تعالى

" Sesiapa yang solat Subuh berjema'ah, maka dia berada dalam peliharaan Allah ta'ala" (HR Ibn Majah)


*

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda,"Sesiapa yang solat Isya' secara berjema'ah, maka seolah-olah dia telah qiamullail separuh malam. Dan sesiapa yang solat subuh secara berjema'ah, maka seolah-olah dia telah qiamullail seluruh malam." (HR Muslim)


Wallahu a'lam.




Link pilihan:

Kelebihan Solat Sunat Fajar



*

Selamat Hari Raya Haji

*


Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham.

- Solat hari raya dan sembelih korban
Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim)

- Tidak makan sehingga selesai solat 'idil Adha.
Diriwayatkan dari Buraidah ra. ia berkata : Adalah Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam keluar untuk solat 'idil fitri selepas makan terlebih dahulu dan tidak makan pada 'ldil adha sehingga beliau kembali dari solat hari raya. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)

- Tidak melalui jalan yang sama waktu pergi dan balik solat hari raya.
Diriwayatkan dari Jaabir ra. ia berkata : Adalah Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam apabila keluar untuk solat hari raya ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan ( yakni waktu pergi melalui satu jalan dan waktu balik melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhari )

- Perempuan juga digalakan menghadiri perhimpunan solat hari raya.
Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah ra. ia berkata : Rasulullah memerintahkan kami keluar pada 'idil fitri dan 'idil adha, semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Ada pun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari tempat solat, mereka menyaksikan kebaikan dan mendengarkan khutbah. Saya berkata : Ya Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda : Pinjamlah daripada saudara mara kamu. ( H.R : Jama'ah)

- Perbanyakkan Zikir
Dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Tidak ada suatu hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak pula ada amalan-amalan yang lebih dicintai ALLAH selain amal yang dikerjakan pada sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, maka perbanyakanlah padanya tahlil (La ilaha illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)". (HR Imam Ahmad)


Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham.

Salam 'idil Adha dari kami sekeluarga.





Link pilihan :

Kelebihan Ibadah Korban

Kelebihan Bulan-bulan Haram




*

Kelebihan Hari Arafah (9 Zulhijjah)

*


Salah satu rukun ibadah haji ialah wukuf. Wukuf bererti berada di Padang Arafah pada tarikh 9 Zulhijjah. Jika gagal untuk berada di Arafah pada 9 Zulhijjah maka ibadah haji tidak sah. Wukuf di Arafah hanya boleh dilakukan pada tarikh 9 Zulhijjah sahaja. Oleh itu tarikh 9 Zulhijjah dikenali sebagai  Hari Arafah.

- Hari Arafah hari istimewa.
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (HR. Muslim)

- Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.
“Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.“.(HR. Ahmad)

- Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji.
Dari Abu Qatadah Al-Anshari -radhiallahu anhu- dia berkata:
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka Rasulullah 
shallaAllahu `alaihi wa sallam menjawab : Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (HR. Muslim no. 1162)

- Digalakan berdoa dan berzikir pada Hari Arafah.


Dari Amr bin Syuaib bahwa Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Doa terbaik adalah doa di hari Arafah. Dan ucapan terbaik yang saya dan para nabi sebelum ku ucapkan pada hari itu adalah Laa ilaha il lallah hu wah dahu laa syari kalah, lahul mul ku wa lahul hamdu, wa huwa ‘ala kulli syay`in qadir. (Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa,Tiada sekutu bagi-Nya, Bagi-Nya kerajaan dan pujian, Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu). (HR. At-Tirmizi)

Allahu Akbar.







Link pilihan :


Keajaiban di Padang Arafah


Kelebihan Bulan Zulhijjah


Hari Raya 'idil Adha





*

Jangan tiup air minuman

*


Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Apabila kamu minum, janganlah bernafas di dalam bejana (bekas minuman) atau meniupnya". (HR Bukhari)



Link Pilihan :




*

Doa keluar dari rumah

*

Terjemahanya: "Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan kehendak Allah".

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Jika seseorang keluar dari rumahnya lalu membaca: Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, walaa haula wala quwwata illa billah, maka malaikat akan berkata kepadanya: “kamu telah diberi petunjuk oleh Allah Ta’ala, dicukupkan dalam segala keperluanmu dan dijaga dari semua keburukan”, sehingga syaitan pun tidak boleh mendekatinya, dan syaitan yang lain berkata kepada temannya: Bagaimana mungkin kamu dapat memperdaya seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga oleh Allah Ta’ala ?” (HR. Abu Dawud (no. 5095), at-Tirmidzi (no. 3426) dan Ibnu Hibban (no. 822))

*

Popular Posts