*
Zuhud adalah meninggalkan perkara yang dapat melalaikan dari mengingat Allah.
Orang yang zuhud ialah orang yang melebihkan urusan akhirat daripada urusan dunia.
Al Ghazali membahagi zuhud dalam tiga tingkatan iaitu:
1. Meninggalkan sesuatu kerana menginginkan sesuatu yang lebih baik daripadanya.
2. Meninggalkan keduniaan kerana mengharap sesuatu yang bersifat keakhiratan.
3. Meninggalkan segala sesuatu selain Allah kerana terlalu mencintai-Nya.
Wallahu a'lam.
Lagi berkaitan zuhud : Dari Zaharudin.net
*
Surah Al Kahfi
*
Surah Al Kahfi (سورة الكهف) adalah surat ke-18 dalam Al Qur'an. Surah ini mempunyai 110 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyyah. Dinamakan Al-Kahfi (Gua) dan Ashhabul Kahfi yang membawa maksud Penghuni-Penghuni Gua. Selain itu, nama ini diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain daripada cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini mengandungi pengajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia. Terdapat juga beberapa hadis Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam yang menyatakan keutamaan membaca surat ini.
Ringkasan isi Kandungan surah :
Keimanan: Kekuasaan Allah SWT untuk memberi nikmat kehidupan pada manusia melebihi biasa: dasar-dasar tauhid serta keadilan Allah tidak berubah untuk selama-lamanya; kalimah-kalimah Allah sangatlah luas meliputi segala sesuatu sehingga manusia tidak sanggup untuk menulisnya. Kepastian mengenai datangnya hari kebangkitan;
Al Quran adalah kitab suci yang isinya bersih daripada sebarang penyelewengan dan kepalsuan.
Hukum-Hukum: Dasar hukum wakalah (berwakil); larangan membangunkan tempat ibadah di atas kubur; hukum membaca "Insya Allah", perbuatan salah yang dilakukan kerana lupa adalah dimaafkan; dibolehkan merosak suatu barang untuk menghindarkan bahaya yang lebih besar.
Kisah-Kisah: Cerita Ashhabul Kahfi; cerita dua orang lelaki yang seorang kafir dan yang lainnya mukmin; cerita Nabi Musa AS dengan Khidhir AS; cerita Zulkarnain dengan Ya'juj dan Ma'juj.
Dan lain-lain: Beberapa pelajaran yang dapat diambil dari cerita-cerita dalam surah ini antara ialah mengenai kekuatan iman terhadap Allah S.W.T serta ibadah yang ikhlas kepadaNya; kesungguhan seseorang dalam mencari guru (ilmu) adab sopan-santun antara murid dengan guru; dan beberapa contoh tentang cara memimpin dan memerintah rakyat, serta perjuangan untuk mencapai kebahagiaan rakyat dan negara.
Beberapa hadis berkaitan Surah Al Kahfi:
Al-Barar bin ‘Azib menceritakan seorang sahabat bernama Usaid bin Al-Khudair telah membaca surah Al-Kahfi di dalam rumahnya, sehingga akhirnya kuda di luar rumahnya meronta-ronta. Sahabat ini meninjau ke luar dan mendapati kumpalan awan berdekatan kudanya, lalu ditanya kepada nabi shollallahu 'alaihi wasallam, baginda menyatakan itulah Al-Sakinah (kebaikan, rahmat, barakah) yang diturunkan Allah kepada yang mengamalkan surah tersebut“. (HR Ahmad, Bukhari, Muslim)
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari juma’at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya antara dua juma’at“. (HR Al-Hakim)
Dari Abu Darda r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi, dia akan terlindung dari fitnah Dajjal" (Hadis Riwayat Muslim)
والله أعلم
Link pilihan:
Surah Al Kahfi Ayat 1 - 10
Kelebihan Surah Yasin
Kelebihan Surah Al Mulk
Ayat Seribu Dinar

Kelebihan Bersedekah
Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah berkurang harta yang disedekahkan.” (HR Muslim)
Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Tiada datang waktu pagi melainkan ada dua malaikat yang turun kepada manusia, lalu satunya berdoa, “Ya Allah, Berilah ganti bagi yang bersedekah.” (HR. Bukhari)
"Sesungguhnya sedekah itu akan memadamkan kemarahan Allah dan menghindarkan dari su’ul khotimah (kesudahan buruk ketika mati).” (HR at-Tirmidzi)
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. At-Tirmidzi)
“Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” (HR. Thabrani)
والله أعلم
Amalkan Ilmu
*
Ilmu tanpa amal adalah ibarat pokok yang tidak berbuah.
Imam al-Ghazali rahimahullah menyebut di dalam Kitab Ayuhal Walad, "Amal Tanpa Ilmu Adalah Sia-Sia Dan Ilmu Tanpa Amal Adalah Gila".
"Jika kita membaca kitab seratus tahun dan mengumpul seribu kitab, ia tidak menjadikan diri kita bersedia untuk mendapat rahmat Allah melainkan dengan amalan.” (Imam al-Ghazali)
Sabda Nabi shollallahu 'alaihi wasallam : Ertinya : “Sebaik-baik amalan di sisi Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit.” (Muttafaq ‘alaih)

Kepentingan Solat
*
"Sesungguhnya amalan pertama yang akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah SOLAT, jikalau solatnya baik maka dia termasuk orang yang bahagia lagi beruntung dan jikalau solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung..." (HR. Imam al-Tirmidzi)
“Sesiapa yang memeliharanya solat, maka dia akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan di hari kiamat. Dan bagi mereka yang tidak menjaga solat, maka dia tidak akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan, sedang di hari kiamat dia akan bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalf.” (HR. Imam Ahmad)
Abu Qatadah r.a menceritakan bahawa beliau dengar Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda : "Allah berfirman, 'Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi umatmu. Aku telah berjanji dengan diriKu barang siapa mengerjakan solatnya pada waktunya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Umatmu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini". (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)
Wallahu a'lam.
Artikel pilihan:
Pengertian Khusyuk dalam Solat
Hukum meninggalkan solat fardu

Bacalah Al-Quran
*
Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran adalah seperti bunga utrujjah, baunya harum dan rasanya lazat. Orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran adalah seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum, tapi manis rasanya. Oorang munafiq yang membaca Al-Quran ibarat sekuntum bunga, berbau harum, tetapi pahit rasanya; dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran, dia tak ubah seperti buah hanzalah, tidak berbau dan rasanya pahit sekali." (HR Bukhari)
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi alif adalah satu huruf, lam adalah satu huruf dan mim adalah satu huruf.” (HR Tirmizi)
Dari Abu Umamah Al-bahili ra, dia berkata, saya mendengar Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Bacalah Al Qur'an kerana pada hari kiamat nanti Al Qur'an akan memberikan syafaát kepada para pembacanya." (HR Muslim)

Langgan:
Catatan (Atom)
Popular Posts
-
* Dari Abu Darda r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ay...
-
* "Sesiapa mengucapkan astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih, akan diampuni dosa...
-
1. Allahumma laka sumtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin Maksudnya, "Ya Allah bagi Engkau ...
-
* Solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh dikenali sebagai Solat Fajar atau Solat Qabliyah Subuh atau Solat Sunat Subuh ....
-
* Jika ditanya Allah ada dimana ? Jawablah: Allah ADA TANPA bertempat, tiada bagi Allah Aina (di mana). (Sumber: ...
-
* Penjelasan Status Hadis Doa Bulan Rejab Hadis Rejab Bulan Allah - Hadis Palsu ? Kelebihan Bulan Rejab *
-
* "Wahai orang-orang yang beriman, telah ditentukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah ditentukan ke atas umat-umat sebelum kam...
-
* Diterbitkan dan diedar secara percuma oleh: DARUL QURAN WAS-SUNNAH Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2 Kubang Keria...
-
* Waktu Solat Dhuha Secara umumnya waktu melakukan solat sunat Dhuha mengikut syarak bermula dari selepas terbit matahari iaitu angga...
-
* Penjelasan Tentang Bid'ah. Dalam pengertian syari’at, bid’ah adalah: اَلْمُحْدَثُ الَّذِيْ لَمْ يَنُصَّ عَلَيْهِ الْقُرْءَانُ ...