"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Persaudaraan Islam

*



Nabi Muhammad sallallahu `alaihi wa sallam bersabda : "Tiada sempurna iman seorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia cintai dirinya sendiri." (HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Seorang Muslim adalah saudara bagi sesama Muslim yang lain, tidak boleh menganiaya atau membiarkan dianiaya. Dan sesiapa memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya. Dan sesiapa membebaskan kesusahan seorang Muslim maka Allah akan membebaskan kesusahannya di hari kiamat. Dan sesiapa menutupi aib seorang Muslim maka Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat." (HR Bukhari dan Muslim)



*

Bekam


"Semasa aku berjalan pada malam isra' bersama para malaikat, mereka selalu berkata, "Hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam." (HR Sunan Abu Daud, Ibnu Majah, Sahih Jami')

Sabda Nabi Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam, "Sesungguhnya cara berubat yang paling baik ialah hijamah (berbekam)." (Sahih Bukhari)

Sabda Nabi Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam, "Bahawa kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, iaitu minum madu, bekam dan bakaran api (al-Khayy), Sesungguhnya aku melarang umatku melakukan al-Khayy (pembakaran dengan api)." (Sahih Bukhari)

"Hendaklah kamu semua melakukan bekam di bahagian tengkuk kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit." (HR At Thabrani)

*

Kelebihan Bulan Sya'ban

*


Nabi sallallahu `alaihi wa sallam banyak berpuasa di dalam bulan Sya'ban.

Aisyah r.a berkata: "Aku tidak pernah melihat Nabi lebih banyak berpuasa sunat melainkan pada bulan Sya’ban". (HR Bukhari)

Dari Usamah bin Zaid katanya: “Aku bertanya Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam: Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan berbanding bulan lain seperti engkau berpuasa daripada sebahagian Syaaban. Baginda bersabda: Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan kepada Allah , Tuhan semesta alam. Oleh itu, aku suka supaya amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa.” (HR an-Nasa’i dan Ahmad)


Malam Nisfu Sya'ban malam istimewa.

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya'ban, maka diampuni semua hamba-hambaNya, kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban)

Berkata Imam Syafii rahimahullah : “Doa mustajab adalah pada 5 malam iaitu malam jumaat, malam idul Adha, malam Idul Fitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban”. (Sunan Al Kubra Imam Baihaqi juz 3 hal 319).


Wallahu a'lam.








Link pilihan:

Hukum puasa sunat selepas nisfu Sya'ban

Kelebihan Bulan Ramadan


*

Tanaman Syurga

*

Dari Ibnu Mas’ud رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Saya bertemu dengan Nabi Ibrahim عليه السلام – ketika malam saya diisra’kan dan Baginda bersabda: Wahai Muhammad, sampaikanlah salam dari padaku kepada umatmu, dan beritahukanlah kepada mereka, bahawasanya syurga itu subur tanahnya, manis airnya, terhampar luas dan tanamannya adalah ucapan zikir, سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ (Subhanallahi walhamdulillah walaa ilaaha illallahu wallahu akbar). (HR At Tirmidzi)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bertemu dengannya. Dia sedang menanam tanaman, lalu Rasulullah bertanya, "Apa yang sedang engkau tanam ?" Aku menjawab, "Satu tanaman wahai Rasulullah". Rasulullah bersabda, "Mahukah aku beritahu tanaman yang lebih baik dari ini ?" Tanaman itu ialah Subhanallah, Walhamdulillah, Walailaha illallah, Wallahu Akbar (Maha suci Allah, segala puji bagi-Nya. Tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar). Setiap satu bacaan akan ditanam untukmu sebatang pokok di Syurga. (HR At Tirmidzi)

"Lazimkan membaca subha nallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon". (HR Ibnu Majah)

*

Jaga Solat

*
"Sesungguhnya amalan pertama yang akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah SOLAT, jikalau solatnya baik maka dia termasuk orang yang bahagia lagi beruntung dan jika solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung." (HR Imam al-Tirmidzi)

“Sesiapa yang memeliharanya solat, maka dia akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan di hari kiamat. Dan bagi mereka yang tidak menjaga solat, maka dia tidak akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan, sedang di hari kiamat dia akan bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalf.” (HR Imam Ahmad)

"Allah berfirman, 'Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi umatmu. Aku telah berjanji dengan diriKu, sesiapa mengerjakan solatnya pada waktunya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Umatmu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini". (HR Abi Daud dan Ibnu Majah)

*




Pengertian khusyuk dalam solat

Hukum meninggalkan solat fardu

*

Popular Posts