"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Kaum MAJORITI

*

Siapakah Kaum Majoriti ?

وَالَّذِىْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ, لَتَفْتَرِقُ اُمَّتِى عَلىَ ثَلاَثٍ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً. فَوَاحِدَةً فى الْجَنَّةُ وَثِنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ فِى النَّارِ. قِيْلَ: مَنْ هُمْ يَارَسُوْلُ اللهِ؟ قَالَ: اَهْلُ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ
(رواه الطبرانى)

Rasulullah SAW bersumpah: "Demi zat yang menguasai jiwa Muhammad, sungguh umatku bakal terpecah menjadi 73 golongan. Maka yang satu golongan masuk syurga, sedangkan yang 72 golongan masuk neraka. Sahabat bertanya: Siapakah golongan (yang masuk Syurga) itu ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ahlus sunnah Wal jamaah” (HR. al-Tabrani)

Ulasan Ishaq ibn Rahawaih, seorang ulama Salaf yang terkemuka: “Al-Jama’ah itu adalah para ulama yang berpegang pada atsar Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan jalannya. Sesiapa bersama mereka dan mengikuti mereka, maka merekalah Al-Jama’ah”. (Hilyatul-Auliyaa’ (9/239).

Imam Asy Syathibi menyimpulkan:
قال الشاطبي : ” وحاصله أن الجماعة راجعة إلى الاجتماع على الإمام الموافق لكتاب الله والسنة ، وذلك ظاهر في أن الاجتماع على غير سنة خارج عن الجماعة المذكورة في الأحاديث المذكورة ؛
“Kesimpulannya, Al Jama’ah adalah bersatunya umat pada imam yang sesuai dengan Kitabullah dan Sunnah.” (Al I’tisham 2/260-265, dinukil dari Fatwa Lajnah Ad Daimah 76/276)

Al-Jama’ah atau Ahlus Sunnah Waljamaah adalah para ulama yang benar dan orang yang bersama dan mengikuti mereka.

Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah dalam Kitab Fathul Bari XII/37 menukil perkataan Imam Thabari rahimahullah yang menyatakan: “Berkata para ulama, bahwa Al-Jama’ah atau Ahlus Sunnah Waljamaah adalah As-sawadul a’zham (majoriti)".

As-sawadul a’zham adalah "majoriti ulama dan orang yang bersama mereka".

Asya`irah dan Al-Maturidiyyah telah diikuti oleh "majoriti ulama dan orang yang bersama mereka"

*
Berkata As-Sheikh Muhammad Amin yang terkenal dengan gelaran Ibnu Abidin di dalam kitab terkenal beliau yang berjudul Rad Al-Muhtar `Ala Ad-Duraril Mukhtar: "Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah Asya`irah (pengikut Abu al-Hasan Al-Asya`ri) dan Al-Maturidiyyah (pengikut Abu Mansur Al-Maturidi)". Perkara yang sama juga disebut oleh al-Hafiz Murtadha az-Zabidi di dalam kitab Ithaf as-Sadah al-Muttaqin.

Al-Syeikh Prof Dr. Ali Juma`ah, mufti Mesir, menjelaskan tentang mazhab Ahlus Sunnah Wal Jama`ah di dalam kitabnya al-Bayan lima Yashghul al-Azham, mengatakan: "Mazhab Ahlus Sunnah Wal Jama`ah – al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah- adalah mazhab yang jelas pada keseluruhan bab-bab tauhid, namun banyak orang-orang yang mengingkarinya ialah orang-orang yang jahil terhadap mazhab tersebut yang sebenar pada masalah iman kepada Allah."

*
Kebenaran al-Asya`irah Dan Al-Maturidiyyah Disokong Oleh Al-Quran Dan Hadith

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ يَخَافُونَ لَوْمَةَ لآئِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ) المائدة :54

Mafhumnya : "Wahai orang-orang yang beriman, sesiapa yang murtad daripada agamanya (Islam) maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang mana Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah, yang bersikap lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan bersikap tegas terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurniaan Allah diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah maha luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui". ( Al-Maidah:54 ).

Al-Hafiz Ibn `Asakir di dalam kitabnya (تبيين الكذب المفتري) dan al-Hakim dalam al-Mustadrak meriwayatkan bahawasanya tatkala turun ayat ini, Rasulullah mengisyaratkan kepada Abu Musa Al-Asy`ari dengan bersabda:
هم قوم هذا
Mafhumnya : "Mereka (yang dimaksudkan di dalam ayat tadi ) adalah kaum ini". Berkata Imam al-Qusyairi :

"Pengikut Abu al-Hasan al-Asy`ari adalah termasuk kaumnya kerana setiap tempat yang disandarkan perkataan kaum oleh nabi ia membawa maksud pengikut. Perkara ini disebut oleh Imam al-Qurtubiy di dalam kitab tafsirnya.(rujuk kitab tersebut jilid 6 halaman 220).

Berkata al-Hafiz al-Baihaqi :
"Perkara ini adalah kerana wujudnya kelebihan yang mulia dan martabat yang tinggi bagi imam Abu al-Hasan al-Asy`ari semoga Allah meredhainya. Dia adalah daripada kaum Abu Musa dan anak-anaknya dianugerahkan ilmu pengetahuan, diberikan kefahaman secara khusus dikalangan mereka dengan menguatkan sunnah, membasmi bid`ah dengan mengeluarkan hujah dan membantah penyelewengan. Perkara ini disebut oleh al-Hafiz Ibn `Asakir di dalam kitab (تبيين الكذب المفتري).

Imam Bukhari, seorang yang berstatus amir al-mukminin dalam bidang hadith menyebutkan di dalam sahihnya pada bab ((باب قدوم الأشعريين وأهل اليمن)). Baginda bersabda kepada Abu Musa :
هم مني وأنا منهم
Mafhumnya : "mereka sebahagian daripadaku, aku pula sebahagian daripada mereka".

*
Senarai Ulama Yang Berpegang Dengan aliran Asya`irah

Menurut ulama al-muhaqqiqun majoriti umat Islam bermula daripada salaf dan khalaf sama ada dalam apa jua bidang pun, baik akidah, fiqh, al-Quran, tafsir, hadith, tasauf, bahasa arab, nahu, sorof, adab dan lain-lainnya kesemuanya dalam hal keyakinan dan akidah selari dengan akidah al-Asya`irah dan al-Maturidiyah.

Di antara golongan al-huffaz yang merupakan pemuka para muhaddithin dan berpegang dengan akidah ini :

1. Al-Hafidz Abu Bakar Al-Ismaily, tuan punya kitab (المستخرخ على البخاري). Beliau merupakan seorang pakar hadith yang paling masyhur pada zamannya.
2. Al-Hafiz al-`Alim Abu Bakar Al-Baihaqi, juga seorang pakar hadith yang paling masyhur pada zamannya.
3. Al-Hafiz yang disifatkan sebagai sebaik-baik muhaddithin di Negara Syam pada zamannya iaitu al-Hafiz Ibn `Asakir.
4. Amir al-Mukminin dalam bidang hadith, Ahmad Ibn Hajar al-`Asqalani.

Ramai ulama muktabar yang mengikut manhaj ini :

1. Imam Abu Hassan al-Baahili
2. Abu Bakar ibn Furak
3. Abu Bakar al-Baqillani
4. Abu Ishaq al-Isfarayiini
5. Al-Hafiz Abu Nu`aim al-Asbahani
6. Qadhi Abdul Wahab al-Maliki
7. As-Syeikh Abu Muhammad al-Juwaini serta anaknya Abu al-Ma`ali. Kedua-duanya dikenali sebagai Imam al-Haramain.
8. Abu Mansur at-Tamimi al-Baghdadi.
9. Al-Hafiz ad-Darulquthni.
10. Al-Hafiz al-Khatib al-Baghdadi.
11. Al-Ustaz Abu Al-Qasim al-Qusyairi serta anaknya Abu Nasr.
12. Asy-Syeikh Abu Ishaq as-Syirozi,
13. Nasru al-Maqdisi
14. Al-Farawi
15. Abu al-Wafa` bin `Aqil al-Hanbali
16. Qadhi ad-Daamighani al-Hanafi
17. Abu-al-Walid al-Baaji al-Maliki
18. Al-Imam as-Sayid Ahmad ar-Rifa`ie
19. Al-Hafiz Abu Qasim Ibnu `Asakir
20. Ibnu as-Sam`ani
21. Al-Qadhi `Iyadh al-Maliki
22. Al-Hafiz as-Salafi
23. Al-Hafiz an-Nawawi
24. Imam Fakhruddin ar-Razi
25. `Izzuddin bin Abdussalam
26. Abu Amru bin al-hajib al-Maliki
27. Al-Hafiz Ibn Daqiq al-`ed
28. `Ala ad-Deen al-Baaji
29. Al-Hafiz al-Mujtahid Qadi al-Qudhat al-Imam Taqiyuddin As-Subki dan anaknya Tajudeen al-Subki.
30. Al-Hafiz al-`Alai
31. Al-Hafiz Zainuddin al-`iraqi serta anaknya al-Hafiz Waliyuddin al-Iraqi
32. Al-Hafidz al-Lughawi Murtadha Az-Zabidi al-Hanafi
33. As-Syeikh Zakaria al-Ansari
34. As-Syeikh Bahauddin Ar-Rawwasi As-Sufi
35. Mufti Mekah Ahmad Bin Zaini Dahlan
36. Musnid al-Hindi Waliullah ad-Dahlawi
37. Mufti Mesir As-Syeikh Muhammad `illaish Al-Maliki
38. Sheikh Jamik Al-Azhar Abdullah As-Syarqawi,
39. Seorang ulama sanad hadith yang terkenal ; As-Syeikh Abu Al-Mahasin Al-Qawuqji,
40. As-Syeikh al-Husain al-Jisr at-Tarabulusi
41. As-Syeikh `Abdul Latif Fathul Allah, mufti Beirut
42. As-Syeikh `Abdul Baasith al-Fakhuri, mufti Beirut
43. As-Syeikh al-Muhaddith Muhammad Bin Darwish al-Hut al-Beiruti dan anaknya `Abdul Rahman, Ketua al-Asyraf di Beirut.
44. As-Syeikh Mushthofa Naja, Mufti Beirut
45. Al-Qadhi yang dihormati ibn Farhun al-Maliki
46. Abu Fath as-Syahristani
47. Al-Imam Abu Bakar Asy-Syasyi al-Qaffal
48. Abu `Ali Ad-Daqqaq An-Naisaburi
49. Al-Hakim An-Naisaburi, Tuan punya kitab Mustadrak.
50. As-Syeikh Abu Manshur al-Hudhudi,
51. As-Syeikh Abu `Abdullah as-Sanusi,
52. As-Syeikh Muhammmad bin `Alan as-Shadiqi as-Syafi`e.
53. Al-`Allamah `Alawi bin Tahir al-Hadhrami al-Haddad.
54. Al-`Allamah al-Muhaqqiq al-Habib bin Husain bin `Abdullah Balfaqih, dan semua ulama Hadramaut dari keturunan `Alawi, al-Saqqaf, al-Juneid, dan al-`Idrus.
55. Al-Hafiz al-Faqih al-Allamah al-Arif Billah al-Syiekh Abdullah al-Harari al-Habasyi.
56. Sheikh Sirojiddin Abbas Al-Indunisi
57. Musnid Syeikh Yasin al-Fadani
58. Dan ramai lagi..

*

Kaum Majoriti adalah golongan al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah.

Buatlah pilihan yang tepat. Hidayah itu anugerah ALLAH.



Wallahu A'lam.


Link Pilihan :

Pilihan Majoriti Ulama - Mufti Wilayah Persekutuan -> https://www.facebook.com/british.burn/posts/633026966745586

Kebenaran dan Majoriti dalam Islam -> https://www.facebook.com/sawanih/photos/a.558069754360335.1073741828.558058371028140/592771087556868

Golongan Ahlus Sunnah Waj Jamaah -> http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2013/07/ahlus-sunnah-wal-jamaah.html

IMAM Syafi`e Menghukum KAFIR Orang Yang Mengatakan Allah duduk Atas Arasy ->
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2016/09/imam-syafie-menghukum-kafir-orang-yang.html

Dimana salahnya akidah fahaman Salafi Wahabi ? -> http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2016/04/di-mana-salahnya-aqidah-fahaman-wahhabi.html

*

Makna “Kun Fayakun”

*

Dalam al-Qur’an, Allah berfirman: “Inama Amruhu Idza Arada Sya’ian An Yaqula Lahu Kun Fayakun” (Surah Yasin: ayat 82)

Dari Tafsir Ibnu Katsir : Yakni sesungguhnya Allah memerintahkan kepada sesuatu hanya dengan satu perintah, tidak perlu diulang atau ditegaskan. (Tafsir Ibnu Katsir )


Seperti apa yang dipelajari dari Kitab-kitab Tauhid yang Muktabar, mengenai Allah itu bersifat Kalam, diketahui bahawa Allah Taala itu berkata-kata dengan tidak berhuruf dan tidak bersuara.

MUSTAHIL bagi Allah Taala BERKATA-KATA MENYEBUT “Kun Fayakun”. 

Maha Suci Allah dari berkata-kata sesuatu yang menyerupai kata-kata manusia.

Dinyatakan di dalam Kitab AsySyarhul Qawwim Fi Halli Al-Fazi Assiratil Mustaqim, bagi Asy-Syaikh Abdullah Al-Harari Al-Ma’ruf Bil Habasiyyi, m/s 141 :

Dan, hanya sesungguhnya makna ini ayat bahawa, Allah Taala mengadakan segala benda dengan ketiadaan penat, dan kesusahan, dan dengan ketiadaan halangan dari seseorang kepada Allah.

Iaitu, sesungguhnya Allah Taala menjadikan akan benda-benda yang Dia kehendaki, bahawa Dia jadikan akan benda itu dengan bersegera, lagi dengan ketiadaan terlewat, daripada waktu yang Dia kehendaki adanya benda itu, pada waktu tertentu itu.

Maka adapun, makna,


Ertinya, “Jadilah, maka jadilah ia.”

Ia menunjukkan di atas segera mengadakan. 

Kemudian, adalah perkataan, “Kun” itu bahasa ‘Arab. Sedangkan Allah Taala itu, telah ada sebelum adanya bahasa-bahasa makhluq semuanya. Dan, Allah Taala telah ada sebelum adanya berbagai-bagai bangsa makhluq.

Dan, demi sesungguhnya, berkatalah Qaum Ahlus Sunnah Wal Jamaah (Al-Asya’irah), “Kalaulah ada Allah Taala itu berkata-kata dengan huruf dan suara, nescaya Allah Taala berlaku di atasnya segala sifat-sifat kemakhluqan, seperti bergerak, dan diam, dan sejuk, dan kering, dan berwarna-warni, dan ada bauan tertentu, dan rasa tertentu, dan lain-lain lagi. Sedangkan, ini semua adalah Mustahil bagi Allah.”

Dan, bermula Allah Taala menjadikan sebahagian daripada ‘Alam atau Makhluq itu bergerak-gerak pada satu ketika, dan diam pada satu ketika, mereka itulah manusia dan jin dan malaikat, dan angin, dan cahaya, dan gelap, dan bayang-bayang.

Sedangkan Allah Taala, langsung tidak menyerupai akan sesuatu pun daripada ini ‘Alam atau makhluq kesemuanya.


Wallahu a'lam.


Disunting dari http://jamaluddinab.blogspot.my/2011/02/taubat-si-jemaah-tabligh-2-tentang-ayat.html

*

Sumber Hukum Dalam Islam bukan Al Qur’an dan Hadis sahaja

*

Sumber hukum Islam yang disepakati jumhur(majoriti) ulama adalah Al Qur’an, Hadits, Ijma’ dan Qiyas.

Jumhur ulama juga sepakat dengan turutan/keutamaan dalil-dalil :
(1. Al Qur’an, 2. Hadis/Sunnah, 3. Ijma’ 4. Qiyas).

Ijma’ ialah persetujuan kesepakatan pendapat dari para mujtahid (para ulama yang mempunyai kemampuan dalam meng-istinbath hukum dari dalil-dalil syara’ ) atas suatu hukum syara’. Ijtihad adalah keputusan seorang ulama mujtahid (sendirian). Jika semua mujtahid yang ramai mempunyai ijtihad yang sama, jadilah ijma’. Ijma’ adalah sandaran hukum, merupakan salah satu sumber hukum di dalam islam ketika tidak ditemukan landasan dalil di dalam Al Qur’an, Hadits. Sedangkan ijtihad bukan sandaran hukum yang wajib diikuti.

Qiyas adalah menyamakan sesuatu yang tidak ada nash hukumnya dengan sesuatu yang ada nash hukumnya kerana adanya persamaan illat hukum.

Sumber rujukan:
1. Wahbah al-Zuhaili, Ushul Fiqh al-Islami.
2. Abdul Wahhab al-Khallaf, Ilmu Ushul Fiqh.
3. Muhammad Abu Zahrah, Ushul Fiqh.

Wallahu a'lam.




-> BOLEHKAH TIDAK MAHU IKUT ULAMA’, HANYA IKUT AL-QURAN DAN HADITH? -> https://www.facebook.com/muftins/posts/726502930830596 

-> http://makalah-ijma.blogspot.sg/2012/10/kata-pengantar-puji-syukur-kehadirat.html



*

Manhaj Salaf Yang Sebenar

*

Mutasyabihat: Suatu lafaz yang maksudnya samar, tidak jelas dan sukar difaham kerana mengandungi tafsiran yang berbeza-beza.

Manakala, Syeikh Manna' Al-Qathan memberi takrifan ringkas iaitu:
المحكم : ما لايحتمل إلا وجها واحدا
والمتشابه : ما احتمل أوجها
"Al-Muhkam: Perkara yang difahami dengan satu makna sahaja."
"Al-Mutasyabih: Perkara yang difahami dengan beberapa makna"

Oleh itu, ayat Mutasyabihah mengandungi makna yang samar-samar kerana terdapat kepelbagaian makna atau disebut sebagai المشترك اللفظي (Perkongsian lafaz). Ayat-ayat yang lafaz zahirnya seolah-olah menggambarkan penyamaan Allah dengan makhluknya iaitu ayat-ayat yang menyebutkan wajah Allah, tangan Allah, mata Allah, Allah berada di langit dan sebagainya).

*
Ada 3 KAEDAH utama yang diamalkan oleh GOLONGAN SALAF untuk memahami ayat-ayat Mutasyabihat. 


1. Kaedah Tafwidh Makna. (Ta'wil Ijmali / Mazhab Salaf)

Tafwidh (التفويض) ialah serah kepada Allah.

Tafwidh Makna ialah MENYERAHKAN MAKNA PERKATAAN kepada Allah Taala, TANPA terjemahan atau tafsiran atau tanpa dimaknakan.

*
اجراء أيات الصفات كما وردت وفوضوا معانيها ءالى الله تعالى.
“Ijraa u ayaatis shifaat kama waradat wafawwadhu ma’aaniiha ila Allahi ta’ala”.

Ertinya : "
Mengertikan ayat-ayat sifat dan hadis-hadisnya yang berhubung dengan sifat Tuhan menurut sepertimana yang Warid ( sebagaimana ai datang / sebagaimana ia difirmankan atau disabdakan ) dan diTafwidh (serahkan) segala maknanya kepada Allah s.w.t." (Rujuk Kitab Kaasyifus Shaghir m.s 23. Karangan Sa’id Abd. Lathif Fuu dah. Cetakan Daarul Al Razi.)

Syekh Ibrahim Al Laaqoni dalam matan Jauharah beliau menyebut:
وكل نص أوهم التشبيها : أوله أو فوض و رم تنزيها.
“ Wakullu nashsin aw hamat tasybiiha : Awwilhu aw fawwidh wa rum tan zii haa”. Maksudnya: Semua nas yang menimbulkan tasybih : hendaklah ditafwid dan ditanzih.

Imam Sufyan bin ‘Uyainah rahimahullah (193H) berkata:
كل شيء وصف الله به نفسه في القرآن فقراءته تفسيره لا كيف ولا مثل
"Semua yang Allah Ta’ala sifatkan untuk diri-Nya dalam al-Qur’an, maka bacaannya adalah tafsirnya, tiada kaifiyyat, tiada seumpamaNya." [Syarh Ushul al-I’tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, Imam al-Lalika’i, no. 736]

Imam al-Qurthubi menulis :
قال بعضهم : نقرؤها ونؤمن بها ولا نفسرها
“Sebahagian mereka berkata : kami baca dan kami imani dan tidak kami tafsirkan ayat tersebut
وذهب إليه كثير من الأئمة
“pendapat ini adalah pendapat majoriti para Imam”. (Tafsir al-Qurthubi. Surat al-Baqarah ayat 29, merujuk riwayat Imam Malik).

*
Apabila nash al-Quran sebut istawa,mereka katakan istawa. Apabila nash al-Quran sebut Yad, mereka katakan Yad. Tanpa sebarang terjemahan, tafsiran dan penjelasan. Mereka menafikan tasybih (penyamaan dengan makhluk) dan tajsim (menjisimkan Allah).

Oleh itu, kalimah Istawa difahami seperti berikut:
* Beriman dengan kalimah Istawa.
* Kemudian diserah maksud Istawa kepada Allah tanpa meletakkan sebarang makna.

Kaedah Tafwidh Makna diamalkan oleh KEBANYAKAN Salaf.

Dr. Al-Qaradhawi mengatakan bahawa: "Realitinya, bagi sesiapa yang membaca karangan para ulama' salaf berkenaan ayat-ayat mutasyabihat, maka dia akan dapati bahawa, kebanyakkan daripada mereka meninggalkan usaha untuk mendalami MAKNA ayat-ayat mutasyabihat tersebut, tidak bersusah-payah untuk mentafsirkannya dengan sebarang ungkapan. Perkara ini jelas bahkan, hampir kepada tahap muttafaqun alaih (disepakati oleh para ulama').." (Fusulun fil Aqidah ms. 40-41).


*
2. Kaedah Ta'wil Makna (Ta'wil Tafsili / Mazhab Khalaf)..

Ta'wil ialah memalingkan makna zahir kepada makna lain yang masih dapat dikandungnya, yang sesuai dengan Al-Quran dan As-Sunnah. (Al-Imam Al-Jurjani ,At-Ta‘rifât, 50).

Menjauhkan makna dari segi zahirnya kepada makna yang lebih layak bagi Allah, ini kerana zahir makna nas al-Mutasyabihat tersebut mempunyai unsur jelas persamaan Allah dengan makhluk.

Memberi makna lain kepada sesuatu lafaz, berdasarkan qarinah (petunjuk) dalam jumlah keseluruhan atau sebahagian ayat tersebut.

Oleh itu, kalimah Istawa difahami seperti berikut:
* Beriman dengan kalimah Istawa daripada Al-Quran
* Kemudian ditakwilkan MAKNAnya kepada Istaula (استولى) yang bermaksud menguasai.

Bukti ada Salaf yang amal TAKWIL :

Imam Abu Abdir Rahman Abdullah ibn Yahya ibn al-Mubarak (w 237 H), dalam karyanya berjudul Gharib al-Quran Wa Tafsiruh dalam menafsirkan firman Allah QS. Thaha: 5 mengatakan: “Al-Istiwa’ maknanya al-Istaula (menguasai)”.[Gharib al-Quran wa Tafsiruh, h. 133]

Imam Abu Ja’far Muhammad ibn Jarir ath-Thabari (w 310 H) mentakwil firman Allah QS. Al-Baqarah: 29 “Tsummastawa Ilas sama’” berkata: “Maknanya ketinggian kekuasaan (uluww Mulk wa sulthan), bukan dengan makna tinggi bertempat, pindah dan berubah”.[Jami’ al-Bayan ‘an ta’wil Ay al0Quranm j. 1, h. 191-192]

Imam an-Nasafi menulis: Istawa ertinya Istaula, dari Imam Salaf Az-Zajjaj (241-311 H). (Tafsir An-Nasafi - Surat al-A’raf – ayat 54).

Imam al-Lughawiy Abu Ishaq Ibrahim ibn as-Sariyy az-Zajjaj (w 311 H) memaknakan Istawa dengan Istaula.[Ma’ani al-Quran wa I’rabuh, j. 3, h. 350]

Imam al-Lughawiy Abu al-Qasim Abdul Rahman ibn Ishaq az-Zajjaji (w 340 H) menuliskan bahawa nama Allah al-‘Alyy dan al-Ali adalah dalam pengertian yang Maha menguasai dan Maha menundukkan atas segala sesuatu.[Istiqaq asma’ Allah, h. 109]

Imam al-Mutakallim Abu Mansur Muhammad ibn Muhammad al-Maturidi al-Hanafi (w 333 H) menafsirkan firman Allah QS. Thaha: 5, berkata: “atau dalam makna menguasainya (menguasai arasy), kerana tidak ada menguasainya dan tidak ada yang mengaturnya selain Dia Allah”.[Ta’wilat Ahlussunnah, j. 1, h. 85]


Dalil berkaitan TAKWIL: Rasulullah berdoa kepada Ibnu Abbas dengan doa: Maknanya: “Ya Allah alimkanlah dia dengan hikmah dan ta'wil Al quran”. (H.R Ibnu Majah)

Hadis riwayat Ibnu al-Mundziri:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ فِي قَوْلِهِ :(وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيْلَهُ اِلاَّ اللهُ وَ الرَّاسِخُوْنَ فِى الْعِلْمِ) قَالَ: اَنَـامِمَّنْ يَعْلَمُوْنَ تَـأْوِيْـلَهُ.(رواه ابن المنذر)
"Dari Ibnu Abbas tentang firman Allah: 'Dan tidak mengetahui takwilnya kecuali Allah dan orang-orang yang mendalam ilmunya'. Berkata Ibnu Abbas: 'Saya adalah di antara orang yang mengetahui takwilnya."

1) Ibnu Abbas menta’wîl ayat : يوم يُكْشَفُ عَ ن ساقٍ “Pada hari betis disingkapkan.” (QS. al Qalam [68]:42) Ibnu Abbas ra. berkata : “Disingkap dari kegentingan.” Disini kata ساقٍ (BETIS) dita’wîl dengan makna شِدَّ ةٌ “KEGENTINGAN”.

Ta’wîl ayat di atas ini telah disebutkan juga oleh Ibnu Hajar dalam Fathu al Bâri,13/428 dan Ibnu Jarir dalam tafsirnya 29/38. Ia mengawali tafsirnya dengan mengatakan, “Berkata sekelompok sahabat dan tabi’în dari para ahli ta’wîl, maknanya (ayat al-Qalam:42) ialah, “Hari di mana disingkap (diangkat) perkara yang genting.”

2) Ibnu Abbas ra. menta’wîl ayat : و السَّمَا ءَ بَنَيْناهَا بِأَيْدٍ و إِنَّا لَمُوسِعُو ن “Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan Sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa.” (QS adz Dzâriyât [51] : 47). Kata أَیْدٍ secara lahiriyah adalah TANGAN, ia bentuk jama’ dari kata یَدٌ . Ibnu Abbas ra. mena’wîl erti kata YADD/TANGAN dalam ayat Adz-Dzariyat ini dengan بِقُوَّةٍ erti KEKUATAN. Demikian diriwayatkan al-Hafidz Imam Ibnu Jarir ath-Thabari dalam tafsirnya, 7/27. Selain dari Ibnu Abbas ra., ta’wîl serupa juga diriwayatkannya dari para tokoh Tabi’în dan para Salaf seperti Mujahid, Qatadah, Manshur Ibnu Zaid dan Sufyan.

3). Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : فَالْيَوْمَ نَنْسَاهُمْ كَمَا نَسُوا لِقَاءَ يَوْمِهِمْ هَٰذَا
“Maka pada hari ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini…” (QS. al A’râf [7]:51). Ibnu Abbas ra. menta’wil ayat ini yang menyebut perkataan MELUPAKAN dengan ta’wîl "MEMBIARKAN”. Ibnu Jarir berkata: “iaitu maka pada hari ini iaitu hari kiamat, Kami MELUPAKAN mereka, Dia berfirman, Kami MEMBIARKAN mereka dalam siksa..’ (Tafsir Ibnu Jarir, 8/201)

4) Ath-Thabari mengemukakan dua riwayat yang bersanad kepada Ibnu Abbas, berkenaan dengan penafsiran firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang berbunyi, “Kursi Allah meliputi langit dan bumi. ” Ath-Thabari berkata, “Para ahli takwil berselisih pendapat tentang arti kursi. Sebagian mereka berpendapat bahwa yang dimaksud adalah ilmu Allah. Orang yang berpendapat demikian bersandar kepada Ibnu Abbas yang mengatakan, ‘Kursi-Nya adalah ilmu-Nya.’ Ada pun riwayat lainnya yang juga bersandar kepada Ibnu Abbas mengatakan, ‘Kursi-Nya adalah ilmu-Nya’ Bukankah kita melihat di dalam firman-Nya, ‘Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya.’” (Tafsir ath-Thabari, jld 3, hal 7.)

5) Tafsiran firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang berbunyi, “Segala sesuatu pasti binasa kecuali WAJAH-Nya” (QS. al-Qashash: 88), dan juga firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang berbunyi, “Dan tetap kekal WAJAH Tuhanmu, yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan” (QS. ar-Rahman: 27),

Ath-Thabari berkata, “Mereka berselisih tentang makna firman-Nya, ‘kecuali WAJAH-Nya’. Sebagian dari mereka berpendapat bahwa yang dimaksud ialah, segala sesuatu pasti binasa 'KECUALI DIA'. Sementara sebagian lain berkata bahwa maknanya ialah, 'kecuali yang dikehendaki wajah-Nya', dan mereka mengutip sebuah syair untuk mendukung takwil mereka, “Saya memohon ampun kepada Allah dari dosa yang saya tidak mampu menghitungnya Tuhan, yang kepada-Nya lah wajah dan amal dihadapkan.” (Tafsir ath-Thabari, jld 2, hal 82).

Al-Baghawai berkata, “Yang dimaksud dengan ‘kecuali wajah-Nya’ ialah ‘kecuali Dia’. Ada juga yang mengatakan, ‘kecuali kekuasaan-Nya’.”

Abul ‘lyalah berkata, “Yang dimaksud ialah ‘kecuali yang dikehendaki wajah-Nya’.” (Tafsir al-Baghawi).

Di dalam kitab ad-Durr al-Mantsur, dari Ibnu Abbas yang berkata, “ertinya ialah ‘kecuali yang dikehendaki wajah-Nya’.” Dari Mujahid yang berkata, “Yang dimaksud ialah ‘kecuali yang dikehendaki wajah-Nya.’”

Dari Sufyan yang berkata, “Yang dimaksud ialah ‘kecuali yang dikehendaki wajah-Nya, dari amal perbuatan yang saleh’.”

Ibnu Abbas ra. adalah seorang sahabat. Mujahid adalah seorang tabi’în. Ibnu Jarir, ath-Thabari adalah Ulama Tafsir kalangan Salaf…

SEBAHAGIAN salaf, termasuk Ibnu Abbas mentakwil ayat-ayat Al-Quran. KEBANYAKAN Salaf lebih memilih Tafwidh tetapi tidak mengkafirkan SEBAHAGIAN yang bermanhaj Ta’wil.


*
3. Kaedah ITHBAT MAKNA. (Pegang zohir ayat).
Kaedah ITHBAT MAKNA ialah beriman kepada sesuatu sifat Allah sebagaimana yang dikhabarkan oleh al-Qur’an dengan "difahami maknanya". “Difahami maknanya” bererti diketahui makna sifat tersebut mengikut apa yang lazim dalam bahasa Arab.

Kaedah ITHBAT MAKNA ialah menetapkan makna ayat secara pasti mengikut makna zohir.

Oleh itu, kalimah Istawa difahami seperti berikut:
Dimaknakan/diterjemah kalimah Istawa kepada JALASA/DUDUK/BERSEMAYAM.

Imam al-Qurthubi menuliskan dalam Tafsir nya:
. وقال بعضهم : نقرؤها ونفسّرها على ما يحتمله ظاهر اللغة. وهذا قول المشبّهة.
Dan sebahagian mereka berkata : “kami bacakan dan kami tafsirkan menurut zahir bahasa (lughat)”, dan ini golongan Musyabbihah (orang yang menyerupakan Allah dengan makhluk). (Tafsir al-Qurthubi. Surat al-Baqarah ayat 29]

Huraian : Ada sebahagian golongan di zaman Salaf yang menterjemahkan ayat-ayat Mutasyabihat ke dalam erti lughat. Imam al-Qurthubi mengatakan ia adalah kaum Musyabbihah. Kerana dalam kaedah ini berlaku "menyerupakan Allah dengan makhluk"

Al-Imam al-Shafi`e radiyallahu `anhu (wafat 204 H) mengatakan :
مَنِ اعَقَدَ أَنَّ اللّهَ جَالِسٌ عَلَى العَرشِ فَهُوَ كَافِرٌ فَلَا تَصِحُّ الصَّلَاةُ خَلفَهُ
Maksudnya: "Sesiapa yang meyakini Allah jalasa (duduk/brsemayam) atas arasy, maka dia telah kafir, maka tidak sah bermakmum solat kepada orang tersebut". (Kifayah an-Nabih Syarah at-Tanbih karya Ibn ar-Rif'ah,Juz 4 hal 24 cetakan Dar al-Kutub)

KAEDAH ITHBAT MAKNA DITOLAK kerana dalam kaedah ini berlaku "menyerupakan Allah dengan makhluk".


*
Qairu Majhul

Tidak majhul ertinya telah dimaklumi Nas itu dari Al-Quran dan dimaklumi makna zohirnya, tapi tidak dimaklumi maksud darinya.

Dapatlah diketahui bahwa tentang masalah makna nas Mutasyabihat adalah masalah khilafiyah, ketika makna zohirnya tidak boleh dinisbahkan kepada Allah kerana akan berlaku TASYBIH (menyerupakan Allah dengan makhluk).

Sebahagian salaf melakukan ta’wil makna, dengan makna yang layak dengan Allah kerana untuk mengelak mengunakan makna zohir yang akan berlaku tasybih.

Kebanyakan ulama Salaf lebih memilih tidak menentukan satu makna tertentu untuk kata tersebut, kerana apa pun makna yang dipakai, semua makna itu tidak akan mampu mewakili kata yang telah dipilih oleh Allah untuk diri-Nya (Tafwid Makna)


Mereka bukan Jahmiyah (golongan mengatakan "makna lafaz itu tidak diketahui oleh manusia"). Mereka tahu "makna zohir" tetapi oleh kerana mereka mengetahui makna zohir akan berlaku tasybih, maka mereka mengelak dari mengunakan makna zohir. Mereka beramal Tawfid Makna kerana untuk mengelak tasybih, bukan kerana "makna lafaz itu tidak diketahui oleh manusia".



*
KAIFIYAT.

Kaifiyat ialah "cara" atau "bagaimana".


Al Imam Malik dan lainnya tidak pernah mengatakan al Kaif Majhul الكيف مجهول :

Riwayat الكيف مجهول "al Kaif Majhul" tidak sahih dari sisi periwayatannya dari Imam Malik dan lainnya. [Syekh Abdullah al Harari, ad-Dalil al Qawiim 'ala ash-Shirath al Mustaqim (Beirut: tp, 1397 H), h. 36]

Hanya ada dua riwayat yang sahih dari para ulama salaf. Pertama: riwayat yang berbunyi:
" الرحمن على العرش استوى كما وصف نفسه ولا يقال كيف وكيف عنه مرفوع وما أراك إلا صاحب بدعة أخرجوه".
"Allah memiliki sifat istiwa' seperti yang Daa sifatkan sendiri untuk Dzat-Nya, tidak boleh dikatakan bagaimana dan Kaifiyat mustahil bagi-Nya".
Ini diriwayatkan oleh al Hafizh al Bayhaqi dari al Imam Malik dengan sanad yang Jayyid (kuat).

Kedua: riwayat dari Ummu Salamah dan Rabi'ah yang berbunyi:
" الاستواء غير مجهول والكيف غير معقول...".
"Istiwa sudah diketahui bahwa Allah disifati dengannya dan KAIFIYAT mustahil bagi-Nya". (Riwayat ini dituturkan oleh al-Laalka-i)

Di dalam Kitab Al- Furqan m/s 16 dinaqalkan Imam Malik radiallahuanhu menjawab :
الاستوا مذكور والكيف غير معقول والايمان به واجب والسوأل عنه بدعة
“Istiwa itu mazkuurun (disebutkan di dalam ayat Quran) dan KAIF tidak ma’qul (tidak difahami/tidak masuk akal/mustahil) , beriman dengannya (ISTAWA) adalah wajib dan bertanya tentangnya (ISTAWA) adalah bida’ah.”

Ucapan al-Khaththabi :
وعلى كل مسلم أن يعلمه أن ربنا ليس بذي صورةولا هيئة فإن الصورة تقتضي الكيفية وهي عناالله وصفاته منفية
Dan atas setiap umat muslim hendaknya mengetahui bahwa Tuhan kita tidak memiliki bentuk dan juga tidak memiliki rupa, kerana di dalam bentuk memerlukan adanya kaifiyyat, sedangkan kaifiyyat dan sifat kaifiyyat itu bagi Allah sungguh dinafikan “.[Syarh Sahih Muslim : 3/395]

Sheikh Ibn Jauzi berkata dengan jelas: "Adapun kaifiyat itu bagi Allah merupakan suatu kemustahilan…" (Al-Mudhish: 131).

Imam Sufyan bin ‘Uyainah rahimahullah (193H) berkata:
كل شيء وصف الله به نفسه في القرآن فقراءته تفسيره لا كيف ولا مثل
"Semua yang Allah Ta’ala sifatkan untuk diri-Nya dalam al-Qur’an, maka bacaannya adalah tafsirnya, TIADA kaifiyyat, Tiada seumpamaNya." [Syarh Ushul al-I’tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, Imam al-Lalika’i, no. 736]


Al-Imam Malik pernah ditanya tentang makna “Istawa” sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam kitabnya Al Asma’ Was-Sifat[ Al Imam Al-Bayhaqi, al-Asma’ was-Sifat; Bab ma ja’ fil-`Arsy wal-Kursi, Dar Al-Jail Beirut, hlm. 568 .]:
"يَا أَبَا عَبْد ِاللهِ: الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىْ كَيْفَ اسْتِوَاؤُهُ؟ قَالَ: فَاطُرَقَ مَالِكٌ وَ أَخَذَتْهُ الرَّحْضَاءَ ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ فَقَالَ: الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىْ كَمَا وَصَفَ نَفْسَهُ, وَلا يُقَالُ كَيْفَ وَ كَيْفَ عَنْهَ مَرْفُوْعٌ وَ أَنْتَ رَجُلٌ سُوْءٌ صَاحِبُ بِدْعَةٍ أَخَرَجُوْهُ. قَالَ فَأَخْرُجَ الرَّجُلَ".
Maksudnya:
"Wahai Abu Abdillah: “Ar-Rahman ala `Arasy istawa”, bagaiman Dia istawa? Maka al-Imam Malik menundukkan kepalanya dan peluh membasahinya, kemudia beliau mengangkat mukanya lalu berkata: “Ar-Rahman ala `Arasy istawa sepertimana Dia sifatkan diri-Nya dan bagaimana istawa-Nya (kaif) diangkat daripada-Nya (tiada bagi-Nya kaif). Sesungguhnya engkau ahli bid`ah, usirlah dia. Maka lelaki itupun diusir pergi" .

Ditegaskan Imam Malik:
ولا كيفَ و كيفٌ عنْهُ مرفُوْعٌ
“Tidak boleh dikatakan kaif, sebab kaif itu terangkat (mustahil bagi Allah).

*

Terdapat satu riwayat tentang kenyataan Imam Malik yang berbunyi:

"وَ الْكَيْفُ غَيْرُ الْمَعْقُوْلِ وَالإِيْمَانُ بِهِ وَاجِبٌ وَالسُّؤَالُ عَنْهُ بِدْعَةٌ".

Maksudnya:
"(Istawa’ itu disebut di dalam al-Quran) Dan kaifiyyatnya tidak ada sama sekali (tidak masuk akal), beriman dengannya adalah wajib dan bertanyakannya adalah bid`ah".

Al-Imam Al-Qarafi mensyarahkan maksud perkataan Imam Malik yang menyebut : "Al-Kaif QIRUL MAQKUL" berkata [ Al-Imam Al-Qarafi di dalam kitabnya Az-Zakhirah,13/242.]:

"وَالْكَيْفُ غَيْرُ مَعْقُوْلٍ" مَعْنَاهُ أَنَّ ذَاتَ اللهِ لاتُوْصَفُ بِمَا وَضَعَتْ لَهُ الْعَرَبُ لَفْظَ كَيْفَ, وَهُوَ الأَحْوَالُ الْمُتَنَقِّلَةُ وَالْهَيْئَاتُ الْجِسْمِيَّةُ...فَلا يُعْقَلُ ذَلِكَ فِيْ حَقِّهِ لاِسْتِحَالَتِهِ فِيْ جِهَةِ الرُّبُوْبِيَّةِ".

Maksudnya:
"Al-Kaif tidak masuk akal" maknanya, zat Allah tidak disifati dengan apa yang diletakkan oleh kaedah bahasa Arab dengan lafaz Kaif iaitu (maksud sifat kaif) suatu keadaan-keadaan yang berpindah-pindah (terpisah-pisah) dan suatu keadaan (sifat) kejisiman...Maka tidak masuk akal (mustahil) ianya (Kaif) dinisbahkan kepada Allah kerana ianya (kejisiman dan sifat makhluk) mustahil bagi sifat ketuhanan (Allah ta`ala)" .



*

Al-Imam al-Alusi (W 1270 H) di dalam kitab tafsirnya yang berjudul Ruh Al-Maani dengan menyatakan[ Al-Imam al-Alusi, Ruh al-Maani, Dar Al-Fikr, j. 4, h. 136.]:
"لَيْسَ نَصًّا فِيْ هَذَا الْمَذْهَبِ لاِحْتِمَالِ أَنْ يَكُوْنَ الْمُرَادُ مِنْ قَوْلِهِ: غَيْرُ مَجْهُوْلٍ أَنَّهُ ثَابِتٌ مَعْلُوْمُ الثُّبُوْتِ لا لأَنَّ مَعْنَاهُ هُوَ الاِسْتِقْرَارُ غَيْرَ مَجْهُوْلٍ. وَ مِنْ قَوْلِهِ: وَالْكَيْفُ غَيْرُ مَعْقُوْلٍ إِنَّ كُلَّ مَا هُوَ مِنْ صِفَةِ اللهِ تَعَالَى لا يَدْرِكُ الْعَقْلُ لَهُ كَيْفِيَّةً لِتَعَالِيْهِ عَنْ ذَلِكَ".
Maksudnya:
"Ianya bukan merupakan satu nas bagi mazhab[6], ini kerana kemungkinan yang dimaksudkan dengan kata-katanya’dimaklumi’ itu ialah bahawa makna istawa itu sahih dan diketahui sahih kewujudannya dalam bahasa Arab, bukanlah maksud beliau bahawa sifat ‘menetap’ (istiqrar) itu yang diketahui. Dan kata-kata beliau bahawa kaif itu tidak dapat di bayangkan oleh akal ialah setiap sifat Allah ta`ala itu tidak dapat dicapai oleh akal kerana Maha Suci Allah daripada mempunyai kaif" .


Golongan SALAF MENAFIKAN kaifiyat bagi Allah. Mereka mengatakan KAIFIYAT atau SIFAT KAIFIYAT adalah MUSTAHIL bagi ALLAH. Kaifiyat untuk MAKHLUK sahaja. Allah TIDAK ADA kaifiyat.



*
Kesimpulan :

· Untuk memahami nash Mutasyabihat, ulama Salaf menerima 2 kaedah sahaja,  Tafwidh makna dan Ta’wil makna.

· Sepakat ulama Salaf menolak kaedah memahami nash Mutasyabihat dengan makna dhohir (Isbat Ma'na).

· Salaf sebenar MENAFIKAN kaifiyat, TIDAK tafwidh kaifiyat kerana mustahil kaifiyat bagi Allah.




Wallahu a’lam.



*

Link pilihan:

Di mana salahnya aqidah fahaman Wahabi Salafi

Ulama Salaf Dan Khalaf Yang Mentakwil Istawa

Kefahaman yang Sahih tentang fahaman SALAF

MEMAHAMI FAHAMAN TAJSIM

Akidah Salafi Wahabi - Isbat Makna Tafwid Kaifiat

Manhaj SALAF Yang Sebenar

http://www.ngaji.web.id/2015/05/tawil-dan-tafwidh-istiwa-dalam-ayat-ar.html

http://www.aswj-rg.com/2013/10/bantahan-dan-jawaban-ilmiah-buat-asrie-shobrie-isu-tafwidh.html


*

Di Mana Salahnya Aqidah Fahaman Wahhabi Salafi ?

*

Kaedah Fahaman Wahabi / Salafi :

Kaedah ITHBAT MAKNA ialah beriman kepada sesuatu sifat Allah sebagaimana yang dikhabarkan oleh al-Qur’an dengan "difahami maknanya". “Difahami maknanya” bererti diketahui makna sifat tersebut mengikut apa yang lazim dalam bahasa Arab.

Kaedah ITHBAT MAKNA ialah menetapkan makna ayat secara pasti mengikut makna zohir.

Oleh itu, kalimah Istawa difahami seperti berikut:
* Dimaknakan/diterjemah kalimah Istawa kepada JALASA/DUDUK/BERSEMAYAM.

Imam al-Qurthubi menuliskan dalam Tafsir nya:

. وقال بعضهم : نقرؤها ونفسّرها على ما يحتمله ظاهر اللغة. وهذا قول المشبّهة.

Dan sebahagian mereka berkata : “kami bacakan dan kami tafsirkan menurut zahir bahasa (lughat)”, dan ini golongan Musyabbihah (orang yang menyerupakan Allah dengan makhluk). (Tafsir al-Qurthubi. Surat al-Baqarah ayat 29]

Huraian : Ada sebahagian golongan di zaman Salaf yang menterjemahkan ayat-ayat Mutasyabihat ke dalam erti lughat. Imam al-Qurthubi mengatakan ia adalah kaum Musyabbihah. Kerana dalam kaedah ini berlaku "menyerupakan Allah dengan makhluk"

Al-Imam al-Shafi`e radiyallahu `anhu (wafat 204 H) mengatakan :

مَنِ اعَقَدَ أَنَّ اللّهَ جَالِسٌ عَلَى العَرشِ فَهُوَ كَافِرٌ فَلَا تَصِحُّ الصَّلَاةُ خَلفَهُ

Maksudnya: "Sesiapa yang meyakini Allah jalasa (duduk/brsemayam) atas arasy, maka dia telah kafir, maka tidak sah bermakmum solat kepada orang tersebut". (Kifayah an-Nabih Syarah at-Tanbih karya Ibn ar-Rif'ah,Juz 4 hal 24 cetakan Dar al-Kutub)

KAEDAH ITHBAT MAKNA DITOLAK kerana dalam kaedah ini berlaku "menyerupakan Allah dengan makhluk".

Kesalahan:
Fahaman Salafi/Wahabi mengamalkan kaedah ITHBAT MAKNA.






*
KAIFIYAT.

Kaifiyat ialah "cara" atau "bagaimana".

Al Imam Malik dan lainnya tidak pernah mengatakan al Kaif Majhul الكيف مجهول :

Riwayat الكيف مجهول "al Kaif Majhul" tidak sahih dari sisi periwayatannya dari Imam Malik dan lainnya. [Syekh Abdullah al Harari, ad-Dalil al Qawiim 'ala ash-Shirath al Mustaqim (Beirut: tp, 1397 H), h. 36]

Hanya ada dua riwayat yang sahih dari para ulama salaf. Pertama: riwayat yang berbunyi:
" الرحمن على العرش استوى كما وصف نفسه ولا يقال كيف وكيف عنه مرفوع وما أراك إلا صاحب بدعة أخرجوه".
"Allah memiliki sifat istiwa' seperti yang Ia sifatkan sendiri untuk Dzat-Nya, tidak boleh dikatakan bagaimana dan Kaifiyat mustahil bagi-Nya".
Ini diriwayatkan oleh al Hafizh al Bayhaqi dari al Imam Malik dengan sanad yang Jayyid (kuat).

Kedua: riwayat dari Ummu Salamah dan Rabi'ah yang berbunyi:
" الاستواء غير مجهول والكيف غير معقول...".
"Istiwa sudah diketahui bahwa Allah disifati dengannya dan KAIFIYAT mustahil bagi-Nya". (Riwayat ini dituturkan oleh al-Laalka-i)

Di dalam Kitab Al- Furqan m/s 16 dinaqalkan Imam Malik radiallahuanhu menjawab :

الاستوا مذكور والكيف غير معقول والايمان به واجب والسوأل عنه بدعة

“Istiwa itu mazkuurun (disebutkan di dalam ayat Quran dan hadis) dan KAIF(bagaimana) tidak ma’qul (tidak difahami/tidak masuk akal/mustahil) , beriman dengannya wajib dan bertanya padanya bida’ah.”

Ucapan al-Khaththabi :

وعلى كل مسلم أن يعلمه أن ربنا ليس بذي صورةولا هيئة فإن الصورة تقتضي الكيفية وهي عناالله وصفاته منفية

“Dan atas setiap umat muslim hendaknya mengetahui bahwa Tuhan kita tidak memiliki bentuk dan juga tidak memiliki rupa, kerana di dalam bentuk memerlukan adanya kaifiyyat, sedangkan kaifiyyat dan sifat kaifiyyat itu bagi Allah sungguh dinafikan “.[Syarh Sahih Muslim : 3/395]

Sheikh Ibn Jauzi berkata dengan jelas: "Adapun kaifiyat itu bagi Allah merupakan suatu kemustahilan…" (Al-Mudhish: 131).

Imam Sufyan bin ‘Uyainah rahimahullah (193H) berkata:
كل شيء وصف الله به نفسه في القرآن فقراءته تفسيره لا كيف ولا مثل
"Semua yang Allah Ta’ala sifatkan untuk diri-Nya dalam al-Qur’an, maka bacaannya adalah tafsirnya, TIADA kaifiyyat, Tiada seumpamaNya." [Syarh Ushul al-I’tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, Imam al-Lalika’i, no. 736]

Golongan SALAF MENAFIKAN kaifiyat bagi Allah. Mereka mengatakan KAIFIYAT atau SIFAT KAIFIYAT adalah MUSTAHIL bagi ALLAH. Kaifiyat untuk MAKHLUK sahaja. Allah TIDAK ADA kaifiyat.

Kesalahan:
Fahaman Salafi/Wahhabi mengatakan ALLAH ADA KAIFIYAT, hanya kaifiyat sifat tersebut ditafwidhkan(diserahkan) kepada Allah ‘Azza wa Jalla.

*

1. Dr Rozaimi - https://www.youtube.com/watch?v=sXOzcYMljWk

2. Dr Asri - https://www.youtube.com/watch?v=9bfJcUIEARg

3. Dr Fadlan Mohd Othman - https://www.youtube.com/watch?v=oofmpivE0po

4. Dr Fadlan Mohd Othman - https://www.youtube.com/watch?v=QYwP7pxu2wE

5. Pensyarah UKM - https://www.facebook.com/zamihan/videos/1530126367013097


Kita hanya boleh menyampaikan kebenaran.. Sesungguhnya hidayah milik Allah jua..

Wallahu a'lam



Link pilihan:

Fahaman Wahabi Mengatakan Allah Ada Tangan

IMAM Syafi`e Menghukum KAFIR Orang Yang Mengatakan Allah duduk Atas Arasy

Fahaman Wahabi kata Allah di atas langit

Manhaj SALAF Yang Sebenar

KENAPA ISTAWA TIDAK DITERJEMAH KEPADA 'BERSEMAYAM'?

Panduan Mencari Kebenaran

http://www.ngaji.web.id/2015/05/tawil-dan-tafwidh-istiwa-dalam-ayat-ar.html

http://www.aswj-rg.com/2013/10/bantahan-dan-jawaban-ilmiah-buat-asrie-shobrie-isu-tafwidh.html



*

Melihat Allah Ta'ala di Syurga

*



Dari seorang sahabat yang mulia, Shuhaib bin Sinan radhiallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ketika penghuni syurga telah masuk Syurga, Allah ta’ala berfirman: “Apakah kalian mahu tambahan nikmat ? Mereka seraya menjawab: “Bukankah Engkau telah menjadikan wajah-wajah kami bercahaya?  Dan Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami dari neraka ? Kemudian Allah subhanahu wata’ala membuka hijab-Nya. Maka tidaklah mereka diberi nikmat yang lebih mereka sukai dibanding dengan nikmat melihat Allah subha nahuwa ta’ala.” (HR. Muslim).

Allah Ta’ala berfirman,
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ

“Muka mereka (orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannya mereka melihat.” (Al-Qiyamah: 22-23)

Ibnu Katsir dalam tafsirnya terhadap ayat di atas menjelaskan, “Orang mukmin akan melihat Allah secara nyata dengan mata kepala mereka, hal ini sebagaimana dalam hadis riwayat Imam Bukhari rahimahullah, 'Sesungguhnya kalian akan melihat Tuhan kalian dengan mata kalian sendiri.’ (HR. Bukhari).

Imam Nawawi mengatakan, artinya kalian akan melihat Allah secara nyata, tidak ada keraguan dalam melihatNya, dan tidak pula ada kesulitan padanya. Seperti halnya kalian melihat bulan (purnama) ini secara nyata, tidak ada kesulitan dalam melihatnya. Yang diserupakan disini adalah cara melihatnya (tidak ada kesulitan), bukan Allah diserupakan dengan bulan. (Syarh Shahih Muslim, Nawawi, hlm. 136-137)

Al-Imâm al-Mujtahid Abu Hanifah an-Nu’man ibn Tsabit (w 150 H) berkata:
وَالله تَعَالَى يُرَى فِي الآخِرَة، ويَرَاهُ الْمُؤْمِنُوْنَ وَهُمْ فِي الْجَنّةِ بِأعْيُنِ رُؤُوْسِهِمْ بِلاَ تَشْبِيْهٍ وَلاَ كَمِّيّة، وَلاَ يَكُوْنُ بَينَهُ وَبَيْنَ خَلْقِهِ مَسَافَة

“Allah di akhirat kelak akan dilihat. Orang-orang mukmin akan melihat-Nya ketika mereka di Syurga dengan mata kepala mereka masing-masing dengan tanpa adanya keserupaan bagi-Nya, bukan sebagai bentuk yang berukuran, dan tidak ada jarak antara mereka dengan Allah (ertinya bahwa Allah ada tanpa tempat, tidak di dalam atau di luar syurga, tidak di atas, bawah, belakang, depan, samping kanan atau pun samping kiri)” (al-Fiqh al-Akbar karya al-Imâm Abu Hanifah dengan penjelasannya karya Mulla Ali al-Qari, h. 136-137 )

Dalam al-Washiyyah, al-Imam Abu Hanifah berkata:
ولقاء الله تعالى لأهل الجنة بلا كيف ولا تشبيه ولا جهة حق
“Bertemu dengan Allah bagi ahli Syurga adalah benar. Tanpa kaifiyyat dan tanpa tasybih dan tanpa arah" (al-Fiqh al-Akbar dengan Syarah Mulla Ali al-Qari‘, h. 138).
 


Al-Imâm asy-Syaikh Abu ath-Thayyib Sahl ibn Muhammad asy-Syafi’i (w 404 H), seorang mufti wilayah Nisafur pada masanya berkata:
سمعت الشيخ أبا الطيب الصعلوكي يقول: “ُتضامّون” بضم أوله وتشديد الميم يريد لا تجتمعون لرؤيته- تعالى- في جهة ولا ينضم بعضكم إلى بعض فإنه لا يرى في جهة”

“Saya telah mendengar asy-Syaikh Abu at-Thayyib as-Sha’luki berkata dalam menerangkan hadis tentang Ru’yatullâh (melihat Allah bagi orang-orang mukmin). Dalam hadis tersebut terdapat kata “Lâ Tudlammûn”, al-Imâm as-Sha’luki mengertikannya bahwa kelak orang-orang mukmin di Syurga akan melihat Allah tanpa tempat dan tanpa arah, mereka ketika itu tidak saling berdesakan satu sama lainnya. Orang-orang mukmin tersebut berada di dalam Syurga, namun Allah tidak dikatakan di dalam atau di luar syurga. Kerana Allah bukan benda (yang mempunyai bentuk dan ukuran), Dia ada tanpa tempat dan tanpa arah”. (Pernyataan al-Imâm as-Sha’luki ini dikutip pula oleh al-Hâfizh Ibn Hajar al-Asqalani dan kitab Fath al-Bâri dan disepakatinya)

Wallahu a'lam.






Link pilihan:

Video - Bagaimana melihat Allah di Syurga ?

*

Hajar Aswad

*



Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, dia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Hajar Aswad turun dari syurga pada hal batu tersebut begitu putih lebih putih daripada susu. Dosa manusia yang membuat batu tersebut menjadi hitam”. ( HR. Tirmidzi)

“Dari ‘Abis bin Robi’ah, dia berkata, “Aku pernah melihat ‘Umar (bin Al Khottob) mencium Hajar Aswad. Lantas ‘Umar berkata, “Sesungguhnya aku menciummu dan aku tahu bahwa engkau hanyalah batu. Seandainya aku tidak melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menciummu, maka tentu aku tidak akan menciummu”. (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Rasulullah SAW bersada, "Demi Allah, Allah akan membangkit Hajar Aswad ini pada hari kiamat dengan memiliki dua mata yang dapat melihat dan lidah yang dapat berbicara. Dia akan memberikan kesaksian kepada siapa yang pernah mengusapnya dengan hak". (HR. At-Tirmidzi)


*


Bawah Dagu Wanita Aurat ?

*

Perkara ini telah menjadi khilaf (berbeza pendapat) di kalangan ulama.

Para ulama bersepakat bahawa aurat seorang perempuan adalah keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Para ulama juga bersepakat bahawa aurat perempuan ketika berada di luar adalah sama seperti ketika berada di dalam solat.

Khilaf (berbeza pendapat) di kalangan ulama adalah pada mendefinisikan maksud muka.

Terdapat 2 ijtihad (pendapat) pada mendefinisikan maksud muka :

1. Bawah dagu termasuk dari bahagian muka – maka bawah dagu dikatakan bukan aurat.

2. Bawah dagu TIDAK termasuk dari bahagian muka - maka bawah dagu dikira aurat.

Apabila telah berlaku khilaf di kalangan ulama, maka kedua-dua pendapat dikira betul dan boleh diterima pakai.

Kita tidak boleh mengatakan perempuan yang tidak menutup bawah dagu sebagai tidak menutup aurat dengan sempurna.

Wanita tidak tutup di bahagian bawah dagu, sah solatnya kerana ada pendapat yang mengatakan ianya masih menepati kaedah menutup aurat.


Berikut beberapa ulama yang berpendapat, bawah dagu termasuk dari bahagian muka :

Imam As Syafie rahimahullah dalam kitab al-Umm, mengatakan bahawa dagu adalah sebahagian daripada muka. (Sebab itu bawah dagu perlu dibasuh ketika membasuh muka ketika berwuduk).

Di dalam kitab Fathul Bari, Imam Ibnu Hajar al Asqalani mengatakan, dimaksudkan dengan sempadan kawasan muka adalah sampai ke bawah dagu itu. Maka dagu juga dikatakan sebahagian kawasan muka. Oleh itu kain tudung berada di bawah dagu masih dibolehkan. (Fathul Bari: 11/ 312).

Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili mendefinisikan daerah muka, panjangnya gigi rambut (anak rambut) biasa hingga ke bahagian akhir dagu. Dengan kata lainnya antara permulaan dahi sehingga ke bahagian bawah dagu. Hal dagu pula ialah tempat tumbuhnya rambut yang terletak di atas tulang rahang sebelah bawah. Dua tulang rahang ialah dua tulang yang menjadi tempat tumbuhnya gigi bawah seseorang. Lebarnya di antara 2 anak telinga.

Wallahu a’lam.



Link pilihan:

Cara Menutup Aurat Yang Sempurna

Video - Kenapa Perlu Tutup Aurat


*

Popular Posts