"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Kisah Al Imam Fakhrul Wujud

*

Suatu hari seorang wanita mendatangi rumah Al Imam Fakhrul Wujud Syeikh Abi Bakar bin Salim ra. Maksud kedatangan wanita itu adalah untuk memberikan semangkuk bubur gandum kepada Al Imam. Dia telah membuat bubur tersebut semalam suntuk, khusus untuk diberikan kepada Al Imam. Ketika wanita itu sampai di depan pintu rumah Al Imam, maka penjaga pintu berkata: "Ibu mau ke mana?" Wanita itu berkata: "Aku ingin menghadiahkan semangkuk bubur ini untuk Al Imam Syeikh Abi Bakar bin Salim." Maka penjaga itu berkata: "Wahai ibu, lebih baik makanan ini anda sedekahkan saja kepada para fuqara, kerana setiap hari di dapur Al Imam selalu dipenuhi dengan sembelihan kambing dan berbagai macam makanan yang dimasak setiap harin." Wanita itu pun merasa kecewa, namun menyedari apa yang telah dikatakan oleh penjaga itu, kerana pastilah semangkuk bubur itu tidaklah ada ertinya bagi Al Imam Fakhrul Wujud.

Dia pun kemudian pergi meninggalkan rumah Al Imam. Al Imam Fakhrul Wujud adalah seorang yang memiliki firasat yang sangat tajam. Saat itu Al Imam Fakhrul Wujud sedang duduk bersama para tamunya. Tiba-tiba saja beliau keluar dan berlari untuk mengejar wanita yang tadi mendatangi rumahnya, seraya memanggil: "Wahai ibu! Apa yang engkau bawa?" Penjaga pintu itu terperanjat dan kehairanan kerana baru pertama kali ini dia melihat Al Imam berlari. Maka ibu itu berkata: "Wahai Imam, aku membawa semangkuk bubur ini, yang ku buat semalaman hanya untuk ku berikan kepadamu, namun penjagamu mengatakan bahwa semangkuk bubur ini, tidaklah bererti untukmu, kerana di dapur rumah mu telah dipenuhi banyak sekali makanan yang lebih baik. Maka sebaiknya bubur ini ku sedekahkan saja kepada fakir miskin." Beliau berkata: "Wahai Ibu, maafkanlah penjaga pintu itu, kerana dia tidak tahu kesukaanku. Ketahuilah! Tidak ada hadiah yang lebih membuatku gembira, selain hadiah bubur dari mu ini, semoga Allah membalas kebaikanmu." Al Imam Syeikh Abi Bakar bin Salim pun menerima makanan itu dengan gembira lalu beliau memberikan kepada wanita itu 1000 dinar. Wanita itu pun berbunga-bunga hatinya, bukan kerana duit 1000 dinar yang dia terima, tetapi kerana Al Imam sudi menerima hadiah darinya yang tidak seberapa tersebut. 

Al Imam Syeikh Abi Bakar bin Salim kembali kepada penjaganya dan berkata: "Tahukah engkau bahwa ibu itu telah bersusah payah membuatkan makanan ini untukku, walaupun hanya sedikit. Maka seperti itulah keadaanku di hadapan Allahu shubhânahu wa ta‘âlâ, yang mana aku telah beribadah semampu ku namun tidak ada ertinya di hadapan Allah, dan jika engkau mengusir ibu itu, bagaimana jika nantinya jika aku terusir dari rahmat Allah?" 

MasyaAllah Tabarakallah ...

*

Popular Posts