"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Hukum Solat Berjamaah

*

Hukum solat fardu secara berjamaah:

Mazhab Syafi’i : Wajib Fardu Kifayah bagi lelaki yang mukallaf, bermukim, merdeka dan tidak uzur solat secara berjamaah di masjid. (Kitab Al-Ifshah jilid 1 halaman 142)

Ulama mazhab Syafi’i berselisih pendapat dalam masalah mendirikan solat berjamaah di selain masjid, apakah menggugurkan fardu kifayahnya atau tidak? 

Mereka berbeda pendapat ke dalam dua pendapat:

Pertama, tidak cukup mendirikannya di selain masjid untuk menegakkan perbuatan yang fardu.

Kedua, cukup jika tempatnya ramai, seperti solat berjamaah di pasar misalnya.


Mazhab Hambali: Wajib Fardu Ain bagi lelaki yang tidak uzur berjamaah di masjid. (Kitab Fathul Mu’in Bisyahri Qurratu ‘Ayn hal.34,)

Mazhab Hanafi dan Maliki:  Sunat mu'akkad bagi lelaki yang tidak uzur berjamaah di masjid. (Kitab Nailul Authar jilid 3 halaman 146)

Wallahu a'lam.





Link pilihan:

Kelebihan Solat Berjamaah

Kelebihan Solat di Masjid


*

Bohong Yang Dibenarkan

*


Dari Ummu Kalsum binti Uqbah radhiallahu anha bahwa dia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Saya tidak pernah mendengar diperbolehkannya dusta yang diucapkan oleh manusia kecuali dalam tiga hal: Dusta dalam peperangan, dusta untuk mendamaikan pihak-pihak yang bertikai, dan dusta suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami.” (HR Muslim)

Dusta dibenarkan pada 3 keadaan :

1. Dusta untuk mendamaikan pihak yang bertikai.

2. Dusta kepada musuh ketika dalam peperangan.

3. Dusta suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami. Tujuannya adalah untuk menjaga keharmonian rumahtangga, misalnya seorang suami memuji masakan isteri, padahal masakannya tidak sedap.

Menurut Ibnu Hajar dalam kitab Al Fattah, yang dimaksud dengan dusta antara suami isteri hanyalah dusta dalam perkara yang tidak akan menggugurkan hak keduanya, atau dusta yang tidak mengakibatkan salah satunya akan mengambi perkara yang bukan haknya.

Di dalam kitab Syarah Muslim, Imam An Nawawi menyatakan, ”Maksud dusta suami kepada isteri dan sebaliknya adalah dusta ketika menampakkan cinta kasih dan ketika berjanji pada perkara yang tidak wajib atau sejenisnya. Ada pun dusta di antara suami dengan maksud menipu untuk mendapatkan perkara yang bukan haknya, maka dusta seperti ini hukumnya haram berdasarkan ijma’ kaum muslim.


Wallahu a'lam.




Link pilihan:

Jangan Selalu Cakap Bohong



*


Jangan Biasakan Bohong Dusta

*

"Jujur itu menimbulkan ketenangan, sedangkan dusta mengakibatkan kebimbangan." (HR Tirmidzi)

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka dia adalah munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka dia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. Iaitu apabila diberi amanah dia khianat, apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir dan apabila bertengkar dia mengenepikan kebenaran.” (HR. Ahmad)

Dari Ibnu Mas'ud ra. Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya benar/jujur itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan akan membawa ke syurga, seseorang yang membiasakan benar/jujur sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai orang yang benar/jujur. Dan berhati-hatilah kalian dari dusta, sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan dan kejahatan itu membawa ke neraka, seseorang akan selalu atau membiasakan berdusta akan ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta." (HR Bukhari dan Muslim)

Wallahu a'lam.



Link pilihan:

Sebab Utama Masuk Neraka

Bohong Yang DiBenarkan

Orang Yang Muflis



*


Doa Dimudahkan Urusan

*

Rob banaa aatinaa mil ladungka rahmatau 
wa hai yik lana min amrinaa ra shadaa

*

Kelebihan sampai masjid awal hari Jumaat

*

Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Apabila tiba hari Jumaat, maka di setiap pintu masjid ada Malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut turutannya. Apabila imam telah duduk (di atas mimbar), para Malaikat menutup buku catatan mereka dan mendengarkan khutbah. Perumpamaan orang yang hadir ke masjid paling awal adalah bagaikan orang yang menyembelih hadyi (korban) seekor unta, kemudian dari itu seperti menyembelih seekor sapi, kemudian dari itu seperti menyembelih seekor kambing, kemudian dari itu seperti menyembelih seekor ayam, kemudian dari itu seperti memberikan sedekah sebiji telur”. (HR Muslim)

Lebih awal sampai, dapat lebih ganjaran.


Wallahu a'lam,




Link pilihan:

Solat Tahiyatul Masjid

Kelebihan Hari Jumaat


*

Ta'awwuz

*
Ta'awwuz ialah lafaz "A'uzubillahi minasy syaitonir rajiim".


“Bahawasanya Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam membaca a’uzubillahi minasy syaitonir rajiim sebelum membaca al-Quran”. (HR Abdur Razzaq dalam Al-Musannaf ).

Wallahu a'lam.




Link pilihan:

Was-was



*

Popular Posts