اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم
Allahumma inni 'a'u zubika min fitnatil masi khid dajjal - Ya ALLAH, aku pohon perlindungan MU daripada fitnah Dajjal..

Sejarah Hari Ibu



Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biar pun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/



Link pilihan:

Hukum Merayakan Hari Ibu





*


13 ulasan:

  1. Fuh.. Bhaya btul, byknya crite sbalik hari Ibu ni.. Mudah2han lepas ni sy bringt, taknk smbut lg dah.. Hari2 adalh utk ibu sy.. Slagi beliau hidup, insyaAllah akn trus mnabur bakti..

    BalasPadam
  2. yup2 betul tu. setiap hari adalah utk ibu bkn masa hari ibu ja (=

    BalasPadam
  3. Tak pernah sambut hari ibu ni...pd saya ibu adalah segalanya,setiap hari dialah segalanya

    BalasPadam
  4. owwww....baru tau la....huhu...dah bcdang nak beli hadiah td..hee...xpa...tnggu bufday ibu je la ye...love my mum...

    BalasPadam
  5. bahaya betul nie...mari kita sebarkanyer..

    BalasPadam
  6. Assalam, mohon izin saya post ke wall saya di facebook, untuk makluman sesama insan....

    BalasPadam
  7. pada saya hari ibu patut disambut..cuma tak perlu la disambut pd hari yg sama dgn agama lain...fmly tu msti ada ramai ibu...so boleh wat hari keluarga dan sekali sambut hari ibu dan bapa...

    BalasPadam
  8. Hari-hari tetap pada ibu.yg mungkar x perlu diikut. Tapi kalau hari ibu yg disambut nawaitu aku hanya utk ibu kandung ku sendiri sahaja dan aku memberi hadiah berupa telekong dan sejadah adakah haram?hamba yg perlu penjelasan

    BalasPadam
  9. kenapa perlu sambut hari ibu yang setahun sekali tuh.. adakah anda menghargai ibu anda setahun sekali sahaja..? kalau nak bagi hadiah pada ibu tak perlu tunggu hari ibu tu.. bila-bila masa kita boleh beri hadiah.. jasa dan pengorbanan ibu kita tak dapat di balas dengan hadiah, bunga, kad atau wang ringgit.. cukuplah kita menjadi anak yang baik, tidak menyakiti hati ibu kita dan sentiasa mendoakan ibu kita setiap kali selepas solat.. wallahualam..

    BalasPadam
  10. betul..
    hari jadi ibu kita pon bleh d guna kan sbg hari ibu kite
    xpon...kerajaan negara kite perlu buat pilihan tarikh utk hari ibu bg negara kita..
    xperlu ikut hari ibu gereja bg yg bragama islam..

    BalasPadam
  11. BIARLAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN YANG MENENTUKAN HUKUM SEBENAR BERKENAAN HARI IBU INI. MUNGKIN DARI PRESPEKTIF ISLAM BERLAINAN DENGAN PRESPEKTIF BARAT.
    WALLAHULAM...

    BalasPadam
  12. alhamdulillah..tk pernah pon sambut hari ibu, setiap kali jumpa ibu mesti bg ciuman n buah tngan...untuk ibu, doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu.

    BalasPadam
  13. setiap hari aku sayang ibu, salam kenal :)

    BalasPadam

Popular Posts