"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Amal Terus Menerus

*
Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Amal yang paling dicintai oleh Allah adalah yang dikerjakan terus menerus walaupun sidikit.". (HR Bukhari dan Muslim)

Imam Nawawi rahimahullah mengatakan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan terus menerus dan rutin adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi terhenti-henti atau dilakukan sekali-sekala sahaja.

*

Terjemahan bacaan-bacaan dalam solat

*
Solat akan lebih khusyuk jika tahu dan faham makna bacaan-bacaan yang dibaca.




Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan ni'mat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naiks aksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keatas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atasI brahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau
berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim didalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnyahanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, yaTuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dans ahabat-sahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.



Link pilihan:

Kepentingan khusyuk dalam solat



*

Mengeluh merungut tanda tidak sabar

*
Tanda tidak sabar ialah banyak mengeluh, banyak merungut.





Orang yang sabar tidak mengeluh. Orang yang sabar tidak banyak merungut.




Link pilihan:

Indahnya Sabar dan Syukur




*

Tenang, Jangan Tergesa-gesa

*

Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh ALLAH iaitu lemah lembut dan tenang". (HR Muslim)

"Bukanlah kemuliaan itu dengan memakai pakaian cantik dan bersegak tetapi ia adalah dengan ketenangan, sopan santun dan merendah diri." (HR. Ad-Dailami)

"Gopoh-gapah itu dari amalan syaitan dan sifat tenang itu adalah dari Allah Taala". (HR Abu Ya’la dan Al-Baihaqi)

Dari Aisyah,  Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tenanglah wahai Aisyah! Allah menyukai hal itu. Bersikap ramah dan sabarlah dalam setiap perkara." (HR Bukhari)

Dari Abu Qatadah, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Apabila muazin telah iqamat untuk solat, maka janganlah kamu berdiri lebih dahulu, sebelum melihatku berdiri di hadapanmu dan hendaklah kamu bersikap tenang." (HR. Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Apabila kamu mendengar iqamat, maka pergilah solat berjemaah dan hendaklah bersikap tenang dan tenteram, jangan tergesa-gesa. Dalam keadaan bagaimana saja pun mereka kamu dapati, maka solatlah kamu bersama mereka, mana yang kamu ketinggalan, sempurnakanlah kemudian." (HR Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah, Nasaai & Ahmad)

Wallahu a'lam.



Link pilihan:

Mencari Ketenangan

Gopoh

Pentingnya Solat




*

Niat Baik Dapat Pahala

*
Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang berniat untuk berbuat kebaikan tetapi tidak jadi mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya 1 kebaikan (pahala) yang sempurna, jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan untuknya 10 hingga 700 kebaikan, bahkan boleh lebih banyak lagi. Sesiapa yang berniat untuk berbuat kejahatan tetapi tidak jadi mengerjakannya, maka akan dituliskan untuknya 1 kebaikan yang sempurna, jika dia benar-benar mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan 1 keburukan (dosa) untuknya.” (HR Bukhari & Muslim)

*

Suruh Anak Solat

*



"Suruhlah anak-anak kamu solat pada umur 7 tahun. Dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat pada umur 10 tahun.” (HR Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim)

Pukul yang tidak menyakitkan, sekadar untuk beri pengajaran ...



-> Kepentingan Solat



 

*

Jangan Bakhil

*
Bakhil ialah kedekut atau kikir atau lokek.

"Seburuk-buruk sifat yang ada kepada seseorang adalah bakhil dan penakut." (HR Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud, hadis no: 2150)

"Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”. (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, dia mendengar Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda: “Perumpamaan orang yang kedekut dengan orang yang pemurah seperti dua orang yang memakai baju besi yang menutupi dadanya sampai ke leher. Orang yang pemurah, bajunya lapang dan sempurna menutupi badannya hingga ke anak-anak jarinya dan menghapus jejaknya (dosanya). Sedangkan orang yang kedekut disebabkan dia tidak mahu menafkahkan hartanya, maka tiap-tiap cantuman bajunya sendat di tempatnya, dia berusaha mahu melonggarkannya tetapi tidak pula longgar.” (HR Bukhari)

Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud, “Tidak ada suatu hari pun yang seorang hamba bangun pagi melainkan turun dua malaikat ke bumi. Yang satu berdoa, ‘Ya Allah! Berilah ganti kepada hamba-Mu yang menafkahkan hartanya.’ Dan yang satu lagi berdoa, ‘Ya Allah! Binasakanlah harta orang-orang yang kedekut.’” (HR Bukhari)

Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya dengan kekang dari api neraka pada hari kiamat.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi)

"Orang yang bakhil ialah orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat ke atasku." (HR Tirmidzi)


Wallahu a'lam.



Link pilihan :

Kelebihan Bersedekah


*

Orang yang bijak

*

"Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR. Tirmizi)

*

Valentine's day - Hukum meraikannya

*

Valentine Day - Hukum meraikannya di sisi Islam -> Click sini

Valentine..Benarkah ia hanya kasih sayang ? -> Click sini

*

Wajib Cintai Nabi

*


Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Tidaklah dianggap beriman di kalangan kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada ibubapanya, anaknya dan manusia seluruhnya." (HR Bukhari)

Tanda Cinta kepada Nabi shollallahu 'alaihi wasallam ialah dengan banyak berselawat ke atas-nya & beramal dengan SUNNAH-nya..


*

Kelebihan Berselawat

*


Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perbanyakkanlah berselawat pada ku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang berselawat untukku satu kali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Baihaqi)

Daripada Anas RA daripada Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat, maka ALLAH akan membalas kepadanya sepuluh kali selawat, dihapuskan daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkat baginya sepuluh darjat.” (HR Ahmad, al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad, an-Nasa’i dan lain-lain dengan sanad sahih)

Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesengguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakanh selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekalian Nabi. (HR Abu Dawud dengan isnad sahih.)

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah bersabda: Tiada seorang pun yang memberi salam/selawat padaku, melainkan Allah mengembalikan rohku, sehingga saya dapat menjawab salam orang itu. (HR Abu Dawud dengan isnad sahih.)

Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah bersabda, "Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak berselawat pada aku, yakni lebih diutamakan untuk memperoleh syafaat dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya. (HR Termidzi, hadis hasan.)

"Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku sepuluh kali pada waktu pagi, sepuluh kali pada waktu petang, maka dia akan mendapat syafa'atku pada hari Kiamat". (HR Tabarani.)

Kalam Syaikh Ibnu `Athoillah as-Sakandari rahimullah : "Orang yang tidak mampu memperbanyak berpuasa dan melakukan solat malam (solat-solat sunnat pada waktu malam) hendaknya menyibukkan diri dengan berselawat ke hadrat Junjungan Rasulullah. Seandainya sepanjang hidup, engkau melakukan seluruh amal ketaatan, lalu Allah memberikan satu selawat sahaja atasmu, tentu satu selawat tersebut lebih berat dari semua amal ketaatan yang engkau lakukan selama tempoh tersebut. Sebab engkau berselawat sesuai dengan kapasiti kemampuanmu, sedangkan selawat daripada Allah adalah sesuai dengan sifat rububiyah (ketuhanan)-Nya. Ini baru satu selawat, maka bagaimana pula jika Allah membalasmu dengan sepuluh selawat bagi satu selawatmu ke hadrat Junjungan seperti keterangan hadits ? Menurut Sayyidina Abu Hurairah r.a., Junjungan Rasulullah bersabda:- "Sesiapa yang berselawat atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali." Betapa indahnya hidup ini jika engkau isikan dengan taat kepada Allah, dengan sentiasa berzikir kepadaNya dan sibuk berselawat atas Junjungan Nabi shollallahu 'alaihi wasallam di setiap waktu disertai hati yang ikhlas, jiwa yang tulus, niat yang baik dan perasaan cinta kepada Junjungan Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam."

Al Habib Umar ben Hafidz ketika menceritakan kelebihan selawat... kata Habib, " Berapa banyak dimajlis ini kita berselawat ke atas Nabi? Apa yang dijanjikan selawat kita ke atasnya? Balasannya, Allah pemilik Arays yang Agung akan membalas selawat kita. Seandainya Nabi membalas selawat kita, itupun sudah sangat besar bagi kita.
Seandainya selawat kita dibalas oleh Makhluk lain yang tinggi derajatnya seperti para Malaikat, Auliya' Allah itupun ianya sudah besar juga bagi kita, bagaimana pula sekiranya yang berselawat ke atas kita itu adalah Allah. Tuhan segala sesuatu. Raja segala sesuatu, yang Maha Mampu Berbuat sesuatu. Yang berkuasa ke atas sesuatu dan balasan ke atas selawat itu bukannya satu tapi 10 selawat bagi 1.
Disebut ahli makrifatullah, seandainya ditimbang amalan semua makhluk di atas satu timbangan, tapi satu selawat dari Allah di satu timbangan, nescaya satu selawat Allah di atas timbangan lebih berat dari segala amal di atas muka bumi ini. Sebab itu amalan makhluk, tapi ini Amalannya Allah pencipta Makhluk. Dan Tak ada yang menyerupai Allah ﷻ segala Sesuatu "

Dari Fadhalah bin Ubaid r.a. katanya: Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam pernah mendengar seseorang yang berdoa, tetapi dia tidak mengucapkan puji-pujian kepada Allah Ta'ala dan tidak pula membaca selawat pada Nabi, lalu Rasulullah bersabda: Tergesa-gesa sekali orang ini, kemudian orang itu dipanggilnya. Nabi shollallahu 'alaihi wasallam lalu bersabda pada orang itu atau pada orang lain juga: Jikalau seseorang di antara engkau semua hendak berdoa, maka hendaklah memulakan dengan mengucapkan puji-pujian kepada Allah, selanjutnya membaca selawat kepada Nabi seterusnya bolehlah dia berdoa dengan apa yang dikehendakinya. (HR. Abu Dawud dan Termidzi)


Allah humma Solli Wa sollim 'ala Sayyidina Muhammad, Wa 'ala ali Sayyidina Muhammad.


Wallahu 'alam.



Link pilihan:

Syafa'at Nabi Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam
 
Kisah Diampun Dosa Sebab Selawat

Kelebihan Hari Jumaat 




*

Popular Posts