Allahumma inni 'a'u zubika min fitnatil masi khid dajjal - Ya ALLAH, aku pohon perlindungan MU daripada fitnah Dajjal..

Doa jibril menjelang Ramadan

*
Ini BUKAN HADIS

"Doa Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan "

Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
- Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
- Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
- Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali."

Setelah diteliti oleh ahli hadis, do’a Malaikat Jibril tersebut tidak ditemui asalnya, bahkan di kumpulan hadis palsu atau da’if pun tidak ada. Tidak ditemui sebarang tanda yang boleh membawa kita untuk menilai darjatnya.


*

Yang di bawah ini hadis sahih :

Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu’anhum, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya.”Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ “. Kemudian Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak berselawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.” (HR. Bukhari di dalam Adab al-Mufrad no 644)


Wallahu a'lam.





Link pilihan:

Kelebihan Puasa

Kelebihan Solat Tarawih

Kelebihan Lailatul Qadar

Kelebihan Sedekah di Bulan Ramadan

Zakat Fitrah

*

2 ulasan:

  1. 1.Bulan Ramadhan bulan Rahmat, Tuhan Melihat dgn Pandangan Rahmat, setiap malamnya Tuhan Mengampuni sekian bnyk sekian bnyk, dan berganda ganda lagi pd malam LailatulQadr. Mk mmg celaka (jahat benarlah) org org yg menghabiskan Ramadhan tp masih lagi tidak mendpt Pengampunan Allah swt, na'uzubillah !

    2.Amat mudahnya terselamat dr Neraka dan dimasukkan ke Syurga Allah swt dgn berbuat baik kpd ibubapa yg sudah tua. Jika yg mudah itu pun masih gagal dimanfaatkan mmg celakalah (jahat benarlah) dia, na'uzubillah !

    3.Setiap mukmin pasti cintakan Nabi saw, setiap teringat akan diselawati, dan tanda cintanya juga selalu diselawati. Selawat tidak sukar pun dan tidak berat dilidah. Mmg celakalah org yg disebut nama Nabi saw tp masih berat utk menselawatinya (saw) dek kerana semmgnya tiada rasa cintanya kpd Nabi saw atau sgt berat lidahnya utk berselawat, na'uzubillah !

    BalasPadam

Popular Posts