*
"Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan pula adalah bulan umatku". 
Para muhadditsin tidak sekata dan tidak sepakat menghukumkannya sebagai  maudhu`(Palsu).  Jika ada  yang menyatakannya sebagai maudhu`, maka ada pula  yang akan menyatakan bahawa ianya bukan maudhu` tetapi dho`if dan  sebagainya. 
Imam as-Sayuthi rahimahUllah telah memasukkan hadits ini sebagai hadits yang ke 4411 dalam karya beliau "al-Jaami`ush Shoghir fi Ahaaditsil Basyiirin Nadziir".  Jika sahaja hadits tersebut disepakati atas maudhu`nya, maka sudah  pasti Imam as-Sayuthi yang terkenal dengan ilmu dan waraknya tidak akan  bermudah-mudah meletakkannya dalam karya himpunan haditsnya tersebut.  Sudah pasti Imam as-Sayuthi mengetahui akan hukum meriwayatkan hadits  maudhu tanpa memperjelaskan kepalsuannya. Sebaliknya, Imam as-Sayuthi  menjelaskan bahawa hadits tersebut ada mempunyai sanad yang mursal  kepada seorang tabi`in yang agung iaitu Imam Hasan al-Bashri rahimahUllah sebagaimana diriwayatkan oleh Abul Fath bin Abil Fawaaris dalam kitabnya "'Amaali" dan darjatnya adalah DHO`IF (baca: dho`if bukan maudhu`).
Selanjutnya, Imam al-Munawi rahimahUllah, pengarang "Faidhul Qadiir" yang merupakan syarah bagi "Jami`ush Shoghir" pada halaman 24, juzuk ke-4, setelah menukil pendapat al-Hafiz al-'Iraqi rahimahUllah yang menghukumkan hadits tersebut sebagai dho`if jiddan (terlalu  dhoif) [lagi sekali bacanya "dho`if jiddan", bukan "maudhu` jiddan"],   kerana hadits-hadist mursal yang dinisbahkan kepada Imam Hasan al-Bashri  tidak mempunyai nilai di sisi para ahli hadits, menyatakan bahawa   adalah pelik jika sanad hadits tersebut dihukumkan sebagai mursal  sahaja. Ini adalah kerana Imam ad-Dailami dalam "Musnad al-Firdaus"  telah meriwayatkan petikan - petikan hadits yang seumpamanya  pada  lafaz daripada tiga jalan yang bersambung kepada sahabat Junjungan,  Sayyidina Anas r.a.  Ibnu Nashr dan lain-lain muhaddits juga telah  meriwayat petikan-petikan hadits yang seumpamanya dengan sanad yang  sama. Maka ini menunjukkan bahawa hadits tersebut bukanlah semata-mata  hadits mursal, tetapi hadits yang musnad yang bersambung sanad segala  periwayatnya kepada Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam.
 Wallahu a'lam.
Sumber: http://bahrusshofa.blogspot.com/2009/06/rajab-bulan-allah.html 
  
 
 Link pilihan:
 Kelebihan Bulan Rejab 
 Memahami Hadis Dhaif
*
Popular Posts
- 
* Dari Abu Darda r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ay...
- 
* "Sesiapa mengucapkan astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih, akan diampuni dosa...
- 
1. Allahumma laka sumtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin Maksudnya, "Ya Allah bagi Engkau ...
- 
* Solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh dikenali sebagai Solat Fajar atau Solat Qabliyah Subuh atau Solat Sunat Subuh ....
- 
* Jika ditanya Allah ada dimana ? Jawablah: Allah ADA TANPA bertempat, tiada bagi Allah Aina (di mana). (Sumber: ...
- 
* Penjelasan Status Hadis Doa Bulan Rejab Hadis Rejab Bulan Allah - Hadis Palsu ? Kelebihan Bulan Rejab *
- 
* Waktu Solat Dhuha Secara umumnya waktu melakukan solat sunat Dhuha mengikut syarak bermula dari selepas terbit matahari iaitu angga...
- 
* "Wahai orang-orang yang beriman, telah ditentukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah ditentukan ke atas umat-umat sebelum kam...
- 
* Diterbitkan dan diedar secara percuma oleh: DARUL QURAN WAS-SUNNAH Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2 Kubang Keria...
- 
* Penjelasan Tentang Bid'ah. Dalam pengertian syari’at, bid’ah adalah: اَلْمُحْدَثُ الَّذِيْ لَمْ يَنُصَّ عَلَيْهِ الْقُرْءَانُ ...



 
 
 
 
 
 
 
 
