"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Istighfar untuk mukmin dan mukminat

*

Salah satu istighfar yang dibaca para waliyullah. Istighfar untuk mukmin dan mukminat (dibaca setiap hari 27x).
استغفر الله للمؤمنين و مؤمنات
Ertinya : Aku memohon ampun kepada Allah untuk mukmin dan mukminat.


من استغفر للمؤمنين والمؤمنات كل يوم سبعا وعشرين مرة كان من الذين يستجاب لهم ويرزق بهم اهل الارض
Dari Abu Darda' ra. Nabi Muhammad SAW. berkata : ertinya : Sesiapa membacakan istighfar untuk mukmin dan mukminat sebanyak dua puluh tujuh kali di setiap hari, maka ia termasuk golongan mereka yang terkabul doanya dan mereka yang menjadi jaminan rezeki Allah dari para penghuni bumi.". (HR. Ath-Thabaraniy)

من استغفر للمؤمنين والمؤمنات كتب الله له بكل مؤمن و مؤمنة حسنة
Dari Ubadah bin Smamit ra. Nabi Muhammad SAW. bersabda, ertinya : Sesiapa membacakan istighfar untuk mukmin dan mukminat, maka Allah mencatat satu kebajikan untuknya pada setiap seorang mukmin dan mukminat. (HR. Ath Thabarani)

Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad di dalam kitabnya An-Nashaih Ad-Diniyah Wal-Washaya Al-Imaniyah mengatakan beristighfar untuk mukmin dan mukminat sebanyak 27x termasuk sifat-sifat atau kebiasaan zikirnya para Wali.

Wallahu A'lam.

Sumber: https://www.facebook.com/pondokhabib/photos/a.422328956998.217003.295419981998/10154233986336999



Artikel pilihan:

Kelebihan Istighfar


*

Ta'wil / Takwil

*

Ta'wil ialah memalingkan makna zahir kepada makna lain yang masih dapat dikandungnya, yang sesuai dengan Al-Quran dan As-Sunnah. (Al-Imam Al-Jurjani ,At-Ta‘rifât, 50).

Menjauhkan makna dari segi zahirnya kepada makna yang lebih layak bagi Allah, ini kerana zahir makna nas al-Mutasyabihat tersebut mempunyai unsur jelas persamaan Allah dengan makhluk.

Memberi makna lain kepada sesuatu lafaz, berdasarkan qarinah (petunjuk) dalam jumlah keseluruhan atau sebahagian ayat tersebut.

Oleh itu, kalimah Istawa difahami seperti berikut:
* Beriman dengan kalimah Istawa daripada Al-Quran
* Kemudian ditakwilkan MAKNAnya kepada Istaula (استولى) yang bermaksud menguasai.

Bukti ada Salaf yang amal TAKWIL :

Imam Abu Abdir Rahman Abdullah ibn Yahya ibn al-Mubarak (w 237 H), dalam karyanya berjudul Gharib al-Quran Wa Tafsiruh dalam menafsirkan firman Allah QS. Thaha: 5 mengatakan: “Al-Istiwa’ maknanya al-Istaula (menguasai)”.[Gharib al-Quran wa Tafsiruh, h. 133]

Imam Abu Ja’far Muhammad ibn Jarir ath-Thabari (w 310 H) mentakwil firman Allah QS. Al-Baqarah: 29 “Tsummastawa Ilas sama’” berkata: “Maknanya ketinggian kekuasaan (uluww Mulk wa sulthan), bukan dengan makna tinggi bertempat, pindah dan berubah”.[Jami’ al-Bayan ‘an ta’wil Ay al0Quranm j. 1, h. 191-192]

Imam an-Nasafi menulis: Istawa ertinya Istaula, dari Imam Salaf Az-Zajjaj (241-311 H). (Tafsir An-Nasafi - Surat al-A’raf – ayat 54).

Imam al-Lughawiy Abu Ishaq Ibrahim ibn as-Sariyy az-Zajjaj (w 311 H) memaknakan Istawa dengan Istaula.[Ma’ani al-Quran wa I’rabuh, j. 3, h. 350]

Imam al-Lughawiy Abu al-Qasim Abdul Rahman ibn Ishaq az-Zajjaji (w 340 H) menuliskan bahawa nama Allah al-‘Alyy dan al-Ali adalah dalam pengertian yang Maha menguasai dan Maha menundukkan atas segala sesuatu.[Istiqaq asma’ Allah, h. 109]

Imam al-Mutakallim Abu Mansur Muhammad ibn Muhammad al-Maturidi al-Hanafi (w 333 H) menafsirkan firman Allah QS. Thaha: 5, berkata: “atau dalam makna menguasainya (menguasai arasy), kerana tidak ada menguasainya dan tidak ada yang mengaturnya selain Dia Allah”.[Ta’wilat Ahlussunnah, j. 1, h. 85]


*
Dalil berkaitan TAKWIL: Rasulullah berdoa kepada Ibnu Abbas dengan doa: Maknanya: “Ya Allah alimkanlah dia dengan hikmah dan ta'wil Al quran”. (H.R Ibnu Majah)

Hadis riwayat Ibnu al-Mundziri:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ فِي قَوْلِهِ :(وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيْلَهُ اِلاَّ اللهُ وَ الرَّاسِخُوْنَ فِى الْعِلْمِ) قَالَ: اَنَـامِمَّنْ يَعْلَمُوْنَ تَـأْوِيْـلَهُ.(رواه ابن المنذر)

"Dari Ibnu Abbas tentang firman Allah: 'Dan tidak mengetahui takwilnya kecuali Allah dan orang-orang yang mendalam ilmunya'. Berkata Ibnu Abbas: 'Saya adalah di antara orang yang mengetahui takwilnya."


1) Ibnu Abbas menta’wîl ayat : يوم يُكْشَفُ عَ ن ساقٍ “Pada hari betis disingkapkan.” (QS. al Qalam [68]:42) Ibnu Abbas ra. berkata : “Disingkap dari kegentingan.” Disini kata ساقٍ (BETIS) dita’wîl dengan makna شِدَّ ةٌKEGENTINGAN”.

Ta’wîl ayat di atas ini telah disebutkan juga oleh Ibnu Hajar dalam Fathu al Bâri,13/428 dan Ibnu Jarir dalam tafsirnya 29/38. Ia mengawali tafsirnya dengan mengatakan, “Berkata sekelompok sahabat dan tabi’în dari para ahli ta’wîl, maknanya (ayat al-Qalam:42) ialah, “Hari di mana disingkap (diangkat) perkara yang genting.”

2) Ibnu Abbas ra. menta’wîl ayat : و السَّمَا ءَ بَنَيْناهَا بِأَيْدٍ و إِنَّا لَمُوسِعُو ن “Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan Sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa.” (QS adz Dzâriyât [51] : 47). Kata أَیْدٍ secara lahiriyah adalah TANGAN, ia bentuk jama’ dari kata یَدٌ . Ibnu Abbas ra. mena’wîl erti kata YADD/TANGAN dalam ayat Adz-Dzariyat ini dengan بِقُوَّةٍ erti KEKUATAN. Demikian diriwayatkan al-Hafidz Imam Ibnu Jarir ath-Thabari dalam tafsirnya, 7/27. Selain dari Ibnu Abbas ra., ta’wîl serupa juga diriwayatkannya dari para tokoh Tabi’în dan para Salaf seperti Mujahid, Qatadah, Manshur Ibnu Zaid dan Sufyan.

3). Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : فَالْيَوْمَ نَنْسَاهُمْ كَمَا نَسُوا لِقَاءَ يَوْمِهِمْ هَٰذَا
“Maka pada hari ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini…” (QS. al A’râf [7]:51). Ibnu Abbas ra. menta’wil ayat ini yang menyebut perkataan MELUPAKAN dengan ta’wîl "MEMBIARKAN”. Ibnu Jarir berkata: “iaitu maka pada hari ini iaitu hari kiamat, Kami MELUPAKAN mereka, Dia berfirman, Kami MEMBIARKAN mereka dalam siksa..’ (Tafsir Ibnu Jarir, 8/201)

4) Ath-Thabari mengemukakan dua riwayat yang bersanad kepada Ibnu Abbas, berkenaan dengan penafsiran firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang berbunyi, “Kursi Allah meliputi langit dan bumi. ” Ath-Thabari berkata, “Para ahli takwil berselisih pendapat tentang arti kursi. Sebagian mereka berpendapat bahwa yang dimaksud adalah ilmu Allah. Orang yang berpendapat demikian bersandar kepada Ibnu Abbas yang mengatakan, ‘Kursi-Nya adalah ilmu-Nya.’ Ada pun riwayat lainnya yang juga bersandar kepada Ibnu Abbas mengatakan, ‘Kursi-Nya adalah ilmu-Nya’ Bukankah kita melihat di dalam firman-Nya, ‘Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya.’” (Tafsir ath-Thabari, jld 3, hal 7.)

5) Tafsiran firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang berbunyi, “Segala sesuatu pasti binasa kecuali WAJAH-Nya” (QS. al-Qashash: 88), dan juga firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang berbunyi, “Dan tetap kekal WAJAH Tuhanmu, yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan” (QS. ar-Rahman: 27),

Ath-Thabari berkata, “Mereka berselisih tentang makna firman-Nya, ‘kecuali WAJAH-Nya’. Sebagian dari mereka berpendapat bahwa yang dimaksud ialah, segala sesuatu pasti binasa 'KECUALI DIA'. Sementara sebagian lain berkata bahwa maknanya ialah, 'kecuali yang dikehendaki wajah-Nya', dan mereka mengutip sebuah syair untuk mendukung takwil mereka, “Saya memohon ampun kepada Allah dari dosa yang saya tidak mampu menghitungnya Tuhan, yang kepada-Nya lah wajah dan amal dihadapkan.” (Tafsir ath-Thabari, jld 2, hal 82).

Al-Baghawai berkata, “Yang dimaksud dengan ‘kecuali wajah-Nya’ ialah ‘kecuali Dia’. Ada juga yang mengatakan, ‘kecuali kekuasaan-Nya’.

Abul ‘lyalah berkata, “Yang dimaksud ialah ‘kecuali yang dikehendaki wajah-Nya’.” (Tafsir al-Baghawi).

Di dalam kitab ad-Durr al-Mantsur, dari Ibnu Abbas yang berkata, “ertinya ialah ‘kecuali yang dikehendaki wajah-Nya’.” Dari Mujahid yang berkata, “Yang dimaksud ialah ‘kecuali yang dikehendaki wajah-Nya.’”

Dari Sufyan yang berkata, “Yang dimaksud ialah ‘kecuali yang dikehendaki wajah-Nya, dari amal perbuatan yang saleh’.”


Ibnu Abbas ra. adalah seorang sahabat. Mujahid adalah seorang tabi’în. Ibnu Jarir, ath-Thabari adalah Ulama Tafsir kalangan Salaf…

SEBAHAGIAN salaf, termasuk Ibnu Abbas mentakwil ayat-ayat Al-Quran. KEBANYAKAN Salaf  lebih memilih Tafwidh tetapi tidak mengkafirkan SEBAHAGIAN yang bermanhaj Ta’wil.

Wallahu A'lam.


*


Link pilihan:

Ulama Salaf Dan Khalaf Yang Mentakwil Istawa

Manhaj SALAF Yang Sebenar

Kefahaman yang Sahih tentang fahaman SALAF

MEMAHAMI FAHAMAN TAJSIM

Fakta Golongan Salaf dan Khalaf melakukan TAKWIL

Di mana salahnya aqidah fahaman Wahabi Salafi




*

SALAF

*

Salaf ialah nama “zaman” iaitu merujuk kepada golongan ulama yang hidup antara kurun zaman kerasulan Nabi Muhammad hingga tahun 300 HIJRAH. (Tahun 0H - 300H).

1) Golongan generasi pertama dari 300 tahun hijrah di sebut “Sahabat” kerana mereka pernah bertemu Nabi.

2) Golongan generasi kedua pula disebut “Tabi’in” iaitu golongan yang pernah bertemu Sahabat tapi tak pernah bertemu Nabi.

3) Golongan generasi ketiga disebut sebagai “Tabi’ tabi’in” iaitu golongan yang tidak pernah bertemu Nabi dan sahabat tapi bertemu dengan tabi’in.

Jadi Imam Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi) merupakan murid Sahabat Nabi maka beliau seorang TABI’IN.

Imam Malik, Imam Syafie, Imam Hanbali, Imam Asy’ari pula berguru dengan tabi’in maka mereka adalah golongan TABI’ TABI’IN.

Jadi kesemua Imam-Imam yang mulia ini merupakan golongan SALAF YANG SEBENARNYA dan pengikut mazhab mereka layak digelar sebagai “Salafi” kerana “salafi” bermaksud “pengikut golongan SALAF”.

Alhamdulillah kita yang masih berpegang kepada mazhab Syafie yang merupakan mazhab atau manhaj SALAF.

Wallahu A'lam.

*

Link pilihan:

Manhaj SALAF Yang Sebenar


IMAM Syafi`e Menghukum KAFIR Orang Yang Mengatakan Allah duduk Atas Arasy

Panduan Mencari Kebenaran



*

Paksu Hj Hamid

*

Inilah al alim allamah al arifbillah Paksu Hj Hamid yang dikenali sebagai PakSuMid Waliullah.
Beliau mendapat ilmu Laduni di mana dia dapat membaca dalaman kita.. Kalau siapa yg pernah menziarahi nya... Perkara biasa jika dia menegur dengan bahasa kiasan yang cukup tinggi." Dan banyak sangat kiasan yang digunakan betul kena atas kepala kita. Kalau jenis solat subuh lewat atau tak bangun solat subuh..ready lah dengar dia tegur.. Ilmu laduni Allah bagi kepada hambanya yg dipilih. Banyak pesanan dia pada al fakir, alhamdulillah ditunaikan oleh Allah dapat bersama paksumid dan dapat doa khusus dari paksumid buat kami tholibul ilmi utk istiqamah. Dan lekatkan ilmu yang kami pelajari. Siapa yang tidak biasa jumpanya, pasti takut dengan teguran nya.. Bak kata Ust Abdullah Khairi, biar di atas dunia ditegur oleh Paksu daripada ditegur di akhirat kelak oleh Allah. Teguran Paksu untuk kita bermuhasabah. Tiap kali ziarahinya, dia akan tegur dengan kiasan yang mana teguran itu memang kena dan sesuai pada kita.

Teman, selagi beliau masih ada, ziarahilah dia. Sangat tinggi mantik dan balaghahnya. Tiap tegurannya dalam bentuk kiasan yg sangat tepat kena pada diri kita. Ziarahilah orang alim, dapat merawat hati yang lara. Ramai ulama dari pelosok negara datang ziarahinya. Usianya dah senja, masa kami minta aoa darinya, dia sempat berkata, "hampa juga doa buat Paksu, supaya diberi kekuatan oleh Allah, berkat doa orang mengaji." Allah...Allah...Allah... Tawadhuk ahli makrifatullah minta doa dari kami yang jahil kabir ini.. Sama-sama kita doa kepada Allah supaya sihatkan tubuh badan Paksu dan panjangkan umurnya.

Di copy dengan sedikit suntingan dari : https://www.facebook.com/khairul.affendy/posts/1054153941295546

*


Link berkaitan Pak Su Hamid :

http://qulamirulhakim.blogspot.com/2014/09/ziarah-tuan-guru-hj-abdul-hamid-bin.html

https://www.facebook.com/426979547372500/videos/631505593586560/

https://www.facebook.com/matsumas/videos/10207760433438545


*

IMAM Syafi`e Menghukum KAFIR Orang Yang Mengatakan Allah duduk Atas Arasy

*

Al-Imam al-Mujtahid Muhammad ibn Idris radiyallahu `anhu (wafat 204 H), seorang ulama SALAF yang lebih dikenali dengan nama Imam Shafi`e mengatakan:

مَنِ اعَقَدَ أَنَّ اللّهَ جَالِسٌ عَلَى العَرشِ فَهُوَ كَافِرٌ فَلَا تَصِحُّ الصَّلَاةُ خَلفَهُ

Maksudnya: "Sesiapa yang meyakini Allah duduk, bersemayam, di atas arasy, maka dia telah kafir, maka tidak sah bermakmum solat kepada orang tersebut". (Kifayah an-Nabih Syarah at-Tanbih karya Ibn ar-Rif'ah,Juz 4 hal 24 cetakan Dar al-Kutub)

Imam Shafi`e mengatakan :

"مَنْ قَالَ أَوِ اعْتَقَدَ أَنَّ اللهَ جَالِسٌ عَلَى الْعَرْشِ فَهُوَ كَافِرٌ".

Maksudnya:

"Sesiapa berkata atau berkeyakinan bahawa Allah duduk/berada di atas `Arasy maka dia telah kafir ". (Diriwayatkan oleh Ibnu Mu`allim al Qurasyi dalam kitabnya Najm al Muhtadi Wa Rajm al Mu`tadi. h. 155.)


Imam Shafi`e mengatakan :

"مَنِ اعْتَقَدَ أَنَّ اللهَ جَالِسٌ عَلَى الْعَرْشِ كُفْرٌ لا صَلاة وَرَاءَهُ".

Maksudnya:

"Sesiapa yang beraqidah (berpegang/berkeyakinan) bahawa Allah bersemayam/duduk di atas `Arasy, maka dia menjadi kafir dan tidak boleh solat (menjadi makmum) di belakangnya". (Diriwayatkan oleh al-Imam al-Qadhi Najm al-Din dalam kitabnya Kifayah al-Nabih)

Hidayah itu milik ALLAH.

Wallahu A'lam.




Link pilihan:

Riwayat palsu guna nama Imam Syafi’e -> http://kitab-kuneng.blogspot.com/2016/09/menempatkan-kembali-nash-nash-imam.html

Membongkar Berbohong Atas Nama Imam Abu Hanifah ->
https://www.facebook.com/notes/aqidah-ahlussunnah-allah-ada-tanpa-tempat/allah-ada-tanpa-tempat-membongkar-aqidah-sesat-wahhabi-yang-sering-berbohong-bes/112482625435322

Di mana salahnya akidah fahaman Salafi Wahabi ? ->
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2016/04/di-mana-salahnya-aqidah-fahaman-wahhabi.html

Panduan Mencari Kebenaran ? ->
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2016/09/panduan-mencari-kebenaran.html

ALLAH ada di mana ? ->
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2013/10/allah-ada-dimana.html

ALLAH berada di atas langit ? ->
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2016/02/allah-berada-di-langit.html

IMAM Syafi`e Menghukum KUFUR Orang Yang Mengatakan Allah duduk Atas Arasy ->
https://www.facebook.com/notes/ahmad-fikri/imam-syafie-menghukum-kufur-orang-yang-mengatakan-allah-duduk-atas-arasy/128119857384154/


*

Popular Posts