"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Hukum Sedekah Kepada Bukan Islam

*

Firman Allah (maksudnya): “Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang tidak beriman) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturanNya). Dan apa jua harta yang baik yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang baik, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan”. (Surah al-Baqarah ayat 272) 

Ibn Kathir mentafsirkan ayat di atas bahawa, pemberian sedekah boleh kepada sesiapa sahaja, sama ada muslim atau bukan muslim , orang soleh atau tidak, tetap mendapat pahala dari sisi Allah selagi tujuannya mencari keredhaan Allah. (Tafsir al-Quran al-‘Azim, 2/476, Saudi: Dar ‘Alam al-Kutub)

*

Kelebihan Orang Fakir

*

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud: “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud: “Orang fakir yang beriman akan masuk syurga mendahului orang kaya selama setengah hari (akhirat), iaitu 500 tahun (dunia).” (Hadis Sunan Ibni Majah No. 4122, Kitabul zuhdi )

*

Doa Untuk Nabi Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam

*

(Moga Allah membalas bagi pihak kami akan segala kebajikan yang  dilakukan oleh Junjungan Nabi Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam dengan balasan yang selayaknya buat baginda)

"Sesiapa yang mengucapkan: Jazallahu `anna Muhammadam maa huwa ahluh, ia akan menyibukkan 70 malaikat pencatat amalan selama 1000 hari". (HR. Imam ath-Thabraani)

70 malaikat pencatat amalan akan sibuk mencatatkan kebaikan selama 1000 hari untuk orang yang mengucapkan doa tersebut.

Wallahu a'lam.

*

Bagai Genggam Bara Api

*
"Akan datang kepada umatku suatu zaman yang ketika itu orang yang berpegang kepada agamanya seperti menggenggam bara api." (HR. At-Tirmidzi)

Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dalam kitab al-Fitan wal Malahim, no. 4333 bahwa Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda ketika menafsirkan ayat “alaikum anfusakum” (QS. al-Maidah: 105): “Bahkan perintahkanlah oleh kamu sekalian untuk berbuat amar ma’ruf nahi mungkar, sehingga jika engkau telah melihat manusia bersifat lokek, hawa nafsu meliar, dunia diutamakan, dan setiap orang yang mempunyai pendapat,  telah bangga dengan pendapatnya sendiri, maka hendaklah kalian menjaga diri kalian sendiri dan meninggalkan orang-orang awam, kerana sungguh setelah itu akan ada hari-hari orang yang sabar ibarat menggenggam bara api. Orang yang beramal (pada zaman itu, akan mendapatkan pahala) seperti pahala lima puluh kali orang yang beramal di antara kalian.” Dalam riwayat lain ada tambahan, “Para shahabat ketika itu bertanya kepada Rasulullah, “Lima puluh kali kami atau mereka?” Rasulullah menegaskan, “lima puluh kali kamu sekalian (yakni para sahabat).”

Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya di belakang kalian ada hari-hari kesabaran, kesabaran di hari itu seperti menggenggam bara api, bagi yang beramal pada waktu itu akan mendapatkan pahala lima puluh.” Seseorang bertanya: “Lima puluh dari mereka wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “lima puluh kali kamu sekalian (yakni para sahabat).” (HR Abu Dawud, At Tirmidzi lihat Silsilah Ash Shahihah no. 494)

Wallahu 'alam.

*

Dajjal 1

*

Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sungguh aku tahu apa yang ada bersama Dajjal, bersamanya ada dua sungai mengalir. Salah satunya secara mata kasar berupa air putih dan yang lainnya secara mata kasar berupa api yang bergejolak. Bila ada yang menjumpainya, hendaklah mendatangi sungai yang dia lihat berupa api dan hendaklah menutup mata, kemudian hendaklah menundukkan kepala lalu meminumnya kerana sesungguhnya itu adalah air dingin." (HR. Bukhari)

Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, Sesungguhnya Dajjal itu adalah seorang laki-laki yang pendek, berkaki bengkok, berambut kerinting, buta sebelah matanya, di atas matanya ada kulit tebal, diantara kedua matanya tertulis KAFIR (KAF, FA, RA) yang boleh dibaca oleh setiap mukmin." (HR. Bukhari)

Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Apabila kalian selesai dari tasyahud akhir, hendaklah memohon perlindungan kepada Allah dari empat perkara, iaitu; dari azab neraka Jahannam, dari siksa kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta dari fitnah Dajjal." (HR. Bukhari)

Dari Abu Darda r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi, dia akan terlindung dari fitnah Dajjal" (Hadis Riwayat Muslim)

Wallahu a'lam.


*



Link pilihan:

Surah Al-Kahfi Ayat 1 - 10


Kajian Tentang Dajjal


*

Tak diterima solat 40 hari

*

Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda: "Sesiapa yang datang kepada TUKANG TILIK, kemudian bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka TIDAK DITERIMA SOLATNYA selama 40 HARI". (HR. Muslim)

Wallahu a'lam.


*

Adab Khilafiah

*

Para Fuqaha telah menggunakan perkataan ikhtilaf dan khilaf dengan makna yang sama iaitu sesuatu yang tidak disepakati oleh para fuqaha dalam masalah-masalah ijtihadiyah. Terdapat lebih dari satu pendapat atau pandangan yang berbeza.

Adab dan sikap yang  dituntut atas perkara yang telah menjadi ikhtilaf atau khilaf ulama ialah :
- Dilarang mengkritik dan merendahkan pendapat yang dikemukakan.
- Dilarang berbantah-bantah dan dipanjangkan perdebatan.
- Tidak memandang salah atau ganjil terhadap pendapat yang dikemukakan.
- Menghormati pendapat ulama tersebut dan pengikut yang mengamalkannya.
- Berbaik sangka dengan pendapat yang dikemukakan.
- Berlapang dada dengan pendapat ulama tersebut dan pengikut yang mengamalkannya.

Wallahu a'lam.



Sumber:

http://nasronhashim.blogspot.com/2012/07/adab-adab-berbeza-pendapat-khilafiah.html
http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=882&Itemid=1
http://onemas-jendelailmu.blogspot.com/2010/11/nasehat-kepada-yang-suka-melemparkan.html



*



Hukum Pukul Gendang Dalam Masjid

*

Hukum memainkan gendang di dalam masjid adalah perkara khilafiah, ada ulama' membolehkannya dan ada ulama' melarangnya. 

Adab dan sikap yang  dituntut atas perkara yang telah menjadi ikhtilaf atau khilaf ulama ialah :
- Dilarang mengkritik dan merendahkan pendapat yang dikemukakan.
- Dilarang berbantah-bantah dan dipanjangkan perdebatan.
- Tidak memandang salah atau ganjil terhadap pendapat yang dikemukakan.
- Menghormati pendapat ulama tersebut dan pengikut yang mengamalkannya.
- Berbaik sangka dengan pendapat yang dikemukakan.
- Berlapang dada dengan pendapat ulama tersebut dan pengikut yang mengamalkannya.

Wallahu 'alam.



Sumber:

https://www.facebook.com/abunawasmajdub/posts/259892924156560
http://www.aswj-rg.com/2014/04/menjawab-tuduhan-bidaah-qasidah-di-masjid.html
http://www.fikihkontemporer.com/2012/12/hukum-memainkan-rebana-didalam-masjid.html 
http://jomfaham.blogspot.com/2014/01/hukum-zikir-sambil-menari.html 




*

Popular Posts