Waktu Solat Dhuha
Secara umumnya waktu melakukan solat sunat Dhuha mengikut syarak bermula dari selepas terbit matahari iaitu anggaran naik matahari setinggi satu galah sehingga condongnya matahari ke arah barat.
Secara umumnya waktu melakukan solat sunat Dhuha mengikut syarak bermula dari selepas terbit matahari iaitu anggaran naik matahari setinggi satu galah sehingga condongnya matahari ke arah barat.
Pengiraan Waktu Dhuha secara astronomi/falak adalah berdasarkan formula waktu Syuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan waktu Syuruk dan waktu Subuh atau secara purata waktu Dhuha bermula 28 minit selepas waktu Syuruk.
Pengiraan Waktu Dhuha Berdasarkan Formula Falak
Waktu Syuruk = 07:10 pagi
Waktu Subuh = 05:48 pagi.
Waktu Dhuha ialah :
Waktu Syuruk ( 07:10 pagi) + 1/3 (Waktu Syuruk – Waktu Subuh) (07:10 pagi – 05:48 pagi = 1 jam 22 Minit @ 82 minit)
= 07:10 pagi + 1/3 (82 Minit)
= 07:10 pagi + 27 minit
= 07:39 pagi.
Waktu Dhuha Bermula dari pukul 07:39 pagi.
Waktu Afdal Solat Dhuha
Waktu afdal Solat Sunat Dhuha pula adalah 2/3 masa antara bermulanya Solat Sunat Dhuha sehingga masuk waktu Zuhur.
Tamat Waktu Solat Dhuha
Waktu tamat atau waktu berakhir Solat Sunat Dhuha adalah ketika matahari tegak di atas kepala iaitu lebih kurang 9 minit sebelum masuknya waktu Zuhur.
Sumber: https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/12/12/pengiraan-waktu-dhuha-berdasarkan-formula-falak/
*
*