"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Hadis - Rejab Bulan Allah

*


"Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan pula adalah bulan umatku". 

Para muhadditsin tidak sekata dan tidak sepakat menghukumkannya sebagai maudhu`(Palsu).  Jika ada yang menyatakannya sebagai maudhu`, maka ada pula yang akan menyatakan bahawa ianya bukan maudhu` tetapi dho`if dan sebagainya. 

Imam as-Sayuthi rahimahUllah telah memasukkan hadits ini sebagai hadits yang ke 4411 dalam karya beliau "al-Jaami`ush Shoghir fi Ahaaditsil Basyiirin Nadziir". Jika sahaja hadits tersebut disepakati atas maudhu`nya, maka sudah pasti Imam as-Sayuthi yang terkenal dengan ilmu dan waraknya tidak akan bermudah-mudah meletakkannya dalam karya himpunan haditsnya tersebut. Sudah pasti Imam as-Sayuthi mengetahui akan hukum meriwayatkan hadits maudhu tanpa memperjelaskan kepalsuannya. Sebaliknya, Imam as-Sayuthi menjelaskan bahawa hadits tersebut ada mempunyai sanad yang mursal kepada seorang tabi`in yang agung iaitu Imam Hasan al-Bashri rahimahUllah sebagaimana diriwayatkan oleh Abul Fath bin Abil Fawaaris dalam kitabnya "'Amaali" dan darjatnya adalah DHO`IF (baca: dho`if bukan maudhu`).

Selanjutnya, Imam al-Munawi rahimahUllah, pengarang "Faidhul Qadiir" yang merupakan syarah bagi "Jami`ush Shoghir" pada halaman 24, juzuk ke-4, setelah menukil pendapat al-Hafiz al-'Iraqi rahimahUllah yang menghukumkan hadits tersebut sebagai dho`if jiddan (terlalu dhoif) [lagi sekali bacanya "dho`if jiddan", bukan "maudhu` jiddan"], kerana hadits-hadist mursal yang dinisbahkan kepada Imam Hasan al-Bashri tidak mempunyai nilai di sisi para ahli hadits, menyatakan bahawa adalah pelik jika sanad hadits tersebut dihukumkan sebagai mursal sahaja. Ini adalah kerana Imam ad-Dailami dalam "Musnad al-Firdaus" telah meriwayatkan petikan - petikan hadits yang seumpamanya pada lafaz daripada tiga jalan yang bersambung kepada sahabat Junjungan, Sayyidina Anas r.a. Ibnu Nashr dan lain-lain muhaddits juga telah meriwayat petikan-petikan hadits yang seumpamanya dengan sanad yang sama. Maka ini menunjukkan bahawa hadits tersebut bukanlah semata-mata hadits mursal, tetapi hadits yang musnad yang bersambung sanad segala periwayatnya kepada Junjungan Nabi 
shallaAllahu `alaihi wa sallam.

Wallahu a'lam.



Sumber: http://bahrusshofa.blogspot.com/2009/06/rajab-bulan-allah.html




Link pilihan:

Kelebihan Bulan Rejab

Memahami Hadis Dhaif




*

Hukum Sedekah Kepada Bukan Islam

*

Firman Allah (maksudnya): “Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang tidak beriman) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturanNya). Dan apa jua harta yang baik yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang baik, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan”. (Surah al-Baqarah ayat 272) 

Ibn Kathir mentafsirkan ayat di atas bahawa, pemberian sedekah boleh kepada sesiapa sahaja, sama ada muslim atau bukan muslim , orang soleh atau tidak, tetap mendapat pahala dari sisi Allah selagi tujuannya mencari keredhaan Allah. (Tafsir al-Quran al-‘Azim, 2/476, Saudi: Dar ‘Alam al-Kutub)

*

Kelebihan Orang Fakir

*

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud: “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud: “Orang fakir yang beriman akan masuk syurga mendahului orang kaya selama setengah hari (akhirat), iaitu 500 tahun (dunia).” (Hadis Sunan Ibni Majah No. 4122, Kitabul zuhdi )

*

Doa Untuk Nabi Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam

*

(Moga Allah membalas bagi pihak kami akan segala kebajikan yang  dilakukan oleh Junjungan Nabi Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam dengan balasan yang selayaknya buat baginda)

"Sesiapa yang mengucapkan: Jazallahu `anna Muhammadam maa huwa ahluh, ia akan menyibukkan 70 malaikat pencatat amalan selama 1000 hari". (HR. Imam ath-Thabraani)

70 malaikat pencatat amalan akan sibuk mencatatkan kebaikan selama 1000 hari untuk orang yang mengucapkan doa tersebut.

Wallahu a'lam.

*

Popular Posts