"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Hadith Dhaif

*

Al-Hafiz Ibnu Solah telah mentakrifkan hadith dhaif (lemah), dengan katanya bahawa: “setiap hadith yang tidak mencukupi syarat-syarat hadith sahih dan tidak juga mencukupi syarat-syarat hadith hasan, maka itulah hadith dhaif”. (139تدريب الراوي :ص )

HUKUM BERAMAL DAN BERHUJAH DENGAN HADITH DHAIF

Boleh beramal dengan hadith dhaif pada fadhail amalan dan kelebihan seseorang atau sesuatu tetapi dengan beberapa syarat. Ini adalah pendapat jumhur ulama’. Di antaranya Amirul Mukminin Fil Hadith Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Hafiz Imam Nawawi, Imam Al-Suyuti, Al-Hafiz Al-Iraqi, Al-Khatib Al-Baghdadi dan lain-lain. Pendapat ini adalah yang muktamad di sisi Imam Muhaddithin kerana ianya disokong oleh Syeikhul Islam Ibnu Hajar Al-Asqalani. Syeikh Jamaluddin Al-Qasimi pernah menyatakan dalam kitab beliau ‘Qawaid Al-Tahdis’ m/s 113: “”هذا هو المعتمد عند الأئمة Ertinya: “Ini adalah pendapat yang muktamad di sisi imam-imam hadith”. (255-257: (الحديث الضعيف أسبابه وأحكامه)

Ada pun syarat-syarat beramal dengan hadith dhaif sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Hafiz Al-Sakhawi dalam kitabnya, Al-Qaul Al-Badi’: “Aku telah mendengar daripada guru kami Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani r.h.m memberitahu berulang kali bahawa syarat-syarat beramal dengan hadith dhaif itu ada tiga:

1)      Bahawa kedhaifan hadith itu tidak bersangatan. Hadith yang bersangatan dhaif ialah perawinya pendusta atau yang dituduh dengan dusta. Syarat ini disepakati oleh ulama.

2)      Bahawa sesuatu hadith dhaif itu termasuk di dalam asal (Quran, Hadith, Ijma’ dan Qias) yang umum.

3)      Bahawa tidak mengiktikadkan datang daripada nabi shollallahu 'alaihi wasallam ketika beramal dengannya supaya tidak disandarkan kepada baginda shollallahu 'alaihi wasallam dengan apa yang tidak dikatakan.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Haithami ada menyebut mengapa dibenarkan beramal dengan hadith dhaif dalam fadha'il al-'amal : "Telah sepakat para ulama' boleh beramal dengan hadis dhaif dalam fadhail al-'amal; kerana jika ia adalah sahih (sebenarnya), maka ia akan diberikan haknya kerana mengamalkannya. Dan jika (ia tak sahih), maka ia tidak ada kesan ke atas hukum hakam (halal / haram) dan ia juga tidak mengurangi hak yang lain." (Dinaqalkan dari kitab Manhaj al-Naqd fi 'Ulum al-Hadith oleh Nuruddin al-'Itr, ms. 293)


Hadits Dha’if berbeza dengan Hadits Maudhu’.  Hadits Maudhu’ (hadis palsu) ialah sesuatu yang didakwa sebagai hadith tetapi telah diTOLAK atau disahkan sebenarnya ia bukan hadith. 





Link Pilihan :

Hukum Beramal dengan Hadis Daif

Memahami Hadis Dhaif 

Tidak boleh mengatakan “Rasulullah bersabda” pada hadits daif 

Dinilai dhaif tak semestinya dhaif ketika sampai kepada Imam-imam mazhab.

Memahami Hadis Maudhu'

https://www.facebook.com/sawanih/posts/605109959656314



Solat Sunat Qabliyah Juma’at

*

Di dalam mazhab Syafie, SUNNAT mengerjakan solat sunat Qabliyah Jum'at (solat sunat sebelum solat Jum’at). Waktunya ialah selepas masuk waktu zuhur dan sebelum solat Jum'at bermula.

صحيح ابن حبان بترتيب ابن بلبان
ذكر البيان بأن المصطفى صلى الله عليه وسلم كان يصلى الركعات التى وصفناها فى بيت لا المسجد
أخبرنا أبو خليفة , قال : أخبرنا مسدد بن مُسَرْهَد , قال حدثنا اسماعيل قال أيوب , عن نافع قال
كان ابن عمر يطيل الصلاة قبل الجمعة ويصلى بعدها ركعتين فى بيته , ويحدِّثُ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يفعل ذالك.
Dari Ibnu Umar Ra. Bahwasanya dia sentiasa memanjangkan shalat qabliyah jum’at. Dan dia juga melakukan shalat ba’diyyah jum'at dua raka’at. Dia menceritakan bahwasanya Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam sentiasa melakukan hal demikian”. (Sahih Ibnu Hibban)

Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata:
( فَائِدَةٌ ) : لَمْ يَذْكُرْ الرَّافِعِيُّ فِي سُنَّةِ الْجُمُعَةِ الَّتِي قَبْلَهَا حَدِيثًا ، وَأَصَحُّ مَا فِيهِ مَا رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ  … عَنْ أَبِي صَالِحٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، وَعَنْ أَبِي سُفْيَانَ ، عَنْ جَابِرِ قَالَ : جَاءَ سُلَيْكٌ الْغَطَفَانِيُّ وَرَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ فَقَالَ لَهُ : أَصْلَيْتَ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ تَجِيءَ ؟ قَالَ : لَا ، قَالَ : فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ وَتَجَوَّزْ فِيهِمَا . قَالَ الْمَجْدُ ابْنُ تَيْمِيَّةَ فِي الْمُنْتَقَى : قَوْلُهُ : قَبْلَ أَنْ تَجِيءَ دَلِيلٌ عَلَى أَنَّهُمَا سُنَّةُ الْجُمُعَةِ الَّتِي قَبْلَهَا ، لَا تَحِيَّةَ الْمَسْجِدِ .
“Keterangan penting. Al-Imam al-Rafi’i tidak menyebutkan dasar hadits tentang shalat sunnah Qabliyah Jum’at. Dasar yang paling shahih mengenai hal tersebut adalah hadits riwayat Ibnu Majah … dari Abu Shalih, dari Abu Hurairah, dan dari Abi Sufyan dari Jabir, yang berkata: “Sulaik al-Ghathafani datang ketika Rasulullah Shallahu’alaihi wasallam sedang khutbah. Lalu Rasulullah Shallahu’alaihi wasallam berkata kepadanya: “Apakah kamu sudah menunaikan shalat sebelum datang kemari?” Sulaik menjawab: “Tidak.” Rasulullah Shallahu’alaihi wasallam bersabda: “Shalatlah dua raka’at dan percepatlah.” Al-Imam Majduddin Ibnu Taimiyah berkata dalam kitab al-Muntaqa: “Sabda Nabi Shallahu’alaihi wasallam: “Sebelum datang kemari”, menjadi dalil bahwa kedua raka’at tersebut adalah shalat sunnah Qabliyah Jum’at, bukan shalat Tahiyyatal Masjid.” (Al-Hafizh Ibnu Hajar, dalam al-Talkhish al-Habir, juz II, hal. 74).


Sumber:

http://salafytobat.wordpress.com/2009/04/27/shalat-qabliyah-jum’at-dalilnya-sahih

http://infomajelis.blogspot.com/2009/05/qobliyah-jumat.html

http://berandamadina.wordpress.com/2010/01/19/

http://www.idrusramli.com/2013/adakah-shalat-sunnah-qabliyah-jumat/ 

*

Sapu Muka Lepas Doa

*

Menurut ulama dalam mazhab Shafie, perbuatan menyapu muka selepas berdoa adalah SUNAT.

Di dalam kitab al-Azkar karangan Imam Nawawi رحمه الله تعالى pada bab adab-adab ketika berdoa, beliau berkata: “Dan telah berkata Abu Hamid al-Ghazali didalam ihya, adab berdoa itu ada sepuluh. …….. Yang ketiga: menghadap qiblat, dan mengangkat kedua belah tangan dan menyapu keduanya ke muka pada akhir doa (setelah habis berdoa) …”

Di dalam kitab Fathul Muin, karangan Syaikh Zainuddin Ibni Abdil ‘Aziz al-Malibari asy-Syafi’iy, dituliskan: “Dan disunatkan waktu berdoa itu, mengangkatkan kedua tangan yang suci keduanya sampai sejajar dengan dua bahu, dan disunatkan menyapu muka dengan kedua tangan itu selepas berdoa …”

Di dalam kitab Hasyiah al-Baijuri, karangan Syeikh Ibrahim bin Muhammad bin Ahmad As Syafie Al Bajuri, dituliskan: “Dan tidaklah disunatkan menyapu muka setelah selesai berdoa di dalam solat [contohnya doa qunut], bahkan terlebih baik meninggalkannya. Bersalahan dengan ketika di luar solat, maka disunatkan menyapu muka ……”


Hadith Sayyidina Umar yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi: "Sesungguhnya nabi sallallahu `alaihi wa sallam sekiranya mengangkat tangannya (untuk berdoa), baginda tidak akan meletakkan tangannya ke bawah kembali melainkan selepas disapu mukanya".  
Ibn Hajar di dalam kitab Bulugh al-Maram dan juga Imam al-Son’ani di dalam Subul al-Salam menyatakan yang hadith ini diterima sebagai hadith hasan kerana banyak hadith-hadith saksi penguat yang lain, seperti hadith riwayat Ibn Abbas di dalam Sunan Abu Daud dan juga beberapa kitab hadith yang lain. 


Wallahu 'alam.



Link pilihan:

Hukum sapu muka selepas solat


*

Sapu Muka Lepas Solat

*
Menurut ulama dalam mazhab Shafie, perbuatan menyapu dahi selepas solat adalah digalakkan.

Ada pandangan dalam mazhab Shafie turut menyatakan SUNAT menyapu di dahi dengan menggunakan tangan kanan selepas solat.

“Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam apabila selesai daripada solatnya, maka Nabi menyapu dahinya dengan tangan kanannya sambil berdoa, ‘Ashadua an la ilaha illallah ar Rahmanar Rahiim. Allahumma azhib ‘annil hammi wal aza’ (Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Ya Allah jauhkan daripadaku kesakitan dan kedukacitaan),” (Riwayat al-Tabarani).

Daripada Qatadah: “Sesungguhnya Baginda menyapu dahinya apabila tamat daripada solat sebelum memberi salam.” (Musannaf Abd Razzaq).
 
Berkata Imam Nawawi di dalam Kitab al-Azkar:  Dan aku meriwayatkan di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas RA berkata: Adanya Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam ketika selesai solatnya, beliau mengusap dahinya dengan tangannya yang kanan lalu berdoa: "Aku bersaksi bahawasanya tidak ada tuhan kecuali Dia Zat Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, YA Allah, hilangkanlah dariku kesusahan dan kesedihan" (al-Azkar, 69).

Menurut ulama mazhab Syafie seperti dinyatakan dalam kitab I’anah al-Talibin walaupun hadis-hadis ini dai'f (lemah), ia masih digalakkan kerana termasuk dalam kategori fadhail al-‘amal iaitu kelebihan amalan.  





Wallahu 'alam.



Link pilihan:

http://bahrusshofa.blogspot.com/2006/10/sapu-muka.html

http://kongsakongsi.blogspot.com/2013/11/hukum-sapu-muka-selepas-solat.html



*

Tabarruk

*

Tabarruk ialah mengharapkan keberkatan daripada Allah dengan sesuatu yang mulia. 


Ulama Mazhab Syafie mengatakan hukum tabarruk adalah HARUS (DIBENARKAN).

Disebut dalam Musnad Imam Ahmad, mafhumnya : "Daripada Abdullah, maula Asma bin Abu Bakar berkata : Asma mengeluarkan kepadaku sehelai pakaian ada dua lubang yang berjahit. Lalu Asma berkata : Ini adalah pakaian Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam. Ia dahulu pernah disimpan oleh Aisyah, ketika Aisyah wafat, aku menyimpannya. Kami akan mencelupkannya ke dalam air untuk menjadi ubat kepada orang yang sakit di kalangan kami."

Imam Khatib al-Baghdadi, dalam karya beliau yang  masyhur "Tarikh Baghdad" pada jilid 1 halaman 123, menulis kisah Imam asy-Syafi`i RA berkata: " Sesungguhnya aku bertabarruk dengan Abu Hanifah dan aku menziarahi kubur beliau setiap hari. Apabila aku mempunyai suatu hajat keperluan, aku solat dua rakaat, kemudian pergi ke kubur Abu Hanifah dan berdoa kepada Allah di sisinya, maka dalam masa yang singkat sahaja hajat tersebut ditunaikan. "



Sumber:

http://nyantrionlen.blogspot.com/2013/05/imam-syafii-tabaruk-dengan-imam-ahmad.html

http://bahrusshofa.blogspot.com/2011/11/tawassul-imam-asy-syafii-khatib-al.html

http://anakbukitgantang.blogspot.com/2013/07/tabarruq-bila-wardina-safiyyah-berfatwa.html

http://jomfaham.blogspot.com/2013/07/isu-air-minum-yang-dicelup-rambut.html

Hukum Tawassul


*



Tawassul

*

Apa itu tawassul ? Tawassul bukan meminta doa KEPADA SI MATI. Tawassul adalah berdoa kepada Allah, meminta kepada Allah, dengan menyebut nama orang yang memiliki kemuliaan di sisi Allah dengan harapan bila menyebut nama orang tersebut dapat memudahkan terkabulnya doa. Inilah maksud tawassul.  

Tidak ada pula yang membezakan antara tawassul pada yang hidup dan yang telah meninggal dunia kerana tawassul adalah berperantara pada KEMULIAAN manusia tersebut.

Imam Syaukani mengatakan bahwa keharusan bertawassul kepada Nabi Muhammad SAW atau pun kepada yang lain (orang soleh), baik pada masa hidupnya atau setelah meninggal dunia adalah merupakan ijma’ para sahabat.

Hukum bertawassul adalah HARUS (DIBENARKAN) di dalam mazhab Syafie.

*
Para fuqaha’ telah IJMAK bahawa bertawasul dengan para nabi dan para aulia adalah dibolehkan dan dianjurkan sama ada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia. [Syawahid al-Haqq oleh Syeikh Yusuf al-Nabhani, 158].

Dalam hal yang sama, mantan Mufti Mesir, al-Allamah Sheikh Ali Jum’ah turut mengungkapkan, ”Mazhab feqah yang besar sepakat atas bolehnya bertawasul dengan Nabi S.A.W, malah menegaskan anjuran terhadap perkara ini dan tidak membezakan apakah tawasul itu semasa Baginda S.A.W masih hidup atau pun setelah Baginda S.A.W wafat. Tidak ada yang menyanggahinya melainkan Ibn Taymiyyah, iaitu beliau membezakan dengan Nabi S.A.W semasa hidup Rasulullah dan selepas kewafatannya. Tidak diambil pendapat shaz (ganjil) itu. Kami menyeru kepada umat agar berpegang kepada apa yang telah disepakati oleh para Aimmah yang terkemuka.” [Al-Bayan limaYasyghal al-Azhan, hal 177]


*
Hadis yang dikeluarkan oleh Abu Nu'aim, Thabrani dan Ibn Hibban dalam shahihnya, bahwa ketika wafatnya Fathimah binti Asad (Bonda Sayyidina Ali bin Abi Thalib kw), dalam hadis itu disebutkan Rasullullah shallaAllahu `alaihi wa sallam berdoa: "Allah Yang Menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Hidup tak akan mati, ampunilah dosa Fathimah binti Asad, dan bimbinglah hujjahnya, dan luaskanlah atasnya kuburnya, Demi Nabi Mu dan Demi para Nabi sebelum ku, Sungguh Engkau Maha Pengasih dari semua pemilik sifat kasih sayang".


*
Atsar sahabat Nabi SAW:

عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ إِنَّ عُمَرَ بْنِ الخَطَّابِ كَانَ إِذَا قَحَطُوْا اسْتَسْقَى بِالعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ المُطَلِّبِ فَقَالَ اللَّهُمَّ إِنَّا كُنَّا نَتَوَسَّلُ إَلَيْكَ بِنَبِيِّنَا فَتُسْقِيْنَا وَإِنَّا نَنَتَوَسَّلُ إِلَيْكَ بِعَمِّ نَبِيِّنَا فَاسْقِنَافَيَسْقُوْنَ.
أخرجه الإمام البخارى فى صحيحه ج: 1 ص:137

“Dari Anas bin malik bahwa Umar bin Khattab ketika menghadapi kemarau panjang, mereka meminta hujan melalui Abbas bin Abdul Muttalib, lalu Umar berkata: "Ya Allah, kami telah bertawassul dengan Nabi kami SAW dan Engkau beri kami hujan, maka kini kami bertawassul dengan bapa saudara Nabi kita SAW, maka turunkanlah hujan.” Maka hujan pun turun.” (HR. Bukhari)

*
Bertawassul selepas kewafatan Nabi SAW memang ada sandarannya. Antaranya, telah meriwayatkan Ibnu Abi al Dunya di dalam kitab Mujabi al Du'a', katanya: "Telah menyampaikan kepada kami Abu Hasyim, aku mendengar Kathir ibnu Muhammad ibnu Kathir ibnu Rifa'ah berkata 'telah datang seorang lelaki kepada Abdul Malik ibnu Sa'id ibnu Abjar, lalu dia memerhatikan perutnya dan berkata, "Kamu mengidap satu penyakit kronik yang sukar untuk sembuh." Katanya: "Penyakit apakah yang aku hidapi?" Jawabnya: "Al Dubailah, iaitu kanser dan bisul besar yang tumbuh dalam perut. Biasanya, ia boleh meragut nyawa orang yang menghidapnya."  Beliau berkata: "Maka lelaki itu berpaling dan berdoa: "Allah, Allah, Allah adalah Tuhanku, aku tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Ya Allah! Sesungguhnya aku bertawajjuh kepada-Mu dengan Nabi-Mu; Muhammad; Nabi pembawa rahmat SAW, wahai Muhammad! Sesungguhnya aku bertawajjuh denganmu kepada Tuhanmu dan Tuhanku agar Dia merahmatiku (dengan menyembuhkan) penyakit yang menimpaku.

*
Diriwayatkan dari Utsman bin Hunaif (perawi hadis yang menyaksikan orang buta bertawassul kepada Rasulullah) bahwa ada seorang laki-laki datang kepada Khalifah Utsman bin Affan untuk memenuhi hajatnya, namun Sayyidina Utsman tidak menoleh ke arahnya dan tidak memperhatikannya. Kemudian dia bertemu dengan Utsman bin Hunaif (perawi) dan mengadu kepadanya. Utsman bin Hunaif berkata: Ambillah wudu' kemudian masuklah ke masjid, solatlah dua rakaat dan bacalah: “Ya Allah sesungguhnya aku meminta-Mu dan menghadap kepada-Mu melalui nabi-Mu yang penuh kasih sayang, wahai Muhammad sesungguhnya aku menghadap kepada mu dan minta Tuhan mu melalui mu agar hajat ku dikabulkan. Sebutlah apa hajatmu”. Lalu lelaki tadi melakukan apa yang dikatakan oleh Utsman bin Hunaif dan dia memasuki pintu Khalifah Utsman bin Affan. Maka penjaga pintu memegang tangannya dan dibawa masuk berjumpa Utsman bin Affan. Utsman bin Affan berkata: Apa hajatmu? Lelaki tersebut menyampaikan hajatnya, dan Utsman bin Affan memutuskan permasalahannya”. (HR. Al-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah).

*
Nabi mengajar doa tawassul kepada sahabat :  

Dalam hadist riwayat Imam Tirmidzi.
ﺃﻥ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﻋﻠﻢ ﺷﺨﺼﺎ ﺃﻥ ﻳﻘﻮﻝ : ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺇﻧﻰ ﺃﺳﺄﻟﻚ ﻭﺃﺗﻮﺳﻞ ﺇﻟﻴﻚ ﺑﻨﺒﻴﻚ ﻣﺤﻤﺪ ﻧﺒﻲ ﺍﻟﺮﺣﻤﺔ ﻳﺎ ﻣﺤﻤﺪ ﺇﻧﻰ ﺃﺗﻮﺟﻪ ﺑﻚ ﺇﻟﻰ ﺭﺑﻚ ﻓﻴﺠﻠﻰ ﺣﺎﺟﺘﻰ ﻟﻴﻘﻀﻴﻬﺎ ﻓﺸﻔﻌﻪ ﻓﻲّ .
ﺃﺧﺮﺟﻪ ﺍﻟﺘﺮﻣﻴﺬﻯ ﻭﺻﺤﺤﻪ
Ertinya : Rasulullah s.a.w. mengajari seseorang berdoa, "Ya Allah sesungguhnya aku meminta kepadaMu dan bertawassul kepadamu melalui nabi-Mu Muhammad yang penuh kasih, wahai Muhammad sesungguhnya aku bertawassul denganmu kepada Allah agar dimudahkan keperluanku maka berilah aku syafa'at". (HR. Tirmidzi)

*
Imam Ahmad bin Hanbal menganjurkan tawassul dengan Nabi kepada muridnya :
وسل حاجتك متوسلا اليه بنبيه صلى الله عليه وسلم تقض من الله عز وجل
“Dan mintalah hajatmu dengan bertawassul kepada Allah dengan Nabi-Nya shalallahu ‘alaihi wa sallam, niscaya hajatmu akan dikabulkan Allah Ta’ala “.[Majmu’ al-Fatawa : 1/140]


*

Contoh tawassul :

Di dalam perwartaan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan dalam Warta Kerajaan Kelantan pada 22 Julai 2010, diakhiri dengan permohonan rahmat daripada Allah SWT berwasilahkan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam sebagai berikut:-

"Mudah-mudahan ALLAH yang Maha Kuasa melalui junjungan KITA NABI MUHAMMAD (Sallallahu 'alaihi wassalam) melimpahkan rahmatNya kepada Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) (Pindaan) 2010 ini selama-lamanya."

Terjemahannya dalam Bahasa Inggeris : "May Allah, Lord of the Universe, through the Greatness of OUR PROPHET MUHAMMAD (Sallallahu 'alaihi wassalam) grant His Blessing to this Law of the Constitution of Kelantan (Second Part) (Amendment) 2010 for ever and ever."

Wallahu A'lam.

Sumber:

Pengertian Al Madad 

Hakikat Tawassul

Memahami amalan tawassul

Tabarruk




*

Doa Selepas Azan

*

Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa setelah azan, mengatakan, ‘Allahumma rabbahaa zihid da’ wa tit tammah, wos solatil qo imah, Aati Muhammadanil wasilatawal fadhilah, wab ’as hu maqoo mam mahmu danil lazi wa ’ad tah', maka dia berhak untuk mendapatkan syafaatku pada hari kiamat” (HR Bukhari no 614, dari Saad bin Abi Waqash ra.)

*

Hukum berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung

*

Di dalam Mazhab Syafi'e, hukum berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika wuduk dan mandi wajib adalah sunat muakkadah (sunat yang dituntut).

Dan lebih saya menyukai, bahawa orang yang berwuduk itu memulai, sesudah membasuh telapak tangannya, dengan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung tiga kali. Hukum berkumur dan memasukkan air ke hidung ketika wuduk adalah sunat muakkadah (sunat yang dituntut). Dan lebih saya sukai bahawa tidak ditinggalkan yang dua itu. Dan kalau ditinggalkannya, berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung, nescaya tidak mengapa (wuduknya tetap sah).

Saya tidak menyukai seseorang itu, meninggalkan berkumur-kumur dan memasukan air ke dalam hidung ketika mandi janabah (mandi hadas besar / mandi wajib). Tetapi kalau tidak dibuat kedua-duanya, mandi janabahnya tetap sah. (Disalin/sunting dari kitab Al Umm karangan Imam Syafi'e)


*

Popular Posts