اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم
Allahumma inni 'a'u zubika min fitnatil masi khid dajjal - Ya ALLAH, aku pohon perlindungan MU daripada fitnah Dajjal..

Ringan di lidah, berat di timbangan

*

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw. bersabda, “Dua kalimah yang ringan di lisan namun berat di dalam timbangan dan keduanya dicintai oleh Allah iaitu Subha nallahi wabihamdih, Subha nallahil ‘azim.” (HR. Bukhari dan Muslim)

*

Aqiqah / Akikah

*

AKIKAH / AQIQAH ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah.

"Setiap anak yang lahir itu terpelihara / tergadai dengan aqiqah yang disembelih untuknya pada hari ketujuh selepas kelahirannya, dicukur rambutnya dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

HUKUM AQIQAH

Hukum aqiqah itu adalah Sunat Muakkad (Sunat yang dituntut) kecuali dinazarkan hukumnya menjadi wajib.

Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.

Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.

Aqiqah untuk anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Tirmuzi). 

Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

Niat penyembelihan aqiqah: "Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta'ala."

Daging aqiqah sunat  dimasak dengan masakan yang manis dan disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu.

Unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebahagian untuk qurban dan sebahagian untuk aqiqah.

Orang kafir tidak boleh diberi makan daging korban dan daging aqiqah.

Daging atau mana-mana bahagian dari binatang qurban atau aqiqah orang NAZAR, haram dimakan atau diambil oleh orang yang bernazar tersebut.










Sumber: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/qurbandanaqiqah.htm




Link pilihan :

Ibadah Korban



*











Saya ikhlas ni ?

*

Allah jua yang maha mengetahui.

Abu Hurairah yang berkata, ”Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya orang yang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid di jalan Allah. Dia didatangkan kemudian dinampakkan kepadanya nikmat-nikmat yang diberikan kepadanya maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apa yang kamu lakukan dengannya?” Dia menjawab, “Aku berperang untuk-Mu sampai aku mati syahid.” Allah berfirman, “Engkau dusta, sebenarnya engkau berperang karana ingin disebut sebagai orang yang berani. Dan itu sudah kau perolehi.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk menyeretnya tertelungkup di atas wajahnya hingga dilemparkan ke dalam neraka.

Kemudian seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya dan juga membaca Al Quran. Dia didatangkan kemudian ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sudah didapatinya dan dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apakah yang sudah kau perbuat dengannya ?” Maka dia menjawab, “Aku menuntut ilmu, mengajarkannya dan membaca Al Quran karena-Mu.” Allah berfirman, ”Engkau dusta, sebenarnya engkau menuntut ilmu supaya disebut orang alim. Engkau membaca Quran supaya disebut sebagai Qari’.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk menyeretnya tertelungkup di atas wajahnya hingga dilemparkan ke dalam neraka.

Kemudian ada seseorang yang telah mendapatkan anugerah banyak harta. Dia didatangkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang diperolehnya. Maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apakah yang sudah kamu perbuat dengannya?” Dia menjawab, “Aku telah sedekahkan harta di jalan-Mu dan untuk-Mu.” Allah berfirman, “Engkau dusta, sebenarnya engkau lakukan untuk digelar orang yang dermawan, dan engkau sudah memperolehnya.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk menyeretnya tertelungkup di atas wajahnya hingga dilemparkan ke dalam neraka.” (HR. Muslim)



Link pilihan :

Pengertian Ikhlas



*

Merintih kepada Allah

*

Nabi saw. bersabda, Allah berfirman, "Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya." (HR Thabrani)

*

Dayus

*

Dayus ialah lelaki yang mengetahui perkara dosa dilakukan oleh ahli keluarganya dan dia sekadar senyap dan membiarkan ia berlaku tanpa diambil apa-apa tindakan, dan termasuk dayus juga lelaki yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat". (Imam Az-Zahabi, Al-kabair)

"Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat, anak yang derhaka kepada ibu bapa, perempuan yang menyerupai lelaki dan lelaki dayus." (HR. Ahmad dan Nasaie)

"Tiga yang Allah haramkan baginya Syurga, orang yang ketagih arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa dan lelaki dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya." (HR Ahmad)

*


Tempat paling mulia di dunia

*
Masjidil Haram di Mekah


Masjidil Nabawi di Madinah


Masjidil Aqsa di Palestin


Dari Abu Hurairah ra. Nabi Muhammad saw. bersabda, "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ke tiga buah masjid, Masjidil Haram di Mekkah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." (HR Bukhari)

Dari Abi Hurairah ra. Nabi Muhammad saw. bersabda, "Satu solat di masjid ku ini (masjid Nabawi) lebih baik dari seribu solat di tempat lain kecuali Masjidil-Haram". (HR Bukhari dan Muslim)

"Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih afdal dari 1,000 solat di masjid lain kecuali masjidil Haram dan solat di masjid Haram lebih afdal dari 100,000 solat di masjid lain". (HR Ahmad dan Ibnu Majah).





*

Bila lagi jika bukan sekarang

*

Jika kita tidak bersiap sedia untuk akhirat SEKARANG, jadi BILA lagi ? (Al-Ghazali)

*


Doa untuk orang sakit

*
“Sesiapa yang ziarah orang sakit yang belum tiba ajalnya, lalu ia mengucapkan doa ini di sisinya sebanyak tujuh kali (yang bermaksud “Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan bagi ‘arasy yang agung, semoga Ia berkenan untuk menyembuhkanmu”) nescaya Allah SWT akan menyembuhkannya daripada penyakit itu. (HR. Abu Daud dan Tirmizi).

Rasulullah saw. apabila menziarahi orang sakit atau orang yang menderita sakit itu di datangkan kepada baginda saw., Baginda mengucapkan (doa yang bermaksud): “Hilangkan penyakit ini, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkau adalah Maha Penyembuh. Tidak ada kesembuhan selain kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.” (HR. Bukhari dalam Fathul-Bari No.5675).

“Apabila kamu menjenguk orang sakit, maka hendaklah kamu beri harapan akan panjang umur. Kerana yang demikian itu, meskipun tidak dapat menolak takdir sedikit pun, tetapi dapat menyenangkan hatinya.” (HR. Ibnu Majah dan Tirmizi).

*

Popular Posts