"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Tenang, Jangan Tergesa-gesa

*

Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh ALLAH iaitu lemah lembut dan tenang". (HR Muslim)

"Bukanlah kemuliaan itu dengan memakai pakaian cantik dan bersegak tetapi ia adalah dengan ketenangan, sopan santun dan merendah diri." (HR. Ad-Dailami)

"Gopoh-gapah itu dari amalan syaitan dan sifat tenang itu adalah dari Allah Taala". (HR Abu Ya’la dan Al-Baihaqi)

Dari Aisyah,  Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tenanglah wahai Aisyah! Allah menyukai hal itu. Bersikap ramah dan sabarlah dalam setiap perkara." (HR Bukhari)

Dari Abu Qatadah, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Apabila muazin telah iqamat untuk solat, maka janganlah kamu berdiri lebih dahulu, sebelum melihatku berdiri di hadapanmu dan hendaklah kamu bersikap tenang." (HR. Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Apabila kamu mendengar iqamat, maka pergilah solat berjemaah dan hendaklah bersikap tenang dan tenteram, jangan tergesa-gesa. Dalam keadaan bagaimana saja pun mereka kamu dapati, maka solatlah kamu bersama mereka, mana yang kamu ketinggalan, sempurnakanlah kemudian." (HR Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah, Nasaai & Ahmad)

Wallahu a'lam.



Link pilihan:

Mencari Ketenangan

Gopoh

Pentingnya Solat




*

Popular Posts